Isnin, 29 Oktober 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Peniaga Jalanan yang licik!

Posted: 29 Oct 2012 09:00 AM PDT


Pagar yang tinggi tidak menjadi halangan bagi para peniaga jalanan yang gigih ini. Mereka ada cara sendiri untuk mengatasinya iaitu dengan menggunakan tangga.

Mereka  melayani pelanggan  dari  sebalik pagar tinggi di Jakarta Convention Centre (JCC)  , Senayan, Jakarta. Berbagai jenis dagangan  dari kopi sampai nasi bungkus dijajakan untuk kemudahan  para pekerja di JCC.

Kadar sewa berjualan di kawasan JCC yang terlalu mahal menyebabkan mereka tidak mampu menyewanya lalu terpaksa bertindak demikian. 



Mereka  menggunakan tangga sambil  menunggu pelanggan dari sebalik pagar tinggi JCC . Cara begini tidak perlu bayar sewa….Lumayan tentunya? Tidak juga... 

Kesempitan hidup harus diatasi dengan usaha sebegini untuk mencari rezeki yang halal. Beginilah nasib peiaga-peniaga kecil mencari kehidupan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.



Tiada ulasan: