Ahad, 21 Oktober 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Asmuni Awi calon PAS Dun Manjoi?

Posted: 21 Oct 2012 12:04 PM PDT

Malam tadi pergi ke Ceramah Perdana Perak Kita di Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi. Kehadiran tidaklah seramai mana. Mungkin kerana ketiadaan Mahfudz dan Nizar menyebabkan keadaan demikian. Mungkin juga kerana hujan sebelumnya menyebabkan ramai yang mengurungkan diri di dalam rumah masing-masing.

Pemimpin yang hadir yang sempat saya lihat ialah Muhaimin Sulam, PJ Ustaz Abu Bakar , Ustazah Nuridah dan YDP Kawasan Tambun, Dr Khairudin dan Loyar Asmuni Awi.

Setibanya saya di situ, kebetulan YDP Kawasan, Dr Khairudin ketika itu  sedang berucap dan saya terdengar beliau memperkenalkan Loyar Asmuni sebagai Calon Dun Manjoi.

Dan apabila Ustaz Ust Abu Bakar pula berucap, beliau juga menyebut Loyar Asmuni adalah calon Dun Manjoi.

Misbahul Munir, pengerusi majlis malam itu turut menegaskan kepada para hadirin, " Takkan tuan-tuan tidak percaya lagi setelah YDP dan Pesuruh Jaya sendiri mengumumkan Asmuni Awi akan jadi calon Dun Manjoi. Tunggu, Dr Hatta kejap nanti pula yang akan umumkan....dan kalau tuan-tuan masih juga tidak percaya, tunggu Dato' Presiden sendiri yang akan umumkan kelak, " kata Misbah.

Orang ramai telah menyambutnya dengan laungan takbir yang bergema - satu tanda penerimaan hadiran yang rata-rata penduduk tempatan di situ menerima baik Loyar Asmuni sebagai calon mereka di situ.Tahniah diucapkan kepada Asmuni Awi kerana bakal menjadi calon Dun Manjoi.

Saya telah berkesempatan berbual-bual dengan Dr Khairudin, Bendahari Kawasan Tambun Sdr Bakar Maideen (gambar), sahabat lama saya ketika saya bergiat di kawasan Tambun suatu ketika dulu sebelum perubahan semula sempadan. 

Daripada perbualan degan mereka, saya telah mendapat sedikit sebanyak maklumat yang sebelum ini tidak berapa jelas kepada saya. Dan dari perbualan tersebut beberapa persoalan yang pernah saya timbulkan di sini turut terjawab. 

Insya'Allah di kesempatan entri lain nanti saya akan menulis mengenainya bagi merungkai masalah tersebut yang menjadikan ramai orang keliru kerana  mendapat maklumat yang salah seperti di sini

Tiada ulasan: