MiLo SuaM |
- Poster besar perayaan, menghina kaabah di pasaraya besar Kuantan
- Kenyataan Media Presiden PAS Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat
- AMK cabar SPRM dedah siasatan terhadap Musa Aman berhubung dana asing Umno
Poster besar perayaan, menghina kaabah di pasaraya besar Kuantan Posted: 13 Oct 2012 09:41 PM PDT HEBOH sejak semalam berhubung isu poster besar menggabungkan Hari Raya Aidiladha dengan perayaan agama lain (Hallowen) yang dilihat tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam. Poster besar itu dikatakan dipasang di salah sebuah pasaraya besar di Negeri Pahang, iaitu di Megamall Kuantan. Isu ini tersebar di halaman facebook dan beberapa forum terkenal Malaysia. Poster bertajuk Raya Haji and Halloween 2012 itu didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain. Kita sedia maklum, poster besar seperti ini lazimnya perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan, PBT sebelum ia boleh dipasang. Persoalannya di sini bagaimanakah poster seperti ini boleh diluluskan pemasangannya? ReJaM© "Kalaulah poster ini di Penang, comfirm keluar muka depan Utusan Syaitan" |
Kenyataan Media Presiden PAS Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat Posted: 13 Oct 2012 07:07 PM PDT PARA ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias. Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.
Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.
Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal.
Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak diatas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.
Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.
Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.
Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.
Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain.
Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO.
Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.
Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.
Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.
Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud laksana ayam jantan kukuk berderai pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat.
Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.
Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya.
Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.
Pesanan Rasulullah S.A.W. "sesiapa yang memencilkan diri daripada jamaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya." Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia, PAS |
AMK cabar SPRM dedah siasatan terhadap Musa Aman berhubung dana asing Umno Posted: 13 Oct 2012 02:28 AM PDT Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi respon balas ke atas jawapan bertulis Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua berhubung penyeludupan wang sejumlah Rm40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Kenyataan Nazri bahawa wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Musa adalah satu kenyataan yang sangat mengejutkan dan membuka ruang spekulasi yang lebih besar. Dua persoalan besar timbul hasil kenyataan Nazri ini: (i) atas kapasiti apakah Umno menerima sumbangan yang sangat besar jumlahnya dan juga diragui status serta sumbernya? (ii) apakah wujud kemungkinan bahawa ia juga merupakan dana asing untuk membantu Umno mempertahankan Sabah yang kian 'tidak selamat' selaku status 'fixed deposit' Umno? AMK turut mempersoalkan atas kapasiti perundangan manakah yang membenarkan mana-mana parti menerima sumbangan, khususnya dalam jumlah yang sangat besar mencecah puluhan juta ringgit tanpa melalui transaksi yang sah? Sekiranya ia bukan berbentuk sumbangan, timbul pula persoalan baharu bagaimana Umno Sabah boleh mempunyai wang sedemikian besar jumlahnya. Terdahulu AMK telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan kes ini disiasat sewajarnya, termasuklah ke Hong Kong pada tahun 2009 untuk bertemu dengan Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong. Memperlihatkan kepada merit kes ini melibatkan keselamatan negara, sehubungan itu AMK mencabar Peguam Negara serta Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk mendedahkan kertas siasatan SPRM dan juga komunikasi di antara SPRM serta ICAC berhubung kes ini. Buat Musa Aman khasnya, sila dedahkan di manakah punca dan sumber wang sejumlah RM40 juta tersebut sekiranya ia benar-benar 'sumbangan tulus ikhlas' buat Umno Sabah. Dan beban pembuktian juga harus dipikul Musa untuk menyatakan apakah ini berkaitan atau tidak dengan pendirian kerajaan Switzerland yang menyatakan kesediaan untuk membekukan aset beliau di Switzerland berikutan dakwaan penyeludupan wang sejumlah US$90 juta yang melibatkan beliau. AMK tidak melihat ada keperluan untuk kerajaan berlengah berhubung isu ini. Di sebalik manipulasi media kononnya KEADILAN menerima dana asing yang jelas sekali satu fitnah, Umno disaran jangan ibarat meludah ke langit yang kelak terkena muka mereka sendiri. Shamsul Iskandar Mohd Akin |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan