MiLo SuaM |
- Gara-gara takut berdebat, Najib jadi bahan lawak penjual roti canai
- Gadai nyawa, 50 tahun rakyat di Pahang mohon jambatan tak dapat
- Ketua Polis fitnah, 5 bekas tahanan ISA dapat gantirugi RM4 juta
Gara-gara takut berdebat, Najib jadi bahan lawak penjual roti canai Posted: 02 Oct 2012 06:00 PM PDT PERDANA Menteri, Najib Razak yang sering kali mengelak apabila diajak dan dicabar berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terus menjadi bahan lawak orang ramai kerana menjadi satu-satunya Perdana Menteri di dunia yang takut berdebat. Pengalaman ReJaM© sendiri di sebuah kedai mamak di Petaling Jaya, Selangor sebelum ini, ramai anak muda yang memesan roti Najib, jika ingin menikmati roti canai tiada telur. Mamak pun sudah faham bahawa Roti Najib maksudnya Roti Tiada Telur (roti kosong). Tambah melucukan ada juga peniaga roti canai yang meletakkan menu Roti Najib, merujuk kepada roti kosong di premis mereka yang dijual dengan harga RM0.80. Rujuk gambar di bawah. Sumber Gambar: Jalan Pulang ReJaM© "Patutnya letaklah Roti Najib dan Roti Rosmah kah kah kah... " |
Gadai nyawa, 50 tahun rakyat di Pahang mohon jambatan tak dapat Posted: 02 Oct 2012 04:56 PM PDT SLOGAN rakyat didahulukan ternyata retorik politik yang hanya lunak di telinga dan manis di media-media pengampu Barisan Nasional seperti Utusan Malaysia dan TV3 Al-Musyrikin. Apa tidaknya, orang yang mencanangkan slogan itu di seluruh negara, di seluruh media cengkamannya, iaitu Perdana Menteri Najib Razak, namun rakyat di negerinya sendiri nampaknya tidak didahulukan. Buktinya, laporan akhbar Sinar Harian edisi Johor hari ini, muka surat 42 yang dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM, menyaksikan 50 tahun penduduk Kampung Seberang Jambatan Keretapi, Mentakab terpaksa menggadai nyawa. Ini berikutan, para penduduk di kampung itu terpaksa menggunakan jambatan yang sama digunakan oleh keretapi untuk urusan harian mereka lantaran sejak setengah abad lalu tiada jalan alternatif lain yang dapat digunakan. Penduduk pernah permohonan jambatan sebelum ini kepada Menteri Pengangkutan dan juga Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh, Pahang, namun nampaknya surat permohonan itu barangkali sudah selamat ke tong sampah berikutan tiada sebarang tindakan susulan diambil. Hal ini jelas sekali melibatkan nyawa rakyat namun tidak diendahkan. Jadi di manakah relevannya slogan "Rakyat didahulukan"? Jika hal yang boleh membahayakan nyawa rakyat pun tidak diambil peduli, apa lagi perkara lain? ReJaM© "Rakyat didungukan, duit diu'tamak'kan... " |
Ketua Polis fitnah, 5 bekas tahanan ISA dapat gantirugi RM4 juta Posted: 02 Oct 2012 07:49 AM PDT LIMA bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk. Ini menjadikan gantirugi bagi penahanan secara tidak sah berjumlah RM4.06 juta. Bagaimanapun, mahkamah memihak dengan defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA. Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail. Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan. Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos. Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali sebagai Tian Chua [MK]. ReJaM "Ini maknanya Hishamuddin Rais sudah jadi orang kaya kah kah kah..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan