Khamis, 4 Oktober 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Najib Razak seronok dan puas jadi bahan lawak dalam program #TanyaNajib?

Posted: 03 Oct 2012 08:27 PM PDT

BENARKAH Najib Razak gembira dengan respon rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam program #TanyaNajib semalam?

Utusan Malaysia melaporkan, Najib mengakui amat seronok dan puas dapat menerima maklum balas secara langsung daripada rakyat pelbagai lapisan.



Namun kalau kita lihat semalam, program Tanya Najib melalui hashtag #TanyaNajib di Twitter tidak lebih sekadar menjadi bahan lawak jenaka anak muda mempersendakan Najib Razak dengan soalan yang bukan-bukan.

Hasil tinjauan ReJaM© pagi tadi juga menunjukkan ramai pengguna twitter yang menganggap program #TanyaNajib sekadar menjadi bahan lawak dan senda gurau.



Sama ada Najib berpura-pura suka, atau dia sendiri tak tengok pun soalan-soalan yang keluar melalui hashtag #TanyaNajib tu.

Dakwaan Najib mengatakan dia gembira menerima maklum balas sekadar menyedapkan hatinya, atau skrip yang sudah diatur sama seperti jawapan beliau ketika menjawab soalan di program siaran langsung semalam.




ReJaM© "Najib suka ke jadi bahan lawak? Siap seronok & berpuas hati bagai? "

Penyanyi Amerika Janet Jackson peluk Islam

Posted: 03 Oct 2012 03:26 PM PDT

BINTANG terkenal Amerika, Janet Jackson dikatakan telah memeluk Islam. Janet dan tunangnya Wissam Al Mana dilaporkan alarabia.net akan melangsungkan perkahwinan di Doha Qatar tahun hadapan.



Pasangan itu bercadang untuk mengikat tali perkahwinan di Doha tempat kelahiran bakal suaminya yang merupakan seorang jutawan.

Janet dan Wissam akan melangsungkan majlis perkahwinan mengikut cara Islam.

Seorang penulis terkenal Turkey, Adnan Oktar atau lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya turut menyebut bahawa Janet Jackson, 46 sudah memeluk Islam mengikut jejak langkah saudara lelakinya Michael Jackson.

Bagaimanapun beliau memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat seperti yang dilaporkan oleh portal emirates247.com .

Menurut portal itu lagi, yang memetik sumber dalaman memaklumkan bahawa perkahwinan itu akan menjadi "antara terbesar, mewah, paling diingati dan bersejarah"

Janet dikatakan telah menjalinkan hubungan bersama Wissam yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya semenjak musim panas 2010.

Janet yang pernah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun bersama penerbit muzik Jermaine Dupri itu berkata

"Ibu mendidik kami agar percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Kesemua adik beradik kami akan terus memberitahu umur kami kerana ia menunjukkan secara mental di mana kamu dan bagaimana kamu berfikir tentang diri kamu sendiri. Ia bukanlah masaalah"

ReJaM© "Alhamdulillah bertambah seorang lagi saudara kita... "

Video live #TanyaNajib terima lebih banyak dislikes, berbanding likes

Posted: 03 Oct 2012 08:13 AM PDT

SEBENTAR tadi baru sahaja selesai program #TanyaNajib yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube. Najib Razak dilihat berbelanja besar untuk mempromosikan program tersebut.

Tidak cukup dengan promosi di media arus perdana, beliau turut menggunakan pengiklanan di Google Adsense dengan harapan program tersebut mendapat sambutan hangat di dalam misinya meraih sokongan golongan muda rujuk sini [Promosi #TanyaNajib].

Kalau dilihat, Najib Razak cuba menandingi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai ahli politik pertama di Asia bersiaran melalui Google Hangout, melalui program #BorakAnwar.

Malangnya apa yang diharapkan oleh beliau nampaknya tidak menjadi kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga maya.

Buktinya, semasa artikel ini ditulis, kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton sila lihat sendiri klik [YouTube]



Malah program soal jawab tentang Bajet 2013 bersama Najib Razak ini nampaknya sekadar menjadi bahan lawak di Twitter. Ini jelas membuktikan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Najib Razak kurang disenangi oleh golongan anak muda (majoriti pengguna internet).


ReJaM© "Bertambah lambatlah Pilihanraya nampaknya... "

Tiada ulasan: