Rabu, 3 Oktober 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ali Rustam Tak Bayar Sesenpun Untuk Kenduri Kahwin Anaknya

Posted: 02 Oct 2012 08:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Desakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kos perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaksa pejabat beliau untuk mendedahkan tentang tajaan yang diterima dalam majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 130,000 orang hujung minggu lalu.

Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam diperolehi secara percuma.

"Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.



"Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya," kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.

"Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan," tambah Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan untuk membantu majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.

Majlis perkahwinan Mohd Ridhwan, 26 tahun dan Nur Azieha Mohd Ali juga 26 tahun heboh selepas dilaporkan oleh agensi berita Bernama memecahkan rekod Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew yang dihubungi oleh The Malaysian Insider menggesa Mohd Ali Rustam menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.

"Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya.

"Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.

"Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu.

Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber untuk mengadakan majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya secara persendirian," kata Betty.

Sebelum itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi laman mikro Twitter mempersoalkan dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis tersebut.

"Itu duit siapa?" tulis Nga.

Malahan penasihat DAP, Lim Kit Siang turut senada apabila mencetuskan persoalan dan spekulasi dengan membuat tekaan jika kos setiap seorang adalah RM100 maka kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta.

"Mustahil, sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang — bersamaan RM13 juta untuk 130,000 orang hanya untuk makanan sahaja," tulis Kit Siang dalam Twitter.

Ekoran dakwaan dan tuduhan oleh pemimpin Kit Siang ia turut mengundang rasa tidak puas hati terutamanya di kalangan pemimpin Umno Melaka, antaranya Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali yang bertindak membidas pemimpin DAP tersebut dalam Twitter.

"Awak ingat ini jamuan makan malam 9 jenis seperti masyarakat Cina dengan sup sirip ikan yu. Ini cara kamu wujudkan fitnah. Ini orang yang sakit," tulis Akbar yang membalas semula tuduhan Kit Siang dalam Twitter.



Najib Disindir Hebat Di Twitter #tanyanajib

Posted: 02 Oct 2012 04:39 PM PDT

Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet.

Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.



Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.

Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.

Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib.

Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:

@farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah

Seorang lagi pengguna menempelak Najib kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.

@iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib

Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar!

@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe

Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!

@mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak

Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya!

@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib

JALAN PULANG



Pilihanraya Kampus - Pro-Mahasiswa Kuasai UIA

Posted: 02 Oct 2012 08:05 AM PDT

Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa.

Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.

Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.



Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa. UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.

Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.



Bekas Menantu Dedah Bapa Mentua Orang Terkaya Di Malaysia

Posted: 02 Oct 2012 05:05 AM PDT

Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib hari ini.Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.



Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.



BN bohong, lepas beri habuan naik tarif elektrik

Posted: 02 Oct 2012 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Oktober: Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.

Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.



"Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.

"Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi.

Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan.

"Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan," katanya.

"Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak)," kata beliau sinis.

Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50.

Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES).

Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37212



Tiada ulasan: