Blog-list Malaysia |
- Video - Anwar Bidas Bajet Melampau Najib
- Penyokong Kecewa Bila Najib Dan Tenteranya Lari Dari Dewan
- Noh Omar Jangan Lari..
- MP BN Ghaib Bila Anwar Bahas Bajet Najib..
Video - Anwar Bidas Bajet Melampau Najib Posted: 01 Oct 2012 07:45 PM PDT Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, berlaku defisit sebanyak RM21.6 bilion dalam perbelanjaan Bajet 2013 disebabkan banyak ketirisan urus tadbir negara. "Jika diperhatikan, sejak Najib Altantuya menjadi Menteri Kewangan, saya khuatir keghairahan berbelanja ini sudah menjadi penyakit dan ketagihan," katanya pada perbahasan Bajet 2013 di Parlimen semalam. Anwar berkata, bayaran khidmat hutang meningkat paling ketara sebanyak 56 peratus atau kepada RM8 bilion sejak Najib Altantuya menjadi Menteri Kewangan pada 2009. "Contoh peningkatan sejak 2009 hingga 2013…(ialah) RM8 bilion (diguna) untuk membayar khidmat hutang dan ia telah meningkat sebanyak 56 peratus. Subsidi pula dari 2009 hingga 2013 meningkat sebanyak (RM)17.2 bilion iaitu peningkatan 85 peratus. "Bunyinya lunak untuk kebajikan, tetapi sebahagian besar subsidi ini hanya dinikmati oleh kroni mereka, tidak sampai ke golongan sasaran," katanya "Ini bermakna jumlah pinjaman baru mengikut data Bank Negara sejak 2009 hingga 2013 adalah (RM)184 bilion," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Menurutnya, perbelanjaan perbekalan dan perolehan melonjak 28 peratus kepada RM15 bilion, berbanding hanya RM7 bilion jika ia dilakukan melalui tender terbuka. Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ketirisan tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat terutama untuk memberi pendidikan percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Beliau berkata, perancangan ekonomi perlu kepada unjuran yang munasabah, kemudian dinilai sama ada sasaran itu berjaya dicapai atau sebaliknya. Malangnya, kata Anwar, sejak Najib Altantuya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, unjuran bukan sahaja tidak berjaya dicapai, malah tersasar jauh. Beliau turut mengecam pendekatan ekonomi Umno BN yang lebih mengutamakan golongan maha kaya. Katanya, pendekatan ekonomi harus adil dengan memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan isi rumah setiap keluarga. "Harta tidak seharusnya berlegar kepada orang-orang kaya. Sebab itu, Pakatan Rakyat menekankan perancangan ekonomi perlu beralih daripada mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan semata-mata kepada sasaran isi rumah minimum sebanyak RM4,000 sebulan setiap keluarga menjelang pentadbiran Pakatan Rakyat. "Paras pendapatan isi rumah keluarga menjadi sasaran ekonomi utama untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dari arus pembangunan," jelas Anwar. Pakatan unjur garis panduan tingkat ekonomi Beliau turut menggariskan beberapa pendekatan ekonomi dalam jangka panjang yang menjamin peningkatan pendapatan melalui sasaran seperti berikut: 1. Pertumbuhan ekonomi perlu dijana oleh usahawan kecil dan sederhana yang membentuk kelas perniagaan terbesar dalam ekonomi bukan hanya satu dua tauke besar yang membolot sebahagian besar ekonomi. 2. Pertumbuhan ekonomi bergantung kepada nilai tambah yang dihasilkan melalui peningkatan kemahiran dan kepakaran kerana peluang pekerjaan mempunyai pengaruh besar kepada ekomomi. 3. Peranan kerajaan dalam menjana ekonomi perlu dibatas kepada usaha mencambahkan bidang baru yang memesatkan kegiatan ekonomi secara strategik, bukan terlibat sama dalam kegiatan ekonomi dan bersaing pula dengan usahawan kecil serta pengusaha lain seperti yang berlaku oleh Khazanah Nasional. Manakala pendidikan dan kemahiran yang khusus untuk berdepan dengan persaingan global adalah fokus kerajaan sebagai tangungjawab asas kepada rakyat untuk memesatkan ekonomi. Dasar khusus yang menjamin paras gaji yang saksama juga perlu digubal demi menjamin kesejahteraan rakyat dan mengambil kira rakyat berpendapatan miskin dan rendah. http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/10/video-penuh-bahas-bajet-anwar-tempelak.html |
Penyokong Kecewa Bila Najib Dan Tenteranya Lari Dari Dewan Posted: 01 Oct 2012 04:55 PM PDT Bila akhbar dan televisyen sibuk mencanangkan pesanan Perdana Menteri saya, Datuk Seri Najib bahawa bajet pembangkang hanyalah janji kosong, hanya akan membawa kepada malapetaka negara dan sebagainya. Maka sudah tentulah saya yakin Perdana Menteri yang saya kasihi, Datuk Seri Najib serta rakan-rakan kabinetnya kelak akan hadir apabila giliran pihak yang mereka sindir, yang mereka hina dan mereka tohmah itu akan berdiri pulak membuat perbahasan tentang bajet 2013 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan... Tetapi malangnya, Perdana Menteri yang saya kasihi itu tetiba hilang. Seorang yang saya harapkan akan mempertahankan apa yang dibentangkan sendiri olehnya tetiba tiada... yang ada hanyalah macai-macai yang masih berhingus, terkial kial memberi alasan bodoh... Jadi, saya rasa sangat terkilan dengan betapa sibuknya akhbar, televisyen dan saluran media massa yang sibuk mentohmah keburukan janji dan cadangan pihak pembangkang ini... Kerana, sebusuk busuk pembangkang pun mereka hadir juga dikala Perdana Menteri saya yang merangkap Menteri Kewangan negara saya itu membentangkan belanjawan. Maka pada saya adalah relevan mereka mengkritik, kerana mereka hadir, bahkan disindir pula oleh Perdana Menteri saya itu. Tetapi di mana relevannya kata-kata Datuk Seri Najib, apabila dia dan rakan-rakannya pula langsung tidak hadir mendengar pembentangan dan perbahasan yang dibuat oleh pihak pembangkang? Sangka baik saya, Perdana Menteri dan rakan-rakan mungkin tonton melalui internet... kalau tidak pun senggugut menyerang lagi... hadoiihh... Salehudin |
Posted: 01 Oct 2012 08:08 AM PDT Noh Omar dinasihati agar tidak cuba lari daripada isu pokok dan bukannya mempersoalkan kelulusan mesyuarat exco dan Borang 5A bagi tanah 30 ekar yang dimilikinya kini "Noh tidak boleh alih isu ini, rakyat tertanya dia sebagai pemimpin Umno dapat tanah 30 ekar, sedangkan rakyat biasa sekangkang kera pun tak dapat," dakwa Adun Sekinchan, Ng Sue Lim. Kedudukan dan pengaruh Noh dalam Umno juga dikatakan mampu mempengaruhi keputusan mesyuarat exco Kerajaan Umno-BN ketika itu. "Walaupun ketika keputusan mesyuarat exco dibuat Noh belum jadi Ahli Parlimen, tetapi saya percaya dia menjawat jawatan berpengaruh dalam Umno Tanjong Karang dan juga mengenali dengan baik ahli-ahli exco mesyuarat tersebut. "Sekurang-kurang pun mesti sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian, kalau tidak tak kanlah dia dipilih jadi calon Ahli Parlimen Tanjong Karang," kata Sue Lim lagi. Sue Lim juga mendakwa Menteri Pertanian dan Asas Tani itu yang memiliki tanah seluas 30 ekar sebelum borang 5A dikeluarkan merupakan suatu amalan yang salah. Menurut Sue Lim mengikut amalan lazim, seseorang rakyat biasa hanya dapat mengesahkan permohonan tanah mereka diluluskan setelah menerima borang tawaran terima iaitu Borang 5A. Beliau juga memberitahu, keputusan meluluskan permohonan tanah dalam mana-mana mesyuarat sebelumnya juga boleh dipinda selagi borang tawaran itu tidak dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. "Sebelum Borang 5A yang sah dari Kanun Tanah Negara tidak berada dalam tangan, selagi itulah rakyat di bawah tidak dapat mengatakan 'sipolan bin sipolan' dapat tanah. "Melalui mesyuarat exco, dari segi pentadbiran dan pengurusan mengiktiraf mereka memiliki tanah tersebut apabila Borang 5A dikeluarkan kepada rakyat," kata Sue Lim. Sue Lim turut memberitahu, rakyat biasa hanya mengetahui permohonan tanah mereka sudah diluluskan apabila mereka menerima Borang 5A kecuali bagi pihak yang mempunyai hubungan atau pengaruh dengan pihak yang membuat keputusan tersebut. -selangorku |
MP BN Ghaib Bila Anwar Bahas Bajet Najib.. Posted: 01 Oct 2012 05:05 AM PDT |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan