MIMPI SENJA |
- Najib, mana peruntukan untuk sekolah agama? Kalau kat bini hang dapat berjuta2 untuk PERMATA konon?
- Rintihan Pekan - Gajah Putih Tanjung Agas - bhg 1
- Rogol pelajar - 50 tahun penjara, 18 sebatan
- Imam baling kasut - Imam Hoslan akan dibebas esok
- [Artis Indon] Rossa Berhijab akan ke Mekah 12 Okt nanti
Najib, mana peruntukan untuk sekolah agama? Kalau kat bini hang dapat berjuta2 untuk PERMATA konon? Posted: 10 Oct 2012 10:37 PM PDT 'Mana dana untuk 800,000 pelajar sekolah agama?' Aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) hari ini berhimpun di depan bangunan Parlimen di ibu negara untuk menuntut dana yang diperuntukkan untuk sekolah itu dalam Belanjawan 2013. Jurucakapnya Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600. "Ini melibatkan lebih sejuta ibu bapa, yang memilih menghanar anak mereka ke seolah agama. Islam adalah agama rasmi persekutuan dan pendidikan bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan. "Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan Islam," katanya. - Malaysiakini |
Rintihan Pekan - Gajah Putih Tanjung Agas - bhg 1 Posted: 10 Oct 2012 08:59 AM PDT |
Rogol pelajar - 50 tahun penjara, 18 sebatan Posted: 10 Oct 2012 07:20 AM PDT KUALA LUMPUR 10 Okt. - Seorang penghantar surat hari ini dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 50 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan merogol seorang pelajar di kawasan semak di Gombak, dekat sini, pada April tahun lalu. Hakim Rozianayati Ahmad menjatuhkan hukuman terbabit terhadap Mohd Mazrin Mustafa, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Bagi tuduhan pertama, Mohd Nazrin dihukum penjara 25 tahun dan lapan sebatan manakala pertuduhan kedua yang sama dia dihukum penjara 25 tahun dan 10 sebatan. Hakim memerintahkan hukuman penjara tersebut dijalankan serentak mulai hari ini. Dalam penghakimannya, Roszianayati berkata, Jabatan Kimia mengesahkan asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh terdapat di dalam kemaluan mangsa dan tiada kecacatan dari segi pengambilan sampel yang dibuat. Mengikut fakta kes, mangsa yang berusia 15 tahun ketika itu pulang dari sebuah pusat beli belah di Jalan Imbi di sini bersama jirannya menaiki sebuah motosikal apabila ditahan oleh tertuduh yang mendakwa dirinya polis. Tertuduh kemudian membawa mangsa ke satu kawasan semak sebelum dia dirogol. Mohd Nazrin didakwa merogol pelajar itu dua kali tanpa kerelaannya, di kawasan semak di Gombak, di antara jam 1.40 pagi hingga jam 4.30 pagi, 3 April 2011. Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. "Saya menghadapi tekanan perasaan dan pelajaran terganggu di sekolah. Semua impian dan cita-cita saya dah hancur," kata mangsa ketika memberi keterangan di mahkamah yang dinyatakan menerusi laporan Bernama. Seramai 15 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberui keterangan sepanjang perbicaraan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Yusoff Ag. Lah dan Mohd Firdaus Mohd Razi. PENJARA.....Mak dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah. Oleh : CLARICE USOP KOTA KINABALU: Akibat tergamak memperdagangkan seorang remaja perempuan warga asing bagi tujuan pelacuran, seorang wanita tempatan berusia 61 tahun dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin. Mak Gonda Ab Rahman dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Caroline Bee Majanil, selepas mengaku bersalah memperdagangkan mangsa berusia 13 tahun bagi maksud eksplotasi, pada 27 September lalu jam 2 petang di sebuah bilik hotel,Jalan Hj Yaakub, Kg Air, di sini. Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdangan Orang dan Anti Penyeledupan Migram 2007, yang diperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, pengadu mengetuai sepasukan anggota polis dari Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu telah menjalankan pemerhatian di kawasan Kg Air. Semasa pemerhatian, tertuduh sedang memegang tangan mangsa yang berjalan dari perhentian teksi Kg Air. Pengadu bersama pasukannya kemudian mengekori kedua-duanya dan melihat mereka masuk ke sebuah hotel. Tertuduh dipercayai menghantar mangsa kepada seorang pelanggan. Apabila tertuduh turun ke lobi, pengadu bertindak menahannya. Hasil soal siasat, tertuduh mengaku mangsa adalah anak kandungnya dan memperdagangkan untuk pelacuran dengan bayaran RM80 hingga RM150 untuk seorang pelanggan. Pengadu bersama pasukan anggota menyerbu bilik terbabit dan telah dibuka oleh seorang lelaki. Setelah siasatan dijalankan kepada mangsa, mangsa memberitahu tertuduh bukan ibunya. Sebaliknya, dia bekerja dengan tertuduh sebagai pencuci pinggan di Tawau. Mangsa telah dibawa ke ibu kota dan tinggal di sebuah penginapan di Kg Air dan didagangkan bagi tujuan perkhidmatan seks. Terdahulu, Mak yang mempunyai enam orang anak merayu agar hukumannya diringankan dan mengaku telah melakukan kesilapan serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. Dia juga menyatakan kepada mahkamah, dia mengalami penyakit asma dan suaminya telah tua. Timbalan Pendakwaraya Monica Linsua menegaskan hukuman berat harus dijatuhkan demi kepentingan awam dan keseriusan kesalahan yang mengeksploitasi mangsa demi tujuan pelacuran. "Mahkamah mesti mempertimbangkan fakta, tertuduh telah membawa mangsa ke ibu kota tapi sebaliknya telah dijadikan pelacur. Mangsa mengalami trauma dan takut kepada tertuduh dan ingin kembali kepada ibu bapanya di Tawau," katanya. (UB) |
Imam baling kasut - Imam Hoslan akan dibebas esok Posted: 10 Oct 2012 04:55 AM PDT Perkara itu turut disahkan oleh Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham) Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami. Menurut Ahmad Zamri, Hoslan yang menjalani hukuman di penjara Kajang dibebaskan awal dari tarikh yang sepatutnya iaitu kurang dari lima bulan tempoh sebenar. "Beliau didapati berkelakuan baik, dan dibebaskan awal. Beliau menerima hukuman lebih dari enam bulan sahaja. Kita akan jemput beliau di penjara Kajang esok, " katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Hoslan yang dijatuhkan hukuman setahun bermula pada 8 Mac lalu, selepas Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah. Ekoran pembebasan Hoslan, Juham akan mengadakan majlis kesyukuran pada malam esok bertempat di Surau PPR Chochrane. Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan bertindak membaling selipar ke arah ketiga-tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan I, Istana Kehakiman, antara 10.15 pagi dan 10.30 pagi pada 22 Feb lepas. Dalam kejadian itu, Hoslan gagal mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengosongkan unit kuarters yang didudukinya selepas pelantikannya sebagai imam ditamatkan, empat tahun lalu. Ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, dia bertindak membaling sepasang selipar pada panel hakim dan satu daripadanya terkena Timbalan Pendaftar yang bertugas. |
[Artis Indon] Rossa Berhijab akan ke Mekah 12 Okt nanti Posted: 10 Oct 2012 03:00 AM PDT Penyanyi Indonesia, Rossa, yang terkenal di negara ini, akan menunaikan ibadah haji dalam waktu terdekat. Dalam satu majlis membaca Quran di Jakarta Selatan beberapa hari lepas, Rossa dilihat telah mengenakan hijab. 12 Oktober ini ialah tarikh Rossa menunaikan haji. Menurut Rossa dia akan cuba untuk berpakaian lebih tertutup selepas menunaikan haji dan memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah ini. Semoga segala urusan Rossa dipermudahkan. Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredi gambar, detikFoto. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan