DIALOG RAKYAT |
- Chua: Pembohong besar katakan hudud tidak melibatkan bukan Islam
- SPR cuba kelentong pasai kes ratusan pengundi di satu alamat.
- Kerajaan Umno-BN berhutang lebih RM500 bilion, lebihi paras bahaya
- Hentikan keliru rakyat isu paras air empangan
- Najib menari Gangnam Style dalam parlimen
- Penyokong bola ditahan kes baling botol, bakar bunga api
- Ancaman tak berair dan banjir
- Umno mesti keluar BN
- Perwakilan MCA gayakan baju-T baru ke AGM
- 'Ingat bapak dia punya jet?'
- Musa nafi panggil sidang media kes Altantuya di Bangkok
- Soi Lek: negara amal hudud antara yang 'paling korup'
- Kami Dedahkan Wang Sogokan UMNO Sabah!
- TIADA FAKTA UMNO AUTA!!! Menjawab Auta TV3 dan Ketua UMNO Cawangan
- Amangate: Umno tenggelam di laut dalam
- [PANAS] MT Umno Terima Laporan BN Tumbang PRU 13
- Pas: Ketua Pemuda MCA bawa politik kuno
- Kelantan cipta sejarah, Annuar sujud syukur di Makkah
- Penyokong Kelantan maut motosikal terbabas
- Pengurus Kelantan: Kejayaan bersejarah tidak akan dilupakan
- Umno telah sedia panduan definisi sabotaj parti
- 1.2 Juta Akan Hilang Kerja di Resort Perjudian Genting Highlands, Pusat Pertaruhan & Rumah Urut Kerana HUDUD PAS?
- Anwar: Najib Perlu Undur Demi Keselamatan Diri Dan Negara
- Najib Telah Tutup Pintu Untunya...
- Peminat Ustaz Azhar Idrus sakit hati, terhangat
Chua: Pembohong besar katakan hudud tidak melibatkan bukan Islam Posted: 21 Oct 2012 05:51 AM PDT TERKINI Presiden MCA itu berkata, sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, hubungan antara kaum saling berkait dan saling bergantung antara satu sama lain. "Jika hudud dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada politik, ekonomi, sosial serta pelaburan dalam negara. "Jika hudud mahu dilaksanakan, maka mereka mahu menutup Genting, mahu menutup kedai nombor ekor, bahkan kini di Selangor tidak ada panggung wayang baru dibuka, cuba kita lihat berapa banyak peluang pekerjaan yang akan hilang? "Jadi, bagaimana kamu boleh katakan ia tidak melibatkan orang bukan Islam?" kata Chua dalam sidang medianya selepas merasmikan perhimpunan agung MCA yang ke 59, hari ini. Katanya, walaupun beliau tidak menggalakkan judi, tetapi pusat perjudian seperti Genting atau nombor ekor memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada yang bukan Islam. Dr Chua berkata, PAS adalah 'taikor' (bos) kepada Pakatan Rakyat (PR), dan DAP dilihat sebagai takut dengan PAS yang bercita-cita mahu mengubah Perlembagaan negara. "Hudud hanya akan merosakkan negara, sebab itu kita menentangnya," MCA berulang kali menggunakan isu hudud untuk memisahkan hubungan antara PAS dan DAP, dua parti pembangkang PR. PAS telah meluahkan hasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, tetapi DAP berkata ia hanya boleh dilakukan sekiranya ini negara Islam, dengan memberitahu bahawa Perlembagaan Persekutuan mengatakan Malaysia adalah negara sekular. BN telah beberapa kali berkata pandangan berbeza antara PAS dan DAP dalam isu hudud membuktikan PR tidak bersatu. Isu hudud dibangkitkan semula dalam perhimpunan agung Pemuda dan Wanita MCA semalam, dengan masing-masing mengeluarkan kenyataan menyokong bahawa Malaysia akan terus kekal sebagai negara sekular. | ||||
SPR cuba kelentong pasai kes ratusan pengundi di satu alamat. Posted: 21 Oct 2012 05:44 AM PDT
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, ratusan pengundi didaftarkan di alamat yang sama disebabkan masalah penempatan setinggan sebelum ini. "Dalam kes di mana sekelompok pengundi menggunakan satu alamat, apa yang kita lihat di Kuala Lumpur hari ini tidak sama dengan 10 tahun lalu... demografinya sudah berubah," katanya dalam forum di Petaling Jaya hari ini Sebagai contoh, katanya, pada suatu masa terdapat ratusan pengundi didaftarkan menggunakan alamat sama di Sulaiman Court ketika terdapat komuniti setinggan pada 20 tahun lalu. Tempat itu sekarang dibina kompleks membeli-belah Sogo. "Sebelum ini, apabila penduduk setinggan mendaftar, mereka mungkin pilih satu alamat, mungkin kediaman ketua kampung, dan semua surat menyuratnya masuk ke situ," katanya.- malaysiakini TSekole - Dia kata perkara ini berlaku 10-20 tahun lalu semasa zaman setinggan. Jadi selama 10-20 tahun lalu SPR buat apa? Kalau dah 20 tahun geng saluran 1 ramai dah tak ada dah,tapi nama masih ada dalam daftar pengundi dan semasa PRU depa balik mai mengundi... Bukankah menjadi tanggungjawab SPR untuk membetulkan semua ini, kalau ngong,tetap bagi jawapan ngong...awat dia ingat kita ini di Zimbawe kah? Sudahlah....tak payah lah nak bodohkan rakyat... Pasai tu aku kata SPR dok tidoq!!! Hundreds of voters in one house? EC explains why... Election Commission deputy chief Wan Ahmad Wan Omar today explained that the reason behind incidents where hundreds of voters were registered with the same address was due to former squatter colonies. "In cases where there are clusters of people voting in one address, what we see in Kuala Lumpur today is not the same as Kuala Lumpur 10 years ago.... the demographics have changed," he told a forum in Petaling Jaya this afternoon. An example, he said was an instance where hundreds of voters were registered under one address at Sulaiman Court when there was a squatter community there 20 years ago. Currently, the site is occupied by the Sogo shopping complex. "Previously, when people in squatters registered they would just choose one address, perhaps the village's chief's residence, and all their correspondence will go through there," he said. He added that while these squatters have moved on into proper housing in other places, they have yet to update their new addresses with the EC. "Sometimes they may have also joined the political parties' branch in that area and they were told to remain voting there and not change their address," he said. Wan Ahmad, who came equipped with electoral reform group Bersih's eight-point demands, gave a 90-minute speech in a bid to deflect criticism that the commission had failed to take on electoral reform.- malaysiakini Komen sana sini... Donplaypuks - So, after 40 years why haven't you, the EC, removed these voters from the list? Surely, they are not staying in a basement in Sulaiman Court and Sogo? This is what we call a lame excuse and gaji buta civil serpents! N Ng - If these so called squatters have moved elsewhere, their ICs should show their new address, right. In such cases, they should be identified and updated. Of course I am assuming they have malaysian ICs. KiaSi-SiamSai - This is dumb found ASS. I thought there is a thing call KEMPEN BANCI PENDUDUK/ DAERAH, long long time ago. Isnt this being used as a yard stick. I wonder how he came up with such rubbish talk. Tak buat kerja, cakap tak buat, pemalas. Dont say something which is 20 years ago and still cant resolve it. Senior - 20 yrs ago?.....how many are still alive?Did you cross check with anyone?....ic department,national registration? Narrish - Talking rubish, past 10 years you had time to announce to the public to update the info or work together to update with NRD, dont give lame excuse and ***** story. ove malaysia63 - Nobody is asking you to explain giving 1001 reasons. What we want you to do is to check these discrepancies and correct them. If they are not valid remove them. What is so difficult. You have and expensive computer system manned by many so called systems people. I think you are stupid and not capable of doing your job other than licking UMNO. I think you should resign. 3rdEye - Encik Wan Ahmad, do you know how you sounded when you talk in this manner? You sounded like an old dinosaur. Imagine, 200 electorates sharing the same address. This add. is no longer in existence, it is now been replaced by Sogo Shopping Complex and you spend time giving excuses? Who are you kidding? Why are you sitting on your big fat arse and not doing anything? You can easily track them down with their id. card no. Cross reference it with EPF,Jabatan Hasil and NRD. If you think it is okay for these squatters, then you shld. register all of us without addresses! Address is so important as it determines the constituency we will be voting. Yet you are giving nonsensical excuses to justify something that is unjustifiable. Does it mean everybody should just listen to you and believe that the electorol roll is perfect and no cross checking or audit is required. 'Tak malu kah?' for such a senior man to make such statements that a 12 years old will know that it just 'tak masuk akal' | ||||
Kerajaan Umno-BN berhutang lebih RM500 bilion, lebihi paras bahaya Posted: 21 Oct 2012 05:37 AM PDT
Peningkatan defisit dan hutang negara serta pemberian "one off" antara perkara penting agar rakyat tidak terjerumus dalam perangkap Kerajaan Umno-BN. Ikuti temubual NYZA AYOB, ADZHAR TAJUDDIN dan ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop di Pejabat Editorial Harakah pada 3 Oktober lalu. Boleh Dr ceritakan kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Dato' Seri najib Tun Razak terhadap defisit negara? DR ROSLI YAAKUB: Bajet 2013 adalah bajet di mana perbelanjaan melebihi hasil. Ini bermakna Bajet 2013 adalah bajet yang juga akan mengalami defisit. Ini adalah defisit yang ke 14. Defisit kita telah berterusan selama 14 tahun dan tentunya ini merupakan bajet yang tidak berhemat. Akibat daripada defisit yang berpanjangan, hutang negara juga semakin meningkat kerana kerajaan telah meminjam sumber daripada dalam negeri dan luar negeri untuk menampung defisit setiap tahun. Hutang Malaysia telah melebihi RM 500 bilion dan diangka akan naik lagi. Piawaian antarabangsa meletakkan bahawa nisbah hutang negara pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang melebihi 55 peratus menunjukkan bahawa keadaan sesebuah negara itu tidak baik dan berada pada paras bahaya. Hutang negara kita dah sampai ke paras bahaya dan sudah sampai masanya bagi kerajaan mengurus perbelanjaan dan pendapatan dengan lebih berhemat supaya tidak terjebak dengan keadaan berhutang yang tinggi dan melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Itu akan meletakkan negara kita dalam keadaan bahaya seperti yang pernah berlaku kepada kerajaan Greek, Itali dan Ireland. Ini kerana mereka terpaksa di bailout oleh Euoropean Union. Apa tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan hutang negara... Jika kita lihat belanjawan dan hutang negara dalam dua, empat hingga enam tahun lepas defisit negara kita semuanya negatif. Akibat daripada defisit itu menyebabkan hutang negara kita diukur daripada nisbah hutang negara kepada KDNK naik daripada 42.7 dalam tahun 2007 kepada 42.8 pada 2008, 55.4 pada 2009 iaitu mencapai paras bahaya. Pada 2010, 55.4 juga paras bahaya dan pada 2011 telah meningkat kepada 56. 6 peratus dan dijangka akan meningkat lagi pada 2012 ini menjadi 57.5 peratus. Paras hutang kita memang dalam keadaan bahaya malah diunjurkan oleh IMF kadar hutang negara akan mencecah 61 peratus pada tahun 2016. Kalau termasuk guarantee dan contingent liabilities, yang mana pada 2011 jika 117 billion, nisbah hutang negara kepada KDNK telah mencecah kepada 67 peratus, di paras bahaya. Adakah tiada langkah langsung mengurang defisit dalam Bajet 2013 yang lalu? Sepatutnya dalam membentangkan bajet 2013, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan bajet defisit dalam kerangka masa yang ditetapkan supaya belanajawan negara dapat diimbangkan di mana hasil dapat menampung perbelanjaan dan mengemukakan langkah jangka sederhana dan jangka panjang bagi mengurangkan hutang negara. Itu sepatutnya ada dalam Bajet 2013 kerana hutang negara sudah sampai ke peringkat kritikal. Tetapi ini tidak dibentangkan dalam Bajet 2013. Maknanya cara kerajaan hendak mengurangkan defisit akhirnya mencapai belanjawan seimbang dan langkah-langkah kerajaan patut ambil untuk mengurangkan hutang negara semuanya tidak terkandung dalam Bajet 2013. Perkara ini amat kita kesalkan. Ini melambangkan bahawa kerajaan yang ada terus menguruskan negara dalam keadaan tidak berhemat dan tidak bertanggung jawab serta tidak mempunyai vision langsung. Kerja dia belanja... belanja...hutang... hutang... dan tidak tahu bila nak kurangkan belanja dan kurangkan hutang. Dalam Bajet 2013 itu juga banyak dilihat tawaran politik "one off". Mungkin ini satu langkah yang wajar? Bajet 2013 ini saya lihat adalah adik kembar kepada Bajet 2012. Butir-butir perbelanjaannya serupa. Dan bezanya hanya Bajet 2013 ini lebih besar daripada 2012. Dan lebih banyak mengandungi bayaran "one off". Dan jumlahnya juga lebih besar daripada 2012. Saya boleh berikan angka di sini. Saya sudah kira jumlah pemberian "one off payment" pada Bajet 2013 dan saya dapati jumlah bayaran sekali ini berjumlah RM 3.889 bilion. Berapa peruntukan untuk anak muda sahaja? Anak muda berumur 21 tahun hingga 30 tahun yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan yang membeli smartphone diberi ribat sebanyak RM200 seorang. Di sana ada kira-kira sejumlah 1.5 juta orang anak muda dalam kategori ini. Dan jumlah ribat yang kerajaan terpaksa tanggung ialah RM300 juta. BR1M diulang lagi dengan nama baru "BR1M 2.0". Ini macam tajuk 'Bersih'. Setiap ketua isi rumah yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah diberi RM500 tunai. Dalam BR1M 2.0 pemberian yang sama diulang (RM500) dan ditambah pula dengan pemberian tunai RM250 kepada warga bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 sebulan dan ke bawah. Ini termasuklah duda, janda, penagih dadah, mat rempit. Orang tidak bekerja... Jumlah wang yang ditabur untuk membeli undi golongan ini berjumlah RM2.5 bilion. BR1M2.0 membawa manfaat kepada kira-kira 6 juta orang. Selain itu, "one off payment" juga diberi kepada bekas tentera tidak berpencen. Ini macam mana? Antara manfaat yang ditawarkan ialah anggota tentera dalam kumpulan servicemen berpeluang (jika memenuhi syarat) naik pangkat daripada prebet ke lans korperal dan lans korperal ke korperal dalam masa lapan tahun. Dalam sistem sekarang, seseorang anggota berkemungkinan kekal prebet sampai pencen. Pembaikan ini melibatkan belanja RM107 juta untuk 78,123 anggota tentera. Selain daripada itu, semua anggota tentera ,125,708 orang akan diberi elaun insentif khas RM200 sebulan melibatkan perbelanjaan RM301 juta. Elaun perkhidmatan anggota tentera rizab Wataniah, rizab tentera laut dan rizab tentera udara pula dinaikkan daripada RM4.00 sejam ke RM6.00 sejam (anggota biasa) dan daripada RM5.80 sejam kepada RM7.80 sejam (pegawai) memberi manfaat kepada 65,000 anggota. Ini ditambah lagi dengan one-off payment kepada 224,000 anggota tentera yang berhenti awal dan tidak berpencen (servis tidak cukup 25 tahun) melibatkan perbelanjaan RM224 juta. Juga, kesemua anggota angkatan tentera dan polis yang masih berkhidmat (242,000 orang) diberikan perlindungan insurans berkelompok dengan manfaat maksimum RM 15,000, melibatkan perbelanjaan (bayaran premium) RM12 juta. Pelajar sekolah rendah dan menengah juga dapat tawatan "one off"... Dalam bajet 2012, pelajar sekolah rendah dan menengah di beri elaun persekolahan RM100. Bayaran "one-off" ini diteruskan dalam Bajet 2013. Seramai 5.4 juta orang pelajar akan menikmati bayaran ini melibatkan jumlah perbelanjaan RM540 juta. Ini pemberian yang membazir dan langsung "tak kena pada tempatnya" kerana cucu Lim Goh Tong, taukeh judi terkaya di Malaysia pun dapat dan cucu tukang sapu jalan, pekerja termiskin di Malaysia pun dapat. Berapa pula perbelanjaan "one off" untuk pelajar IPT? Bayaran one-off voucher buku 1Malaysia diteruskan dalam tahun 2013 dengan jumlahnya dinaikkan daripada RM 200 ke RM 250 untuk setiap pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk pelajar pra universiti. Seramai 1.3 juta pelajar akan menikmati kemudahan ini. Dan jumlah perbelanjaannya RM325 juta. Ini juga tidak ekuitabel kerana tidak berasaskan need-base. Ini semua dapat. Cucu Ananda Krishna pun dapat... anak tukang sapu sampah pun dapat. Sepatutnya peruntukan RM325 juta itu diagihkan kepada pelajar-pelajar yang ibu bapanya berpendapatan rendah. Ini memang satu pemberian yang boleh dipersoalkan dan tidak saksama. Nampaknya pemberian "one off" ini ada motif dan agenda di sebaliknya? Amat jelas pemberian ini untuk beli undi anak muda. Beli undi orang kampung. Beli undi pekerja berpendapatan rendah. Beli undi anak muda yang pertama kali hendak mengundi. Ini kerana sifatnya sekali sahaja. Ia menunjukkan cara kerajaan nak beli undi orang muda. | ||||
Hentikan keliru rakyat isu paras air empangan Posted: 21 Oct 2012 05:26 AM PDT Saya berpuashati dengan peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang telah meningkat kepada 55.43% iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini. Empangan ini membekalkan air untuk dirawat di tiga loji pembersihan air iaitu; LPA Sungai Selangor Fasa 1, LPA Sungai Selangor Fasa 2 dan LPA Bukit Badong. Empangan Sungai Selangor menyumbangkan 60% bekalan air di sekitar Lembah Klang. Sekalung ucapan tahniah kepada pegawai dan kakitangan Lembaga Urus Air Selangor yang bekerja keras dalam memantau status empangan untuk memastikan ia berada pada paras memuaskan dan mampu memenuhi keperluan pengguna. Kerajaan Selangor sedar dengan usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan ketakutan kepada rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang kononnya bakal berdepan krisis air ekoran penurunan paras air di empangan. Saya mengesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan mengelirukan mengenai isu air termasuk kedudukan paras takungan di empangan. Kenyataan mengelirukan dan tidak benar ini seolah-olah memperlekehkan kerja keras kakitangan kerajaan yang selama ini bertungkus lumus untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi. Segala usaha yang dilakukan adalah bukti komitmen Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan penyusunan semula industri perkhidmatan air yang masih terbantut di samping meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan menteri besar Selangor. | ||||
Najib menari Gangnam Style dalam parlimen Posted: 21 Oct 2012 05:25 AM PDT
"Gangnam dan Kolaveri ini lebih popular dari lagu Negaraku." Demikianlah kenyataan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, SK Devamany, yang semestinya dipanah dengan tuduhan "menghina Negaraku", seandainya terlanjur dari bibir pimpinan Pakatan Rakyat. Saya tidak berniat untuk membunuh perbincangan dengan desakan agar SK Devamany "disenyapkan", tetapi lebih berminat untuk mengkaji fenomena di sebalik "Gangnam Style" (gaya Gangnam), yang dipopularkan oleh seorang penyanyi Korea bernama PSY. Lagu ini tidak akan hangat tanpa video muzik (MV)-nya. Saya yang tidak fasih bahasa Korea gagal memahami mengapa MV ini popular selepas menontonnya untuk kali pertama. PSY bukannya kacak, tetapi cuma seorang "uncle" yang pendek dan gemuk. Dengan mengulangi gerak-geri tariannya seolah-olah sedang menunggang kuda, ia mencetus kegilaan orang ramai untuk mencedok MV ini, dengan menyusup unsur "gaya" tempatan yang tersendiri. Saya mencari terjemahannya, malah menelaah ulasan MV ini di internet. Rupa-rupanya setiap adegan MV-nya mempunyai maksud yang tersirat. Temanya mengkritik masyarakat Korea Selatan yang buta mengejar kemewahan kebendaan, mendodoikan diri dengan khayalan bahawa segala-galanya adalah indah. Malah, gerak-geri menunggang kuda dikatakan sebagai sindiran terhadap masyarakat elit, yang menganggap aktiviti ini sebagai hobi golongan atasan. Saya tertarik dengan kupasan yang mengaitkannya dengan keadaan ekonomi di Korea. Korea pada asalnya terkenal dengan amalan "menabung", malah "wang tabungan keluarga" menjadi sumber modal kebangkitan ekonomi Korea. Tetapi, selepas kemelut ekonomi pada tahun 1997, amalan menabung dan budaya berjimat-cermat ini telah dimusnahkan. "Membelanja" menjadi tunggak pembangunan ekonomi. Secara luarannya, Korea mencatat angka pertumbuhan yang mengejut. Namun, masyarakat Korea telah membayar harga di sebaliknya. Secara puratanya, setiap isi keluarga Korea menanggung hutang kira-kira RM100 ribu pada tahun 2011; dari kalangan buruh yang berumur 25-54 tahun, 19.3% adalah pekerja sementara, dengan beza gaji pada 4.7 kali ganda. Pada tahun 2012, lebih daripada 50% pekerja tidak mempunyai lebihan wang untuk disimpan sebagai wang tabung selepas menolak kos belanja hariannya, dan lebih satu pertiga (34.7%) daripada rakyatnya memikul beban hutang. Dengan latar belakang ini, maka kita memahami adegan-adegan dalam MV yang berbau sinis. Dalam MV itu, PSY berkhayal bahawa dirinya orang kenamaan yang ditemani dengan gadis cantik, berjalan di atas permaidani merah, padahal dia hanya berjalan di lapangan letak kereta yang kosong, disambut dengan sampah dan salji. PSY berkhayal menari di kelab malam kelas tinggi, padahal dia hanya menari di bas murahan bersama makcik-makcik. Maknanya, PSY cuba mengkritik fenomena masyarakat Korea yang memabukkan diri dengan angka ekonomi rekaan yang cantik, malah untuk mengaburi hakikat bahawa jurang kaya-miskin semakin lebar. Saya kira ramai yang terkesan dengan kritikan tersebut, memandangkan jurang kaya-miskin adalah fenomena di serata dunia, yang kini hampir kesemua negara diserap ke dalam sistem kapitalisme - mahu atau tidak. Bayangkan, di Malaysia, lebih 50% isi keluarga berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Namun kita hidup di tengah-tengah kota untuk menghirup secawan kopi Starbucks berharga belasan ringgit. Kita membayar wang parking kereta kira-kira RM10 di sesetengah tempat jika singgah untuk tiga jam. Kita membeli seunit rumah yang tidak sebesar mana dengan RM350 ribu ke atas di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya RM1,000 dibelanjakan setiap bulan untuk memiliki sebuah kereta (termasuk pinjaman, minyak, tol, parking, servis dan sebagainya), yang hampir boleh ditukar apabila pinjaman bank habis dilangsaikan. Kemudian anak muda kita diberi rebat RM200 untuk membeli telefon bimbit 3G, tatkala iphone mencatat harga RM2,000 ke atas. Persoalan yang terpampang di depan kita, benarkah kita mampu untuk menikmati kehidupan sedemikian? Atau padahalnya kita sedang meniup buih ekonomi yang akan pecah berkecai satu hari nanti? Mungkin ramai yang ghairah dengan gula-gula yang ditaburkan dalam Bajet 2013, sehingga harga gula meningkat kerana kehabisan stok. Sementara kita beratur mengisi borang untuk mendapat BR1M 2.0, yang ternyata jelas dengan angka 5 diikuti dua sifar, saya yakin kebanyakan dari kalangan kita tidak tahu berapa sifar yang ada dalam statistik hutang negara, yang dikatakan telah menghampiri RM600 bilion, menurut peguam veteran, Tommy Thomas. Kolumnis Tay Tian Yan telah menulis satu artikel berjudul "Bajet Gangnam Style", disiarkan di Sin Chew Daily pada 4 Oktober. Berbeza dengan pujiannya terhadap Bajet 2013 sebelum ini, Tay mengkritik secara berlapik, seakan-akan terlupa bahawa Najib adalah Menteri Kewangan yang membentangkan Bajet 2013. Padahal, Najib bagai PSY, berkhayal bahawa dirinya sedang menabur wang di merata-rata, agar mereka yang mengutipnya menggunakan wang itu untuk merangsang angka ekonomi. Realitinya, belum lagi ekonomi dirangsang, hutang negara telah melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah. Maka saya menyeru, jangan kita buang masa untuk mengutuk SK Devamany atau mendesak agar polis menangkap Timbalan Menteri ini. Yang menghina Negaraku bukan SK Devamany, tetapi lelaki pendek dan gemuk dalam Dewan Rakyat yang ghairah menunggang kepentingan rakyat ketika membentangkan Bajet 2013! *Lim Hong Siang ialah bekas editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com | ||||
Penyokong bola ditahan kes baling botol, bakar bunga api Posted: 21 Oct 2012 05:18 AM PDT Empat lelaki ditahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-96 yang berlangsung di Stadium Shah Alam semalam atas beberapa kesalahan termasuk berkaitan dadah. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an, termasuk tiga daripada mereka merupakan penyokong Kelantan, telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 9 untuk siasatan lanjut. "Selain kes dadah, tiga lagi ditahan berkaitan kes baling botol dan bakar bunga api," katanya ketika dihubungi di Shah Alam hari ini. Zahedi berkata walau bagaimanapun perlawanan semalam berlangsung dengan terkawal termasuk tanpa sebarang kejadian gaduh di antara kedua-dua penyokong pasukan yang bertanding. Katanya lebih 1,000 anggota polis bertugas mengawal keadaan sepanjang perlawanan yang berlangsung lebih 90 minit itu. Dalam perlawanan yang menarik kira-kira 80,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan muncul juara menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2.- Bernama | ||||
Posted: 21 Oct 2012 05:17 AM PDT
Kira-kira 10 hari sebelum rencana ini ditulis tersiar berita dan gambar kolam takungan air di kawasan Sabak Benam diancam kekurangan air dan ia memungkin kawasan berkenaan akan putus bekalan air. Lalu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditempelak betapa ia berdegil menolak pelan Langat-2 yang dirancang sebagai persediaan bekalan air yang secukupnya bagi Lembah Kelang khususnya dan Selangor amnya untuk beberapa dekat akan datang bahkan untuk sekurun lagi. Orang ramai cuba dibimbangkan betapa Selangor bukan sekadar diancam bekalan air yang dirawat, bahkan kekurangan bekalan air termasuk yang tidak dirawat. Sedang kerajaan Selangor mendapat nasihat dari pakarnya betapa pesat pun pertumbuhan kemajuan pembangunan dan pertambahan penduduk di negeri itu tidak diancam krisis air tanpa projek Langat-2 kiranya pelan rawatan air dibuat mengikut sistem yang betul. Bagi Pakatan Rakyat sistem bekalan air itu yang mesti dibetulkan nescaya ia dapat menyelamatkan dana negeri dari meneruskan pelan Langat-2. Untuk menjelaskan isu pertikaian air itu kepada umum maka TV1 mengadakan perbincangan mengenainya oleh orang-orang dirasakan tahu atas masalah itu. Tetapi sesi perbincangan itu tidak membawa pakar dari Selangor bagi memberi pandangan kedua atas isu itu Maka penjelasan pihak sebelah samalah dengan perbicaraan tanpa pembelaan oleh pihak yang dituduh. Penjelasan itu seperti tidak memberi penjelasan saja. Penjelasan Menteri Besar Selangor atas amaran kekurangan air di sekitar Sabak Bernam itu cuba diatasi dengan sistem menabur benih hujan di angkara yang diharapkan agar ada hujan lebat dan sementara itu ia akan menyiasat punca kekurangan air itu. Dua tiga hari selepas itu tersiar berita bahawa ancaman air itu kerana ban di sungai yang menyalurkan air itu pecah. Makan semua pihak yang terbabit dikerah turun padang bagi membaiki kerosakan. Di tengah kebimbangan orang akan ancaman krisis bekalan air itu keluar pula amaran beberapa kawasan di Selangor mungkin berdepan dengan ancam banjir dan orang ramai mesti bersedia untuk dipindahkan. Dalam masa seminggu saja rakyat Selangor diancam dua kebimbangan berhubung air. Kebimbangan pertama putus bekalan dan kebimbangan banjir iaitu berlebihan air. Air tak ada pun susah dan air banyak pun susah. Dalam masa sepuluh hari selepas berita susutan air di takungan Sabak Bernam itu lima enam hari Lembah Kelang disirami hujan yang amat lebat. Sehari sebelum artikel ini ditulis hujan di Kuala Lumpur turun dari pagi hingga ke petang. Dalam hujan lebat itu saya pergi ke Hulu Langat, sepanjang jalan hujan. Sudah beberapa hari pagi hujan, petang pun hujan. Apakah memang sekarang musim hujan atau ia hasil semaian benih hujan di awan angkasa Selangor. Tetapi saya menunggu berita tentang kekurangan air di takungan Sabak Bernam itu. Tiada yang menyiarkan air masih kurang atau kembali penuh. Tetapi kekurangan itu bukan kerana negeri itu benar-benar diancam krisis air, tetapi ia disebabkan ban sungai yang pecah. Apakah ancaman air di Selangor itu palsu atau hakikat, tunggu PRU 13. Kalau Putrajaya jatuh, maka kita akan tahu, ia benar anacaman atau tidak. Jika ia benar ancaman kerajaan baru akan menentukan apakah Langat-2 akan diteruskan atau sistsem bekalan akan disempurnakan. Tetapi, kalau tiada perubahan dalam PRU 13, BN akan mengatakan Langat-2 adalah jawapan atas isu itu. | ||||
Posted: 21 Oct 2012 04:54 AM PDT
2. Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim. 3. Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan "sebantal" dalam menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini. 4. UMNO terpaksa "menutup mata" dan "menyumbat mulut" terhadap apa jua kenyataan dan tindakan MCA demi mencari sepangkah dua undi dari non muslim yang rata – rata pada hari ini telah menolak Barisan Nasional yang penuh dengan kurap dan kudis rasuah. 5. Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie pula secara terbuka memfitnah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS sekaligus mempersendakan hukum Allah apabila beliau menyebut : "Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam. "Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol. "Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" 6. Saya mendesak supaya Heng meminta maaf di atas keceluparan dan kebiadabannya terhadap Islam dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tuduhan yang tidak masuk aqal dan berniat jahat. 7. UMNO dan MCA sangat terdesak berdepan scenario iklim politik mutaakhir yang menyaksikan peralihan undi ketara kalangan non muslim dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa mengamalkan "politik biawak" apabila bercabang lidah dalam kempen mereka. 8. Berdepan pengundi melayu, mereka berkempen supaya jangan sokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan kuasa politik dan ekonomi akan jatuh ke tangan non muslim. DAP akan jadi Perdana Menteri dan sebagainya. 9. Lidah yang sama terus bercabang apabila mereka berkempen pula di kawasan pengundi non muslim supaya jangan menyokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan hukum hudud terlaksana di Malaysia. Sokong PR ertinya sokong DAP. Sokong DAP ertinya sokong hudud. Begitulah nada dan bahasa kempen mereka. 10. Kini MCA melahirkan pula keraguan mereka kepada UMNO. Selayaknya mereka berpisah apabila "bersekedudukan" tanpa mempercayai antara satu sama lain. Selayaknya UMNO keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat kepercayaan daripada MCA. Orang melayu sewajarnya membuka mata melihat apa yang berlaku hari ini untuk mreka membuat pilihan yang tepat. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | ||||
Perwakilan MCA gayakan baju-T baru ke AGM Posted: 21 Oct 2012 04:50 AM PDT Para perwakilan ke perhimpunan agung MCA tahun ke-59 memecah tradisi parti itu apabila mengenakan kemeja-T berwarna biru – warna rasmi BN – dan bukannya baju seragam putih seperti tahun sebelumnya. Kemeja-T baru itu menonjolkan logo 1Malaysia dan "pilih BN" di bahagian lengan. Bahagian belakang pula diterakan dengan pelbagai mesej untuk menyerang slogan "Ubah" DAP. Seorang perwakilan yang ditemui berkata, pendekatan baru itu sangat bagus dalam menghadapi propaganda Pakatan Rakyat kerana "propaganda negatif" itu banyak memberi impak. Selain itu, baju berkenaan juga dicetak di bahagian belakangannya, antaranya dengan slogan "Katakan tidak pada hudud PAS" dan "Ubah? Bankrap dalam dua tahun". Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi tetamu kehormat bagi merasmikan acara hari ini juga hadir dengan memakai baju berwana biru. | ||||
Posted: 21 Oct 2012 04:48 AM PDT Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat. Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu. "Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik. "Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam," katanya. Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu. Isu berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan "Buyjet (Beli jet)" – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan alternatif Pakatan. "Seolah-olah dosa besar naik jet. Ingat bapak dia punya jet?," kata Anwar lagi dalam majlis yang turut dihadiri oleh menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota exco negeri. Dalam program bersama kira-kira 200 orang penduduk itu, Anwar turut menerima borang keahlian PKR daripada penduduk kawasan tersebut. Kampung berkenaan merupakan antara tujuh lokasi sekitar negeri Selangor yang dilawatinya hari ini dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anwar. Selain Desa Ayer Hitam, Anwar bersama kumpulan pemimpin Pakatan itu akan mengunjungi Pantai Morib, Kuala Langat, Banting, Klang, Ijok dan terakhir di Shah Alam. Beliau juga dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Keadilan Selangor dan Ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam. | ||||
Musa nafi panggil sidang media kes Altantuya di Bangkok Posted: 21 Oct 2012 04:46 AM PDT Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar di Bangkok pada hari Isini, seperti yang dimuatkan di laman Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT). Menurut FCCT, Musa kononnnya akan mendedahkan butiran baru mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. "Saya tida tahu apa-apa mengenai perkara ini. Saya tidak membuat apa-apa rancangan seperti itu," kata Musa ketikha dihubungi Malaysiakini. Semalam, Malaysiakini dimaklumkan mengenai satu notis yang dimuatkan oleh FCCT kepada anggotanya, bahawa sidang media Musa akan diadakan di ibu pejabat kelab tersebut. Notis itu menyebut, sidang media berkenaan akan diadakan pada tengahari waktu Malaysia pada 22 Oktober. Jemputan itu bertajuk "Pendedahan baru dalam kes pembunuhan Altantuya" dan mengandungi notis bahawa acara berkenaan tidak ditaja oleh FCCT. | ||||
Soi Lek: negara amal hudud antara yang 'paling korup' Posted: 21 Oct 2012 03:30 AM PDT Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat. "DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya. Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri. Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS". | ||||
Kami Dedahkan Wang Sogokan UMNO Sabah! Posted: 20 Oct 2012 09:33 PM PDT malaysiadaily Pada hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan adalah "betul" bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan. Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia. Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia, dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah terhadapnya. Beralasankan bahawa semua bayaran itu dibuat kepada UMNO telah termusnah kerana bukti-bukti bahawa Michael Chia telah juga membuat pembayaran menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun mereka menuntut di luar negara. Adakah pengajian anak-anak Musa di Australia itu ada kepentingan dan kaitan dengan wang UMNO? Nampaknya Pengerusi UMNO Sabah itu bukan sahaja menggunakan wang itu untuk kepentingan politiknya (sebagaimana dia berikan sebagai alasan) lebih dari kegunaan peribadinya. Wang itu juga turut digunakannya untuk membiayai perbelanjaan ahli-ahli keluarganya. Nampaknya BN cuba mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh negara-negara bertamadun yang lain untuk mempastikan keboleh-percayaan tidak dipedulikan oleh BN, kerana kita boleh percaya pada mereka bahawa mereka tidak menerima sebarang wang rasuah! Lim bersaudara mempunyai banyak lesen dan konsesi yang diterima mereka dari Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Musa Aman (yang juga Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi UMNO Sabah). Hasil-hasil kajian kami mendapati bahawa syarikat-syarikat Maxland Sdn. Bhd., Cergas Kenari Sdn. Bhd dikendalikan oleh Priceworth Industries Sdn. Bhd. dimana Andrew Lim merupakan ketua mereka. Lim juga merupakan pengawal dan pengendali bagi banyak syarikat pembalakan di Sabah. Andrew Lim dan saudaranya Freddy Lim juga berada di sebalik agen-agen pembalakan Wayco Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong dan syarikat Hillywell Inc adalah pembayar berjuta-juta dollar ke dalam akaun-akaun UBS Michael Chia. Pembayaran-pembayaran ini telah ditimbulkan oleh pihak ICAC Hong Kong dalam siasatan-siasatan mereka. Jika ianya bukan suatu kesalahan dengan berjuta-juta dollar yang didermakan kepada UMNO Sabah (yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman) diterima daripada kroni-kroni pembalakan yang telah dianugerahkan lesen-lesen pembalakan dari Lembaga Pengarah yayasan Sabah (yang juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman), kenapa pula Perdana Menteri membiarkan Sarawak Report menerbitkan semua ini? Musa seharusnya mengumumkan mengenai para penyumbang dananya dan dia seharusnya merasa bangga bahawa UMNO Sabah mendapat faedah dari berjuta-juta wang sogokan untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan memusnahkan saki-baki hutan dara dan bahawa mereka gembira mengharapkan ketibaan wang yang cuba diseludup masuk ke Sabah oleh Michael Chia (yang mendapat banyak lesen pembalakan dan mempunyai banyak kereta mewah, telah banyak kali mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf dalam mahkamah). Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroni pembalakan dari Sarawak, Ting Pek Kiing juga pernah menerima banyak lesen pembalakan dari Yayasan Sabah. Dalam pada itu, syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan kroni ini juga turut bermurah hati menyumbangkan dana ke dalam akaun-akaun Michael Chia yang menjadi punca kewangan RM40 juta untuk dibawanya kepada Musa dalam tahun 2008. Simon Ling Ding Dieng adalah sepupu Ting Pek Kiing yang juga rakan niaganya yang turut menerima lesen-lesen pembalakan, dan begitu juga seorang lagi kroni pembalakan yang bernama Ngui Ing Chuan. Maka, tidak hairanlah bagi Ngui Ing Chuan dan anak Ting Pek Kiing, Peter Ting Sie Huong merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Borion yang telah menyumbang dana yang besar ke dalam akaun-akaun Michael Chia, yang kemudiannya dikeluarkan untuk dijadikan dana kepada Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman! Edmond atau Admond Looh Boon Chai adalah Ketua pengarah Eksekutif dalam Java Industries sehingga 2010 dan merupakan penerima banyak lesen dari Yayasan Sabah menerusi banyak syarikatnya. Looh juga merupakan pengawal atau pengendali banyak syarikat yang telah menyumbangkan banyak dana ke dalam jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Michael Chia bagi pihak Musa Aman (sebagaimana yang telah diakui). Pihak SPRM kini mempunyai bukti-bukti banyak pembayaran yang dibuat oleh syarikat-syarikat kendalian Looh, lagi pun Looh juga merupakan penerima banyak lesen pembalakan dari Musa Aman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah. Sebenarnya banyak wang telah dialirkan dari syarikat-syarikat milik Looh ke dalam akaun-akaun Micahel Chia selama beberapa tahun dan semua mahlumat ini ada pada pihak SPRM! Ini merupakan jawapan pelik Perdana Menteri pada hujung minggu ini: "Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik," katanya, sebagai menambah bahawa sumbangan politik dilakukan dengan cara yang betul. Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana politik. "Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak mengisytiharkannya," [New Straits Times]. Pengakuan-pengakuan sedemikian seharusnya diuji di mahkamah. -sarawakreport.org | ||||
TIADA FAKTA UMNO AUTA!!! Menjawab Auta TV3 dan Ketua UMNO Cawangan Posted: 20 Oct 2012 09:28 PM PDT PASPB
Saya tidak berkesempatan menonton TV3 semalam namun saya dihubungi tanpa henti oleh pengundi-pengundi di Parlimen saya selepas siaran berita TV3 menyiarkan lapuran keadaan banjir di Kampung Johan Setia. Mengikut lapuran dari penonton-penonton TV tersebut kononnya Ketua Umno Cawangan mengakui bahawa saya dan YB Shuhaimi Shafiee ada turun melawat mangsa banjir tapi tidak berbuat apa-apa untuk mengelakkan banjir tersebut dari berlaku. Untuk makluman semua Ketua Umno Cawangan nampak begitu naif dan bercakap tidak mengikut fakta dan memalukan diri sendiri. Ini adalah fakta kerja-kerja Tebatan Banjir yang telah YB Shuhaimi dan saya dilakukan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Klang. 2. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Serta Pengukuhan Tebing Dan Ban Parit Tanah Kg. Johan Setia Bermula Ch Di Hadapan Sek. Menengah Johan Setia Utk Mencegah Banjir Di Kwsn Kg. Johan Setia, Daerah Klang, Selangor (Siap September 2012) Kos rm320,000 3. Kerja pengorekan dan pembersihan parit johan setia dari persimpangan Jalan Banting sehingga ke Jalan Kebun. (Siap September 2012) kos rm20,000 4. Kerja pengorekan dan pembersihan parit Jalan Kebun dari SMK Jalan Kebun sehingga ke persimpangan Jalan Kampung Lombong (Siap September 2012) kos rm20,000 Jumlah keseluruhan adalah rm 710,000. 5. Disamping itu, susulan dari banjir pada 19 Oktober 2012 JPS Klang sedang dalam pelaksanaan kerja pengorekan parit sepanjang Jalan Pandamar, dan juga sepanjang Jalan Rojian. Umum mengetahui.keadaan sebenarnya punca banjir adalah paras air laut yg tidak surut atau istilah (air pasang keling). Hujan yang turun menyebabkan air semakin bertakung lalu mengakibatkan banjir.Ianya satufenomena alam, tiada manusia yg mampu mengatasinya. Adalah jelas bukan kerana longkang atau parit yang tersumbat, tidak dikorek atau YB tak buat kerja. TV3 hanya mencari keuntungan politik sahaja. Saya tidak mengungkit tapi kalau fenomena seperti ini apakah YB Umno boleh buat. Apa pun menjadi kebanggaan saya bila saya bersama sukarelawan Jabatan Amal, Briged Amal, Sukarelawan Masjid An Naim Jalan Kebun, Persatuan Penduduk Taman Setia membantu membersihkan rumah-rumah dan semasa lawatan tersebut tidak ada seorang pun yang saya temui menyalahkan sesiapa, sebalik menyatakan apa yang berlaku adalah takdir dari Allah SWT. Hairan bin ajaib dari pukul 3 pagi Jumaat hingga pukul 1.00 tengahari saya bersama sukarelawan berada di Kampung Johan Setia tidak kelihatan langsung Ketua Kampung tersebut, JKKP dan RELA datang membantu .... sebaliknya saya diberitahu ramai anggota RELA sepatutnya membantu mangsa-mangsa banjir dikampung mereka tetapi mereka lebih rela bertugas menjaga lalu lintas dirumah kenduri ... kerana imbuhan yang tak seberapa.Dr Siti Mariah | ||||
Amangate: Umno tenggelam di laut dalam Posted: 20 Oct 2012 09:10 PM PDT Kegiatan menyeludup dan memindah wang dari sesebuah negara dengan jumlah yang banyak secara haram disebut sebagai penyeludupan dan perpindahan wang haram. Parlimen seharusnya menimbang untuk menapis kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Ini kerana Nazri memberi jawapan yang bercanggah dalam tempoh yang amat singkat iaitu hanya seminggu berhubung penyeludupan wang sebanyak RM40 juta (S$16 juta) yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Nazri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kedua-duanya menafikan bahawa wang itu adalah untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Sebaliknya mereka mendakwa bahawa wang itu adalah sumbangan untuk Umno Sabah. Parlimen juga harus menimbang untuk menyanggah kenyataan Najib kerana menafikan percubaan Michael Chia Tien Foh untuk menaiki pesawat dengan wang tunai tersebut sebagai bukan satu perbuatan penyeludupan wang dan melanggar undang-undang. Pada 11 Oktober, ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chan, Nazri berkata Peguam Negara telah memutuskan bahawa rasuah tidak dapat dibuktikan berdasarkan laporan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Nazri menambah, bahawa berdasarkan hasil siasatan SPRM, Suruhanjaya Anti Rasuah Bebas Hong Kong (ICAC) tidak mengambil sebarang tindakan lanjut. Bagaimanapun, ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai pada hari yang sama, Nazri berkata siasatan kes dijalankan oleh SPRM tetapi ICAC menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam kes ini. Suatu ketika, Nazri menyatakan kes ini disiasat oleh SPRM di mana Peguam Negara memutuskan tidak ada rasuah. Pada ketika yang lain, beliau berkata ia bukan disiasat oleh SPRM tetapi ICAC yang menjalankan siasatan dan memutuskan bahawa tidak ada rasuah. Pelbagai percanggahan Percanggahan-percanggahan yang dapat dikesan adalah membingungkan. Mungkinkah Nazri memikirkan bahawa Peguam Negara dan kredibiliti SPRM tidak cukup bagus untuk rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, beliau menyandarkan penemuan-penemuan kes ini kepada ICAC yang terkenal dengan kecekapan dalam memerangi rasuah dengan harapan untuk mendapatkan sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia. Kalau tidak, masakan beliau dapat menyelaraskan kenyataan-kenyataan yang bercanggah itu. Malahan, Nazri bukan sahaja menghadapi masalah untuk menyelaraskan kedua-dua kenyataan yang berbeza itu tetapi beliau juga menghadapi masalah untuk menyelaraskan kedua-dua kenyataan ini dengan kenyataan SPRM beberapa hari sebelum ini. Pada 5 Oktober lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM Shukri Abdul berkata, bahawa siasatan terhadap wang tunai di Hong Kong masih berjalan kerana panel yang meneliti kes ini meminta lebih banyak bukti. Selain dari pelbagai percanggahan ini yang ditujukan kepada Nazri di parlimen, kenyataan beliau bahawa ICAC sudah membuat keputusan bahawa tidak ada rasuah dalam kes ini masih boleh diragukan. Terdapat bukti bahawa wang tunai S$16 juta yang dirampas pada 14 Ogos 2008 itu hanya dilepaskan pada penghujung tempoh rampasan atau simpanan selama tiga tahun apabila ICAC gagal untuk membuat keputusan tentang kes ini disebabkan keengganan kerajaan Malaysia menghulurkan kerjasama dalam menjalankan siasatan. Jika tidak ada kes sepertimana yang didakwa oleh Nazri dan Najib, perlukah pihak berkuasa Hong Kong menyimpan wang itu sehingga tamat tempoh tiga tahun, satu tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang? Malahan, Michael Chia ditangkap dan disiasat atas kesalahan penyeludupan dan pemindahan wang. Penafian Najib tidak bertanggungjawab Kegiatan menyeludup dan memindah wang dari sesebuah negara dengan jumlah yang banyak secara haram disebut sebagai penyeludupan dan perpindahan wang haram. Saya tidak nampak kenapa Najib menyifatkan perbuatan itu bukan sebagai penyeludupan hanya kerana Nazri telah menjawab soalan- soalan di parlimen – dengan jawapan yang buruk. Menjawab satu soalan dalam sidang media pada 19 Oktober lalu, sama ada terdapat asas untuk mendakwa wang itu diseludup atau di pindah melalui Hong Kong, Najib berkata, "tidak, iannya telah pun diterangkan dalam parlimen." Dengan jawapan itu, sudah tentu Najib merujuk kepada jawapan Nazri yang mencurigakan itu. Adalah sangat dikesalkan sebagai seorang perdana menteri, beliau hanya berdasarkan jawapannya berhubung dengan skandal yang serius di atas asas yang tidak kukuh. Ahli-ahli parlimen harus mendesak perkara-perkara berikut daripada Nazri di parlimen, di samping meminta beliau menerangkan berbagai percanggahan pada kenyataan-kenyataan di atas. 1. Pendedahan penuh mengenai komunikasi di antara kerajaan Hong Kong dan Malaysia tentang isu ini, terutama sama ada ICAC telah mengemukakan penemuannya kepada SPRM termasuk carta aliran wang keluar mengekori rasuah kayu balak Sabah sehingga wang itu masuk ke dalam akaun Musa Aman di bank UBS AG di Zurich, Switzerland. Maklumat mengenai sama ada ICAC meminta kerjasama antara negara dan sama ada ICAC telah menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada rasuah dalam kes ini dan pihaknya telah memutuskan untuk berhenti dari terus menyiasat kes ini. 2. Bilakah SPRM memulakan siasatannya dan sama ada ianya masih berjalan. Jika ia masih berjalan, kenapa SPRM tidak mampu menyelesaikan tugasnya setelah sekian lama melakukan penyiasatan. 3. Apakah peranan yang dimainkan oleh Peguam Negara dalam hubungan dengan pihak berkuasa Hong Kong dan mengenai kerajaan Malaysia, terutamanya SPRM. Melainkan jika Nazri dapat memberi jawapan yang memuaskan, beliau harus digantung dan dirujuk kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (keistimewaan-keistimewaan dan kuasa) untuk siasatan lanjut. | ||||
[PANAS] MT Umno Terima Laporan BN Tumbang PRU 13 Posted: 20 Oct 2012 09:02 PM PDT KELAB GREENBOC Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti. Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR). Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah. Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia? Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei? Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia. Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara. Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube. Kemudian, kembangkan melalui tindakan. Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa. Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik. Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya. Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal. Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa. Malaysia harus belajar dari Nepal! -aminiskandar klik untuk baca | ||||
Pas: Ketua Pemuda MCA bawa politik kuno Posted: 20 Oct 2012 08:52 PM PDT SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai pemuda kuno apabila membawa isu lama dalam politik tanah air. "Sebagai anak muda, beliau sepatutnya lebih dinamik dan maju dalam membawa politik yang lebih matang. Rugilah MCA ada (Ketua) Pemuda seperti beliau. "Beliau mendendangkan lagu lama MCA. Isu agama dan perkauman tidak patut dimainkan. Sebagai ketua, beliau perlu bawa dimensi baru dalam partinya. Kalau lagu lama masih didendangkan macam mana nak pandu arah anak muda masa kini?" soalnya. Semalam, Ka Siong menggesa rakyat untuk menolak pemerintahan teokratik pembangkang. Katanya, politik negara kini dalam keadaan yang membimbangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) bercita-cita mengambil alih tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN). Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ka Siong tersasar daripada realiti. "Beliau cukup silap menggambarkan PR seperti itu. Sebagai pemimpin muda, beliau perlu bawa anak muda lebih telus, cekap dan demokratik dalam menyuburkan demokrasi negara, tetapi sebaliknya," katanya. | ||||
Kelantan cipta sejarah, Annuar sujud syukur di Makkah Posted: 20 Oct 2012 08:50 PM PDT SHAH ALAM - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang kini berada di Makkah untuk menunaikan ibadah haji melahirkan kesyukuran tidak terhingga atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang mencipta sejarah - kejuaraan 'treble' dengan menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 malam tadi. "Alhamdulillah... Ku sujud syukur di Masjidil Haram malam ini atas doa yang dimakbul ALLAH SWT! Alllahhuakbar!! Tahniah Bojan dan seluruh TRW (The Red Warriors). "Terima kasih pada penyokong dan set (kawan-kawan) kita yang setia bersama.. Tiga piala disembah pada (Sultan Kelantan) Duli Yang Maha Mulia Alsultan Muhamad V dan seluruh rakyat Kelantan serta penyokong setia TRW. Saya ucapkan terima kasih pada semua!! Dari Makkarratul Mukkarramah," tulis beliau menerusi laman sosial Facebook. Minggu lalu beliau mengumumkan hadiah sebidang tanah jika Kelantan menang Piala Malaysia 2012. Kemenangan itu menjadi kenyataan malam tadi. Kemenangan semalam dilihat penganalisis dan pemerhati sebagai amat bermakna buat Annuar yang kini digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama dua tahun enam bulan. Ekoran penggantungan itu, beliau dilarang sama sekali terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri. Skuad Kijang menjadi perhatian dan menonjolkan prestasi pada tahap tertinggi setelah Kafa diterajui oleh Annuar pada 2007. Mutu permainan gergasi Pantai Timur itu menyerlah apabila mencapai satu demi satu kejayaan termasuk buat pertama kalinya menjuarai Piala Malaysia pada 2010. Tahun ini, The Red Warrriors melengkapkan misi treble setelah merangkul Piala Malaysia 2012 yang diadakan di Stadium Shah Alam, malam tadi. Pasukan kendalian Bojan Hodak itu sebelum ini meraih kemenangan dalam Liga Super dan Piala FA. | ||||
Penyokong Kelantan maut motosikal terbabas Posted: 20 Oct 2012 05:08 PM PDT SINAR HARIAN KUANTAN - Seorang penyokong bola sepak Kelantan maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain di Kilometer 328 Jalan Raub-Kuala Lipis dekat Raub, pagi tadi. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pukul 9 pagi itu mangsa, Muhamad Saiful Daud, 19, dari Kampung Manek Urai Lama, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. "Mangsa dan rakannya dikatakan sedang dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu ATM, malam ini," katanya di sini, hari ini. Rakan mangsa berusia 20-an yang mengalamai cedera parah dirawat di Hospital Raub (HR), katanya. Menurut Mohamed Fauzi, pihak polis telah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kejadian itu. Mayat mangsa dihantar ke HR untuk bedah siasat. - Bernama | ||||
Pengurus Kelantan: Kejayaan bersejarah tidak akan dilupakan Posted: 20 Oct 2012 05:02 PM PDT "KEJAYAAN yang akan diingati sampai bila-bila." itulah kata-kata pengurus Kelantan, Azman Ibrahim selepas pasukan bimbingan Bojan Hodak berjaya meraih kejuaraan treble musim ini setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 3-2 dalam aksi final Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, malam tadi. Jelasnya, pencapaian yang dilakukan oleh semua pemain amat membanggakan seluruh rakyat Kelantan. "Saya sangat bangga melihat komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemain. "Mereka berjuang berhabis-habisan meskipun keadaan padang sedikit lecak. "Namun, pemain tetap berusaha untuk mencatat kemenangan dan akhirnya kami dinobatkan juara," kata Azman. Dalam pada itu, Azman turut menyifatkan perlawanan menentang ATM adalah satu pertemuan penuh dramatik. "Satu perlawanan yang hebat. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga meskipun telah beraksi 120 minit perlawanan. "Saya ucapkan terima kasih kepada pemain dan saya amat menghargai semangat dan usaha mereka," katanya yang gembira dengan semangat juang dijelmakan oleh barisan pemain Bojan sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan. Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai jaringan gol yang dijelmakan oleh Indra Putra untuk memberi kemenangan buat pasukan Kelantan, Azman bagaimanapun menyifatkan itu satu jaringan yang menakjubkn. "Sangat menakjubkan. Indra beraksi dengan cemerlang. Jaringan gol Indra bukan sahaja hadiah buat kami, tetapi juga buat isterinya. "Semalam adalah hari jadi isterinya, jadi ini bermakna buat Indra dan juga isterinya," jelasnya lagi. Mengulas mengenai habuan yang akan diterima oleh anak buah Bojan selain tanah, Azman bagaimanapun menyerahkan urusan itu kepada mana-mana pihak sekiranya sudi memberikan imbuhan. "Sekiranya mereka merasakan The Red Warriors patut diberi imbuhan, kami akan menerima dengan hati terbuka. "Tapi, buat masa sekarang hanya tanah antara imbuhan untuk pemain, yang lain masih belum ada," jelas beliau lagi. | ||||
Umno telah sedia panduan definisi sabotaj parti Posted: 20 Oct 2012 05:00 PM PDT Bagaimanapun panduan itu akan diperhalusi terlebih dahulu oleh sebuah jawatankuasa khas. PAGOH: Umno telah menyediakan panduan mengenai definisi terperinci perbuatan mensabotaj parti untuk digunakan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhianati atau mensabotaj calon Barisan Nasional (BN). Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagaimanapun panduan itu akan diperhalusi terlebih dahulu oleh jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin parti sebelum diedarkan kepada kesemua bahagian. "Semua ini akan diperhalusi oleh jawatankuasa yang dibentuk dan dibantu oleh urus setia ibu pejabat Umno untuk menggariskan perkara-perkara salah laku tadi dan akan kita edarkan kepada semua bahagian untuk dijadikan panduan. "Umpamanya kalau seseorang itu bertanding menentang calon BN, itu sudah lebih daripada sabotaj dan pada masa yang lepas kita ambil tindakan pecat serta merta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Johor di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini. Muhyiddin berkata pada masa lalu tindakan hanya diambil apabila laporan diserahkan kepada Majlis Tertinggi selepas pilihan raya. Menurutnya, kuasa sudah diturunkan semalam kepada jawatankuasa tersebut untuk bertindak dan memecat anggota parti yang melakukan salah laku itu dan jika panduan itu digunakan, tindakan segera dapat diambil tanpa menunggu mesyuarat Majlis Tertinggi diadakan. "Kali ini kita maklumkan awal bahawa sekarang jangan lakukan hal sebegini. Ini langkah-langkah pencegahan…apa yang penting ialah setiap ahli parti sedar bahawa mereka harus sentiasa setia pada parti, setia pada perjuangan dan sentiasa mahu menentukan BN dalam keadaan baik dan mencapai kemenangan," katanya. Majlis Tertinggi Umno semalam bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas itu yang akan dianggotai beberapa anggota Majlis Tertinggi yang tidak ada kepentingan selain anggota Lembaga Disiplin dan pihak tertentu selaras dengan Fasal 10.15 yang dibaca bersama Fasal 20.3 Perlembagaan Umno. Anggota yang dilantik boleh memberi laporan kepada jawatankuasa itu dan di samping itu laporan dibuat terus kepada ibu pejabat dan secara online.- Bernama | ||||
Posted: 20 Oct 2012 04:56 PM PDT Pertama sekali apabila menyentuh soal HUDUD ini ia tidak ada kena mengena dengan HUDUD Pas atau HUDUD Umno. Andaikata PAS mahu melaksanakan pun, ia bukan Hudud Pas. Begitu juga, jika Umno mahu melaksanakan Hudud di Malaysia sekalipun, ia juga bukan Hudud Umno…. Lebih baik Hudud ini jangan dimasukkan elemen politik di dalamnya. Hudud ini milik Allah. Allah dah garap hukum Hudud ini dengan cukup baik sekali. Pokok pangkalnya persoalan kepada hambaNya samada mahu melaksanakannya atau tidak. Dan…..kami tertarik dengan kenyataan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia pernah berbicara tajuk 'Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini" mengatakan :
Kami merasakan dengan ayat Syeikh Yusuf al-Qaradhawi seperti di atas cukup untuk beri pemahaman tentang tertib bagi melaksanakan hukum hudud ini. Asasnya perlu kuat terlebih dahulu…. Jika orang bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud sekalipun, kami tidak hairan. Sebab mereka bukan Islam. Sekali lagi, mereka BUKAN ISLAM. Mereka memang tidak faham tentang Islam. Tetapi…biarlah menggunakan akal sebelum berkata-kata. Lihat Video Chua Soi Lek Beri Amaran Tentang "Bahaya" Hudud PAS
1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan? Ramainya rakyat Malaysia yang menjadi "penjenayah berat" dan melanggar hukum Allah sehingga bakal berhadapan dengan hukum Hudud? Adakah 1.2 juta orang ini terlibat dalam perbuatan seperti :
Kepada orang bukan Islam tidak perlu mencampur-adukkan fakta atau membuat sebarang ramalan mengarut seperti ini, nasihat kami lebih baik diam daripada bersuara tentang apa yang kita tidak tahu. | ||||
Anwar: Najib Perlu Undur Demi Keselamatan Diri Dan Negara Posted: 20 Oct 2012 04:51 PM PDT JOHOR BAHRU : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur secara baik demi keselamatan diri dan negara ekoran pencapaian yang mengecewakan sepanjang tempoh pentadbiran beliau. Bercakap di hadapan hampir 6,000 hadirin di tempat letak kereta Sutera Mall, Skudai dekat sini, Anwar menjelaskan, Najib hanya pandai memperlekeh kebolehan pentadbiran PR di Selangor dan Pulau Pinang sedangkan hutang negara telah mencapai RM 500 billion. "Najib kata kita 'tidak pandai' mengurus. (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim perintah, kita ada lebihan kewangan. "'Pandai' Najib urus negara, hutang negara sudah sampai RM500 billion," katanya sinis pada ceramah perdana siri Jelajah Merdeka Rakyat Johor semalam. Menurut Ketua Umum PKR itu, beliau menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan berlangsung dalam masa terdekat. Hadir sama dalam jelajah ini Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dan wakil kepimpinan Pakatan Rakyat Johor. Tegasnya, sekarang merupakan masa terbaik untuk rakyat Malaysia terutamanya di negeri Johor untuk menolak sentimen perkauman Umno-BN dan bangkit membuat perubahan. "Kepada rakyat, ini bukan soal pimpinan. Ini hasrat rakyat. Sudah cukup sudah rasuah dan fitnah. "Saya beritahu orang Melayu di sini, yang hilang kuasa bukan Melayu tetapi pemimpin Umno yang rasuah. "Ini perubahan terpenting kerana berhadapan Melayu yang lebih yakin," laung Anwar. Anwar turut mengulangi fakta tentang prestasi kewangan dan urus tadbir baik yang ditunjukkan oleh negeri PR seperti di dalam laporan Ketua Audit Negara. Jelas Anwar, belum pernah negara yang muflis sekiranya hasil pendapatannya diagihkan secara sama rata seperti pemberian skim rakyat di negeri pimpinan PR sejak tahun 2008. Anwar turut mengulangi isi kandungan Buku Jingga antaranya penurunan harga minyak dalam tempoh 24jam selepas mentadbir Putrajaya selain menyediakan modul pinjaman pendidikan lebih baik berbanding skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). | ||||
Najib Telah Tutup Pintu Untunya... Posted: 20 Oct 2012 04:48 PM PDT Penegasan Presiden Umno Mohd Najib Razak dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MT hari ini di mana ahli Umno yang khianati parti dan sabotaj calon Umno tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, penegasan ini menyebabkan ahli parlimen Pasir Mas akan mati sambil berdiri - 'mati dalam cacang'.
Alasan Najib kononnya memberi laluan dia bertanding atas tikit BN kerana ahli parlimen berkenaan dikatakan akan menang mudah kerusi Pasir Mas dan kemenangan itu akan membantu BN untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Kononnya juga tiga buah kerusi Dun di dalam Pasir Mas iaitu Chetok, Pengkalan Pasir dan Tendong akan menang dengan mudah. Kemenangan kerusi-kerusi itu boleh membantu Umno untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan. Ketiga-tiga kerusi berkenaan kini dimiliki oleh Pas. Seperti mana dijelaskan Najib dalam sidang media lewat petang semalam, sebuah jawatankuasa khas untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianat parti itu akan dibentuk yang dipengerusikan oleh veteran Umno Tengku Ahmad Rithauddenn Tengku Ismail. Jika dinilai dari difinasi pengkhianatan seperti mana disebut Najib itu, dia bukan saja melakukan satu pengkhinatan ke atas Umno tetapi lebih dari dua kali. Beliau pernah berlawan dengan calon Umno dalam tahun 1990 apabila bertanding atas tikit Semangat 46. Pada tahun 2004 sekali lagi mengkhianti calon Umno apabila dia bertanding atas tikit bebas menggunakan lambang payung berwarna kuning. Ekoran tindakan itu beliau telah dipecat dari Umno menerusi peraturan dan undang-undang mana-mana ahli Umno yang mensabotaj calon Umno, melawan dalam pilihan raya akan dipecat atau keahliannya akan gugur secara automatik. Ekoran itu tahun 2008 beliau bertanding atas tikit lambang bulan atas ehsan Pas dan menang. 'Kelancauan' ahli parlimen berkenaan selepas beliau menang atas tikit Pas beliau cuba untuk 'terak' (masuk) Umno semula. Berbagai usaha dilakukan termasuk berbaik-baik dengan isteri presiden Umno dan sanggup mencium tangan bukan muhrim, malangnya tidak berhasil. Satu sumber ibu pejabat Umno memberi tahu sudah lebih tujuh bulan temujanji dibuatnya untuk berjumpa dengan Najib Razak tidak dilayan. Katanya dia juga cuba menggunakan beberapa pemimpin Umno bahagian Pasir Mas untuk membawanya kembali semula ke pangkuan Umno. Antara orang yang berusaha ialah bekas Adun di salah kerusi di Pasir Mas bekerja keras untuk membawa semua ahli parlimen itu masuk. Sekali lagi malangnya usaha bekas Adun itu yang merupakan 'ayam didik' ahli parlimen berkenaan, tidak berhasil dan beliau sendiri dicurigai oleh ahli Umno Pasir Mas. Umno Pasir Mas juga telah menutup rapat pintu terhadap ahli parlimen berkenaan, bukan itu saja 'rebak onak dan duri' diletak di jalan menuju ke pejabat Pasir Mas untuk memastikan ahli parlimen berkenaan tidak akan mendatangi pejabat Umno untuk bersandiwara bagi memastikan dia diterima. Dengan ketegasan Najib dan Umno bahgian Pasir Mas itu marilah kita tunggu dan tengok apa yang bakal berlaku dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli parlimen itu tetap mahu menunjukkan bisanya bertanding, beliau boleh pilih satu dari 20 cogan (lambang) yang dibenarkan untuk diguna oleh orang-orang tidak berparti sebagai lambang dalam pilihan raya. Sebelum ini cogan bebas ternyata tidak membawa tuah kepada ahli parlimen berkenaan bahkan lambang bebas pernah menghilangkan wang pertaruhannya. Apakah peristiwa malang itu akan berlaku nanti? Kalau berlaku ia tidak memeliklan bahkan baru padan dengan muka! Apakah Pasir Mas akan kebanjiran dengan air mata, tunggulah nanti | ||||
Peminat Ustaz Azhar Idrus sakit hati, terhangat Posted: 20 Oct 2012 04:42 PM PDT
KUALA LUMPUR: Ulasan blog http://addin77.blogspot.com mengapa peminat Ustaz Azhar Idrus akan sakit hati kerana tempat kuliah dipaksa berubah di saat-saat akhir merupakan artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-42. Di tangga kedua ialah berita mengapa bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong mengambil keputusan untuk keluar Umno. Ulasan blog http://omakkau.blogspot.com mengenai pembinaan satu kompleks penjaja untuk 50 peniaga di Tapak Penjaja Jalan Utama, belakang Hospital Besar Pulau Pinang yang tidak mungkin dilaporkan media perdana pula menduduki tempat ketiga. Tulisan blog http://aiyangdisayang.blogspot.com mempersoalkan kebolehan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menjawab pertanyaan tentang contoh najis mughallazah selain dari anjing pula menduduki tangga keempat. Di tangga kelima ialah berita blog http://greenboc.blogspot.com mengenai permohonan maaf seorang pensyarah yang menghina rakyat Kelantan secara terbuka. Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-42, 14 hingga 20 Oktober. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan