Rabu, 10 Oktober 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


US NASHA "ADA TAK MENAMBAH, TIADA TAK MENGURANG" TAPI LEBIH BAIK TIADA

Posted: 10 Oct 2012 03:05 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

US NASHA di dalam PAS, bolehlah dianggap "ada tidak menambah, tiada pun tidak mengurang" tetapi lebih baik tiada.  Us Nasha bertuah kerana berada di dalam PAS kerana kepimpinan PAS tidak pernah berlaku tidak adil jauh sekali zalim terhadap mana-mana ahlinya.  Sebarang tindakan kepada ahli, PAS tidak pernah berlaku tidak adil.

Jika tidak percaya, cuba bertanya Hassan JATI.  Sebelum beliau dicampak keluar dari PAS, berapa kali PAS menegur, menasihati dan memberi amaran kepadanya?  Hassan JATI tidak dicampak begitu sahaja walaupun memang wajar kalau PAS mahu berbuat demikian, tetapi PAS adalah Parti Islam maka sebarang tindak tanduknya mestilah mematuhi kaedah Islam.  Malangnya, terdapat orang yang ingin mengambil kesempatan di atas `kelembutan' PAS tersebut.

"agak-agak ana nak guna taktik apa ye?" ermmm....
Sekarang, berlaku pula ke atas Us Nasha.  Sebagaimana Us Tuan Ibrahim Tuan Man sebut, tiada yang pelik dari apa yang Us Nasha sebut tentang betapa PAS mesti mendahulukan Islam dari mendapatkan kuasa.  Us Tuan Ibrahim juga sebut, PAS sememangnya mahukan kuasa dan kedudukan untuk memartabatkan Islam itu sendiri.  Tanpa kuasa, PAS hanya mampu bercakap dan percakapan PAS berkenaan Islam selama ini adakah yang berkuasa sekarang mahu dengar?

Percayalah, jika sehari dua atau sebulan dua ini jika Us Nasha dipecat dari PAS, orang pertama yang Us Nasha tudingkan tidak lain tidak bukan adalah DAP kalaupun tidak DS Anwar.  Pastinya beliau akan kata PAS ikut telunjuk DAP atau DS Anwar untuk memecatnya.  Itu taktik yang mudah dibaca kerana taktik itu telah digunakan oleh Pengasas JATI.  Harap-harap Us Nasha boleh cari taktik lain yang tidak menampakkan kebodohannya nanti./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: