MIMPI SENJA |
- Ali Rustam fikir dia Raja Melaka?
- Ali Rustam mesti jawab dana majlis perkhawinan anaknya
- Perkahwinan anak Ali Rustam : Siapa kata RM13/1.3 juta? Ali Rustam kata RM600 ribu saja ... hahaha 600ribu SAJA .....
Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Posted: 03 Oct 2012 07:41 PM PDT Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu. Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan. Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu. Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis: @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? [ @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ] Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut. Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan. Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu. Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam. Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu. Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan. ~jalanpulang Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi. | ||||||
Ali Rustam mesti jawab dana majlis perkhawinan anaknya Posted: 03 Oct 2012 07:19 AM PDT (Oleh Norutul Ilham) KUALA LUMPUR 3 Oktober: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka mendesak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendedahkan penaja majlis perkahwinan mewah anak lelakinya, hujung minggu lalu. Ketuanya, Law Bing Haw mempersoal dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu. "Jika pejabat Ketua Menteri Melaka berani keluarkan kenyataan memberitahu majlis yang dihadiri lebih 130,000 orang itu ditaja sepenuhnya, bermakna mereka perlu dedahkan siapa individu 'baik hati' itu supaya tidak timbul spekulasi. "Kami mahu tahu apa hubungan penaja berkenaan dengan Ali. Mungkin dia dapat manfaat daripada pertolongannya," katanya ketika dihubungi. Pegawai Khas Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan itu diperolehi secara percuma. Majlis perkahwinan Mohd Ridhwan, 26, dan Nur Azieha Mohd Ali juga 26, heboh selepas dilapor memecahkan rekod Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 tetamu dalam masa lapan jam. "Kita akan adakan bantahan untuk majlis ini dan beberapa bukti penyelewengan kerajaan negeri untuk dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung tidak lama lagi. "Jadi harap mereka bersedia, jangan nak lari. Rakyat mahu tahu apa yang berlaku," tegasnya. Sebelum itu, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi twitternya turut mempersoal sumber dana dan jumlah keseluruhan kos majlis tersebut. "Itu duit siapa?" tulisnya. Malah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut senada mencetuskan persoalan dan spekulasi dengan membuat tekaan jika kos setiap seorang adalah RM100 maka kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta. "Mustahil, sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang — bersamaan RM13 juta untuk 130,000 orang hanya untuk makanan sahaja," tulis Kit Siang dalam twitternya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37287 | ||||||
Posted: 03 Oct 2012 12:45 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan