Kelab Greenboc |
- [BONGKAR] Usaha BN Rampas Kedah, 200,000 Pengundi Baru Didaftarkan
- Mahasiswa Pro-M Sujud Syukur Di Atas Kemenangan Dalam Pilihanraya Kampus
- [BUKTI] Surat Jabatan Kerajaan Sempena Perkahwinan Anak Ali Rustam Tersebar..
- [BERGAMBAR] Mengejutkan Janet Jackson Pilih Islam, Bertudung!
- [PANAS] Najib Malu, Video Hangout Terpaksa Di"private"kan
- Tiada Pilihan: Perhimpunan Rasaksa Pakatan Rakyat 3 Nov Stadium Bukit Jalil
- [BERGAMBAR & VIDEO] Royalti: Mahkamah Persekutuan Benar Dua Permohonan Kelantan
- Mashitah, Dua Lagi Diarah Fail Pembelaan Saman FITNAH Ust. Hadi
[BONGKAR] Usaha BN Rampas Kedah, 200,000 Pengundi Baru Didaftarkan Posted: 04 Oct 2012 12:31 AM PDT Usaha menambah 200,000 pengundi baru di Kedah seperti dilapor baru-baru ini menunjukkan kerajaan Umno BN begitu terdesak merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat. Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid berkata, tidak munasabah bagi sebuah negeri mempunyai jumlah rakyat sebesar itu yang masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Tidak logik untuk sebuah negeri mempunyai 200,000 pengundi yang tak berdaftar, itu yang kita risaukan sekarang, tapi kita akan terus memantau usaha terdesak itu," katanya kepada Keadilan Daily mengulas laporan bahawa Umno Kedah kini berusaha mendaftarkan kira-kira 200,000 yang layak mengundi di negeri itu. Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu berkata, tindakan Umno itu boleh dianggap sebagai perang psikologi terhadap rakyat Kedah, selepas kaedah yang sama digunakan di Selangor. "Ia kononnya untuk menimbulkan keyakinan kepada rakyat Kedah bahawa mereka mampu mentadbir semula negeri itu, tetapi saya tahu, rakyat Kedah kini bijak menilai," kata Zakaria. "Mereka bukan sahaja terdesak merampas semula Selangor, malah Kedah juga," tambah beliau. Sehingga Ogos lepas, dilaporkan jumlah pengundi berdaftar di Kedah ialah 1.025 juta berbanding 873,000 pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12). Umno BN Kedah telah mendaftarkan seramai 68,000 pengundi sejak tahun 2008 hingga Ogos lepas. Manakala di Selangor pula, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk suku ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008. -KD |
Mahasiswa Pro-M Sujud Syukur Di Atas Kemenangan Dalam Pilihanraya Kampus Posted: 03 Oct 2012 11:02 PM PDT Apabila kemenangan diselari dengan tarbiah Islam. Sujud syukur tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa. Ulasan GB Tiada apa yang lebih manis di dunia ini - selain dari kemenangan Islam. Di mana-mana pun kini tatkala kumpulan yang memperjuangkan Islam diberikan kemenangan, kita dapat menyaksikan umat Islam bersujud syukur... Bukan disambut dengan berpesta-pestaan yang menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan dan kehancura. Tahniah mahasiswa Pro-M UIAM! klik untuk baca |
[BUKTI] Surat Jabatan Kerajaan Sempena Perkahwinan Anak Ali Rustam Tersebar.. Posted: 03 Oct 2012 08:54 PM PDT Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu. Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan. Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu. Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis: @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut. Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan. Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu. Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam. Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu. Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan. ~jalanpulang Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka |
[BERGAMBAR] Mengejutkan Janet Jackson Pilih Islam, Bertudung! Posted: 03 Oct 2012 06:11 PM PDT Penyanyi sekaligus bintang top Amerika Syarikat, Janet Jackson kini menjadi sensasi. Jackson dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk berkahwin dengan calon suaminya, seorang jutawan Timur Tengah, Wissam al-Mana. Media Showbizspy, melaporkan pada Isnin 1 Okt kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta. Menurut sumber perkahwinan itu akan menjadi ' terbesar sepanjang sejarah.' "Mereka telah merencanakan pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan," kata salah satu sumber. Janet dan Wissam akan mengundang 500 tamu. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk tamu. Kini menjadi isu mengejutkan, bila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam. Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept memperlihatkan gambar Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk "Janet Jackson's Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World". Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Kakak Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga Michael Jackson menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih simpang siur. -ibnuhasyim |
[PANAS] Najib Malu, Video Hangout Terpaksa Di"private"kan Posted: 03 Oct 2012 03:16 PM PDT Tak sampai sejam sesi hangout Najib Razak tamat, video tersebut yang sepatutnya masih boleh ditonton telah diprivatekan. Video sesi hangout Anwar Ibrahim yang dirakamkan pada 17 ogos lepas peliknya masih boleh ditonton hingga tengah malam tadi. Mungkinkah faktor terlalu banyak yang dislike dan komen-komen yang agak pedas telah membuatkan najib razak bersetuju untuk memprivatekan video tersebut?. Baiklah, kita bezakan siapa lebih telus?, besar kemungkinan video najib akan diedit (dipotong-potong) dan dimuat semula bagi menutup peristiwa memalukan yang telah "tukanglawan" siarkan sebelum ini. Ini bermakna, najib tidak dapat terima riaksi ramai yang jelas tidak memihak pada najib pada sesi selama 1 jam itu. Untuk mengatakan memang siaran itu tidak dapat ditonton selepas sesi tamat itu mustahil kerana video Google hangout Anwar Ibrahim terus boleh ditonton sehingga kini tanpa perlu ada suntingan atau pengubahsuaian sebelum dinaik semula. , semua yang disiarkan adalah rakaman semasa sesi itu berlangsung seharusnya boleh terus ditonton tanpa masalah.. Disini ketelusan 2 orang pemimpin dapat kita bezakan... najib cepatx2 padam video kerana terlalu ramai yang dislike, manakala Anwar tiada apa mahu disembunyikan kerana itu hangout Anwar masih boleh ditonton hingga sekarang. -tukanglawan Link untuk video tersebut : http://www.youtube.com/watch?v=c5VGha5iuzo |
Tiada Pilihan: Perhimpunan Rasaksa Pakatan Rakyat 3 Nov Stadium Bukit Jalil Posted: 03 Oct 2012 09:36 AM PDT Tidak tunai tuntutan Bersih, lagi himpunan 3 Nov KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat julung kalinya akan menganjurkan himpunan besar-besaran yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November nanti. Dengan tema 'Himpunan Kebangkitan Rakyat', Pakatan Rakyat mensasarkan kehadiran sejuta rakyat negara ini. Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh pemerintah. Katanya, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah. Jelasnya, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah menunjukkan bagaimana pihak keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan himpunan pada 24 April lalu. "Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 Nov nanti iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya yang bebas dan telus. "Apa terus meragukan misalnya ditemui 60 000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR. "Bagaimana hendak adakan pilihan raya sedangkan daftar pemilih dan juga penglibatan pengeluaran mykad palsu yang ditemui begitu ketara sekali," katanya. Justeru, Pakatan khuatir bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk PRU-13 ini. Turut bersama dalam sidang media Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke, dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua. -HD |
[BERGAMBAR & VIDEO] Royalti: Mahkamah Persekutuan Benar Dua Permohonan Kelantan Posted: 03 Oct 2012 07:01 AM PDT Putrajaya - Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan dua permohonan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung isu menangguhkan prosiding yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurdan permohonan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung perbicaraan isu royalti minyak. Panel Hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Tan Sri Mohd Raus Sharif membuat keputusan itu setelah dipersetujui sebulat suaraoleh hakim-hakim lain, selepas mendengar permohonan dibawa peguam bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan, Tommy Thomas. Panel hakim yang lain ialah Datuk Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali, Datuk Seri SulongMatjeraie dan Datuk Jefferey Tan. Semasa prosiding berlangsung, Thomas berkata, pihaknya memohon agar kes yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggiditangguhkan sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap permohonan yang difailkan di mahkamah tersebut. Mahkamah Persekutuan turut membenarkan permohonan rayuan yang difailkan oleh Kerajaan Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan,yang sebelum ini telah memutuskan kes saman pelanggaran kontrak terhadap Petronas dijalankan mengikut isu perundangan. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memutuskan isu dalam kes saman pelanggaran kontrak terhadap Petronas, yang difailkan kerajaan Kelantan, dijalankan melalui isu perundangan. Kerajaan Kelantan seterusnya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan kerana mahu kes tersebut dijalankan menerusi perbicaraan penuh untuk memanggil saksi-saksi dan barangan-barangan kes yang terlibat. Bagaimanapun pada 26 April lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Kerajaan Kelantan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan kes saman tersebut perlu didengar dan diselesaikan mengikut isu perundangan. Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat untuk menjalankan perbicaraan secara penuh kerana tanpa perbicaraan penuh, ia sangat prejudis terhadap Kerajaan Kelantan. Peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Petronas. Dalam pernyataan tuntutannya, Kerajaan Kelantan menuntut Petronas supaya membuat pembayaran tunggakan dan bayaran tunai seterusnya bagi petroleum dihasilkan di luar pantai Kelantan seperti ditetapkan dalam perjanjian petroleum; serta menuntut ganti rugi dan kos. Dalam tuntutan, kerajaan negeri menyatakan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan dimeterai pada 9 Mei 1975, jelas menyebut bahawa Petronas perlu membayar tunai lima peratus daripada hasil minyak sama ada daripada usaha carigali di kawasan pantai atau luar pantai. Ia menyatakan satu perenggan daripada perjanjian itu menyebut bahawa pembayaran hendaklah dibuat secara tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac atau pada atau sebelum 1 September. Kronologi kes saman Kelantan terhadap Petronas. |
Mashitah, Dua Lagi Diarah Fail Pembelaan Saman FITNAH Ust. Hadi Posted: 03 Oct 2012 04:38 AM PDT Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan dua lagi untuk memfailkan pernyataan pembelaan mereka berhubung kes saman fitnah oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum 30 Oktober ini. Tarikh tersebut turut ditetapkan oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof untuk pengurusan kes berkenaan. Hadir pada prosiding hari ini ialah peguam, Nur Diana Mat Radzai bagi pihak Abdul Hadi selaku pihak plaintif, manakala kesemua defendan diwakili peguam-peguam, Abang Azlan Abang Ariffin dan Zunita Kamaruzaman. Menurut saman yang difailkan pada 18 September lalu, Ahli Parlimen Marang itu menamakan Mashitah defendan pertama sementara penerbit dan pencetak akhbar Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. (Sinar Karangkraf) dan Ultimate Print Sdn. Bhd. (Ultimate) masing-masing defendan kedua dan ketiga. Abdul Hadi dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, defendan pertama telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya dalam kolum beliau 'Langit Terbuka' yang kemudiannya diterbit dan dicetak oleh defendan kedua dan ketiga pada 2 Mac lalu. Dakwanya, kata-kata fitnah yang ditulis itu antara lainnya menunjukkan bahawa plaintif adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak untuk menjadi pemimpin parti. Tindakan Sinar Karangkraf dan Ultimate menerbit dan mencetak artikel terbabit tanpa usul periksa pula didakwa bertujuan untuk mensensasikan berita dan melariskan jualan bagi mendapatkan faedah kewangan. Perbuatan kesemua defendan itu didakwa Abdul Hadi telah menyebabkan beliau menanggung aib dan malu serta dipandang hina oleh masyarakat. Walaupun telah memohon kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah terbabit, meminta maaf dan membayar ganti rugi melalui surat peguam bertarikh 20 Jun lalu, Abdul Hadi mendakwa, pihak defendan telah cuai, gagal atau mengabaikan permintaannya. Oleh itu, Abdul Hadi memohon ganti rugi am, teladan dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Plaintif turut menuntut kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah tersebut dan meminta maaf di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dalam tempoh 24 jam selepas perintah dikeluarkan oleh mahkamah. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan