Biaqpila |
- Kedudukan Nur Jazlan terumbang-ambing
- Cara Terbaik Menghapuskan Cicak Di Rumah
- Chua Soi Lek cabar Ulama Umno Jamil Khir berdebat isu Hudud
- Ikan Sisa Nabi
- PANAS!!! SHAH RUKH KHAN PROMOSI PLURALISME?
Kedudukan Nur Jazlan terumbang-ambing Posted: 29 Oct 2012 05:00 AM PDT 29 Okt – Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA Holdings diserang kerana beliau tidak membenarkan ahli politik dan oportunis 'projek' untuk mendapat habuan daripada UDA Holdings. Disebabkan itulah, UDA diserang kononnya meminggirkan kontraktor Melayu daripada pemberian projek dan kontrak. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Perkasa dan organisasi-organisasi Melayu lainnya memainkan isu ini di media sehinggakan projek pembangunan semula Penjara Pudu terpaksa dibatalkan oleh Kementerian Kewangan daripada diberikan kepada syarikat antarabangsa daripada China. Bidaan daripada syarikat China tersebut merupakan nilai tertinggi yang diterima oleh UDA dan akan memberikan keuntungan lumayan kepada UDA. Malangnya, konsep merit sebegini ditolak oleh kumpulan-kumpulan yang berkepentingan yang turut didokong oleh pembesar-pembesar dalam UMNO yang mengidamkan jawatan Pengerusi UDA, Ahli Parlimen Pulai dan juga Ketua Bahagian Pulai. Ini ditambah pula dengan Nur Jazlan yang sememangnya dikenali sebagai seorang 'lone ranger' dalam UMNO Johor dan tidak sehaluan dengan warlord-warlord seperti Ghani Othman, Khaled Nordin, Razali Ibrahim dan Muhyiddin Yassin. Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengintai kerusi parlimen Pulai memainkan isu ini untuk menjatuhkan anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat ini. Agenda Melayu merupakan senjata ampuh untuk menyerang kredibiliti sesetengah pihak seperti Khairy yang menjadi Pengerusi PUNB dan Azman Mokhtar yang juga Pengarah Urusan Khazanah. Sedangkan isu sebenarnya adalah projek dan kontrak yang dikejar dengan didokong oleh kepentingan politik sesetengah pihak. Politik UMNO tidak lari daripada 3K - kedudukan, kuasa dan kewangan, inilah yang menaikkan UMNO dan ini jugalah yang akan menjatuhkan UMNO. KL Daily |
Cara Terbaik Menghapuskan Cicak Di Rumah Posted: 29 Oct 2012 03:00 AM PDT Cara Terbaik Menghapuskan Cicak Di Rumah ,adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba.. Antaranya Makanan Cicak ialah serangga. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan kegemaran cicak ialah semut, anai-anai dan lipas. Jaga Kebersihan Rumah Kalau nak hapuskan cicak, jaga kebersihan rumah supaya serangga dapat dikurangkan. Rumah yang bersih dan kemas tidak digemari serangga. Cicak Tidak SUka Campuran Air Dan Lada Merah Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. Tapi ingat.. jauhi dari kanak-kanak.. bahaya.. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. Cicak takut dengan kucing Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Siapa yang bela pernah bela kucing tu mesti pernah nampak kucingnya menangkap cicak.. sampai mati kering cicak tu di buatnya.. tapi bagi cicak yang cerdik, ada juga yang meninggalkan ekornya sebelum melarikan dirinya ke tempat selamat. Jadi kucing tu hanya bermain dengan ekor cicak tersebut yang telah diputuskan.. penpatah |
Chua Soi Lek cabar Ulama Umno Jamil Khir berdebat isu Hudud Posted: 29 Oct 2012 12:00 AM PDT PORTAL The Star milik parti komponen Barisan Nasional, MCA menyiarkan kenyataan presiden parti itu, Chua Soi Lek yang meminta Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir membuat "homework" berhubung Hukum Hudud Ini berikutan Jamil Khir sebelum ini mengeluarkan kenyataan Hukum Hudud yang mahu dijalankan oleh Parti Islam, PAS tidak akan melibatkan atau memberi kesan kepada orang bukan Islam. Tambah mengejutkan, Chua Soi Lek turut mencabar Jamil Khir untuk berdebat dengannya berhubung isu bagaimana Hukum Hudud akan memberi kesan kepada orang bukan Islam. Jamil Khir barangkali sudah lupa bahawa United Malays National Organization, Umno yang diterajui Najib Razak sudah awal-awal lagi bersetuju dengan tindakan MCA yang menentang Hukum Hudud. Malah Najib Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan menjalankan Hukum Hudud di Malaysia. Dengar sendiri jaminan Najib di bawah ini. Sudah terang lagikan bersuluh, Umno dan MCA sekapal dan sekepala menentang hudud. Kerana itulah tempoh hari Presiden MCA, Chua Soi Lek ini dengan berani dan lantang menghina Hukum Hudud di depan Najib Razak ketika Perhimpunan Agung MCA. Lihat video di bawah. milosuam |
Posted: 28 Oct 2012 09:00 PM PDT Ikan Sebelah atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi, nama saintifiknya Pseudorhombus spp./Achiroides spp. adalah tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia. Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman AS tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut. Dengan kehendak Allah, ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja. Bukti kewujudannya kekal sehingga ke hari ini untuk dijadikan iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam. [sumber] malaynews1 |
PANAS!!! SHAH RUKH KHAN PROMOSI PLURALISME? Posted: 28 Oct 2012 06:04 PM PDT KUALA LUMPUR : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendakwa wujud penghinaan kepada umat Islam di Malaysia ekoran penayangan filem 'My Name is Khan' lakonan Datuk Shah Rukh Khan oleh stesen TV3 semalam tatkala sambutan Aidiladha berlangsung. ABIM sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa penayangan filem pada hari kedua raya Aidiladha tersebut tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia kerana cuba mengetengahkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme agama yang mengelirukan. "Penayangan filem tersebut membawa mesej yang mengelirukan," kata ABIM dalam satu kenyataan dikirm kepada The Malaysian Insider hari ini. ABIM turut menegaskan filem tersebut tidak mencerminkan imej agama Islam yang sebenar serta bertentangan dengan syariat sambil menyelar pihak TV3 yang tidak terlebih dahulu membuat kajian sebelum menayangkannya. "Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan. "Sebagai contoh,adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan mencampuraduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam," kata ABIM lagi. NGO tersebut turut mendakwa, filem tersebut akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana pendekatan yang digunakan dalam filem tersebut mewujudkan satu lagi kekeliruan menerusi konsep 'Islam Liberal'. "Fahaman Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar. Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri." Dalam isu berasingan, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini dalam satu kenyataan menyeru umat Islam di seluruh negara agar memboikot penyanyi popular Jaclyn Victor kerana menyanyikan lagu "Harapan Bangsa", sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu yang mana kumpulan garis keras hak Melayu itu mendakwa merupakan satu penghinaan kepada Islam — dalam ribut antara agama terbaru di negara mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Serangan Perkasa timbul sebagai ketegangan agama yang terus dicetuskan di Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13, dengan perdebatan daripada parti politik mengenai kedudukan Islam di negara ini. Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan akan tetapi rakyat yang beriman dengan agama lain mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka secara bebas. Victor, seorang penganut agama Kristian baru-baru ini terperangkap dalam kecelaruan antara agama yang muncul diantara Islam dan agama lain. Kumpulan garis keras Islam telah mendakwa penganut Kristian Malaysia bersubahat dengan parti politik pembangkang tertentu untuk melantik seorang perdana menteri Kristian serta menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian tanpa mengeluarkan sebarang bukti menyokong tuntutan mereka. Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata lagu "Harapan Bangsa" bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu. "Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu. "Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?" "Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu." SK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan