Kelab Greenboc |
- Kebetulan Atau Sabotaj? Cuba Tengok & Baca Betul-betul ....
- PAS Tak Akan Jadi Ayatollah, Usah Bimbang
- [MELETUP] Zul Kulim Minta Habuan Untuk Kosongkan Kerusi
- KANTOI! Punca Najib Altantuya Ponteng Sidang Parlimen Terbongkar!
- Takut Kalah PRU 13 Punca Kes Rayuan Altantuya Ditangguh lagi
- Penarafan PETRONAS Menjadi Negatif Akibat Campurtangan Kerajaan
- Anthony Loke Terharu Terima Surat Penghargaan Dari TG Nik Aziz
Kebetulan Atau Sabotaj? Cuba Tengok & Baca Betul-betul .... Posted: 26 Oct 2012 01:22 AM PDT |
PAS Tak Akan Jadi Ayatollah, Usah Bimbang Posted: 25 Oct 2012 11:31 PM PDT Kami bukan Ayatollah', Pas jawab Dr Asri Pas memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Sambil menghargai pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pemimpin-pemimpin Pas yang dihubungi Sinar Harian Online berkata parti berusia lebih enam dekad itu tidak pernah mengamalkan pendekatan tutup pintu kepada pandangan dan teguran mana-mana pihak. Ayatollah adalah gelaran tertinggi diberikan kepada ulama Syiah Iran. Mengulas teguran Asri itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya diberi mandat memerintah Putrajaya kelak, mereka tidak akan sekali-kali menjadi seperti pimpinan Ayatollah. Katanya, sedia ditegur dan dikritik akan terus menjadi asas perjuangan parti itu. "Saya rasa Dr Asri sekadar membuat peringatan yang jujur dan ikhlas, tiada niat lain dan saya hargai peringatan yang diberi itu. "Jika dilihat sekarang ini pun, media arus perdana hari ini kerap memutar belit fakta yang kami beri, tetapi kami tidak pernah melenting, malah memberi reaksi yang baik dan sentiasa positif," kata beliau. Kelmarin, Asri, yang dari semasa ke semasa menganalisis perjalanan politik negara, menggesa Pas agar tidak mengamalkan pendekatan politik negara Teluk itu jika berjaya mandat memerintah Putrajaya kelak. Bagaimanapun beliau tidak memberi contoh khusus yang berkemungkinan Pas akan menjadi sebagai kepimpinan Ayatollah. Beliau berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang. "Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini, Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh," katanya. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tidak perlu melihat terlalu jauh atau melihat corak pemerintahan Pas di masa hadapan, corak pemerintahan Pas sekarang ini pun tidak pernah mengambil sikap 'tutup pintu' jika dikritik mana-mana pihak. "Kami pun sedia maklum, bukan semua pemimpin Pas mahir dan arif dalam semua perkara, justeru teguran juga penting," katanya. Beliau juga menambah, jika teguran yang dibuat itu merupakan sesuatu yang baik, mereka sedia menerima walaupun berbeza faham politik. Seorang lagi Naib Presidennya, Salahuddin Ayub turut sepakat dengan Mahfuz menyatakan parti itu sentiasa terbuka untuk menerima sebarang kritikan daripada mana-mana pihak. "Berdasarkan pengalaman saya dalam Pas, mana-mana ahli bebas memberi pandangan dan teguran masing-masing kerana kami sentiasa berpaksikan semangat demokrasi. "Jika dalam mesyuarat perwakilan atau mesyuarat bulanan, semua ahli bebas memberi kritikan kepada pemimpin, tiada masalah," katanya. Beliau juga menambah yang rata-rata keputusan yang dibuat oleh parti itu juga adalah berdasarkan teguran. "Cara ini kami telah amalkan sejak lama dulu dan setakat ini, kami sentiasa terbuka dan saya rasa tidak mungkin kami akat bersikap seperti Ayatollah jika memerintah Putrajaya kelak," tegas beliau tetapi pada masa yang sama menghargai teguran Asri semalam terhadap Pas. Katanya, ia satu peringatan positif. |
[MELETUP] Zul Kulim Minta Habuan Untuk Kosongkan Kerusi Posted: 25 Oct 2012 09:05 PM PDT Syed Husin: Anwar beritahu Zul minta bayaran Senator PKR Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkannya kepadanya bahawa anggota parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran bagi mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada ketua pembangkang itu bertanding. "Yang mula-mula beritahu saya adalah Anwar Ibrahim ketua umum PKR," kata Syed Husin sewaktu menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah. Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, ketua pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli. Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin". Menurutnya, Zulkifli menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk "Anjing-anjing Pencen". Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut. Menurut Syed Husin lagi, Anwar memberitahunya, Zulkifli meminta bayaran RM60,000 sebagai balasan untuk mengosongkan kerusi parlimennya. Perkara yang sama katanya turut dinyatakan Anwar kepada ahli-ahli biro politik PKR. "Perkara itu bukan sahaja diberitahu pada saya tetapi juga kepada biro politik," katanya. Justeru, beliau percaya Anwar bercakap benar tentangnya. Beliau turut percaya kepada Anwar kerana beliau telah mengenali Anwar buat masa yang lama. "Beliau adalah pelajar saya (di Universiti Malaya), rakan tahanan saya (dalam penjara) dan kemudiannya pemimpin saya. "Jadi apabila beliau beritahu (perkara itu), saya percayakannya," kata Syed Husin. Bercakap lanjut, Syed Husin berkata Zulkifli berbohong dalam tulisan blognya yang menjadi tumpuan utama saman itu. Menurutnya, beliau tidak pernah menemui Zulkifli sebagai wakil Anwar dan menawarkan jawatan dalam anak syarikat Selangor sebagai balasan mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya. "Apa yang beliau sebutkan adalah bohong sepenuhnya apabila mendakwa saya mewakili Anwar. "Beliau juga berbohong tentang dakwaan saya memberitahunya saya dijanjikan jawatan senator jika melepaskan jawatan timbalan presiden PKR," kata Syed Husin. Tambahnya lagi, kesediaan Zulkifli melepaskan kerusinya walaupun belum bersetuju berbuat demikian jika syaratnya tidak dipenuhi memberikan gambaran salah kepada orang ramai. "Kepada orang ramai, beliau akan kelihatan seperti malaikat apabila menarik diri (daripada kerusinya). Syed Husin diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya sementara Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan dan Aziz. Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera itu akan disambung semula pada 5 November depan. |
KANTOI! Punca Najib Altantuya Ponteng Sidang Parlimen Terbongkar! Posted: 25 Oct 2012 04:12 PM PDT Dalam kesibukan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya menteri dan timbalan menteri berhempas-pulas menjawab soalan bertulis dan lisan yang dikemukakan ahli parlimen Pakatan Rakyat, rupanya perdana menteri Najib Altantuya ponteng sidang semalam semata-mata mahu bertarung dengan pemain golf nombor dua dunia, Tiger Woods! Kejohanan yang dianjurkan oleh CIMB milik adiknya, Nazir Razak memperlihatkan betapa Najib Altantuya hanya menghabiskan wang pembayar cukai tanpa memikirkan nasib jutaan rakyat yang bertungkus-lumus mencari sesuap nasi bagi diri dan keluarga. Diadakan di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, Selangor, Najib Altantuya sebelum ini pernah menyatakan hasrat sedemikian bagi meraikan kehadiran bintang golf terkemuka dunia itu yang kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia 13 tahun lalu, ketika itu untuk Piala Dunia. Beraksi satu 'flight' dengan Woods serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dan adiknya, Nizam Razak, Najib Altantuya seakan tidak mempedulikan apa yang terjadi kepada menteri dan timbalan menterinya terus diasak bertubi-tubi oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir semalam. Dengan penuh semangat, Najib Altantuya menghabiskan saingan kesemua 18 lubang di lapangan yang menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij menawarkan hadiah tunai keseluruhan USD6.1 juta (RM18.66 juta) itu. Pergerakan Najib Altantuya dan Woods jelas paling mencuri tumpuan apabila langkah mereka diikuti dari mula sehingga ke lubang yang terakhir. Kumpulan pemain Malaysia pertama mendapat penghormatan beraksi bersama legenda golf dunia itu ialah dua jaguh pro veteran negara, M. Ramayah dan P. Gunasegaran, apabila digandingkan satu 'flight' dengan Amerika Syarikat sewaktu Piala Dunia di lapangan yang sama pada 1999. Selain berentap dengan Woods, Najib Altantuya turut meluangkan masa bertemu dengan beberapa pemain profesional lain yang menyertai kejohanan berkenaan. Walaupun hadir bagi merasmikan kejohanan golf tersebut, Najib Altantuya seharusnya lebih prihatin dengan masalah negara berbanding menghabiskan masanya sehari suntuk bermain golf kununnya sudah lama mengidam mahu bertanding menentang Woods. Tidak bolehkah Najib Altantuya singgah sebentar di parlimen melihat sendiri bagaimana pencacai-pencacainya terus ditekan dengan soalan demi soalan hingga satu ketika timbalan menteri kewangan, Awang Adek Hussin terpaksa berhenti dari menjawab soalan lisan atas alasan demam padahal tidak pula mendapatkan sijil sakit sebelum itu? Inikah contoh dan sikap seorang pemimpin yang kununnya mendahulukan rakyat padahal apabila diasak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, membincangkan isu dan masalah rakyat, Najib Altantuya terus diam membisu seribu bahasa? Ternyata apa yang diungkapkan Najib Altantuya cuma manis di bibirnya yang merah saja sedangkan kehidupan rakyat marhaen terus diabaikan kerajaannya -jalanpulang. |
Takut Kalah PRU 13 Punca Kes Rayuan Altantuya Ditangguh lagi Posted: 25 Oct 2012 08:31 AM PDT Pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, ditangguh berikutan pilihan raya umum ke-13 kian dekat. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, berkata Umno BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak takut sokongan terhadap kerajaan menjunam jika kes rayuan itu diteruskan sebelum PRU 13. Apatah lagi, katanya, pendengaran rayuan itu mungkin mendedahkan dalang sebenar pembunuhan yang mendapat liputan di peringkat antarabangsa. "Ada kemungkinan dua anggota polis yang dihukum mati itu akan menggunakan peluang untuk membela diri mereka. Mereka dijadikan kambing hitam dan mungkin mahu tegakkan keadilan untuk mereka," katanya. Semalam, Mahkamah Rayuan menangguh pendengaran kes rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar yang dihukum mati kerana pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006. Sebelum ini, kes rayuan yang dijadual didengar pada Ogos ditangguh sebelum tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November lalu. Bagaimanapun, peguam, Hazman Ahmad yang mewakili Azilah Hadri ketika dihubungi Malaysia Kini, menyatakan tiada tarikh baru ditetapkan. Pada April 2009, Azilah dan Sirul dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari yang turut melibatkan Razak Baginda – rakan baik Perdana Menteri. Jasad Altantuya diletup mengggunakan C4 di kawasan belukar, Jalan Puncak Alam pada Oktober 2006. Bercakap kepada Keadilan Daily, Shamsul juga tidak terkejut jika kes rayuan itu ditangguh lagi selagi PRU 13 belum dijalankan. "Ini memperkukuh dakwaan betapa kes ini adalah perbicaraan politik bagi menutup dalang di sebalik pembunuhan," katanya. Beliau tidak menolak kemungkinan penangguhan itu sebenarnya alasan untuk menutup kes secara senyap dari pengetahuan rakyat. "Tengok skandal melibatkan Shahrizat. Mereka sengaja lengahkan perbicaraan. Begitu juga kes ini yang seakan-akan mahu menyelamatkan Perdana Menteri dan isteri," katanya. Bagaimanapun, kata Shamsul, penangguhan itu tidak berguna jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya kerana sesiapa jua yang bersalah bakal menerima hukuman setimpal. "Pakatan tak memandang remeh kes pembunuhan itu kerana ia melibatkan nama baik negara. Kita tidak teragak-agak untuk heret orang yang terlibat sekalipun Najib Razak," katanya. -KD |
Penarafan PETRONAS Menjadi Negatif Akibat Campurtangan Kerajaan Posted: 25 Oct 2012 06:11 AM PDT Campurtangan kerajaan menjejaskan reputasi Petronas di peringkat antarabangsa sehingga gagal mengambil alih Progress Energy Resources, sebuah syarikat gas yang berpusat di Kanada, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Menurut Rafizi, usaha Petronas membina rizab gas luar negara adalah satu usaha yang wajar dipuji, bertepatan dengan pendirian partinya selama ini bahawa strategi minyak dan gas negara perlulah bersandarkan kepada matlamat menggantikan rizab minyak dan gas domestik dengan rizab dari luar negara. "Kegagalan Petronas mengambil alih Progress Energy Resources adalah satu lagi perkembangan yang membimbangkan kebelakangan ini. "Dalam bulan September 2012, agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings telah mengumumkan bahawa ia merendahkan penilaian prospek masa depan Petronas menjadi "negatif". "Ini adalah kali pertama dalam sejarah Petronas yang panjang apabila syarikat penarafan antarabangsa melahirkan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan dan reputasinya di mata pelabur," katanya dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider sebentar tadi. Menurut Rafizi, Progress Energy Resources adalah sebuah syarikat pengeluar gas yang mempunyai rizab gas sebanyak 1.9 trilion kaki padu dan memiliki rizab tanah seluas 1. 25 juta ekar di seluruh Kanada. "Saya yakin Petronas mempunyai alasan yang kukuh untuk mengambil alih Progress Energy Resources yang akan menjadi sebahagian dari aset strategiknya. "Malangnya, usaha Petronas ini disekat oleh Kerajaan Kanada dan kita masih menunggu perkembangan seterusnya dalam tempoh 30 hari rayuan," katanya. Pengarah strategi PKR itu juga menjangkakan syarikat Petroleum utama negara itu akan mengalami risiko dituruntaraf dalam jangkamasa terdekat. "Kesan dari tindakan Fitch Ratings merendahkan penilaian prospek masa depan menjadi "negatif" bermakna penarafan Petronas (yang sebelum ini adalah di antara terbaik di dunia dan lebih baik dari penarafan kedudukan kewangan Malaysia) juga dijangka akan dituruntarafkan (downgraded) dalam masa terdekat. "Ini akan menyebabkan Petronas terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi melalui pinjaman-pinjaman kewangan yang telah dan akan diambil, " katanya lagi. Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata berasaskan pengumuman Menteri Perindustrian Kanada pada Jumaat, Petronas mempunyai sehingga 30 hari atau lama sedikit seperti yang dipersetujui bersama, bagi membuat sebarang perwakilan tambahan dan mengemukakan cadangan selanjutnya. "Petronas dan Progress Energy Resources akan bekerjasama untuk memastikan Menteri itu mendapat maklumat yang perlu bagi menentukan cadangan pengambilalihan Progress Energy Resources akan memanfaatkan Kanada," katanya seperti dilapor oleh agensi berita Bernama. -TMI |
Anthony Loke Terharu Terima Surat Penghargaan Dari TG Nik Aziz Posted: 25 Oct 2012 03:32 AM PDT Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas. Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun! Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR! klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan