Rabu, 17 Oktober 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


tak habis habis dengan cikgu yang nak makan penampar aku....!!!!

Posted: 17 Oct 2012 12:00 AM PDT

Jika bukan kerana Allah SWT yang Maha Pencipta sudah tentu saya tidak wujud.... Ingatlah wahai kerajaan tolong jgn ungkit tanggungjawab kau sebagai pemimpin.

bila orang politik tiada pengalamam mengurus syarikat kerajaan serupa bagi penyamun menguruskan harta milik negara dan rakyat....!!!!

Posted: 16 Oct 2012 07:00 PM PDT

Dua syarikat kerajaan yang mengalami kerugian mencecah lebih RM1 bilion berpunca akibat campur tangan politik.
Syarikat tersebut adalah Indah Water Konsortium (IWK) dan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (KL Rapid).

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 semalam, syarikat tersebut masing-masing mencatatkan kerugian terkumpul hingga akhir 2010 iaitu sebanyak RM888.1 juta dan RM293.83 juta.

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ditubuhkan kerajaan dikendalikan secara tidak berhemah. Ini disebabkan penerajunya adalah di kalangan orang politik yang dianugerahkan jawatan tertinggi oleh badan-badan tersebut, jadi hasilnya bukan bawa keuntungan, tetapi kerugian.

IWK yang ditubuh pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu diragui malah membimbangkan kerana perkara yang bersangkutan dengan kebersihan perlu melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), bukannya dengan penubuhan syarikat.

Syarikat yang ditubuhkan itu tidak masuk akal, kenapa urus tangki najis perlukan syarikat, cukup sekadar PBT yang uruskan. Kalau kontraktor tak dapat uruskan, bermakna PBT boleh terus ambil tindakan.

Kerugian boleh dijangka kerana orang politik yang jadi bosnya. Kalaupun mereka ada kelayakan, masalahnya tiada pengalaman dan ada kepentingan peribadi..

LKAN 2011 turut mendedahkan Kementerian Pertahanan membayar RM3.2 bilion bagi projek membina kuaters untuk kakitangan yang berkahwin tidak memuaskan.

Menurut laporan itu, kos asal pembinaan kuarters tersebut dianggarkan RM1.74 bilion, namun meningkat 80 peratus kepada RM3.21 juta yang dianugerahkan tender rundingan terus.

Bagaimanapun dalam laporan itu menyebut, sebanyak 25 penyata kewangan daripada 456 penyata syarikat kerajaan dan agensi di bawahnya diberikan Sijil Audit Berteguran.

kantoiii....murid sekolah sindir najib...PM babi....kah kah kah

Posted: 16 Oct 2012 06:40 PM PDT




Berdasarkan video di atas, Perdana Menteri Malaysia disoal oleh salah seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kiaramas yang terlibat dengan projek i-THINK Pilot.

Soalan yang ditanyakan oleh pelajar tersebut “Bolehkah Datuk Seri memberikan contoh untuk najis mughallazah?”

Seperti yang dipaparkan dalam video di atas, Najib gagal memberikan jawapan dan kemudian berpaling ke arah Muhyiddin mungkin mengharapkan bantuan daripada timbalannya itu. Namun, Muhyiddin dilihat gagal memberikan jawapan hingga akhirnya mendorong rakan murid tersebut membantu Najib dengan memberikan jawapan cadangan, iaitu babi.

 

 

penyapu sial

 

siot....patotnya tanya soalan lainkan tapi murid  sekolah ini ambil peluang  sindir PM....najis mughalazah....babi...kah kah....PM sendiri pon tergolong  dalam golongan tersebut....kah kah kah

kroni haramjadah di utamakan...cara membunuh rakyat dengan makanan yang telah lupus tarikh...

Posted: 16 Oct 2012 06:11 PM PDT

Meskipun dibiayai dengan harga berjuta ringgit, Laporan Audit 2011 mendapati makanan mentah yang dibekalkan ke 10 sekolah menengah agama di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang adalah pada tahap kurang memuaskan.

Antara kritikan yang diterima ialah makanan mentah yang dibekalkan tidak berkualiti, tidak mengikut sukatan yang ditetapkan dan lebih teruk lagi tidak berlabel halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melebihi tarikh luput.

Selain itu,  stok bahan makanan utama yang boleh disimpan lama tidak mampu menampung keperluan minimum selama 3 hari manakalan spesifikasi bekalan bahan mentah dan bermasak yang dibekalkan – kualiti ikan yang dibekalkan tidak dapat ditentukan.

Begitu juga  prestasi kebersihan dapur dan dewan serta pengurusan dan keselamatan dapur yang disifatkan ‘kurang memuaskan’ – antaranya borang pesanan makanan disediakan kurang dari 48 jam dan tiada tarikh pesanan dicatat dalam borang dan pekerja yang tidak dilatih dalam Kursus Pengendalian Makanan.

Kerajaan Negeri Pahang mempunyai 18 buah Sekolah Menengah Agama (SMA) yang terletak hampir di semua daerah dengan asrama dan pengurusan bekalan makanan bermasak adalah di bawah tanggungjawab JAIP.

Kontrak kerajaan negeri kepada JAIP adalah untuk membiayai kontrak bekalan makanan bermasak yang diperbaharui setiap 2 tahun sekali.

Dengan anggaran pelajar seramai 7,990 orang, perbelanjaan nilai kontrak bekalan makanan bermasak meningkat sebanyak RM8.72 juta bagi tempoh 2010 hingga 2011 berbanding 2008 hingga 2009.

“Pada tahun 2009, perbelanjaan bekalan makanan bermasak bagi 18 buah asrama SMA berjumlah RM11.08 juta, tahun 2010 berjumlah RM12.96 juta dan RM12.86 juta pada tahun 2011,” kata KAN dalam laporannya.

Pemantauan di peringkat JAIP dan SMA turut dikritik sebagai kurang memuaskan kerana gagal menubuhkan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Pemantau.

Sebagai langkah penambahbaikan, di saran agar JAIP perlu menyediakan garis panduan atau tatacara bagi memperkemas dan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pembekalan, penyediaan bahan mentah dan bermasak serta menerima pakai Panduan Pelaksanaan Kontrak Bekalan Bermasak Di Sekolah-Sekolah Berasrama mengikut Pekeliling Bahagian Pembangunan Dan Bekalan Kementerian Pendidikan Bil. 2 Tahun 1994.

Selain itu, JAIP perlu memerincikan spesifikasi bahan bekalan yang dibekalkan oleh kontraktor di dalam kontrak yang dimeterai dan mengadakan latihan dan taklimat kepada Penyelia Asrama/Pengelola Makanan SMA berkenaan pengurusan makanan bermasak.

Di samping itu, pihak SMA perlu mengadakan pemantauan secara harian dan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat kontrak.

JAIP  di saran agar bekerjasama dengan agensi penguatkuasa seperti Jabatan Kesihatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan pemeriksaan premis, kesihatan pekerja, peralatan dan perkakasan dewan makan serta kualiti makanan secara berkala terhadap SMA tersebut.

tiupan sangkala PRU 13 untuk cabut nyawa UMNO berkuasa di negara ini....!!!!

Posted: 16 Oct 2012 05:56 PM PDT

Pemimpin UMNO tersangat cemas- PRU kali ini kemungkinan besar semboyan sangkakala ditiupkan oleh rakyat untuk mereka. Dunia akan kiamat untuk UMNO.

Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. Tiupan pertama pada PRU-13 ini akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. habis PRU- UMNO di hidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan2 ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana sini?

UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasa nya tidak ada isiu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO.

Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir diatas tangga istana Johor. UMNO parti untuk orang bangswan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO.

Tapi kali ini, rakyat Johor sudah bangkit sedar. Rupa2 nya, malapetaka yang menimpa orang Melayu di tempat lain tidak mengecualikan orang Melayu Johor. Barulah orang Johor sedar mereka pun vulnerable. Tamak dan haloba UMNO tidak ada sempadan.

Tanah rakyat terutama milik orang Melayu diambil kerajaan UMNO di Kerpan. Orang Melayu tempat lain kata tak apa- sebab itu hal orang Kedah. Rahim Tamby Chik ambil tanah milik orang Melayu di Teluk Mas Melaka dengan harga 30sen sekaki persegi, orang kata takapa- ianya tidak berlaku ditempat kita.

Nah sekarang, kerajaan UMNO yang tamak haloba- ambil alih tanah rakyat di Pengerang. Barulah rakyat Johor sedar bahawa, tidak ada batasan kepada tamak dan haloba pemimpin UMNO. Ribuan ekar tanah rakyat disamun oleh kerajaan Ghani Osman.

Para pemimpin UMNO semakin hari hilang pedoman. Cakap besar sana sini. Semua janji sudah ditepati. Habis, mengapa tak buat PRU segera? Nampak nya, selagi PRU tidak diadakan, kita akan dihidangkan dengan cakap besar dan omongan kosong. Kita akan di perdengarkan ugutan, cerita seram dan sebagainya.

Ibrahim Ali buat komen- Pakatan tidak ada kaedah nyata perkongsian kuasa. Yang dia sibuk mengenai struktur perkongsian kuasa Pakatan apahal? Kita tidak fikir PAS, PKR atau DAP mahu terima orang macam Ibrahim Ali.

Adakah kita sedar semasa Nizar jadi MB Perak selama 11 bulan, dia dan exco nya meluluskan 8750 ekar tanah kepada rakyat yang telah menanti puluhan tahun untuk mendapatkan tanah dari kerajaan UMNO? Dari 8750 ekar, 7500 ekar untuk orang Melayu dan 1250 ekar untuk orang Cina.

Ada kita tengok Nizar seorang MB Melayu dikuasai oleh exco DAP yang lebih ramai di Perak? Nizar luluskan 102,000 lot perumahan seluas 3200kps setiap satu untuk orang Melayu dan hanya 47,000 lot untuk orang Cina setiap satu seluas 1125kps?

Orang Cina dapat tenure 999 tahun, orang Melayu dapat yang serupa. UMNO beri freehold bukan lebih dari 999 tahun? Binawe punya pemimpin UMNO.

Bilik air Najib dan Rosmah lagi besar keluasan nya lot rumah orang Melayu dan Cina. Garaj kereta Tengku Jadian Adnan Mansor lagi besar dari lot rumah orang Melayu atau Cina.

Bukankah UMNO membeloti perjuangan orang Melayu? Bukankah UMNO dibina atas protes terhadap Malayan Union yang mahu memberi kerakyatan kepada warga asing? Hari ini, UMNOlah yang menjual kerakyatan negara ini dan memberi kewarganegaraan kepada rakyat Pakistan, Bangladesh, Burma, Nepal dan Indonesia. Bererti , UMNO belot dari agenda mebela bangsa, agama dan negara!

Setiap hari kerja pemimpin UMNO ialah menipu rakyat. Saban hari, UMNO tabur dakyah dan fitnah melalui media yang UMNO kuasai. Kanak2 Melayu didedahkan kepada budaya mendedahkan keaiban orang sebagai suatu perkara yang biasa. Anak Melayu dibesarkan dengan nilai2 buruk.

Orang Melayu diajar menerima dan memaafkan rasuah dan cara mendapat kaya yang salah kerana yang jadi kaya itu orang Melayu. Takpe lah- dia kaya, dia Melayu. Takpelah dia buat demikian, sebab dia Melayu.

Kalau orang Melayu mempunyai piawai atau standard yang rendah begini, akan tiba suatu hari pemimpin dan lanun UMNO masuk rumah kita meniduri anak perempuan atau isteri kita, kita akan kata- tidak mengapa – dia Melayu dan UMNO pulak tu!. Ini yang UMNO hendak orang Melayu fikir dan terima.

Marilah orang Melayu memerdekakan diri dari dibelengui oleh dakyah UMNO. Masa depan kita, rezeki kita, bukan UMNO yang tentukan. Najib belum lagi dapat 2/3 kerusi parlimen dia enggan, engkar dan angkuh mahu mempertahankan bajet rompak negara 2013.

Enggan, engkar dan angkuh adalah sifat2 dan laku perangai Iblis yang enggan, engkar dan angkuh tunduk kepada Adam yang dijadikan dari tanah liat yang di bentuk.

Kita tidaklah sebebal Ibrahim Ali. Yang dia nak sibuk pasal perkongsian kuasa antara PR apahal? Pemimpin Melayu tetap menguasai kepimpinan negara dibawah PR. Contoh kepada Dato Sri Nizar membuktikan bahawa kita tidak kompromi dengan kepentingan orang Melayu.

Dan kita ada mesej kepada orang macam Ibrahim Ali. Standard yang terburuk dalam kelompok PR bila2 masa lagi baik dari standard Ibrahim Ali. perkongsian kuasa dalam PR dibina diaats komitmen kebenaran dan keadilan dan komitment menentang rasuah dan korapsi UMNO.

Perkongsian kuasa BN lah yang perlu dirungsingi oleh warga BN. ianya diasaskan diatas dominasi gangsters UMNO dan hegemony UMNO. MCA di UMNOkan, MIC diUMNOkan.

Mengapa sibuk dengan cabinet bayangan?. We don’t answer to UMNO. We don’t answer to Najib. We answer to the people who are going to vote for us.

Kita menyediakan yang terbaik untuk rakyat yang UMNO setelah 55 tahun memerintah, tidak mampu lakukan. Jeritlah sana sini sehingga muka kamu biru dan urat leher timbul, rakyat sudah berazam dan tekad untuk melihat UMNO melakukan Perhimpunan Agung mereka di perkarangan Sungai Buloh.

Kita pun tahu cabinet bayangan Najib. PM= Muhyidin, TPM= Zamry Kadir.atau PM = Najib. TPM= Raja Nong Chik. Siapa peduli?

Yang rakyat akan tahu, bila PR menang, sudah tentu ada cabinet. Buat waktu ini, kita focus untuk mengeluarkan UMNO dan BN. Rosak dan musnah negara kita jika terus diurus oleh barisan lanun dan perompak.

Baiklah Ibrahim Ali menyibukkan diri menentukan dapat jadi calun UMNO atau tidak. Jika orang macam Ibrahim Ali dijadikan calun oleh UMNO, maka demikianlah standard UMNO bawah Najib.

Dari teruk semakin teruk dan parah!. Sanggupkah orang Melayu dan rakyat Malaysia bergantung harap dengan parti dan pemimpin seperti ini?

Palanivel kata dia akan deliver undi sokongan India kepada BN. he is an Uncle Tom Indian kepada UMNO. sama sama kita lihat nanti.

Kita lihat dia boleh menang atau tidak di Cameron Highlands. Malu orang Melayu kalau terus menyokong Palanivel di Cameron Highlands.

Tiada ulasan: