Kerabu Bersuara ® |
- Kuliah Agama Ustaz Azhar Di Pengkalan Chepa
- Anwar Ibrahim is here !!! Jelajah MerdekaRakyat - Batang Kali Selangor 28/10/2012
- UFB - Karpal Singh Lebih Biadab Berbanding Chua Soi Lek
- PAS-DAP kukuh hubungan kerana ISA, sedar fitnah UMNO-BN
- Kenyataan hudud MCA serlahkan sikap sebenar BN
- Isu Hudud: Najib Kata Hudud Lancau?
Kuliah Agama Ustaz Azhar Di Pengkalan Chepa Posted: 29 Oct 2012 06:57 AM PDT Alhamdulillah masih ramai yang cintakan ilmu agama |
Anwar Ibrahim is here !!! Jelajah MerdekaRakyat - Batang Kali Selangor 28/10/2012 Posted: 29 Oct 2012 06:11 AM PDT Anwar Ibrahim is here !!! Jelajah MerdekaRakyat - Batang Kali Selangor 28/10/2012 |
UFB - Karpal Singh Lebih Biadab Berbanding Chua Soi Lek Posted: 29 Oct 2012 04:17 AM PDT |
PAS-DAP kukuh hubungan kerana ISA, sedar fitnah UMNO-BN Posted: 29 Oct 2012 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 OKT: Penangkapan pemimpin rakyat secara zalim tanpa bicara oleh UMNO-Barisan Nasional di bawah Operasi Lalang pada Oktober 1987 mempunyai hikmah tersendiri apabila ia memberi peluang kepada PAS dan DAP mengenali satu sama lain secara intim buat kali pertama. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang turut menjadi mangsa tahanan tanpa bicara ISA itu berkata, pemimpin-pemimpin PAS dan DAP telah mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali, lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan UMNO. Katanya, hubungan rapat dalam tahanan di antara pemimpin PAS dan DAP berjaya mematahkan memomokkan UMNO yang mahu masyarakat bukan-Melayu melawan PAS dan masyarakat Melayu menentang DAP. "Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti pada hari ini. "Ini membenarkan PR untuk bergabung dan memperkuatkan diri untuk mencabar kuasa BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan sempena ulangtahun ke-25 penahanan zalim ISA dalam Operasi Lalang. Mengimbas kembali peristiwa kejam yang dilakukan oleh rejim UMNO-BN, Guan Eng berkata bahawa 25 tahun lalu pada 27 Oktober 1987, beliau menjadi antara mangsa pertama Operasi Lalang yang ditahan di bawah ISA oleh Perdana Menteri pada masa itu, Dr Mahathir Mohamad. "Saya ingat lagi bagaimana sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka yang baru dipilih, betapa terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa saya merupakan ancaman kepada keselamatan negara yang bakal mencetus huru-hara dan rusuhan sekiranya saya tidak ditahan. "Ekoran daripada itu, saya terpaksa bertahan dan mengatasi hari-hari gelap apabila dikurung sendiri, disoal siasat tanpa henti dan diintimidasi untuk memaksa saya untuk "bertaubat"," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Menurut beliau, 106 pemimpin Malaysia telah ditahan pada tahun gelap 1987, termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang – 16 daripada DAP termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri – ahli-ahli kesatuan sekerja, aktivis sosial, aktivis alam sekitar, pendidik bahasa Cina dan pekerja agama. Antara pemimpin-pemimpin yang terkemuka adalah Lim Kit Sang dan Karpal Singh daripada DAP, Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar daripada PAS dan pendidik bahasa Cina Lim Fong Seng dan Sim Mow Yu. Serangan juga berlaku ke atas kebebasan akhbar dengan penutupan tiga suratkhabar, serangan bertubi-tubi ke atas badan kehakiman dan keluhuran undang-undang sehingga Ketua Hakim Negara dan dua hakim Mahkamah Agung telah dilucutkan jawatan. Guan Eng menjelaskan, semua serangan itu bertujuan untuk membentuk negara diktator yang memusatkan kuasa di tangan Perdana Menteri. Katanya, pada masa ini, walaupun rakyat Malaysia telah berjaya memaksa Datuk Seri Najib Razak memansuhan ISA, banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk memastikan kerajaan tidak boleh lagi bertindak zalim terhadap rakyat. Beliau mencadangkan: * Semua tahanan ISA yang masih lagi ditahan harus dibebaskan dengan segera dan kerajaan Persekutuan haruslah meminta maaf kepada semua tahanan ISA. * Kem Tahanan Kamunting harus dijadikan sebuah muzium, seperti kem tahanan Robbens Island di Afrika Selatan yang pernah menjadi rumah kediaman pejuang kemerdekaan Nelson Mandela selama 27 tahun, supaya ia menjadi simbol peringatan kepada kebebasan dan hak asasi serta memulihkan negara daripada trauma zalim UMNO-BN. * Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), iaitu pengganti kepada ISA, harus dikaji semula untuk memansuhkan beberapa seksyen supaya ISA tidak akan kembali menghantui generasi masa kini dan akan datang. – Roketkini.com |
Kenyataan hudud MCA serlahkan sikap sebenar BN Posted: 29 Oct 2012 04:11 AM PDT Abdul Hadi Awang Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, yang secara terbuka menentang syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap BN yang sebenar. Perlu diingat bahawa Umno adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, Gerakan dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi, sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara ini selama lebih 50 tahun. Hakikatnya, Umno memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam Umno itu sendiri. Dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap presiden Umno dan ada menteri penjaganya. Di samping itu, diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam di beberapa universiti. Di peringkat negeri pula ada jabatan agama Islam masing-masing dan ada exco agama daripada Umno juga, tetapi segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh Umno. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan Umno yang menjadi penunggunya. Persoalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa? Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA. Parti Umnolah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa Melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam dalam tubuh Umno, serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri. PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana Umno adalah parti kebangsaan Melayu, di mana "Islam" hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli Umno sahaja. Perlembagaan Umno juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi. Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli Umno menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu. Ahli Umno pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya. Tetapi ahli Umno tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh Umno yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam BN. Umno lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen BN. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat BN. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya. Jahil murakkab kata 'hudud PAS' Undang-undang hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman qisas dan takzir. Perkataan "hudud" bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah dinaskan oleh Allah secara nyata dalam al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat, haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan "hudud PAS" seperti juga tidak boleh dinamakan "sembahyang PAS". Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab - ayat 36) Perkara yang dinyatakan secara nas seperti hudud dan qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya. Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga presiden MCA juga takut. Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat. Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan. Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk dibawa kes ke perbicaraan takzir - di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud. Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk Kanun Keseksaan yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud. Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan Umno wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam Umno wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada BN atau Umno dipecat atau keluar daripada BN atau ahli-ahli Umno yang beragama Islam keluar Umno beramai-ramai. Mudah berkira dengan DAP PAS berlainan dengan Umno dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah al-Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, antaranya hudud. Kebanyakan sebab turun ayat adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam. PAS berijtihad memilih demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang. Maka proses pelaksanaan undang-undang termasuk hudud dibawa ke dalam DUN Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang-undang jenayah Islam termasuk hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya. Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi. DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas. Hubungan PAS dengan DAP dan PKR, bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan adalah berpandukan kepada hukum tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam Fikah Siasah. Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya. PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil. Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam. Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh Umno dengan rakan-rakan karibnya dalam BN. Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa Melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam pilihan raya umum ke-13 kepada Pakatan, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali. |
Isu Hudud: Najib Kata Hudud Lancau? Posted: 28 Oct 2012 10:56 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan