Rabu, 17 Oktober 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kedudukan Kewangan Selangor Diiktiraf Antara Terbaik

Posted: 17 Oct 2012 04:27 AM PDT

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-prn1/50414_38012338900_6913_n.jpg

Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi negeri Selangor seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Kerajaan Selangor telah mencapai beberapa kejayaan dan peningkatan dalam pelbagai aspek antaranya;

1. Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan

2. Sembilan daripada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lima badan berkanun mencatat untung

3. Peningkatan wang pelaburan pada 2011 sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM 928.61 juta. Ini merupakan peningkatan berterusan untuk tahun ke lima berturut-turut

4. Peningkatan hasil sebanyak RM62.50 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011

5. Kumpulan Wang Disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada tahun 2010

6. Pembayaran hutang awam sangat baik

7. Projek pembangunan sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek lulus.

Mengenai Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), kita faham dengan kerisauan Barisan Nasional (BN) terutama bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang telah melalui pengalaman buruk apabila Amanah Saham Selangor (ASAS) terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian teruk sehinggakan kerajaan Selangor ketika itu memperuntukkan RM200 juta untuk membayar balik kepada pemegang saham.

Kita menggunakan kepakaran bagi menyelesaikan kerisauan yang ditunjukkan oleh pemimpin Barisan Nasional ini. Kita telah membuat kajian keberkesanan TAWAS dan menubuhkan tabung dana untuk menguruskannya. Kita hanya membayar RM70 setahun untuk seorang peserta dan mereka ini akan mendapat RM1,500 selepas berumur 18 tahun.

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang menguruskan Skim TAWAS ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan. Justeru, dakwaan Khir Toyo bahawa skim ini akan lingkup adalah tidak berasas kerana YAWAS mendapat geran sepenuhnya dari kerajaan negeri untuk perbelanjaan operasi.

Bagaimanapun, YAWAS mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang. Dari 2008 hingga 2011, YAWAS telah menjana pendapatan dari pelaburan ini sebanyak RM622,782 dan ini telah meringankan kos operasi.

Mengenai dakwaan bahawa skim ini tidak menarik minat kerana hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar adalah tidak tidak berasas. YAWAS tidak mempunyai statistik kelahiran yang tepat kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan memberikan statistik kelahiran yang layak dikategorikan sebagai rakyat Selangor kepada YAWAS.

Jumlah 313,706 kelahiran pada 2011 tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana jumlah ini termasuk bukan warga negara atau bukan warga Selangor. YAWAS mengandaikan hanya 60 peratus daripada jumlah kelahiran ini yang layak mendaftar Skim ini. YAWAS menjangkakan pencapaian pendaftaran ialah 33.5% dan bukan 19.4%.

Mengenai Sijil Simpanan Tetap lewat dikeluarkan adalah kerana pihak bank menghadapi kekangan dari segi pengurusan dan prosedur bank yang ketat dan sering berubah. Pihak bank telah meminta YAWAS menghentikan penghantaran sehingga mereka selesai memproses Sijil Simpanan Tetap yang tertunggak.

Sehingga Mei 2012, jumlah pembayaran kepada bank telah meningkat kepada RM4,159, 700 yang melibatkan 41,597 ahli. Seramai 24,473 telah menerima Sijil Simpanan Tetap, 16,748 masih dalam proses dan terdapat 30,000 permohonan yang menunggu giliran untuk dihantar kepada bank.

Pihak bank telah memaklumkan kes tertunggak hampir disiapkan dan bank bersedia untuk menerima penghantaran baharu untuk diproses. Perkara-perkara ini telah dimaklumkan kepada juruaudit ketika proses pengauditan dijalankan di pejabat YAWAS.

Kerajaan Selangor menerima baik teguran ini dan akan terus memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban di samping memastikan dana awam diguna dengan sebaiknya untuk kebajikan rakyat.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Banyak Program Kementerian Wanita Tidak Dinilai Audit Negara

Posted: 17 Oct 2012 04:20 AM PDT

 http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/10/Laporan-Ketua-Audit-Negara-2011-Coverpage.jpg

Norhayati Umor


KUALA LUMPUR 17 OKT : Banyak program yang membabitkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak diberi penilaian dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Katanya, banyak program yang dilaksanakan tidak dibuat penilaian terhadap keberkesanan perlaksanaannya.

"Contohnya, bantuan kebajikan. Bantuan itu tidak menyeluruh, kita tidak tahu sejauh mana keberkesanannya untuk rakyat keluar daripada kemiskinan," katanya kepada pemberita di Parlimen.

Beliau menambah perkara itu merupakan satu kelemahan dan kegagalan yang perlu diberi perhatian kementerian terbabit.

Audit Negara yang dibentangkan Isnin lalu melaporkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai kelemahan apabila gagal menyelesaikan hal berbangkit yang dikemukakan dalam laporan audit 2009.

Mengikut laporan itu, tiga skim di bawah JKM diaudit iaitu bantuan orang tua, elaun pekerja cacat dan bantuan kanak-kanak.

"Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga September 2011 mendapati masih terdapat kelemahan dalam pengurusan program ini di mana isu yang pernah dibangkitkan dalam LKAN 2009 masih lagi berlaku di lapan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD/J/B) yang dilawati," kata laporan itu.

Antara kelemahan pentadbiran yang dinyatakan ialah proses siasatan bagi 114 (33.4 peratus) daripada 341 permohonan tidak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam piagam pelanggan.

"Pemakluman keputusan bagi 275 (57.1 peratus) daripada 482 permohonan melewati piagam pelanggan yang ditetapkan dengan kelewatan antara 8 hingga 10 hari.

"Wang bantuan yang tidak dapat diagihkan berjumlah RM1.58 juta melibatkan 778 baucar lewat dimasukkan ke dalam akaun bank kerajaan di antara 7 hingga 245 hari," laporan itu dipetik.

Rakyat Kelantan Bina Lebuh Raya Sendiri : Kerajaan Umno-BN Patut Malu

Posted: 17 Oct 2012 04:19 AM PDT


Siraj Mohd Zaini

KUALA LUMPUR 17 OKT: Kerajaan Pusat pimpinan Umno-BN patut merasa malu apabila rakyat Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai.

Sikap Kementerian Kerja Raya memberikan jawapan berdolak dalik berkenaan isu lebuh raya itu menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan menyelar tindakan Kerajaan Pusat kerana menafikan hak rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Pusat yang kononnya bermaruah seharusnya berasa malu dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina lebuh raya itu menggunakan derma dan waqaf rakyat.

"Rakyat sebaliknya atas inisiatif sendiri mengguna sistem waqaf untuk memenuhi hak keperluan rakyat membina lebuh raya itu," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum itu, dalam perbahasan rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor menjelaskan kementeriannya tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan Negeri Kelantan berhubung pembinaan lebuh raya itu.

Bagaimanapun Shaziman berkata, beliau hanya menerima panggilan telefon daripada salah seorang Exco Negeri Kelantan mengenai majlis pecah tanah untuk projek itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, kenyataan Shaziman di Dewan Rakyat itu adalah cubaan menutup janji Kerajaan Pusat untuk projek itu dalam Rancangan Malaysia Ke-8(RMK-8).

"Kami tidak berpuas hati dengan jawapan menteri itu, dulu Kerajaan Pusat pernah janji pada tahun 1996.

"Oleh kerana kami sedar, jadi PAS Kelantan mengambil inisiatif itu," katanya.

Beliau menambah setakat ini Kerajaan Negeri Kelantan berjaya mengutip RM4juta daripada RM1.8 bilion yang diperlukan untuk pembinaan lebuh raya itu.

Kes Farhan: Rayuan Kelantan tiada asas

Posted: 17 Oct 2012 03:49 AM PDT


Wartawan Sinar Harian


SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menyifatkan rayuan yang dibuat Kelantan ke atas layangan kad kuning Norfarhan Mohammad bagi membolehkan pemain berkenaan beraksi di pentas akhir menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sabtu ini tidak berasas.

Jelasnya, rayuan Kelantan terhadap Norfarhan tidak mempunyai asas.

"Surat rayuan tersebut kami sudah terima dan mungkin kini berada dengan Jabatan Pertandingan.

"Tapi bagi saya, rayuan ini dilihat tidak mempunyai asas," kata Azzuddin pada sidang media Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 di Wisma FAM, hari ini.

Pengai Hodoh Kerajaan Umno Kepada Rakyat Kelantan

Posted: 17 Oct 2012 03:43 AM PDT

Projek naik taraf Jalam Kota Bharu-Kuala Krai tidak dibatalkan

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kerajaan tidak pernah membatalkan pelaksanaan projek menaik taraf jalan persekutuan dari Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, sebaliknya projek itu ditangguh sementara bagi membolehkan kerajaan menilai semula skop, spesifikasi dan kos projek berkenaan, katanya.

"Kerajaan berpandangan cadangan harga kontrak yang pihak kontraktor tawarkan untuk laksanakan projek itu secara "design and build" amatlah tinggi iaitu RM1.6 bilion untuk jajaran sepanjang 77 kilometer.

"Berdasarkan perancangan semula, cadangan projek menaik taraf jalan Kota Baharu-Kuala Krai akan diberi keutamaan dan pertimbangan oleh kementerian untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Projek itu merupakan sebahagian daripada jajaran Jalan Persekutuan Central Spine dari Pahang ke Kelantan dengan cadangan menaiktaraf Jalan Kota Bharu-Kuala Krai yang diluluskan secara prinsip pada 2008. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121017/dn_27/Projek-naik-taraf-Jalam-Kota-Bharu-Kuala-Krai-tidak-dibatalkan#ixzz29YHOnUVN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sistem AES diperkenalkan di Kelantan tahun depan

Posted: 17 Oct 2012 03:42 AM PDT



KOTA BHARU 17 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan memperkenalkan Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) bagi mengesan individu yang melakukan kesalahan trafik pada tahun depan.

Pengarah JPJ Negeri Abdul Ghani Che Kassim berkata, JPJ telah mengenal pasti 50 tempat kawasan strategik di negeri ini untuk dipasang kamera litar tertutup di bawah sistem AES.

``Kerja pemasangan alat kamera litar tertutup itu telah diserahkan kepada sebuah syarikat konsesi,'' katanya kepada pemberita pada majlis Hari Penguatkuasaan JPJ Kelantan di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121017/dn_29/Sistem-AES-diperkenalkan-di-Kelantan-tahun-depan#ixzz29YH7lg40
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan: