RAKYAT MARHAEN |
- Royalti : Pusat terhutang dengan Kelantan RM10.4 bilion
- KANTOI! Muslihat Najib Altantuya Ke Kediaman Tun Mustapha Terbongkar!
- Kelab MP-BN: 'Pengaruh Dr M cukup besar'....Najib makin tidak diyakini...!!!
- Fiesta Jalanan Selangor Tarik Perhatian Anak Muda
- Erdogan bidas PBB tidak bertindak ke atas Syria
- Report lodged over Umno’s RM40m
- Langat 2: Imej negara buruk di peringkat antarabangsa
- Warga estet dakwa kehidupan terpinggir
- Nik Aziz serah gelang untuk derma pilihan raya
- WHAT - M'SIAN CHINESE POOR? YES - their poverty is actually entrenched & intractable
- Dr M: 'PRU 2008, tiada siapa minta bantuan saya'
- Cybertroopers, media sosial kunci kepada kejayaan BN pada PRU 13, kata Saifuddin
- Projek kubur 80 ekar, kos RM31 juta di Pengerang
- Malaysia Kita : Pilih ‘teman’ dalam kereta - Pandu Angkut..!!!
- Malaysia Kita : Formula maut yang rosak badan dan otak
- Hina Islam : Poster 'Raya Haji and Halloween' cetus kontroversi
- PRU13:Mahathir ada ‘pengaruh besar’?
- Kelulusan Langat 2 Muhyiddin Gagal Dapat Nasihat Yang Betul
- PAS tidak rugi kerjasama dengan DAP, NGO
- Bersih kutip lebih RM13,000 dalam konsert ‘Bersih Rock’
- Anak Muda Ganu : Amzad Ceramah Di Banggol Pradong
- Dr Zulkifli Hassan - Pemikiran Yusuf Qaradhawi dan Pengaruhnya Dalam Konteks Dakwah dan Pemikiran Islam
- Usul 181 Lawatan Kapal Perang USA PAS Tumpat
- Bersih syor pemantau asing bantu SPR
- Konsert Bersih : Lapan tuntutan BERSIH + Lagu BERSIH
Royalti : Pusat terhutang dengan Kelantan RM10.4 bilion Posted: 13 Oct 2012 09:40 PM PDT BACHOK: Kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) kini terhutang dengan kerajaan Kelantan lebih RM10.43 bilion apabila gagal menjelaskan bayaran royalti 5 peratus terhadap hasil petroleum dicari gali di perairan negeri ini. Read More / Baca Lagi >>Ini adalah sejarah baru yang dicatat ketika negeri-negeri lain di Malaysia menambah jumlah hutang dengan kerajaan pusat sehingga ada yang melebihi RM1 bilion. Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti – R), Nazri Deraman berkata, rakyat Kelantan dizalimi sejak 2004 sehingga sekarang apabila hak ke atas royalti dinafikan. |
KANTOI! Muslihat Najib Altantuya Ke Kediaman Tun Mustapha Terbongkar! Posted: 13 Oct 2012 08:38 PM PDT Rupanya, muslihat Perdana Menteri Najib Altantuya yang kini dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah, yang akan melawat kediaman Allahyarham Datu Mustapha Datu Harun, yang digelar Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pembangunan Sabah, hari ini, terbongkar. Najib Altantuya dijadual berkunjung ke kediaman Allahyarham, yang dinamakan 'Istana Tun Mustapha' pada sebelah tengah Hari selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat. Antara yang dijangka menyambut ketibaan Najib Altantuya ialah anak Allahyarham iaitu Amir Kahar, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah semasa pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi. Lawatan Najib Altantuya itu kununnya merupakan satu pengiktirafan kepada Allahyarham, seorang negarawan dan pahlawan yang banyak berjasa kepada negara serta rakyat Sabah. Read More / Baca Lagi >> |
Kelab MP-BN: 'Pengaruh Dr M cukup besar'....Najib makin tidak diyakini...!!! Posted: 13 Oct 2012 08:36 PM PDT Peranan itu katanya, memberi pengaruh yang cukup besar dalam arena politik negara, lebih-lebih dalam menghadapi PRU13. "Beliau diingat sebagai Perdana Menteri bermakna memang dari segi pengaruh itu masih ada," kata Setiausaha BN Sabah ini kepada Sinar Harian Online. Umno, parti teras BN, dikembangkan ke Sabah ketika era Dr Mahathir. Abdul Rahman, pemimpin muda Umno dari Sabah berkata, beliau melihat Dr Mahathir sentiasa bersungguh-sungguh dalam memastikan sokongan orang Melayu menyumbang kepada kestabilan politik negara yang sekali gus memberi ruang kepada Umno-BN kekal mentadbir Malaysia. |
Fiesta Jalanan Selangor Tarik Perhatian Anak Muda Posted: 13 Oct 2012 08:34 PM PDT KLANG, 14 OKT: Fiesta Jalanan Selangor Daerah Klang Dan Fiesta Teater Selangor yang dianjurkan Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Klang berjaya menarik perhatian anak-anak muda daerah tersebut. Dianggarkan lebih separuh penyertaan dalam acara-acara yang dianjurkan selama sehari tersebut melibatkan golongan belia di bawah umur 40 tahun. Dalam program yang diadakan di Dataran Seni Klang itu, pelbagai acara diadakan termasuklah persembahan teater, bacaan puisi, tarian tradisional, gamelan, muzik asli dan lain-lain. Selain itu pelbagai pertandingan yang mampu menarik penyertaan golongan anak muda seperti pertandingan kompang, congkak, batu seremban, galah panjang, dam harimau dan memasak turut diadakan. Pertandingan karaoke yang dikhususkan bagi golongan 40 tahun ke atas turut diadakan pada sebelah petangnya pula. Read More / Baca Lagi >> |
Erdogan bidas PBB tidak bertindak ke atas Syria Posted: 13 Oct 2012 08:33 PM PDT ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan Sabtu lalu membidas Majlis Keselamatan PBB kerana tidak bertindak ke atas Syria, berkata badan dunia telah mengulangi kesilapan yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai di Bosnia pada tahun 1990-an. Read More / Baca Lagi >>Tentera Presiden Bashar al-Assad menggunakan serangan udara dan artileri ke atas pemberontak, dengan konflik 19-bulan ini berisiko menyeret kuasa-kuasa serantau. Turki semakin terlibat selepas memintas pesawat Syria yang didakwa membawa peluru buatan Rusia untuk tentera Syria, sekaligus membangkitkan kemarahan Moscow dan Damsyik.Turki turut menyeru untuk campur tangan, termasuk penguatkuasaan zon larangan terbang kepada pesawat asing untuk menghentikan serangan udara oleh kuasa Assad. |
Report lodged over Umno’s RM40m Posted: 13 Oct 2012 08:32 PM PDT Sabah Progressive Party has lodged a police report over the 'clearance' of Sabah Chief Minister Musa Aman of graft and money laundering allegations last week. Among the latest is the youth wing of Sabah Progressive Party (SAPP), whose members claimed that the government explanation that the money did not belong to Musa, but Sabah Umno, smacks of a deliberate cover up. Lodging a police report over the matter on Friday, they urged the police to further investigate the origin of the RM40 million. They also questioned the need to smuggle the money out of Hong Kong and businessman Michael Chia's relationship with Umno. "If there is no connection (between Chia and Umno), why isn't Umno managing the transaction?" asked the report. Speaking to FMT, SAPP Youth chief Edward Dagul said that the party finds it hard to believe that the Minister in Prime Minister's Department Nazri Aziz has attempted to "swipe away such a serious case with such a simple sentence". Read More / Baca Lagi >> |
Langat 2: Imej negara buruk di peringkat antarabangsa Posted: 13 Oct 2012 08:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri di Johor Baharu semalam bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan Projek Langat 2 walaupun tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Selangor akan memburukkan imej negara di peringkat antarabangsa. Read More / Baca Lagi >>Kerajaan Persekutuan berkeras untuk meneruskan projek tersebut walaupun ia tidak mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan atau bertentangan dengan rancangan tempatan yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri. "Dengan keputusan itu, isu air di Selangor tidak akan hanya menjadi isu negeri atau isu kebangsaan tetapi akan menjadi isu antarabangsa," kata Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar). Katanya, apabila sebuah kerajaan dengan sewenang-wenangnya enggan menghormati undang-undang negara ia akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat antrabangsa. |
Warga estet dakwa kehidupan terpinggir Posted: 13 Oct 2012 08:26 PM PDT KUALA LIPIS: "55 tahun merdeka nasib warga estet tidak terbela, janji BN gagal ditepati", demikian bunyi ayat yang terpampang pada banner semasa menyambut kedatangan konvoi 'PAS Cakna ke kawasan Parlimen Lipis' di Ladang Benta dekat sini baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >>Rombongan PAS Pahang itu hadir bagi mendengar sendiri keluhan masyarakat berketurunan India pekerja estet yang mendakwa tiada pihak yang menitikberatkan kebajikan mereka selama ini. Seorang penduduk, R Krishnan, 62 menceritakan, majoriti warga estet khususnya buruh ladang masih tercicir daripada menikmati peluang kehidupan lebih baik dan selesa berbanding pekerja sektor lain. "Kami menyumbangkan tenaga untuk kemajuan ladang dan ekonomi negara. Namun peluang kami untuk memiliki rumah sendiri masih samar-samar begitu juga dengan pendidikan lebih terjamin," katanya. |
Nik Aziz serah gelang untuk derma pilihan raya Posted: 13 Oct 2012 08:24 PM PDT Kali ini beliau menunjukkan seutas gelang emas milik seorang Muslimah untuk didermakan kepada tabung Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung tidak lama lagi. "Tongkat saya berjaya dijual dengan harga yang tinggi, oleh itu saya beri gelang ini pula untuk melihat kejayaan parti secara keseluruhannya, Insya-Allah kita akan memperoleh kejayaan," katanya semasa berucap Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini semalam. |
WHAT - M'SIAN CHINESE POOR? YES - their poverty is actually entrenched & intractable Posted: 13 Oct 2012 08:22 PM PDT REPRINT Soon after I returned to Malaysia in late 2005, I met with a former president of the country's major Chinese party in his office. During the discussion which covered a range of issues, I expressed my concern at the failure of the Chinese political leadership to deal effectively with the socio-economic problems and challenges that the community was facing. I had known the leader since the 1970s but especially in the late '80s and early 1990s when I was a panellist in the 150-member National Economic Consultative Council (NECC) which had been set up by the then-Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad, to come up with a post-1990 economic policy to replace the New Economic Policy (NEP). The response of the former president to my concern shocked me. Besides defending his party and his leadership, he declared that the Chinese were very lucky to be able to live in Malaysia. "Where else in the world can you find a simple char koay teow seller become so rich and drive a Mercedes!" was his rejoinder. This view that the Chinese have done very well for themselves — and by extension, do not require assistance from the government — is not uncommon. However, it is a gross generalisation and erroneous on several counts. Taken to its logical end and juxtaposed with the fact that many of the country's richest individuals are Chinese, such a simplistic view has provided the underpinnings for the racially biased public policies pursued in a wide range of sectors and over such a long period of time in the country. Off the public radar |
Dr M: 'PRU 2008, tiada siapa minta bantuan saya' Posted: 13 Oct 2012 08:21 PM PDT Dr Mahathir, sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, telah mengetuai BN menghadapi Pilihan Raya Umum 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999. Beliau bersara pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memanggil pilihan raya umum pertamanya pada 2004 dan disusuli dengan 2008. "Saya tidak memainkan sebarang peranan dalam Pilihan Raya Umum 2008 kerana tiada siapa yang meminta bantuan saya. Jadi, saya hanya berkempen di kawasan (anak saya Datuk) Mukhriz. |
Cybertroopers, media sosial kunci kepada kejayaan BN pada PRU 13, kata Saifuddin Posted: 13 Oct 2012 08:07 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Okt — Kandungan oleh "cybertroopers" Barisan Nasional (BN) dan seluruh platform media sosial akan menentukan kejayaan parti pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah (gambar). Read More / Baca Lagi >>Kata timbalan menteri yang popular itu, BN telah menerima pelajaran penting sewaktu pilihan raya umum 2008 selepas kalah teruk ekoran kegagalan mereka menguasai dunia siber yang ketika itu lebih dikuasai parti yang akhirnya membentuk Pakatan Rakyat (PR). "Kita tiada di sana (dunia siber) pada 2008 ... kita handicap. Kita tewas pada masa itu, sebab itu kita hilang pengundi muda. "Tapi kini BN telah bersedia, kita mempunyai pasukan blogger dan media baru yang dikenali sebagai "BNcybertroopers", bezanya sekarang adalah isi kandungan media itu," kata Ahli Parlimen Temerloh itu kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah eksklusif baru-baru ini. BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri kepada PR sebelum Perak jatuh kembali ke pangkuan mereka pada tahun 2009. Sebahagian daripada kekalahan itu telah dikaitkan dengan BN meninggalkan laman web media sosial pada tahun 2008 apabila bilangan pengundi celik internet semakin bertambah. Saifuddin yang seringkali mengeluarkan pendirian berbeza daripada pemimpin Umno yang lain turut menjelaskan, pucuk pimpinan BN dan juga Umno turut dilihat bergiat aktif di laman sosial seperti Twitter dan Facebook. "Kita lihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau sanngat aktif dengan media baru menjelang pilihan raya umum, berbanding pemimpin-pemimpin BN terdahulu. "Boleh dikatakan majoriti pemimpin sekarang aktif menggunakan media baru," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu lagi. |
Projek kubur 80 ekar, kos RM31 juta di Pengerang Posted: 13 Oct 2012 08:05 PM PDT Kampung lain dapat pembangunan, Kampung Pungai dapat tanah perkuburan, kata ketua cawangan Umno, Isa Sultan yang juga AJK Umno Pengerang. Bagaimanapun, penduduk kampung membantah dan tidak gembira dengan projek perkuburan mega yang didakwa dibiayai Petronas itu. "Kerja-kerja menambak tanah sudah bermula sejak sebulan lalu tetapi projek ini menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung ini. "Apa perlunya sebesar ini? Mengapa dibuat di tanah lapang? Kenapa tidak dibuat di atas tanah bukit di kawasan berhampiran,?" tanya ketua cawangan Umno, Isa Sultan yang juga AJK Umno Pengerang. "Kampung lain dapat pembangunan, Kampung Pungai dapat tanah perkuburan." katanya dengan nada kecewa. Menurut Isa tidak ada keperluan untuk Petronas membina tanah perkuburan seluas 80 ekar kerana tanah kubur sedia seluas dua ekar masih banyak yang kosong. "Sejak seratus tahun, masih banyak kawasan kosong di atas tanah perkuburan ini," kata beliau lagi. Kampung Pungai tidak terbabit dengan projek petrokimia dan hanya mempunyai kira-kira 200 buah rumah. Isa yang tidak gembira dengan projek perkuran mega itu berkata, sepatutnya tanah perkuburan itu digunakan untuk projek perumahan untuk pemindahan projek RAPID. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita : Pilih ‘teman’ dalam kereta - Pandu Angkut..!!! Posted: 13 Oct 2012 08:00 PM PDT |
Malaysia Kita : Formula maut yang rosak badan dan otak Posted: 13 Oct 2012 07:59 PM PDT |
Hina Islam : Poster 'Raya Haji and Halloween' cetus kontroversi Posted: 13 Oct 2012 07:54 PM PDT Poster bertajuk Raya Haji and Halloween didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain. Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia terkejut melihat poster gergasi yang digantung dalam pusat membeli-belah itu dan mempersoal tindakan penganjur yang tidak peka sensitiviti agama. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13:Mahathir ada ‘pengaruh besar’? Posted: 13 Oct 2012 07:53 PM PDT Menurut Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz, meskipun pembabitan Dr Mahathir hanya secara tidak langsung iaitu menerusi komen-komen beliau terhadap dasar 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia membantu memberi impak besar dalam siri kempen kerajaan dalam PRU. |
Kelulusan Langat 2 Muhyiddin Gagal Dapat Nasihat Yang Betul Posted: 13 Oct 2012 07:52 PM PDT SHAH ALAM, 14 OKT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendapat nasihat yang betul sekiranya beliau menganggap pengambilan tanah Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Pusat akan membolehkan projek loji Langat 2 diteruskan. Sebaliknya dalam isu tersebut, isu pengambilan tanah oleh Kerajaan Pusat bukanlah isu utama, tetapi kelulusan untuk membina sebarang struktur di dalam Negeri Selangor adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Demikian reaksi Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa Rasiah yang juga merupakan pengamal perundangan negara berhubung kenyataan terbaru Muhyiddin mengenai projek Langat 2. Read More / Baca Lagi >> |
PAS tidak rugi kerjasama dengan DAP, NGO Posted: 13 Oct 2012 07:51 PM PDT KUALA TERENGGANU: Kerjasama PAS dengan mana-mana parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) tidak pernah merugikan parti sebaliknya pengaruh PAS berkembang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kerjasama PAS dengan mana-mana pihak termasuk Umno pada tahun 1970 hingga 1978 tidak pernah merugikan parti. (Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi Awang menandatangani plak perasmian pejabat Masjid MTT Darul Iman). Menurutnya, meski pun ketika itu PAS kehilangan kerajaan di Kelantan serta dipecat oleh Barisan Nasional (BN) tahun 1978. Namun, katanya pengaruh PAS berkembang di seluruh kementerian, pusat pengajian tinggi serta jabatan kerajaan. |
Bersih kutip lebih RM13,000 dalam konsert ‘Bersih Rock’ Posted: 13 Oct 2012 07:50 PM PDT Julung-julung kalinya mengadakan kempen menuntut pilihan raya yang bersih menggunakan konsert seumpama ini, dana yang diterima daripada derma pengunjung itu akan digunakan untuk membantu perjuangan badan bukan kerajaan ini bagi memastikan kerajaan melaksanakan lapan tuntutan mereka, jelas Pengerusi Bersama Bersih Datuk A. Samad Said (gambar). "Kami tidak akan berjaya tanpa bantuan anda semua," kata sasterawan negara itu lagi. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad turut mengharapkan agar semangat perjuangkan lapan tuntutan Bersih itu akan dapat dizahirkan melalui konsert pada malam itu. Bersih sebelum ini pernah menganjurkan dua demonstrasi besar-besaran di ibu negara menuntut pilihan raya yang adil dan bersih dengan yang pertama pada April tahun lalu, dan terbaru, Bersih 3.0 pada awal tahun ini. Konsert Bersih 8T pada malam tadi dianjurkan berikutan kekecewaan mereka kerana kerajaan dilihat enggan melaksanakan lapan tuntutan yang diminta oleh gabungan tersebut. |
Anak Muda Ganu : Amzad Ceramah Di Banggol Pradong Posted: 13 Oct 2012 07:47 PM PDT |
Posted: 13 Oct 2012 07:45 PM PDT |
Usul 181 Lawatan Kapal Perang USA PAS Tumpat Posted: 13 Oct 2012 07:42 PM PDT |
Bersih syor pemantau asing bantu SPR Posted: 13 Oct 2012 07:40 PM PDT |
Konsert Bersih : Lapan tuntutan BERSIH + Lagu BERSIH Posted: 13 Oct 2012 07:38 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan