MiLo SuaM |
- Gagal pujuk Mak Tom, skandal seks Azmin Ali pula bakal muncul masa terdekat
- Skim graduan beli kereta lebih membebankan orang muda - KEADILAN
- Tuduh PKNS jual aset, Noh Omar tak tahu apa yang dia cakap
- Skandal dana RM40 juta, laporan juga dibuat di Bank Negara Malaysia caw. Sabah
Gagal pujuk Mak Tom, skandal seks Azmin Ali pula bakal muncul masa terdekat Posted: 25 Oct 2012 03:46 AM PDT TENTU anda masih ingat bagaimana sebelum ini, Ummi Hafilda mengheret ibunya Mak Tom, ke kaca televisyen TV3 untuk memburuk-burukkan Azmin Ali Timbalan Presiden KEADILAN. Di kala seluruh rakyat Malaysia beragama Islam, sanggup bergolok bergadai untuk pulang berhari raya bersama keluarga, Ummi Hafilda sanggup membawa ibunya berhari raya di perantauan, iaitu di sebuah Resort di Melaka semata-mata demi politik murahan. Bagi yang belum menyaksikan drama ciptaan Ummi Hafilda itu, sila klik sini [Ummi beraya di perantauan]. Sebuah email yang dikirim kepada MiLo SuaM, kali ini mendedahkan bahawa Ummi Hafilda sekali lagi cuba mengheret ibunya ke kaca televisyen untuk memburukkan Azmin sempena Hari Raya Haji bagi menjayakan agenda politik murahannya. Namun difahamkan, Mak Tom telah menolak kerja gila Ummi Hafilda dan enggan diheret lagi ke kancah politik murahan seperti itu. Maka sebagai gantian, skandal seks Azmin Ali pula yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Di bawah ini email yang dimaksudkan (screenshot). Pengirim email yang mengaku sebagai salah seorang ahli Umno bahagian Putrajaya itu mendakwa beliau sudah tidak sanggup melihat budaya fitnah dan membunuh sesama Melayu sedangkan India dan Cina semakin bersatu. Pengirim email yang nampaknya merupakan penyokong tegar Umno ini, meminta MiLo SuaM mendedahkan perancangan United Malays National Organization, Umno untuk mengulangi skandal seks Azmin Ali dalam masa terdekat. Beliau yang mengaku masih menyokong dan sayangkan Umno berharap skandal seks ini tidak diteruskan sambil menyifatkan Umno yang selama ini diasaskan untuk memperjuangkan hak dan pusaka bangsa sudah rosak dan lari dari perjuangan. ReJaM© "Rupa-rupanya masih ada penyokong Umno yang pandai menggunakan otaknya... " | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Skim graduan beli kereta lebih membebankan orang muda - KEADILAN Posted: 25 Oct 2012 03:08 AM PDT JAWAPAN Dato' Mustapha Mohamad bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berniat untuk menurunkan harga kereta dengan menghapuskan cukai eksais sudah dijangkakan. Namun, kenyataan beliau di Dewan Rakyat semalam bahawa skim-skim pembiayaan yang ditawarkan kepada graduan dan siswazah boleh membantu meringankan bebanan harga kereta yang mahal memberi gambaran yang salah dan berbahaya. Institusi kewangan di Malaysia memang menawarkan pakej pembiayaan kereta tanpa sebarang cagaran untuk tempoh 10 tahun, khusus untuk graduan baru dan siswazah yang masih menuntut. KEADILAN berpendapat bahawa langkah ini sebenarnya menambah keberhutangan rakyat Malaysia dari umur yang begitu muda. Masalah pokok bebanan bayaran ansuran kereta yang tinggi adalah cukai eksais dan cukai-cukai lain yang dikenakan sehingga mencecah 100%. Kaedah pencukaian secara sembunyi yang digunapakai Umno/Barisan Nasional selama ini menyebabkan rakyat terpaksa berhutang dalam tempoh masa yang panjang untuk membayar cukai kepada kerajaan. Memanjangkan tempoh pinjaman untuk memberikan gambaran bahawa harga kereta lebih murah adalah satu langkah tidak menyelesaikan masalah, malah makin membebankan kerana terpaksa membayar faedah bagi tempoh yang lebih panjang. Perbandingan berikut yang dibuat bagi 5 kereta utama yang sering dibeli oleh golongan muda menunjukkan perbezaan di antara cadangan Pakatan Rakyat yang menurunkan harga dengan menghapuskan cukai dan reaksi Barisan Nasional yang memanjangkan tempoh berhutang:
(Perbandingan dibuat berdasarkan gaji purata RM1,800, pinjaman 10 tahun tanpa cengkeram) Berdasarkan perbandingan tersebut: § Graduan muda terpaksa menghabiskan sekurang-kurangnya separuh dari gaji (53%) untuk menanggung ansuran kereta dan kos kereta, dibawah dasar kereta Umno/Barisan Nasional § Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, graduan muda menjimatkan 50% dari bayaran ansuran kereta yang ditanggung berbanding sekarang (contoh: Proton Saga ansuran RM242 berbanding ansuran RM448) § Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, graduan muda berpendapatan RM1,800 sebulan paling kurang akan menjimatkan RM206 sebulan, bersamaan dengan kenaikan gaji 12% § Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, harga Proton Saga hanyalah RM22,703 KEADILAN tetap dengan pendirian bahawa menghapuskan cukai eksais adalah cara terbaik mengurangkan beban orang muda di samping menambahbaik industri automotif Malaysia, bukannya dengan menggalakkan orang muda berhutang dengan lebih lama. Jawapan Dato' Mustapha Mohamad hanyalah alasan tanpa memberi sebab sebenar kenapa Umno/Barisan Nasional menolak cadangan ini. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 25 OKTOBER 2012 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tuduh PKNS jual aset, Noh Omar tak tahu apa yang dia cakap Posted: 25 Oct 2012 01:42 AM PDT SEMENJAK kebelakangan ini Noh Omar yang sedang berangan untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor jika BN berjaya merampas Selangor sering keluar di akhbar-akhbar tempatan dengan cerita-cerita lucu. Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau sudah terdesak untuk menonjolkan diri sebagai calon Menteri Besar. Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC). Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' (kejahilan) Noh dalam hal-hal ekonomi dan bisnes. Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potential nilai aset-aset yang dimiliki. Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor, hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana dia sendiri tak tahu apa yang dia cakap. Bala akan menimpa rakyat Negeri Selangor jika pemimpin sebegini diangkat menjadi Menteri Besar. ReJaM© "Awal-awal dah tunjuk kejahilan macam mana nak jadi Menteri Besar Selangor?" | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Skandal dana RM40 juta, laporan juga dibuat di Bank Negara Malaysia caw. Sabah Posted: 25 Oct 2012 01:01 AM PDT KAMI tiba jam 11.30 pagi tetapi dihalang oleh pihak polis pengawal Bank Negara Malaysia, cawangan Sabah kerana tidak mendapat arahan pihak atasan BNM. Selepas 15 minit menunggu, kehadiran anggota polis termasuk SB di BNM cawangan Sabah. Selepas menunggu hampir setengah jam kami meminta agar dibenarkan kami untuk masuk menyerahkan laporan. Tetapi tidak dibenarkan dan kami minta agar beritahu kepada pihak pengurusan BNM Cawangan Sabah untuk terima laporan berkaitan isu skandal RM40 juta tersebut yang turut dilakukan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN Pusat . Dalam jam 12.05 tengahari barulah kami dibenarkan masuk, saya bersama Ervieana Ansari ( Naib Ketua AMK Malaysia ), Datuk Nani Sakam (Setiausaha Biro Strategi KEADILAN sabah) dibenarkan masuk dan menyerahkan laporan rasmi agar siasatan dibuat oleh BNM kepada En. Ishak Musa, Pengurus BNM Cawangan Sabah . Turut hadir bersama dalam penyerahan tadi selain Pn Ervieana Ansari , Datuk Nani Sakam, juga Datuk Idris Alli ( AJK Biro Strategi KEADILAN Sabah, Jingga 13 Sabah dan teman-teman KEADILAN Kota Kinabalu. Fariz Musa KOORDINATOR JINGGA 13 MALAYSIA Sent from my BlackBerry® |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan