Kelab Greenboc |
- [DEDAH] UMNO Kedah Buat Tahi, Kerajaan PR Kedah Dipalitkan
- Bukti UMNO Perak Sokong CSL Tolak Hudud
- [PANAS] MT Umno Terima Laporan BN Tumbang PRU 13
- Kisah Seorang Pemuda "Mencuri" Tabung Masjid
- Begitu Senang Jadi Anak Menteri Boleh Terlepas Begitu Saja
- [BERGAMBAR] Konkrit Banglo Depan Rumah Pengerusi SPR Runtuh, Satu Maut 5 Selamat
[DEDAH] UMNO Kedah Buat Tahi, Kerajaan PR Kedah Dipalitkan Posted: 20 Oct 2012 12:33 AM PDT Bayar RM2. 5 juta Kepada Kontraktor Tidak Berdaftar Satu dakwaan berlaku iaitu seorang AJK Umno di Kedah (kiri - gambar suspek dari blog Kedahkini) terbabit dengan pembayaran RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah (PAKR) pada tahun 2010-2011. Laporan Ketua Audit Negara menyebut projek yang dimaksudkan ialah Taman Seri Gemilang, Flat seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Seberang Terus, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan. Bagaimanapun, menurut sumber, individu ini pernah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan. "Orang ini adalah AJK Umno Bahagian Kuala Kedah tetapi kini dilaporkan melepaskan jawatan) tetapi masih memegang jawatan ad hoc dalam Umno. "Tetapi dia merupakan orang kuat bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid. "Dia juga adalah orang kanan Datuk Rasli Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang didesak meletakkan jawatan," kata sumber itu lagi. Bagaimanapun, Mahadzir yang kini ketua pembangkang DUN Kedah ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri cuba mengalih isu kelemahan pentadbiran dengan cuba mengaitkan beliau dan Umno. Katanya, sepatutnya kerajaan negeri mengambil tanggungjawab kerana ia berlaku dizaman sekarang. "Saya kenal dengan individu ini tetapi dia bukan AJK Umno..mungkin penyokong saja. "Saya minta kerajaan negeri menyiasat perkara ini untuk mendapatkan kebenarannya," kata beliau lagi. -FMT |
Bukti UMNO Perak Sokong CSL Tolak Hudud Posted: 19 Oct 2012 11:16 PM PDT Patutlah Chua Soi Lek baru-baru ini mengatakan jika hukum hudud dilaksanakan maka 1.2 juta rakyat hilang perkerjaan. Salah seoarang yang hilang kerja ialah Datuk Haji Ahmad Shalimin Setiausaha Politik kepada MB Zambry yang tidak berpeluang lagi merasmikan konsert amal konon-nya tapi ditaja syarikat arak di Taiping Perak. Kat luar bangunan tu hanya tertera "konsert amal Tiger", didalam dewan tak tahulah camana rupa program tersebut hehehe Aku bukan anti kepada hiburan pada kaum cina dinegara ini,itu hak kaum masing-masing dan aku hormatinya, tapi yang merasmikanya mengapa perlu seorang yang berbangsa melayu dan berugama Islam. Tiada pimpinan BN lainkah di Perak khususnya diTaiping?? Atau memang kerja rasmi program tajaan kompeni arak adalah kegemaran Shalimin yang juga sepol Zambry hahaha. Slogan gagasan NAJ1B memang membawa maksud tersirat dalam slogan terbaru Perak yang dirasmikan Najib semalam di Lumut. NAJ1B bemaksud Negeri (Perak) Akan Jahanam 1 Bencana, semuanya kerana pimpinan UMNO. Gambar: Aku snap disebuah lokasi berhampiran stesyen bas pekan Taiping... Arak bagi MCA memang biasa, tapi bagi Pemimpin UMNO ibarat burung gagak dan bulunya mesti hitam ... hahaha... (Gambar kecil itulah Datuk Hj Shalimin hehehe ) -orangni |
[PANAS] MT Umno Terima Laporan BN Tumbang PRU 13 Posted: 19 Oct 2012 09:03 PM PDT Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti. Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR). Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah. Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia? Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei? Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia. Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara. Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube. Kemudian, kembangkan melalui tindakan. Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa. Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik. Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya. Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal. Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa. Malaysia harus belajar dari Nepal! -aminiskandar klik untuk baca |
Kisah Seorang Pemuda "Mencuri" Tabung Masjid Posted: 19 Oct 2012 04:54 PM PDT Suatu tengah malam, kecoh di masjid bandar. Seorang pemuda ditangkap kerana disyaki cuba mencuri duit tabung masjid. Lalu terjadilah soal-siasat antara JKKK masjid dengan saspek. JKKK: "Mengaku je lah. Tak payah nak menipu la. Tipu dosa masuk neraka." Pemuda: "Qulil Haq Walau Kaana Murra - Berkatalah benar walau pahit sekalipun. Saya tidak menipu. Saya tak bersalah. Saya tak curi duit tabung." JKKK: "Tak curi apanya, ni apa kebenda ni RM5000 dalam poket kau ni? Aku lempang jugak budak ni karang!" Pemuda: "....Waiyya-yaa Farhabuun." (Surah al-Baqarah ayat 40) - kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). Lempanglah. Bawalah saya ke balai polis sekalipun.Saya tidak gerun. Tapi, saya sedikit pun tidak akan mengaku bersalah mencuri." JKKK melempang pemuda tersebut di kaki lima masjid. Tersungkur pemuda tersebut. Hilang sabar juga JKKK. JKKK: "Cilake betul budak ni! Main dalil Quran pulak! Aku nampak kau panjat pagar masuk dengan mata kepala aku sendiri! Aku nampak sendiri ko cari tabung masjid!" Pemuda: "Saya panjat ada alasannya." JKKK sudah berada di kemuncak kemarahannya kerana pemuda tersebut berani menjawab. JKKK: "Dasar kaki pil kuda! Pil khayal! Ha!! Kang Ni Makan Dia!" (sambil menghayunkan terajang ke perut pemuda) Bilal: "Berhenti!!" JKKK: "Apahal?! Budak ni curi duit masjid ni!" Bilal: "Sabar! Ana nampak kesemuanya. Kebetulan ana ada di belakang tiang masjid.Lepaskan dia. Itu bukan duit masjid." JKKK: "Apa?!" Bilal: "Duit masjid awal-awal lagi setelah Isyak tadi diserahkan pada Bendahari masjid setelah dikosongkan tabung² masjid.Ana nampak pemuda ini cuba memasukkan wang RM5000 itu ke dalam tabung masjid. Tapi akhirnya ditangkap anta." JKKK: "Dia panjat pagar masjid kot! Kaki pil ni!" Bilal: "Jelaskan kenapa kamu panjat pagar masjid?" Pemuda: "Saya panjat pagar masjid sebab masjid kunci sebaik sahaja selesai solat Isyak. Sedangkan masjid itu rumah Allah terbuka 24 jam sepatutnya. Tetapi sedih sekali masjid hanya dibuka siang hari dan ditutup pada malam hari. Alasannya takut kecurian. Lalu, terpaksa saya panjat pagar tanpa ada pilihan lagi." Bilal: "Mengapa kamu tidak masukkan duit ketika masjid buka?" Pemuda: "Ramai orang pada waktu masjid dibuka. Sedangkan ustaz saya menyebut, mengikut hadis....sedekah yang terbaik adalah - "Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya". Jika orang nampak saya masukkan duit dalam tabung masjid, saya bimbang pahala sedekah saya kurang. Saya bimbang saya jadi riak. Saya bimbang sedekah saya jadi sia-sia." Bilal: "Dari mana duit sebanyak itu?" Pemuda: "Ini dari simpanan saya sendiri selama setahun." JKKK: "Baik, kali ni kami lepaskan. Pergilah bersedekah." Pemuda: "Maaf, kamu berdua sudah tahu saya niat saya. Saya dah tak boleh bersedekah di sini. Biarlah saya pergi ke masjid lain. Terpaksa beritahu ini pun seperti riak. Astaghfirullahaladzim...Moga Allah bantu ikhlaskan hati ini kembali. Aamiiin" Pemuda tersebut meminta diri dan meminta maaf panjat pagar masjid. JKKK termenung memikirkan kejadian malam tu. Bilal masuk tidur. cerita original: Syabab Musafir Kasih |
Begitu Senang Jadi Anak Menteri Boleh Terlepas Begitu Saja Posted: 19 Oct 2012 07:31 AM PDT PKR : Penyelesaian Kes Anak Nazri Menyalahi Undang-undang Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan kes serangan pengawal peribadi anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz 'telah selesai' disifatkan melanggar integriti sistem keadilan di negara ini. Menurut Naib Presiden PKR, N Surendran, tindakan Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri itu jelas bertentangan dengan dasar awam dan kedaulatan undang-undang negara. Beliau berkata, sebarang jenayah mahupun salah laku yang dilakukan oleh mana-mana pihak seharusnya dibawa ke mahkamah untuk dikenakan tindakan sewajarnya. "Di bawah sistem perundangan kita, jenayah tidak boleh 'diselesaikan secara baik'. Dengan mengambil tindakan sebegitu, Hishammuddin boleh dikatakan mungkin bersubahat. Adakah dia berkompromi hanya kerana kes itu melibatkan anak seorang Menteri Kanan Umno? "Seterusnya, apakah terma penyelesaian ini menyalahi undang-undang? Orang ramai berhak mengetahui perkara sebenar," katanya dalam satu kenyataan media. Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan hasil daripada siasatan terhadap Mohamed Nedim Nazri di bawah seksyen 160 Kanun Keseksaan. Jelasnya, walaupun Hishammuddin mengakui perkara itu sudah disiasat, namun beliau tidak menyatakan sama ada Nedim dibersihkan daripada kesalahan itu. "Setiap warganegara, tidak kira berapa tinggi atau rendah kedudukan sosial mereka, mereka adalah sama dari sudut undang-undang. Justeru, pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes ini mempunyai hak menuntut keadilan yang adil dan saksama. "Kami menyeru Menteri Dalam Negeri untuk membuat pendedahan penuh dan berterus terang tentang fakta sebenar kes itu dan membuka semula siasatan berhubung kes serangan ini," katanya lagi. Hishammuddin dalam jawapan bertulisnya semalam berkata, kes memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim dan disiasat mengikut Seksyen 160, Kanun Keseksaan. Menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya), menteri dalam negeri bagaimanapun memberitahu, kes itu telah pun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak. Loh meminta Hishammuddin menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim berhubung kejadian memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara dan kematian pemuda bernama Darren Kang di Sri Hartamas sekitar tahun 2004. Mengenai kes kematian Darren, Hishammuddin berkata Mohamad Nedim didapati tidak terlibat dengan kes tersebut sebaliknya lima warganegara Thailand telah dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara.
|
[BERGAMBAR] Konkrit Banglo Depan Rumah Pengerusi SPR Runtuh, Satu Maut 5 Selamat Posted: 19 Oct 2012 05:00 AM PDT Shah Alam - Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala lima yang lain selamat dalam kejadian konkrit banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang semalam. Bagaimanapun seorang daripada lima mangsa yang selamat terputus kaki dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan. Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an. Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mangsa dikeluarkan secara berperingkat sejak jam 4.50 petang tadi dengan bantuan bomba. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan. Sementara itu, laporan Bernama dipetik berkata, polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat. Mangsa terakhir dikenali sebagai Kasmuji berjaya diselamatkan pada 10.15 malam dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Dalam kejadian petang tadi, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Totok Mochamad Anthony maut. Mayat mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. Empat lagi pekerja binaan berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, yang putus kaki kanan, turut dihantar ke hospital itu. Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4.29 petang berhubung kejadian di banglo No. 15, Jalan Jed 7/5A, Seksyen 7, milik seorang ahli perniagaan. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, operasi menyelamat dihentikan pada 10. 45 malam selepas mangsa keenam dibawa keluar dari runtuhan. Beliau berkata, pihaknya menggunakan kren dengan kekuatan 40 tan bagi mengangkat runtuhan konkrit selain membuat terowong secara manual untuk menyalur bantuan gas oksigen kepada mangsa terakhir sebelum dibawa keluar. "Konkrit agak berat termasuk dengan timbunan batu dan bomba terpaksa memotong beberapa bahagian runtuhan dalam keadaan sempit, kren pertama yang kita gunakan ialah bagi kekuatan 10 tan dan tidak membantu," katanya. Beliau berkata, pihak bomba memanggil mangsa namun tidak disahut dan tiada sebarang tindak balas bagi mengesahkan masih ada yang terperangkap di bawah runtuhan itu. Othman juga berkata, kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu akan diteruskan sepanjang malam ini. Operasi menyelamat, yang bermula kira-kira 5 petang, diteruskan walaupun hujan lebat bermula 9 malam. Selain itu, khidmat anjing pengesan Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor digunakan sepanjang operasi tersebut. Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya. "Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh. "Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk maklumkan kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan