Kelab Greenboc |
- Rebat Untuk Smartphone: Najib Memperbodohkan Rakyat
- Yang Kaya Semakin Kaya, Yang Miskin Semakin Miskin
- Parlimen Mesir Kini Mempunyai 140 Ahli Parlimen Yang Hafiz Quran
- Ponteng, Najib & MP BN Tidak Hormat Parlimen - Parlimen Pun Tidak Akan Terima Mereka Lagi!
- Miliki Tanah 30 Ekar, Noh Jangan Lari Daripada Isu Pokok
- [BONGKAR] BN Lancar ‘Skim Jual Negara’
Rebat Untuk Smartphone: Najib Memperbodohkan Rakyat Posted: 02 Oct 2012 12:31 AM PDT Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. "Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas. Walau bagaimanapun, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik. "Ia adalah satu pengumuman yang bodoh. Berapakah harga sebuah telefon pintar? Harga purata adalah sekitar RM1, 000". "Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Jadi, peniaga mendapat RM800". "Jika anda tidak mengeluarkan RM800 anda tidak akan mendapatkan telefon pintar. Mereka yang akan mendapat manfaat adalah peniaga yang dilantik, bukannya Rakyat, " kata Rafizi. Rafizi juga mengkritik peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mendapatkan telefon pintar tersebut, pembeli juga mesti melanggan pakej internet. "Itu bermakna anda tidak boleh lagi menjadi pengguna prabayar yang anda perlukan untuk melanggan pakej internet jika anda mengambil kesempatan daripada rebat, yang pasti kos akan menjadi lebih tinggi. "Ini akan terus meningkatkan perbelanjaan orang-orang yang membeli telefon pintar. Ia adalah ekonomi bodoh Najib. Dia tidak faham? Dia tidak berfikir? " Kata Rafizi. "RM200 tidak mencukupi untuk membeli telefon pintar. Pengumuman adalah hanya untuk menarik pengundi muda. Jika Najib fikirkan dia boleh memenangi pilihan raya umum yang akan datang dengan skim itu, dia akan silap." Beliau menambah bahawa Najib telah menyediakan gula-gula untuk kumpulan sasaran tetapi telah melakukan sedikit untuk wanita dan warga emas dalam Bajet 2013. Dan juga Anak Muda mahukan pendidikan percuma la… bukannya kurangkan harga telefon..... bodoh punya NAJIB... lagi bagus kalau duit itu digunakan untuk buat jalan tar pergi ke ba'kelalan atau buat jalan-jalan lain di Sarawak… ataupun RM300juta itu digunakan untuk manafaatkan rakyat dengan lebih bijak… tak gitu Najib??? -reformasi anak muda |
Yang Kaya Semakin Kaya, Yang Miskin Semakin Miskin Posted: 01 Oct 2012 11:33 PM PDT Malaysia kini menghadapi jurang perbezaan dari segi pendapatan dan keuntungan syarikat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Beliau yang menyertai sesi debat memberitahu Parlimen bahawa cadangan untuk Bajet 2013 yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) tidak cukup untuk mengurangkan perbezaan antara kaya dan miskin di Malaysia. Ketua pembangkang itu berkata pendapatan isirumah masih lagi rendah dan menunjukkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. "Ini bermakna pertumbuhan ekonomi dan projek yang diumumkan oleh BN tidak memberi manfaat kepada majoriti penduduk," kata Anwar. Beliau berkata berdasarkan tinjauan, 44.2 peratus penduduk isirumah di Malaysia mendapat kurang dari RM2,500 sebulan, dan hanya mewakili 14 peratus dari kekayaan ekonomi jika dibandingkan dengan 50 peratus yang dipegang oleh 20 peratus penduduk Malaysia yang terkaya. "Keghairahan mengejar unjuran ekonomi tanpa melihat polisi untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dapat dilihat dalam ETP yang dicadangkan perdana menteri," kata Anwar. "Analisis dan perbandingan dalam nilai ekonomi yang dibuat dalam projek ETP dan gaji yang diberi kepada pekerja, bahawa pada tahun 2020 gaji pekerja akan mendapat kurang dari keuntungan syarikat. "Sekarang, ratio gaji dan keuntungan ialah sekitar 28 peratus, di bawah ETP ia akan jatuh kepada 21 peratus," katanya lagi. Anwar berkata, pelan ekonomi nasional harus berubah dari hanya mahu mencapai pertumbuhan ekonomi dan ekuiti, tetapi harus memastikan pendapatan RM4,000 sebulan kepada seluruh isirumah dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat (PR). Dia juga berkata pertumbuhan ekonomi harus dijana oleh perniagaan kecil dan sederhana dan bukan "seorang dua bos besar". Bercakap di Parlimen, ketua pembangkang juga membentangkan Bajet alternatif PR dengan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan isirumah. -TMI
|
Parlimen Mesir Kini Mempunyai 140 Ahli Parlimen Yang Hafiz Quran Posted: 01 Oct 2012 07:46 PM PDT Majlis Rakyat Mesir (Parlimen Mesir) sekarang ini memiliki : - Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran. - Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith. - Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran. - Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran. - Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta. - Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun. |
Ponteng, Najib & MP BN Tidak Hormat Parlimen - Parlimen Pun Tidak Akan Terima Mereka Lagi! Posted: 01 Oct 2012 05:28 PM PDT Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu. "Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi. Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu. Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara. Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan. "Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya. Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi. "Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar. -mk Has Najib no respect for Parliament? Ulasan GB Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya. Apabila anda tidak menghormati Parlimen, maka Parlimen pun tidak akan menghormati anda lagi. Itu jelas. Parlimen tidak akan sudi lagi menerima kedatangan MP-MP bongkak dan angkuh seperti najib dan sekalian MP BN yang gagal untuk hadir di dalam sessi perbahasan bajet 2013 hari ini. Ingat satu masa dulu, seorang MP yang tidak menghormati parlimen - bercakap sesedap hati, mengeluarkan bahasa lucah dan komen seksisnya terhadap seorang Ahli Parlimen wanita dari DAP. Apa berlaku kepada beliau? Parlimen tidak lagi berkenan menerima kehadirannya. Apa yang berlaku pada hari ini jelas bahawa BN sudah berada di penghujung usianya sebagai pemerintah di negara ini. Ia dibenarkan sendiri oleh tindak-tindak mereka yang tidak menghormati parlimen. Kamu-kamu tidak hormat parlimen, parlimen pun berkata SELAMAT JALAN kepada kamu semua. InsyaAllah kita akan mendapat kerajaan yang baru tidak berapa lama lagi. |
Miliki Tanah 30 Ekar, Noh Jangan Lari Daripada Isu Pokok Posted: 01 Oct 2012 08:37 AM PDT Datuk Seri Noh Omar dinasihati agar tidak cuba lari daripada isu pokok dan bukannya mempersoalkan kelulusan mesyuarat exco dan Borang 5A bagi tanah 30 ekar yang dimilikinya kini "Noh tidak boleh alih isu ini, rakyat tertanya dia sebagai pemimpin Umno dapat tanah 30 ekar, sedangkan rakyat biasa sekangkang kera pun tak dapat," dakwa Adun Sekinchan, Ng Sue Lim. Kedudukan dan pengaruh Noh dalam Umno juga dikatakan mampu mempengaruhi keputusan mesyuarat exco Kerajaan Umno-BN ketika itu. "Walaupun ketika keputusan mesyuarat exco dibuat Noh belum jadi Ahli Parlimen, tetapi saya percaya dia menjawat jawatan berpengaruh dalam Umno Tanjong Karang dan juga mengenali dengan baik ahli-ahli exco mesyuarat tersebut. "Sekurang-kurang pun mesti sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian, kalau tidak tak kanlah dia dipilih jadi calon Ahli Parlimen Tanjong Karang," kata Sue Lim lagi. Sue Lim juga mendakwa Menteri Pertanian dan Asas Tani itu yang memiliki tanah seluas 30 ekar sebelum borang 5A dikeluarkan merupakan suatu amalan yang salah. Menurut Sue Lim mengikut amalan lazim, seseorang rakyat biasa hanya dapat mengesahkan permohonan tanah mereka diluluskan setelah menerima borang tawaran terima iaitu Borang 5A. Beliau juga memberitahu, keputusan meluluskan permohonan tanah dalam mana-mana mesyuarat sebelumnya juga boleh dipinda selagi borang tawaran itu tidak dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. "Sebelum Borang 5A yang sah dari Kanun Tanah Negara tidak berada dalam tangan, selagi itulah rakyat di bawah tidak dapat mengatakan 'sipolan bin sipolan' dapat tanah. "Melalui mesyuarat exco, dari segi pentadbiran dan pengurusan mengiktiraf mereka memiliki tanah tersebut apabila Borang 5A dikeluarkan kepada rakyat," kata Sue Lim. Sue Lim turut memberitahu, rakyat biasa hanya mengetahui permohonan tanah mereka sudah diluluskan apabila mereka menerima Borang 5A kecuali bagi pihak yang mempunyai hubungan atau pengaruh dengan pihak yang membuat keputusan tersebut. -selangorku |
[BONGKAR] BN Lancar ‘Skim Jual Negara’ Posted: 01 Oct 2012 06:01 AM PDT Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang melancarkan skim menjual negara dengan memberi kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing secara berleluasa dan tidak terkawal. "Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. "Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini," kata Propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataan media hari ini. Menurutnya, keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan BN daripada kehilangan kuasa?," soal beliau. Beliau berkata demikian ketika mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakan mengundi – satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara. Edy Noor merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012 di mana seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Katanya, mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu. "Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah. "Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi? "Kad Pengenalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?," soalnya. Beliau menambah, "lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah. "Mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri," terangnya. Ujar beliau lagi, "bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara. "BN sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya yang juga beberapa kali ditangguh. "Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen?," soal beliau. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan