Kerabu Bersuara ® |
- Syabas Pelumba Motor Negara, Sanggup Lari Daripada Terkena Arak!
- Ibrahim mahu Nik Aziz berdiam diri, cabar bubar Pas
- Pembangkang di Selangor diminta henti kelirukan isu paras air
- Konsert Amal Ok, Tapi Anjuran Syarikat Arak. Pemimpin Umno Rasmi?
- Terkini! Biadap! Chua Soi Lek Hina Hudud Islam. Kurang Ajar!
- Video Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012, Kelantan Juara
Syabas Pelumba Motor Negara, Sanggup Lari Daripada Terkena Arak! Posted: 21 Oct 2012 06:46 AM PDT Syabas! PENGERTIAN ARAK Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah. Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya". (Surah Al- Maidah ayat 90) HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK Dalam Qanun jenayah syar'iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka". KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR) Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab: i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran. iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan. Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk. PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut: i) Baligh ii) Berakal iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar'iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila'. (Riwayat Bukhari dalam Sahih) BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR) Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:- 1) Syahadah (kesaksian) 2) Ikrar (pengakuan) Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan. |
Ibrahim mahu Nik Aziz berdiam diri, cabar bubar Pas Posted: 21 Oct 2012 06:43 AM PDT JAMILAH HAMZAH SHAH ALAM - Perkasa mendakwa kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah dalam politik sambil berkata "kita tiru tindakan" Tun Dr Mahathir Mohamad, menunjukkan pendirian beliau tidak konsisten. Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sifat berdiam diri perlu diambil oleh Nik Aziz bagi mengelak kenyataan-kenyataan yang meragukan banyak pihak. Menurutnya, Nik Aziz dalam kenyataannya dilihat sering tidak konsisten dan boleh menimbulkan kekeliruan. "Bubar Paslah... sekarang ini, kenyataan Nik Aziz sering bercelaru, kalau Nik Aziz lebih banyak duduk diam lebih mudah orang Islam nak bersatu. "Lagi banyak dia bercakap lagi banyak bercelaru, dalam parti dia pun banyak bercelaru. "Dia nak ajak orang lain bersatu, dia nak orang lain mendekati Islam tetapi sesama dalam pimpinan Pas sendiri pun dia tak dapat selesaikannya," kata beliau kepada pemberita di akhir Persidangan Khas Tahunan Perkasa Negeri Selangor 2012 di sini, hari ini. Semalam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, "kita tiru tindakan" Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri. Nik Aziz mengesyorkan agar Umno dibubarkan sebagaimana pendekatan diambil ketika pembubaran Semangat 46, parti diterajui Tengku Razaleigh Hamzah, pada pertengahan 1990-an, selepas keluar dari Umno. Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud antara Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan. Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Aziz perlu menyelesaikan isu-isu berkaitan parti sebelum mengajak orang bersatu. "Jangan nak ajar itik berenang, sebab saya sudah pandai berenang," katanya lagi. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai laporan bahawa Nik Aziz akan bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum ke-13, Ibrahim berkata, beliau sudah tidak lagi sesuai menjadi Menteri Besar. Ibrahim yang bertanding pada 2008 atas tiket Pas tetapi kemudian mengisytiharkan dirinya calon Bebas berkata, untuk menjadi Menteri Besar memerlukan seseorang yang kuat dan sentiasa aktif turun padang bagi memajukan negeri. "Saya tak kisah sama ada masih relevan dia bertanding atau tak, tapi dia sudah tua. "Nik Aziz tak mampu lagi jadi Menteri Besar, umurnya pun sudah meningkat, sudah 22 tahun dia pegang jawatan itu, dan perlu kekuatan untuk cari pelabur dan sebagainya sebab itu Kelantan mundur," katanya lagi. |
Pembangkang di Selangor diminta henti kelirukan isu paras air Posted: 21 Oct 2012 04:13 AM PDT SHAH ALAM 21 Oktober: Kerajaan Selangor menggesa pembangkang di negeri itu supaya berhenti mengelirukan rakyat berhubung isu paras empangan air di Selangor. Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, isu itu sengaja ditimbulkan untuk menakutkan rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang. "Saya menggesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang (Umno BN) di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan mengelirukan mengenai isu air, termasuk kedudukan paras takungan di empangan. "Kenyataan mengelirukan itu jelas tidak benar dan ia seolah-olah memperlekehkan kerja keras kakitangan kerajaan yang selama ini bertungkus lumus memastikan bekalan air mentah mencukupi," katanya dalam kenyataan media. Katanya lagi, beliau berpuas hati dengan peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang meningkat kepada 55.43 peratus iaitu sebanyak 127,49 juta meter. "Empangan ini membekalkan air untuk dirawat di 3 loji pembersihan air (LPA) iaitu di LPA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LPA Sungai Selangor 2 (SSP2) dan LPA Bukit Badong (SSP3), 60 peratus bekalan di sekitar disumbangkan oleh Empangan Sungai Selangor," katanya. Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada pegawai dan kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang bekerja keras dalam memantau status empangan supaya berada pada paras memuaskan dan mampu memenuhi keperluan pengguna. "Segala usaha yang dilakukan adalah bukti komitmen Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan penyusunan semula industri perkhidmatan air yang masih terbantut disamping meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," ujar Khalid. |
Konsert Amal Ok, Tapi Anjuran Syarikat Arak. Pemimpin Umno Rasmi? Posted: 21 Oct 2012 02:06 AM PDT mohon puak umno dan penjilat najib ulas perkara ini. mohon beb! |
Terkini! Biadap! Chua Soi Lek Hina Hudud Islam. Kurang Ajar! Posted: 20 Oct 2012 09:38 PM PDT Soi Lek: negara amal hudud antara yang 'paling korup' Koh Jun Lin Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat. "DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya. Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri. Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS". |
Video Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012, Kelantan Juara Posted: 20 Oct 2012 07:43 PM PDT Bojan: Aura Piala FA, Liga Super faktor kejayaan NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH DAN SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI JURULATIH Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan keyakinan tinggi serta aura menjulang Piala FA dan Liga Super lebih awal adalah antara faktor barisan pemainnya berjaya meraih misi treble musim ini dengan kemenangan bergaya. "Ia begitu membanggakan. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan corak permainan pemain. "Pujian harus diberikan kepada semua pemain kerana mereka begitu komited mengawal pergerakan pemain lawan selain mampu mencipta beberapa peluang," kata Bojan ketika ditemui selepas berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semalam. Semalam, Kelantan membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan ATM 3-2 di Stadium Shah Alam. Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Tambahnya: "Bermula dari penjaga gol sehinggalah bahagian serangan, mereka telah membuktikan tahap kualiti yang ada pada mereka dan ini memang tidak dapat disangkal lagi." Selain itu, Bojan turut menyifatkan keseluruhan perlawanan semalam membuktikan kedua-dua pasukan antara pasukan yang terbaik. "Bagi saya perlawanan agak seimbang. Keseluruhan kedua-dua pasukan sama hebat. "Malah ia perlawanan menarik yang dipamerkan kepada semua penyokong," katanya lagi. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai masa depannya di Kelantan, Bojan bagaimanapun menyerahkan semuanya kepada pengurusan. "Terpulang kepada pihak pengurusan. Tapi sekiranya saya masih kekal sebagai jurulatih musim depan, saya tidak bercadang untuk membawa masuk ramai pemain baru. "Ini kerana sekiranya banyak perubahan di dalam pasukan, ia akan memberikan banyak masalah. "Jadi, saya tidak akan membuat perubahan dari segi pemain," katanya yang turut menegaskan, tiada pemain Kelantan akan berhijrah ke pasukan lain musim depan. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan