MIMPI SENJA |
- SANTAI PAGI [Video] Kalau lemah semangat jangan tengok na - FINAL DESTINATION 5 :BRIDGE COLLAPSE
- hahahhaha mampuih BN pulak dah .... PRU 13 BN hanya akan menang di 3 negeri kata Daim
- Nasha Lidah Panjang -TGNA
- Sah mampuih dah Pakatan P Pinang PRU kali ni ,,,, tengok la ....hahahahahaha
SANTAI PAGI [Video] Kalau lemah semangat jangan tengok na - FINAL DESTINATION 5 :BRIDGE COLLAPSE Posted: 13 Oct 2012 08:29 PM PDT | ||
hahahhaha mampuih BN pulak dah .... PRU 13 BN hanya akan menang di 3 negeri kata Daim Posted: 13 Oct 2012 09:19 AM PDT Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat. Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan awal tahun ini, seperti dilaporkan Malaysiakini. Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama "jeneral tanpa askar" dalam berdepan cabaran PRU. "Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama 'jeneral tanpa askar'. "Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai," kata Daim. Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu. Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan. Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan. Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu. Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu. Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau. Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen. | ||
Posted: 13 Oct 2012 05:30 AM PDT
| ||
Sah mampuih dah Pakatan P Pinang PRU kali ni ,,,, tengok la ....hahahahahaha Posted: 13 Oct 2012 12:52 AM PDT Sabtu Oktober 13, 2012 50,000 Veteran Umno P. Pinang Bantu BN Pada PRU13 BUKIT MERTAJAM: Veteran Umno Pulau Pinang akan menggerakkan lebih 50,000 anggotanya bagi membantu Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti. Timbalan Pengerusinya Datuk Ismail Din berkata usaha itu bagi memastikan B Nmerampas kembali Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng. "Veteran Umno adalah seperti duta kecil kepada Umno dan BN kerana kami akan berkempen dari rumah kami sendiri supaya menyokong BN. "Kami bekerja secara sukarela dan tekad kami hanya untuk membantu BN agar terus memerintah negara," katanya kepada pemberita selepas persidangan tahunan Veteran Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, Sabtu. Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid dan kira-kira 100 veteran Umno bahagian itu menghadiri persidangan berkenaan. Ismail berkata anggota Umno tidak perlu bimbang kerana kewujudan anggota veteran adalah untuk membantu parti dan BN dan bukan merebut jawatan dalam parti itu. "Umno di Pulau Pinang ada lebih 200,000 anggota di 13 bahagian dan kehadiran kami untuk membantu parti pada PRU-13 nanti bukan untuk merebut jawatan," katanya. Sementara itu, Abdul Jalil berkata pihaknya menyambut baik penubuhan veteran Umno di Permatang Pauh kerana ia dapat membantu jentera parti. Katanya ini kerana kebanyakan mereka boleh bertugas sepenuh masa berbanding anggota lain yang mempunyai komitmen kerja. "Sumbangan mereka memang besar kepada parti dan saya percaya kematangan mereka dalam berpolitik dapat membantu Umno terutama di Permatang Pauh," katanya. -BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan