Rabu, 3 Oktober 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pilihanraya Kampus UIA: Pro Mahasiswa Menang Besar

Posted: 03 Oct 2012 12:23 AM PDT

Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa.

Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.

Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.

Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa.

UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.

Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi. -mk

Pilihan raya UIA: Pro-Mahasiswa dakwa menang

SHAH ALAM - Kumpulan Pro-Mahasiswa menyapu bersih kesemua kerusi kawasan fakulti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pilihan raya semula yang berlangsung semalam.

Pengundian semula menggunakan sistem manual.

Menurut Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto, kesemua kerusi yang diperuntukkan bagi kawasan kuliah dimenangi Pro-Mahasiswa.

"Kami sapu bersih semua 26 kerusi kawasan fakulti daripada 31 kerusi yang diperuntukkan UIAM.

"Baki lima kerusi lagi merupakan kawasan Antarabangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Pengumuman keputusan dibuat Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar setiap fakulti bermula jam 8.15 malam di Kompleks Sukan Lelaki, UIAM.

Keputusan semalam menjadikan Pro-Mahasiswa menguasai tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia manakala Pro-Aspirasi pula menguasai 17 IPTA.

Bagaimanapun Pro-Aspirasi juga mendakwa mereka memenangi pilihan raya kampus UM.

Sementara itu, Penolong Pengarah Perhubungan Media dan Promosi UIAM, Suki Ahmad berkata, kaunter pengiraan undi tambahan dibuka untuk mempercepatkan proses pengiraan.

"Kami jangka pengumuman akan tamat sekitar 12 malam tetapi ia berjaya diselesaikan lebih cepat dari yang dijangka. "Malah, ia berjalan lancar tanpa sebarang provokasi," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, "pengiraan undi bermula sekitar jam 6.30 petang." UIAM mempertandingkan 31 kerusi di kedua kampusnya.

Sebelum ini, UIAM mengumumkan pengundian semula selepas berlaku kesilapan teknikal pada sistem e-undi yang digunakan.
-SH

[PENIPUAN LAGI] Kerajaan Disyaki "Hilangkan" Penyata Hutang Dari Laporan Bajet 2013

Posted: 02 Oct 2012 10:43 PM PDT

Penyata kedudukan hutang negara disyaki 'dihilangkan' dalam laporan Bajet 2013 dan tidak dinyatakan seperti biasa yang dikemukakan setiap tahun.

Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, laporan penyata tentang kedudukan kewangan, hutang, memorandum jaminan kerajaan dan akaun yang melibatkan dana amanah didapati tidak dinyatakan dalam laporan bajet 2013.

"Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Perkara ini penting bagi membolehkan ahli Parlimen menelitinya dan membahaskan sebelum belanjawan ini diluluskan dalam Dewan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Katanya, unjuran angka termasuk bon dan sukuk itu sangat penting kerana boleh memberikan gambaran semasa tentang keyupayaan kewangan negara dan kebolehan kerajaan untuk memberikan peruntukan tambahan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban rakyat.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kehilangan penyata hutang negara ini berkaitan dengan Laporan Ketua Audit yang sengaja dikeluarkan lewat dua minggu selepas Belanjawan dibentangkan.

"Perkara ini boleh diteliti dengan melihat aliran hutang semasa negara tapi malangnya buat pertama kali Menteri Kewangan gagal menyatakannya.

"Kerajaan mesti bertanggungawab jelaskan kenapa perkara ini berlaku," katanya.

Misteri Kehilangan Item Penting Dalam Buku Anggaran Perbelanjaaan Persekutuan 2013




KUALA LUMPUR, 2 OKT: Ketiadaan beberapa item penting yang wajib ada dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 menimbulkan tanda tanya samada wujud keadaan kerajaan Umno-BN mahu menyembunyikan sesuatu.

Antara item penting yang hilang ialah kedudukan Penyata Kewangan Pada 31 Disember 2012, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan Bagi Anggaran Kumpulan Wang Seperti 31 Disember 2012 dan Penyata Hutang Awam dan Jaminan Seperti 31 Disember 2012.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail penyata-penyata tahunan itu sebelum ini tidak pernah gagal dimasukkan dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.

"Ini adalah penyata yang sangat penting dan saya tak fikir ia berlaku tanpa disengajakan.

"Bila penyata ini hilang, tentulah menimbulkan tanda tanya adakah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu," kata Azan dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini.

Dalam sidang media tersebut, Azan turut menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tahun sebelumnya yang mengandungi laporan-laporan hilang itu.

Beliau turut menuntut kerajaan Umno-BN agar bertanggungjawab dan harus memberikan jawapan atas ketiadaan penyata penting itu.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 diedarkan kepada Ahli Parlimen bagi memudahkan mereka membuat rujukan dan semakan terhadap Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.

Turut berada dalam sidang akhbar sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne-Loh
.

[SIGNAL DARI MAHKAMAH] Kerajaan Diperintah Bayar RM4.06 Juta Kerana Panahanan Tidak Sah

Posted: 02 Oct 2012 08:05 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa penahanan Chua Tian Chang (Tian Chua), Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001 adalah tidak sah, secara haram, bersifat politik dan berniat jahat pampasan perlu dibayar oleh kerajaan Malaysia sebanyak RM4,060,000.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam pengadilannya, menganugerahkan kelima-lima bekas tahanan ISA itu masing-masing sebanyak RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka dibawah seksyen 73, ISA dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk menjadikannya jumlah keseluruhannya RM4.06 juta.

Mahkamah juga mendapati, kenyataan media bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai untuk mempertahankan penahanan ISA tersebut berunsur fitnah kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, hakim menganugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 sebagai gantirugi teruk bagi setiap seorang.

Bagi penahanan dibawah seksyen 8 ISA, walaubagaimanapun, mahkamah berpihak kepada kerajaan.

Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.

Tian Chua ketika ditemui diluar mahkamah mengatakan bahawa kemenangan mereka dalam kes ini merupakan kemenangan untuk perjuangan ribuan orang yang pernah ditahan dibawah ISA.

"Kami belum tahu lagi sama ada kerajaan akan merayu atau tidak.

"Tetapi apabila kerajaan memasuhkan akta ini, ia merupakan bukti bahawa mereka mengaku salah," katanya.

Sementara itu Hishamuddin Rais pula mengatakan beliau akan menggunakan wang kemenangan itu untuk memperbaiki kenderaan sahabatnya yang dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali di Pengerang, Johor minggu lalu.

"Wang daripada saman yang telah berjaya ini akan saya gunakan untuk membaiki kereta kawan saya yang disimbah asid di Pengerang.

"Nak cat kereta tersebut," katanya.

Pada April 2001 Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dibawah kepimpinan Norian Mai telah menahan Tian Chua, Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin di bawah ISA selama 60 hari dan kemudian dihantar ke Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun.

Pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri dalam negeri manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula adalah perdana menteri Malaysia. -TMI

Hishamuddin: Pembebasan ISA Bukti Umno-BN berniat jahat

Penahanan 10 aktivis reformasi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 yang diputuskan tidak sah dan berniat jahat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuktikan kerajaan Umno-BN menyalahgunakan akta itu bagi tujuan politik.

Salah seorang aktivis terlibat, Hishamuddin Rais berkata, dengan keputusan dibuat mahkamah itu adalah jelas ISA disalahgunakan demi kepentingan politik kerajaan Umno-BN untuk terus berkuasa.

"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini adalah satu undang-undang yang zalim di mana hakim telah berkata bahawa penangkapan kami dulu telah dibuat pada 2001 adalah "malafide" bermakna berniat jahat.

"Hakim telah menyatakan bahawa penangkapan itu juga salah dan kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai itu telah merosakkan imej kami," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Pada 2001, polis telah menahan Hishamuddin bersama sembilan yang lain termasuk MP Batu, Tian Chua dan pemimpin kanan PKR, Dr Badrulamin Bahron dalam satu gerakan reformasi yang didakwa mengancam keselamatan negara.

Berikutan keputusan itu, beliau berkata, mahkamah telah memutuskan di mana pihak kerajaan didenda untuk membayar sekian jumlah yang tidak dinyatakan.

"Niat kerajaan pada ketika itu adalah bertujuan memecahkan gerakan reformasi maka kami dituduh ada membawa molotov coctail, ballbearing dan barangan lain untuk membuat keganasan.

"Tetapi selama 54 hari saya dan kawan lain ditahan, tidak ada satu soalan pun tentang ballbearing atau molotov coctail ditimbulkan dan ditanya kepada kami semua.

"Apa yang mahu dibuktikan dalam siasatan 54 hari itu ialah mereka mahu merisik tentang pergerakan PKR.

Ini yang berlaku dan bukan seperti tuduhan," katanya.




Ulasan GB

Ia semacam satu "signal" jelas dari Mahkamah kepada pihak p[olis khususnya dan kepada kerajaan BN amnya bahawa: jangan keterlaluan menekan rakyat, jangan sewenang-wenangnya membuat tangkapan dan yang utama jangan suka sangat menyalahgunakan kuasa.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.

Akan tetap ada para hakim yang akan menghukum berdasarkan kepada kebenaran dan keadilan sekalipun ia hanya muncul sekali sekala. Namun perkembangan mutakhir menampakkan kepada kita ramai para hakim sudah tidak gentar dan takut dengan sebarang ugutan dan ancaman.

End of the day, kerajaan yang kejam dan korup PASTI akan binasa sekalipun cuba ditegakkan dengan pelbagai cara terutama dokongan para pencacai dan agensi berita arus perdana!

Pelakon Hebat Senaman Punggong, Bagi Air Di Balakong Kini Tuntut Air Percuma Di Puchong

Posted: 02 Oct 2012 05:40 PM PDT



Cukup-cukup hebat manusia yang ini. Anda sudah mengenalinya. Sebelum in i beliau beraksi senaman punggong di rumah Ambiga, selepas itu kami dedahkan tentang pelakon yang dikenalpasti membahagikan air di Balakong, sekarang ia memegang watak utama demonstrasi tuntut air percuma di Puchong Selangor.

Siapa? Siapa lagi kalau bukan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom!

Gambar tersebut di disiarkan oleh akhbar tempatan dan kita amat cam dengan topi yang digunakan. Cukup hebat beliau dengan topi komandonya itu.

Di dalam "filem" terbaru ini, beliau bersama-sama kononnya dengan 5,000 orang (itu angka BERNAMA, sedangkan dalam gambar kelihatan cuma 50 orang saja) penduduk Pangsapuri Putra Perdana mengadakan bantahan menuntut air percuma yang dikatakan telah dijanjikan Kerajaan Selangor.

Peguam kepada demontsran ini, Kamarudin Ahmad berkata bahawa "Semua kes diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk diadili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto)."

Cukup pelik bagaimana seorang peguam boleh membuat tuntutan dengan bersandarkan "manifesto" sedang manifesto bukanlah satu akujanji atau perjanjian bertulis (kontrak) yang mempunyai kuatkuasa melalui undang-undang.

Seperkara lagi, seperti yang diumumkan berkali-kali oleh kerajaan Selangor, mereka yang layak untuk mendapat air percuma ialah mereka yang menggunakan meter persendirian dan bukan meter pukal. Tetapi ada pihak yang sengaja tidak mengindahkan syarat tersebut dan membuat tuntutan tunggakan dengan dibantu oleh agen-agen pembakar sentimen.

Pihak mereka terlupa bahawa kerajaan negeri Selangor mempunyai ruang untuk menyaman semula pihak yang melakukan kakacau ganggu (nuisance), fitnah (defamation) dan tanggungan keras/tegas (strict liability) di bawah undangh-undang tort!

Jawapan tegas MB Selangor sebelum ini: NTBL (No time bo layan)....terhadap bayar tunggakan air percuma adalah tepat.

Tindakan JPA Ultra Vires: Mohamad Roslan Kekal Datuk Bandar MBPJ

Posted: 02 Oct 2012 06:11 AM PDT

Datuk Mohamad Roslan Sakiman masih kekal sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) kerana jawatan berkenaan adalah statutori yang tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan.

Kenyataan ini dikeluarkan Sekretariat Media Unit Perhubungan Awam MBPJ hari ini.

Tulis kenyataan itu lagi, oleh kerana arahan tersebut adalah tidak sah, maka Mohamad Roslan masih lagi merupakan Datuk Bandar MBPJ dan masih boleh berkhidmat di MBPJ.

Ini kerana, Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976, jelas memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Datuk Bandar, di mana Datuk Bandar dilantik mengikut prosedur di bawah undang-undang.

Surat itu juga memaklumkan MBPJ tidak bersetuju dengan surat arahan penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kepada Mohamad Roslan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Surat yang bertarikh 27 September 2012 tersebut diterima oleh Majlis pada 28 September 2012 dan arahan penempatan Mohamad Roslan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2012.

"Dengan ini Majlis dengan tegas membantah arahan tersebut yang ternyata bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang jelas menyatakan memberi kuasa mutlak kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Datuk Bandar Pihak Berkuasa Tempatan.

"Arahan pertukaran tersebut adalah tidak sah kerana Mohamad Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya oleh Kerajaan Negeri dan perlantikan itu masih berkuatkuasa, " kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu juga memaklumkan pada masa ini MBPJ dalam proses menyediakan bajet 2013 yang mana bertemakan PJ Prihatin.

Bajet ini dikemukakan kepada penduduk PJ yang mana kini dalam proses akhir pembentangan bajet yang dijadualkan pada hari Rabu, 3 Oktober ini.

"Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan secara serta merta dan tergesa-gesa ini akan menjejaskan proses penyediaan bajet 2013 ini yang melibatkan kepentingan orang awam khususnya rakyat Petaling Jaya juga boleh menjejaskan sistem pentadbiran dan pengurusan MBPJ," kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan tegasnya menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam memandang serius perkara ini.

Kemungkinan perkara ini terpaksa dibawa ke mahkamah untuk satu deklarasi yang menyatakan tindakan arahan penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik kepada Mohamad Roslan adalah tidak sah dan ultra vires. -selangorku

[BOHONG LAGI] BN Bohongi Rakyat, Lepas Beri Habuan Tarif Elektrik Dinaikkan

Posted: 02 Oct 2012 03:55 AM PDT

Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.

Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.

"Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.

"Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi.

Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan.

"Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan," katanya.

"Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak)," kata beliau sinis.

Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50.

Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES).

Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000. -KD

Menteri: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak.

Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.

Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau.

Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan KDNK.

Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga nuklear.

Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.

"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan penggunaan tenaga namun jika kita boleh mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan kanak-kanak untuk menjimatkan tenaga.

Menurut laporan itu, Chin mengakui bahawa kerajaan mengambil kira rancangan untuk membina sekurang-kurang sebuah loji tenaga nuklear pada masa depan, namun tiada keputusan muktamad dibuat, katanya.

Chin pada minggu lalu enggan mengulas apabila ditanya sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa pada November.
-mk

Tiada ulasan: