Jumaat, 26 Oktober 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Bukti anak Jamaluddin Jarjis kuasai Malindo Airways terdedah!!

Posted: 25 Oct 2012 11:44 PM PDT

Dalam diam dan tanpa kita sedari, selain dari projek MRT yang dianugerahkan kepada kroninya oleh Najib, ada lagi projek yang dianugerahkannya kepada kroninya yang lain.
Ini pula berkenaan projek yang dianugerahkan kepada penasihat utamanya Jamaluddin Jarjis melalui anak-anaknya..

Ianya melibatkan penguasaan 3,000,000 Juta saham dalam DZJJ Sdn. Bhd. (Rantai Wawasan) yang turut bergabung bagi membentuk syarikat penerbangan tambang murah terbaru, Malindo Airways.

Pemegang saham majoriti, National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi), terdiri daripada empat syarikat atau pihak.





Kementerian Kewangan menguasai 13,016,394 saham, PJB Industries 177,962,541 saham, PAB Nominee 12,034,831 saham dan DZJJ Sdn. Bhd. pula 23,885,190 saham.

DJZZ mempunyai kepentingan 10.5 peratus di Nadi, yang dikawal oleh ahli perniagaan Ahmad Johan, yang juga menguasai Airod Sdn Bhd, Syarikat baik pulih pesawat yang beroperasi di Lapangan Terbang Subang.



Perlu diketahui bahawa nama Syarikat DZJJ Sdn. Bhd. telah ditukarkan kepada Rantai Wawasan Sdn. Bhd. pada 19 April 2004.




Nur Anis memegang 2,100,000 saham dalam Nadi manakala Ikhwan pula memegang genap 900,000 saham dalam syarikat yang sama...

Kedua-dua mereka adalah anak Jamaluddin Jarjis.. untung mereka ya.. muda-muda lagi dah kaya...

Pencacai-pencacai UMNO yang bermati matian mempertahankan pemimpin mereka ini sudah tentulah lebih kaya agaknya..

Jadi persoalannya di sini ialah adakah Malindo telah diberi lesen untuk terbang disebabkan kepakaran atau kerana Jamaluddin Jarjis yang juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat mempunyai hubungan rapat dengan Najib ?


Sebelum ini, Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua pernah mendedahkan bahawa salah satu rakan kongsi Malindo Airways iaitu PT Lion Group dari Indonesia, yang juga mengendalikan Mentari Air, telah diharamkan di Eropah selepas ia didapati melanggar peraturan-peraturan keselamatan Kesatuan Eropah (EU) sila baca di ( SINI ).

Yang peliknya Syarikat yang diharamkan di Eropah itu dibenarkan terlibat.. mengapa agaknya??

Kalau nak baca kisah Jamaluddin Jarjis raba punggung pelayan pula sila baca di ( SINI )

Dipetik dari - Anak Sungai Derhaka: Bukti anak Jamaluddin Jarjis kuasai Malindo Airways terdedah!!

PRU13 - Mac 2013.

Posted: 25 Oct 2012 07:38 PM PDT

Selamat menyambut hari raya korban atau raya haji seluruh rakyat Malaysia yang berugama Islam. Kepada yang mampu mengadakan sembelihan korban binatang lembu dan kembing (di Malaysia).

Dalam kita bersuka ria dan makan daging korban, jangan lupa kepada kejahatan dan kezaliman kerajaan BN/UMNO.

Dan pada bulan Januari/Febuari 2013 kerajaan BN/UMNO akan membuat bayaran BRIM ( beri wang RM500 dan RM250) kepada rakyat Malaysia berpendapatan dibawah RM3000. sebualan dan kepada belia atau orang bujang lelaki dan perempuan Malaysia.


Jangan kita tertipu dengan wang RM500 dan RM250 hanya diberi secara bermusim. Dalam masa yang sama pemimpin BN/UMNO songlap wang berjuta juta ringgit (wang rasuah) dan salah gunakuasa. *****uh terbaik macacam mana ketua menteri Sabah memperoleh wang RM40 juta untuk tabung UMNO Sabah?

Itu UMNO Sabah bagaimana pula UMNO pusat atau UMNO yang berjabat di Kuala Lumpur?... Yang bagusnya SPRM tidak bertindak terhadap Musa Aman. Begitu juga pemberian tender projek landasan LRT kepada kroni Najib Razak, SPRM lagi bisu dan pekak. Hanya satu *****uh sahaja.

Dalam suasan menyambut raya korban atau raya haji jangan lupa kes kamera dijalan raya atau AES yang bakal dipasang seluruhnegara menjelang march 2013. Ini satu lagi perompak siang hari yang direka oleh Najib dan UMNO/BN melalui JPJ. Satu lagi projek mengkayakan kroni UMNO/MCA dalam pemasangan AES. Mengapa perlu diswastakan AES?.....

Sedikit lingkaran kisah yang perlu kita sedar dalam kita berkorban dan beraya. Jangankan biarkan syaitan yang bernama UMNO/BN atau syaitan yang dikenali berkuasa semual PRU13.

Dan kisah yang terakhir dalam cerertan ringkas ialah, Komponen BN, MCA menghina Tok Guru Datuk Nik Aziz dan ulama Islam dan ugama Islam. UMNO dan JAKIM senyap menjadi bisu dan pekak badak.

Syabas pada DAP dan wakil Parlimen DAP mempertahankan Tok Guru Nik Aziz.

selamat hari korban dan selamt berkorban pada yang mampu dan kepada yang tidak berkorban dan berkorban jadikan peristiwa Nabi Ismail dengan ayahnya Nabi Ibrahim as. sebagai pengajaran dan sempadan perjuangan. Janagn jadi lembu lembu yang dibela dikondomium."

UMNO Punca Melayu Mengemis Di negeri Sendiri

Posted: 25 Oct 2012 04:35 PM PDT

Dalam ucapan dalam majlis Ekonomi Melayu, mahathir mengakui orang Melayu kini umpama mengemis di negeri sendiri. Persolanya, adakah Melayu mengemis berpunca dari pakatan Rakyat? Siapakah yang meemrintah negara selama ini sehingga Melayu menjadi pengemis kini?

Memang benar katanya Melayu mengemis kerana dalam negara kita ini yang tidak mengemis, yang kaya raya, yang hidup mewah ialah Mahathir anak beranak, pemimpin UMNO Pusat dan Negeri anak beranak, keluarga mereka yang terdekat, kroni-kroni sahaja. Orang Melayu bawahan kebanyakanya hidup mengemis kerana harta mereka, harta negara, tanah mereka habis dirompak dan disamun oleh Mahathir dan pemimpin UMNO Pusat dan Negeri.


Jadi Mahathir telah merayu orang Melayu agar terus memberi sokongan kepada UMNO dalam PRU13 kelak supaya orang Melayu akan lebih ramai yang mengemis dan hidup melarat manakala Mahathir anak beranak dan pemimpin UMNO akan bertambah kaya kerana berjaya untuk terus menipu rakyat dan merompak harta negara. Bila semua harta negara dan harta rakyat disamun, mereka ini akan lari ke luar negara dan tinggalkan hutang dan orang Melayu umpama menumpang di negara sendiri. Inilah sebenarnya pembohongan dan tipu muslihat Mahathir dan pemimpin UMNO sejak dulu hingga sekarang. Oleh kerana Melayu dalam UMNO semuanya bangang, tolol dan bebal maka, semuanya terpedaya dan terpengaruh dengan hasutan pemimpin mereka.

Lebih 50 tahun sudah UMNO telah diberikan amanah dan kepercayaan untuk menarajui negara dan membela nasib rakyat khususnya orang Melayu, tetapi apa yang mereka telah buat? Khianat, mungkir janji, menindas, menipu, merompak dan merampas harta milik orang Melayu.
Ingatlah, jika orang Melayu terus terpedaya dengan kenyataan Mahathir dan pemimpin UMNO lagi, orang melayu bukan sahaja menjadi pengemis bahkan akan hidup merempat, menumpang malahan mungkin dihalau dari negara ini oleh penjajah baru nanti apabila hutang negara yang dibuat oleh UMNO tidak lagi mampu dibayar maka negara akan dijajah semula oleh pemberi hutang selama ini.

Jangan dengan wang sogokan yang diberikan oleh UMNO yang hanya sekadar boleh dibuat belanja untuk seminggu dua, orang Melayu terus percaya dan terpedaya sedangkan untuk jangkapanjang nasib orang Melayu bakal mengundang bahaya akibat angkara pemimpin UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO ini terus hidup senang lenang, harta bertambah-ruah.

Apakah kita lupa pesanan Nabi supaya kita sentiasa berdamping dengan orang baik, warak, alim, amanah, adil? Mengapa mesti kita terus memuja, menyanjung manusia yang jelas rosak akhlaknya, rosak iman dan aqidahnya, rasuah, meyeleweng, khianat, penipu dan kaki maksiat? Apakah kita mahu dikumpulkan bersama mereka juga di akhirat nanti?
Pendusta agama, pencela syariat, penghina ulama disanjung, dilantik sebagai pemimpin sedangkan pembawa kebenaran, penegak keadilan, penyelamat negara dan bangsa dijauihi, dihina, difitnah dan dimusuhi. Islam apa kita ini? Islam baka dan Islam sekadar pada kad pengenalan sahajakah?

Insaflah segera wahai orang Melayu. Apa yang berlaku selama ini adalah angkara UMNO, bukanya Pakatan Rakyat kerana UMNO yang memerintah negara selama ini. Jangan gadai nasib negara dan nasib bangsa lagi, cukuplah setakat ini. Tanah orang Melayu tergadai, tanah orang Melayu dirampas, tanah orang Melayu dijual, Islam dan syariat Allah boleh dihina sesuka hati oleh pemimpin UMNO dan sekutu mereka yang bukan Islam, angkara siapa semua ini? UMNO! UMNO! UMNO!Hentikan semua ini dengan menolak UMNO seratus peratus dalam PRU13 nanti.

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=740


Kesian Khairy.. Macam Pengemis..

Posted: 25 Oct 2012 04:16 AM PDT

Khairy menjala isu IPP dan tol lebuhraya, meraih perhatian untuk kekal menjadi Ahli Parlimen

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin terus menerus cuba menarik perhatian Presiden UMNO, Najib Razak untuk kekal menjadi Ahli Parlimen.

Terbaru, beliau memainkan isu pemilikan saham Kerajaan Negeri Selangor menerusi Worldwide Holdings (anak syarikat PKNS) dalam IPP Genting Sanyen dan milikan saham dalam konsesi tol Lebuhraya Kesas.

25% saham Genting Sanyen dimiliki oleh Worldwide dan 30% saham konsesi tol Lebuhraya Kesas dimiliki oleh PKNS sejak era pemerintahan BN.

Lanjutan daripada itu, pembelian saham majoriti Genting Sanyen oleh 1-MDB daripada Genting Berhad bernilai RM2.5 bilion dikira amat tinggi (6 kali ganda nilai buku) sedangkan ketika itu konsesi tersebut hampir tamat.

Selepas pembelian oleh 1-MDB, Suruhanjaya Tenaga melanjutkan konsesi tersebut selama 10 tahun. Seolah-olah keputusan tersebut telah diketahui lebih awal lagi.
Setelah 1-MDB membeli saham daripada Genting Berhad, pihak PKNS berusaha berlipat ganda untuk menjual saham milikan mereka menerusi perbincangan dengan para pelabur dalam dan luar negeri.
Pihak pengurusan PKNS sememangnya berhasrat menjual kepentingannya dalam IPP Genting Sanyen dan konsesi tol Lebuhraya Kesas, namun ia tidak mahu kerugian dengan menjual sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kos untung rugi.

Oleh itu, tidak timbul soal bahawa Kerajaan Negeri Selangor hipokrit sedangkan pihak pengurusan PKNS bertungkus lumus bertindak secara penuh hemah untuk tidak mengalami kerugian.

Khairy pula, dalam usaha beliau untuk terus kekal sebagai calon UMNO di PRU-13, tidak mahu dilihat sebagai seorang 'water carrier' dan 'despendable' kepada UMNO .

Senator Ezam menerusi juak-juak beliau Hamidzun, Azwanddin dan SD Johari terus-menerus menganjurkan demonstrasi terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan PKNS; manakala, Mukhriz Mahathir dengan bantuan bapanya, Dr Mahathir, sedang mengasak Kerajaan Negeri Kedah dan memprojek dirinya sebagai calon Menteri Besar Kedah daripada UMNO.

Perkembangan politik inilah menyebabkan Khairy merasa terpinggir kerana beliau dilihat ketandusan isu dan tidak di'favour' oleh Najib.

Tindakan desperado Khairy ini hanya akan mempercepatkan pengusiran beliau keluar dari tampuk hirarki UMNO oleh komplot Ezam dan Mukhriz dalam politik UMNO.


Azizan Razak Bongkar Penyelewengan Umno Kedah

Posted: 25 Oct 2012 02:49 AM PDT

Akhirnya, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mengambil pendekatan 'menyerang balik' pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan empat projek di bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung beban hutang yang banyak.

"Saya dan pegawai Kerajaan Negeri asyik diserang konon seleweng projek, kali ini saya dedahkan empat projek besar yang ada kaitan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu. Adakah kali ini mereka akan nafi? Saya sudah letih tanggung beban (hutang) atas kesilapan kerajaan BN sebelum ini," katanya.


Menurutnya, projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99 East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai Internasional Park.

Azizan berkata, projek 99 East Langkawi bermula sejak 2007 dengan "joint venture agreement" dan "shareholders agreement" ditandatangani antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd pada Februari 2007, bagi membangunkan Bukit Malut membabitkan 144 hektar tanah Permodalan Kedah Berhad (PKB).

"Komposisi pegangan dalam usahasama ini adalah 80-20 peratus dengan Terra Monda (51 peratus dimiliki pelabur Swiss) dan 20 peratus KCB untuk membentuk syarikat yang dinamakan 99 East Langkawi Sdn Bhd.

"Melalui perjanjian itu, KCB perlu sediakan tanah dan seterusnya pindahkan tanah itu kepada 99 East Langkawi Sdn Bhd dan Terra Monda selaku pelabur akan biayai kos dan pelaksanaan pembangunan," katanya.

Bagaimana pun, terma perjanjian itu didapati berat sebelah dengan nisbah keuntungan tidak seimbang, tambahan pula KCB menjanjikan tanah yang bukan miliknya.

"Pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) enggan memberi Power of Attorney kepada 99 East Langkawi demi untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri. Itu kesilapan besar kerajaan BN sebab janji nak bagi tanah bukan miliknya, sebab itu kita tidak benar penyerahan tanah itu," katanya.

Azizan berkata, projek ini ada kaitan dengan orang kanan politik BN ketika memegang jawatan Pengerusi KCB ketika Kedah diterajui Mahdzir Khalid.

"Sebahagian wang sudah dibayar kepada pengurusan dahulu, dan setelah dinilai semula ia tidak rasional untuk diteruskan. Kita sedang berunding dengan Terra Monda dari semasa ke semasa bagi menamatkan perjanjian secara amicable," katanya.

Projek ternakan udang di Kerpan juga menemui kegagalan, di mana perjanjian pengurusan projek pada Disember 2007 dibuat antara Kedah Agro Industries Marketing Bhd (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB - 2012 diambil alih oleh SKS Reality Sdn Bhd ).

"Pada Jun 2012, KASB menang saman RM2.16 juta ke atas KAIMB, babitkan kos dan keuntungan bersih KASB layak terima daripada jumlah hasil jualan udang RM6 juta (2007), tetapi tidak dimasukkan dalam akaun projek itu," katanya.

Azizan mempersoal ke mana hilangnya keuntungan terbabit yang sepatutnya diagihkan 60-40 peratus tetapi Kerajaan Negeri tidak pernah menerima duit itu.

"Keuntungan 40 peratus itu kita tak pernah terima, ini suatu penyelewengan. Sekarang Kementerian Kewangan mahu saman RM2 juta sebab agihan tidak dibuat, sedangkan kita pun tak terima. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat kes ini termasuk kerajaan BN terdahulu," katanya.

Menurutnya, pihaknya mahu tahu ke mana hilangnya keuntungan itu di mana syarikat terbabit dikendalikan oleh individu yang rapat dengan bekas Menteri Besar sebelum ini.

"Peguam telah failkan rayuan pada Julai 2012 namun tarikh belum ditetapkan. KAIMB juga belum bayar apa-apa kepada KASB," katanya.

Azizan turut kesal apabila kerajaan PR kini terpaksa membayar hutang RM11 juta kepada syarikat Long Island, ekoran kegagalan usahasama Yayasan Islam Negeri Kedah.

"Saya tidak terlibat dalam usahasama ini, tetapi sebagai Menteri Besar sekarang, saya perlu lunaskan tuntutan sayarikat itu. Kita terpaksa tebang balak untuk bayar hutang kerajaan BN sebelum ini," katanya.

Menurutnya, kes ini membabitkan usahasama dengan syarikat Cayman Development, atas tanah 200 ekar di Tandop untuk bangunkan kawasan industri dan perumahan.

"Cayman gagal laksana dan ketika itu Syed Razak arahkan projek diserah kepada pemaju lain iaitu Long Island untuk tebus tanah dari bank. Ada 15 lot industri tak terlibat akhirnya dibuat perumahan dan Long Island saman kita sebab tanah itu masih hak dia," katanya.

Azizan berkata, apabila disiasat, pegawai berkenaan mengatakan mereka diarah pemimpin politik ketika itu menyebabkan tanah berkenaan tidak diubah syarat di mana dua geran untuk satu tapak.

Projek lain yang turut menimbulkan keraguan ialah Projek Jerai Internasional Park di Tupah atas tanah 1145 ekar, usahasama antara syarikat dari Qatar dengan PKB.

"Berdasarkan perjanjian 40-60 (PKB/Qatar), tetapi PKB tak lantik perunding untuk tindakan lanjut menyebabkan mereka tuntut RM2.2 juta kerana tidak patuhi perjanjian. Kes ini masih dalam rundingan," katanya.


Roslan Kasim masih iktiraf pencacai najis !

Posted: 25 Oct 2012 01:19 AM PDT

"Kehadiran dua peguam Perancis dengan ahli-ahli Parlimen pembangkang berhubung isu rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene hanya bermakna sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa Datuk S. Nallakaruppan, Umi Hafilda Mohd. Ali dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk turut serta. Hanya mereka yang rapat dengan Anwar layak menerangkan siapa Anwar sebenarnya. Bukannya mereka yang terpengaruh dan terpukau dengan imej yang hanya dilakonkan oleh Ketua Pembangkang itu," demikian kata Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim kepada Utusan Malaysia kelmarin.

Kah, kah, kah!! kesiannya dia ! Ada lagi rupanya Mamat si katak lompat ini. Ingatkan dah Qolu,,.. dah insaf, dan jadi orang baik-baik! , tetapi tiba-tiba muncul dengan hujjahnya yang pelik bercampor lucu! Apakah jadahnya si Umi, Datuk Nalla, dan Datuk T perlu dikaitkan dengan "isu kapal selam scorpene" ? Dah tak siuman lagi agaknya si Roslan Kasim ini.


Hei Roslan! Si Minah dan Si Mamat yang kamu sebut itu adalah barua Umno merangkap pencacai najis kepada parti Umno. Kerja mereka sepatutnya menambah koleksi cerita video seks membabitkan Anwar, bukan sibuk pasal kapal selam scorpene ! Dalam isu kehadiran peguam Perancis ke parlimen Malaysia, perkara yang berkaitan ialah scorpene, dan Najib Tun Razak. Si Minah dan Si Mamat itu tak ada kena mengena langsung! Alahai, kenapalah kamu ni lembam sangat! Lain yang bengkak lain yang menanah!

Agaknya bekas orang kuat pemuda PKR yang kini sujud di kaki Umno semula ini sudah semakin dungu, bangkrap modal, dan barangkali juga otaknya sudah semakin biul ! Kalau nak membela Perdana Menteri DS Najib pun biarlah bertempat dan berasas! bukannya membabi buta!

Oleh : http://rahimho.blogspot.com/2012/10/roslan-kasim-masih-iktiraf-pencacai.html



Tiada ulasan: