Rabu, 10 Oktober 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PAS parti sesuai untuk saya - Tengku Paduka

Posted: 10 Oct 2012 08:50 PM PDT

Status Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebagai bapa saudara kepada Sultan Mizan Zainal Abidin tidak dipernah dipergunakan untuk kepentingan diri. Pada beliau, yang lebih mesra dengan panggilan Ku Duka, kepentingan rakyat Terengganu lebih menjadi keutamaan. Di atas kesedaran itu, Ku Duka menyerahkan borang menyertai PAS pada 6 Oktober 2012 kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat di Jabi. Ikuti temuramah beliau dengan wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan KHAIRUL AZLAM MOHAMMAD di Batu Buruk, Kuala Terengganu, 7 Oktober 2012.


Apakah yang mendorong Tengku menyertai PAS?

TENGKU SERI PADUKA RAJA: Pertamanya, saya ingin katakan bahawa saya menyertai PAS kerana Allah. Umur saya pun sudah mencecah 73 tahun, saya tiada apa-apa kepentingan, selain mahu menyaksikan Islam dan kebenaran tertegak di Terengganu dan di Malaysia amnya.

Saya melihat perkembangan politik dalam negara kita, keadaan sekarang ini begitu teruk dari segi penyelewengan, kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional, baik di Pusat dan di Negeri.

Saya bimbang, jika saya duduk diam sahaja di rumah, pandangan saya tidak laku kerana saya tidak di pentas politik. Sebab itu saya memilih PAS, yang saya rasa PAS adalah sebuah parti yang sesuai pada saya.
Read More / Baca Lagi >>

Tender padi: Kementerian Kewangan ditipu?

Posted: 10 Oct 2012 08:49 PM PDT



 
Penganugerahan kontroversi tender pembekalan pagi RM164.8 juta kepada petender yang didakwa tidak layak menimbulkan lebih persoalan, ekoran sebab Kementerian Kewangan meluluskan dikatakan tidak sah.

Dalam surat bertarikh 20 Julai lalu yang bocor, bahagian perolehan kerajaan di kementerian menjelaskan walaupun petender tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, kelulusan diberikan ekoran keperluan benih padi yang mendesak dan "faktor kesegeraan" bagi musim penanaman semula.

NONESurat itu, yang diedarkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lalu, dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Hashim Abdullah.

Dua alasan yang diberikan itu pada mulanya dipersoalkan melalui artikel "Skandal Padi Benih yang Terburuk Dalam Sejarah Industri Padi/Beras Negara" oleh penulis yang merujuk dirinya sebagai "Warga Moe".

Artikel yang disebar secara meluas sejak bulan lalu itu membuat lebih banyak dakwaan berhubung tender itu.

"MOF (Kementerian Kewangan) pun kena tipu dengan (menteri pertanian) Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (amalan biasa MOA selama ini).

"Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak," artikel itu dipetik.

Wacana Sinar Harian Bajet 2013 Part 4

Posted: 10 Oct 2012 08:20 PM PDT

Nasha, DAP: Orang luar sengaja cetuskan ketegangan dalam Pakatan

Posted: 10 Oct 2012 08:19 PM PDT

Politik Samseng : Ketua Cabang PKR Jempol terima ugutan

Posted: 10 Oct 2012 08:17 PM PDT

SMS tanpa nama yang diterima beliau pada pukul 07.32 pagi semalam, penghantar mesej yang hanya mahu dikenali sebagai kaum wanita memberi amaran kepada beliau bahawa tidak akan teragak-agak menghapuskannya, keluarga dan ternakan beliau. 

JEMPOL: Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh menerima satu SMS berbentuk ugutan semalam berhubung peranan beliau menganjurkan aktiviti ceramah di kawasan Felda Serting Hilir 5 di sini.
Menurut Karip, SMS tanpa nama yang diterima beliau pada pukul 07.32 pagi semalam, penghantar mesej yang hanya mahu dikenali sebagai kaum wanita memberi amaran kepada beliau bahawa tidak akan teragak-agak menghapuskannya, keluarga  dan ternakan beliau.
"Penghantar SMS itu turut mahu saya menghentikan program ceramah yang dilabelkannya sebagai ceramah pembohongan; kalau saya mahu kelurga saya dan ternakan saya selamat.
"Penghantar SMS itu turut mengingatkan saya jangan selalu anjurkan siri ceramah di Serting Hilir kalau saya mahu selamat dan memberitahu bahawa kaum wanita tidak akan berubah dan berani memusnahkan saya," dakwa Karip.
Read More / Baca Lagi >>

Tolong jangan gelak...

Posted: 10 Oct 2012 08:08 PM PDT


Ni bukan banner mamat jual ubat akar kayu beb...
Tapi banner iklan Piem Najib jual minyak angin...
Kahkahkah...
Bila Anwar ajak debat pandai pulak dia kata...
Debat bukan budaya kita...
Tapi dengan muka yang tak tahu malu....
Dia pulak yang kalut terlebih anjur debat piala dia punya...

Najib... Najib...
Maka terkedulah Piem Umno neh bilamana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menjadi pembangkang dalam debat neh memenangi debat & sebagai pendebat terbaik piala bapak dia punya. UIA menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam debat tersebut... tahniah pada pemenang

Wacana Sinar: Ke arah bajet seimbang

Posted: 10 Oct 2012 08:06 PM PDT


Wacana Sinar: Ke arah bajet seimbang
Dari kiri: Maszlee, Abdul Rahman , Tony Pua dan Wan Saiful pada Wacana Sinar Harian Mengenai Bajet 2013, malam semalam.
SHAH ALAM – Kedua-dua pihak - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) - bersetuju bahawa bajet defisit negara perlu dikurang dan memberi tempoh sehingga 2015 bagi mencapai hasrat itu.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, berdasarkan keadaan semasa, dijangka dalam tahun itu bajet defisit negara dapat dikurang sebanyak tiga peratus.

Menurutnya, kerajaan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan perbelanjaan dan memastikan setiap wang mampu memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus penjimatan boleh dilakukan.
"Hutang atau defisit ini adalah relevan, tetapi apa yang penting adalah negara masih boleh menguruskannya.

Read More / Baca Lagi >>

Hebat..!! Ada Lebih 1538 Pengundi Yang Berumur 100 Tahun Dalam Daftar Pemilih 2012?

Posted: 10 Oct 2012 08:01 PM PDT

spr malaysia SPR Malaysia!! Ada Lebih 1538 Pengundi Yang Berumur 100 Tahun Dalam Daftar Pemilih 2012?Pilihanraya Umum ke 13 bagi sudah hampir tiba. Kalau semak semua kenyataan pembentangan Bajet 2013 tempoh hari yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak, beberapa bantuan akan diberikan pada pada awal 2013. Memberikan "signal" bahawa kononnya Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan pada awal tahun 2013.

 Walaubagaimanapun….
Walaubagaimanapun, hati kecil kami kuat mengatakan yang mana Pilihanraya akan diadakan pada bulan November atau selewat-lewatnya Disember 2012 ini….

SPR Malaysia Minta Semak Senaraian Daftar Pemilih & Selesaikan Segera!!

Yang sedihnya, walaupun sudah beberapa tahun Pilihanraya Umum ke 12 pada Mac 2008 sekarang ini semakan daftar pemilih yang dilakukan di portal SPR Malaysia menunjukkan masih ada lagi senaraian daftar pemilih Malaysia yang berumur lebih 100 tahun seramai 1538 orang. Ini apa yang kami perolehi. Yang masih lagi belum dibongkarkan?

Ya…benar kita faham orang dulu-dulu umur boleh senang-senang menginjak melebihi umur 100 tahun. Ini semua disebabkan faktor pemakanan, persekitaran dan cara hidup mereka yang menyebabkan mereka "boleh bertahan lama". Sekarang?

Tetapi….yang menghairankan kami bagaimana boleh ada begitu ramai rakyat Malaysia dari negeri Perak dalam daftar pemilih di SPR Malaysia melebihi 1538 orang.
SPR Malaysia, apakah alasan anda kali ini?
Yang menakjubkan kami adalah kesemuanya mereka mempunyai hak untuk mengundi?

Kami sempat merakam paparan beberapa butiran daftar pemilih yang berumur 100 tahun di laman web SPR Malaysia. Melayu ada, Cina ada, India ada. Lengkap 1 Malaysia….

SPR Malaysia - Bukti Aduan Daftar Pemilih spr 2012 SPR Malaysia!! Ada Lebih 1538 Pengundi Yang Berumur 100 Tahun Dalam Daftar Pemilih 2012? 

 spr online SPR Malaysia!! Ada Lebih 1538 Pengundi Yang Berumur 100 Tahun Dalam Daftar Pemilih 2012? 

Lagi Bukti .. Lihat Disini

P/S : Senarai paftar pemilih yang berumur 100 tahun anda boleh download dan semak di sini. Senarai Pengundi 100

Stop Lying – We Are Still Here!

Posted: 10 Oct 2012 07:59 PM PDT


We are still here – the Penan are demanding a proper settlement with signatures.
Penan blockaders, who have brought construction on the Murum Dam to a standstill over the past ten days, have reacted with outrage at the news that their assemblyman, BN's Liwan Lagang, has been telling the media that a settlement has been reached.
In response they have instead tightened and extended the blockade to another approach road to the dam.
Our reporter in the area has informed us that the blockade is now manned by all the Penan Chiefs from the nine villages due to be affected by the flooding from the dam and they have refuted Lagang's report of a settlement as a total falsehood:
"They clarified that their protest is growing from strength to strength with the full involvement and support of all their Village Headmen and Leaders of their respective Village Development and Security Committees (JKKK). The only Penans who have left the site have been forced to do so in order to search for food to sustain their protest or to return their wives and children to their villages. They will return in greater numbers."[ground report for Sarawak Report]
While their protest is in every way peaceful the Penan, who face eviction from their homelands in just a few months, made plain their determination by lighting tyres in front of lorries who have been waiting to proceed to the dam construction site.
Read More / Baca Lagi >>

Jawapan Buat Nasha - UMNO dah lama mengkristian Malaysia ini..

Posted: 10 Oct 2012 07:53 PM PDT

Nasharudin Mat Isa tanya " ADAKAH BENAR ADA USAHA UNTUK MENJADIKAN NEGARA INI NEGARA KRISTIAN? 

Cuma aku nak tanya Nasha ?,,, siapa yang tukar hari cuti mingguan negeri Johor dan Perlis dari Jumaat yang merupakan syiar penghulu segala hari buat umat Islam kepada hari Ahad... Hari Ahad ni syiar untuk siapa,,, 

Siapa yang terhegeh-hegeh pergi jumpa Pope ?



Siapa yang membenarkan gereja terbesar didirikan di Malaysia


Dan akhir sekali berapa ramai Ahli UMNO yang selama ini mengaku parti Islam yang ahlinya dari Sabah berugama Kristian,,, tolong bagi kira sat

Soalan Cepumas,, berapa ramai pemimpin UMNO mengaku beragama Islam yang menjadi ahli kelab freemason...... 

 

Dakwan bajet 'lemah matematik': PR jawab Husni

Posted: 10 Oct 2012 07:49 PM PDT


Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah. SHAH ALAM –  DAP menyangkal kritikan bahawa Bajet Alternatif 2013 yang dibentangkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai bajet "lemah matematik", seperti yang diperkatakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebaliknya menegaskan kenyataan dikeluarkan oleh Husni adalah "dakwaan yang tidak mengikut fakta."

Pua muncul dalam Wacana Sinar Harian Bajet 2013 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf malam tadi. Turut menjadi ahli panel ialah Ahli Parlimen Kota Belud dari Umno-BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan.

Menurut Husni, "mengikut perkiraan" bajet bayangan 2013 PR sebagai mengelirukan dan akan menambah defisit fiskal dan hutang Malaysia berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Read More / Baca Lagi >>

Salahuddin: Islam masih prinsip utama Pas

Posted: 10 Oct 2012 07:31 PM PDT


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa Islam sememangnya menjadi prinsip utama dalam perjuangan parti Pas.

Beliau berkata, perkara itu tidak pernah berubah sejak dari dulu sehingga ke hari ini.

"Sebab itu saya masih di sini (dalam Pas), kerana prinsip itu masih lagi dipegang. Majlis Syura sebagai badan tertinggi parti masih lagi menegakkan perkara itu dan tiada arahan baru diterima.

"Beliau (Nasharudin Mat Isa) juga ahli di dalam Majlis Syura seharusnya lebih tahu apa yang diperjuangkan parti," katanya yang mengulas kenyataan Bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Read More / Baca Lagi >>

Pemegang IC sementara disenaraikan sebagai pengundi

Posted: 10 Oct 2012 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Oktober: Pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Sementara atau MyKas ada dalam senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dedah Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
Dalam Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Kuantan itu membawa bukti salinan carian di laman web SPR, terdapat pemegang Mykas didaftar sebagai Hasmidah Surahbil dengan nombor kad pengenalan 820315-12-6446.
Hasmidah disenaraikan sebagai pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dalam Parlimen Hulu Langat. Turut dinyatakan ialah lokaliti pengundi di Taman Baiduri Jaya dan daerah mengundi di Bandar Teknologi Kajang.
"Perkara ini bukannya kali pertama berlaku. Kita telah lapor kepada Jabatan Pendaftararan Negara (JPN) dan SPR. Mengapa sampai hari ini nama tidak digugurkan?" soalnya pada perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

2,303 pengundi terlibat pembetulan kawasan pendaftaran

Posted: 10 Oct 2012 07:23 PM PDT

Sebanyak 2,303 pemilih terlibat dalam tindakan pembetulan kawasan pendaftaran mengundi yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
  
Beliau berkata tindakan sama membabitkan 2,579 pengundi pada tahun lepas.
  
Mohamed Nazri berkata langkah itu dilakukan mengikut Sub-peraturan 5(3)Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Read More / Baca Lagi >>

Pemandu teksi persoal kredibiliti presiden Perpekli

Posted: 10 Oct 2012 07:21 PM PDT

(Dari kiri) Wakil Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Sahabat Pannir Salvam A. Rajoo, Mohd Norhaidi Abdullah (pemandu teksi), pengerusi BBPTB Amran Jan dan Manugharan Sellandy semasa menemui wartawan The Malaysian Insider bagi membuat luahan mereka ekoran situasi yang berlaku.
KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pemandu teksi mengadu kepada The Malaysian Insider semalam ekoran kenyataan presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Kuala Lumpur, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah yang menyokong perkhidmatan percuma bas Go-KL. Sikap dan kecenderungan Aslah yang sering memihak kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan gagal membela kebajikan pemandu teksi menyebabkan kredibilitinya dipertikaikan rata-rata pemandu teksi.
"Kenyataan Aslah baru-baru ini jelas membuktikan dia mengambil kesempatan atas perkara tersebut dan seolah-olah menjadi pembela kepada SPAD.
"Selama 29-30 tahun jadi presiden, apa yang sudah dia lakukan untuk menjaga kebajikan pemandu teksi?
"Hingga kini pemandu teksi tiada caruman KWSP dan Socso," kata Amran Jan, pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) yang ditemui semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Grounded Syrian plane leaves Turkey

Posted: 10 Oct 2012 07:02 PM PDT

Perbahasan Bajet 2013 - DAP Kota Melaka

Posted: 10 Oct 2012 07:01 PM PDT

Soalan Tambahan - Prasana Sukan - PAS Sik

Posted: 10 Oct 2012 07:00 PM PDT

Soalan Tambahan - Kerjaya Sukan - DAP Batu Gajah

Posted: 10 Oct 2012 07:00 PM PDT

Sesi Soalan - Kebajikan Pencarum Tabung Haji - PAS Kubang Krian

Posted: 10 Oct 2012 06:59 PM PDT

Soalan Tambahan - Anggaran Hasil Makanan - PKR Indera Mahkota

Posted: 10 Oct 2012 06:59 PM PDT

Sesi Soalan - Rompakan Wang ATM - DAP Bukit Bintang

Posted: 10 Oct 2012 06:58 PM PDT

Sesi Soalan - Pusat Pelancongan Islam - PKR Gombak

Posted: 10 Oct 2012 06:57 PM PDT

Sesi Soalan - Banduan Bilik Akhir - DAP Bukit Gelugor

Posted: 10 Oct 2012 06:57 PM PDT

Soalan Tambahan - Syarikat Keselamatan - DAP Kepong

Posted: 10 Oct 2012 06:56 PM PDT

Tiada ulasan: