MiLo SuaM |
- Presiden Amerika, Barack Obama lancar kempen daftar undi online
- Kenaikkan harga gula kurangkan pesakit kencing manis di Kelantan
- Najib gunakan Google Adsense untuk promosi #TanyaNajib
Presiden Amerika, Barack Obama lancar kempen daftar undi online Posted: 01 Oct 2012 07:00 PM PDT HANYA tinggal kira-kira 35 hari sahaja lagi tarikh pilihanraya untuk memilih presiden Amerika bakal berlangsung, Barack Obama kini sedang melancarkan kempen mendaftar undi secara online. Banner promosi kempen mendaftar undi secara online untuk warganegara Amerika itu boleh dilihat di banyak laman web popular di internet. Kalau kita lihat kempen atau sistem pendaftaran mengundi secara online ini sangatlah memudahkan orang ramai yang ingin mendaftarkan diri sebagai pemilih. Lihat di sekeliling anda, berapa ramai rakyat yang sudah layak untuk menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi namun masih belum mendaftar kerana proses pendaftaran sebagai pemilih itu sendiri begitu merumitkan. Dari segi kemampuan, Suruhanjaya Pilihanraya, SPR lebih dari mampu untuk menyediakan sistem daftar mengundi secara online seperti ini. Sibuk kempen suruh orang daftar undi, tapi tak mahu sediakan jalan yang senang. Sistem begini lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Malah tak perlu membazirkan kertas untuk menyiapkan borang pendaftaran, hanya sediakan sistem pengkalan data yang canggih, mudah dan selamat. |
Kenaikkan harga gula kurangkan pesakit kencing manis di Kelantan Posted: 01 Oct 2012 03:04 PM PDT TEMPOH hari Perdana Menteri, Najib Razak menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia apabila mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sekilo di dalam belanjawan 2013 dengan alasan kerana ramai pesakit diabetes (kencing manis) rujuk sini [Bajet 2013]. Namun apa yang memeranjatkan, Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau lebih dikenali dengan panggilan "Tok Pa" mengulangi alasan itu apabila diminta mengulas tentang kenaikkan harga gula. Bezanya Tok Pa tambah sikit, kenaikan harga gula akan mengurangkan bilangan pesakit kencing manis dalam kalangan penduduk di Kelantan [Sinar]. Benarlah kata orang pemimpin Barisan Nasional ni macam burung kakak tua, apa sahaja yang dikatakan oleh presiden parti, dia pakat ulang dan tiru. Apa sahaja yang disuruh oleh Najib mereka pakat setuju dan angguk macam burung belatuk. Sudah dua hari Najib Razak menjadi bahan gelak ketawa kerana alasan dangkalnya, Tok Pa masih tetap keluarkan alasan yang sama. Macamlah rakyat Kelantan tu semuanya senang ditipu macam budak sekolah tadika. ReJaM© "Najib Razak masuk longkang, Tok Pa menyelam dalam longkang... " |
Najib gunakan Google Adsense untuk promosi #TanyaNajib Posted: 01 Oct 2012 06:07 AM PDT HARI ini ReJaM© menerima lebih sepuluh email meminta penjelasan mengapakah iklan #TanyaNajib boleh muncul di blog MiLo SuaM? Tambah lucu ada yang mempersoalkan sama ada MiLo SuaM sudah menerima bayaran daripada Barisan Nasional untuk mempromosikan iklan ini? Sebenarnya iklan yang muncul itu adalah iklan yang dikeluarkan oleh Google Adsense. Google Adsense merupakan produk pengiklanan yang sudah lama menjadi platform untuk perniagaan internet mempromosikan produk mereka. ReJaM© pula merupakan salah seorang "publisher" Google Adsense ini, di mana setiap klik iklan yang muncul di blog ini, hasil pendapatannya akan dikongsikan antara ReJaM© dan pihak google. Sebagai contoh jika Najib bayar RM0.10 untuk setiap klik, maka Google dapat RM0.05 dan ReJaM© dapat RM0.05. Iklan yang keluar ditentukan oleh pihak Google secara automatik, ReJaM© hanya perlu meletakka html code yang dibekalkan oleh mereka. Maka ReJaM© tiada kuasa untuk meminda kemunculan iklan-iklan ini. Najib bijak menggunakan sistem pengiklanan berbayar ini untuk mempromosikan program beliau, #TanyaNajib. Harap pemimpin Pakatan Rakyat juga berfikir ke hadapan seperti ini untuk mempromosikan program-program mereka. ReJaM© "Harap selepas ini jangan ada lagi yang salah faham... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan