ALHUSSEYN |
- Bila Tok Wan masih tidor lagi.....inilah padahnya
- Laporan Audit : Najib gagal sebagai seorang perdana menteri
- Demo bantah ST1M (saman trafik 1malaysia) di JPJ Ipoh
- Gara-gara 'niat baik' penyangak ....
Bila Tok Wan masih tidor lagi.....inilah padahnya Posted: 17 Oct 2012 09:00 AM PDT Apa Azizan buat? Dulu mungkinlah dia tak perasaan bila PKNK beli 500,000 unit saham FGVH .... Tapi apa pula alasan Azizan kali ini bila Anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) mengambil pinjaman AS$40 juta (RM134 juta) tanpa kelulusan lembaga pengarah untuk projek pembalakan dan pembangunan yang kemudiannya bermasalah. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pinjaman itu dibuat pengarah urusan dan pengurus besar oleh Kedah Corporation Bhd (KCB) untuk projek di Papua New Guinea. Menurut laporan itu lagi, perunding itu dibayar secara ansuran sebanyak RM1.6 juta dan RM4.67 juta sebagai komisen dan yuran guaman walaupun pinjaman itu dibatalkan pada Januari 2010.Baca lagi di sini Kes kedua adalah mengenai membayar kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan tiga buah rumah kos rendah yang tidak wujud, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011. Baca di sini Kita tunggulah pendedahan penyelewengan di negeri-negeri dibawah Umno/BN nanti. Tentu lebih teruk dari Kedah nih.Walau apa pun, kita jangan buat tak mandang dengan apa yang berlaku di Kedah kerana tidak sepatutnya berlaku kerana PAS perjuangkan Islam. Umno/BN tu buat gitu memanglah selayaknya sebab depa tu setan! |
Laporan Audit : Najib gagal sebagai seorang perdana menteri Posted: 17 Oct 2012 03:00 AM PDT Budak tanyakan contoh Najis Mughallazah pun PM Najib tak boleh jawab. Inikan pula nak jawap kenapa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) lewat dikeluarkan! Mana Husni Hanazlah? Menteri Kewangan Dua itu? Ada lagi dua timbalan Menteri Kewangan. Takkanlah semua makan gaji buta saja ? Apakah muslihat disebalik kelewatan tersebut? Tentulah ada perkara yang menyebabkan kelewatan tersebut. Anwar Ibrahim, mempersoalkan kenapa fokus utama perkara - perkara seperti Pusat Fidlot Kebangsaan, kontrak perolehan tentera, perolehan Keretapi Tanah Melayu Berhad, projek perumahan rakyat termiskin dan rasionalisasi subsidi tiada di dalam laporan ini. LKAN 2011 juga menyatakan 68.9 peratus daripada agensi dan jabatan kerajaan peringkat persekutuan mengingkari prosedur pentadbiran kewangan kementerian. Ini menunjukkan Najib telah gagal sebagai seorang perdana menteri dan ketua eksekutif kerajaan. Pentadbiran Najib telah gagal untuk menghentikan pembaziran dan rasuah dalam kerajaan.Sumber |
Demo bantah ST1M (saman trafik 1malaysia) di JPJ Ipoh Posted: 17 Oct 2012 12:00 AM PDT Demo tersebut bertujuan menentang kezaliman sistem tersebut tajaan kerajaan Barisan Nasional dan mendesak agar Saman Trafik 1Malaysia AES ini dimansuhkan. Hanya dalam masa 8 hari pelaksanaan AES di 14 kawasan mulai 23 September lepas, 63,558 rakyat telah disaman! Sebanyak 831 buah kamera bakal dipasang dengan anggaran kutipan sebanyak RM 5 Bilion daripada poket saku rakyat kepada Kerajaan BN dan syarikat kroni. |
Gara-gara 'niat baik' penyangak .... Posted: 16 Oct 2012 09:00 AM PDT Menurut Anwar Ibrahim, kerugian "berbilion ringgit" didakwa "hilang atau dipadamkan begitu sahaja" daripada Laporan Ketua Audit Negara 2011. Menurutnya lagi, penjelasan menyeluruh mengenainya akan didedahkan di seluruh negara sedikit masa nanti.Baca di sini Sama-samalah kita tunggu penjelasan mengenainya dan harap-harap Nazri Aziz atau siapa-siapa akan dapat tolong Najib menjawabnya sebagaimana budak sekolah tolong jawabkan 'Babi' untuk Najib pada hari tu.... Nazri Aziz berkata kerajaan tidak ada "niat jahat" untuk menyembunyikan fakta dalam laporan tersebut – buktinya Ketua Audit Negara memuji peningkatan hasil negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Lihat di sini Walau apa pun, alasan yang diberikan oleh Nazri "niat baik" tersebut akhirnya terserlah sebagai tembelang busuk Umno/BN semata-mata. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan