Isnin, 15 Oktober 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Berita Lawak Dari Mat Noor Deris

Posted: 15 Oct 2012 03:06 PM PDT


PAS elok dibubar elak umat Islam berpecah

Kota Bharu: Bagi menyelamat umat Islam daripada berpecah belah, PAS perlu dibubarkan supaya penyatuan umat Islam dapat diperkasakan.

Pengerusi Biro dan Agama Ulama Majlis Veteran Negeri Kelantan, Mohd Noor Deris, berkata pembubaran parti itu perlu kerana ia kini sudah menyimpang daripada dasarnya sehingga membawa perpecahan kepada umat Islam.
"Kita tidak mahu negara ini jadi seperti negara Islam lain seperti Palestin, Mesir dan Iraq yang mana mereka berperang sesama sendiri kerana perbezaan parti politik," katanya.

Kita tidak mahu negara ini jadi seperti negara Islam lain seperti Palestin, Mesir dan Iraq yang mana mereka berperang sesama sendiri," Mohd Noor Deris, Pengerusi Biro dan Agama Ulama Majlis Veteran Negeri Kelantan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan supaya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Sementara itu, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah turut bersetuju dengan cadangan berkenaan kerana faktor umur dan kepemimpinan Nik Aziz yang dilihat boleh membawa kemudaratan kepada umat Islam.

Pentadbiran Nik Aziz tak stabil

"Nik Aziz terlalu lama mentadbir, kepemimpinan serta pandangannya nampak sudah tidak stabil dan seperti orang nyanyuk kerana rasa keputusan dia seorang yang betul.
"Kalau dia nak teruskan dengan keputusannya untuk memimpin, keadaan akan menjadi semakin buruk dan umat Islam akan berpecah," katanya.

Terkini! Kejadian Tembak Menembak Berlaku DI Kota Bharu Malam Ni?

Posted: 15 Oct 2012 08:19 AM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/403573_476867632345846_1492915620_n.jpg

Maklumat dari sahabat facebook:

Jie Sagittarius Trw

kereta wira yang gagal dilarikan. dipercayai kereta satu lagi berjaya dilarikan. cermin kereta yg kena tembak diperiksa oleh forensik

Wan Mohd Naim

kejadian samun keto di shell kt hayaki bkembar kb... nk samun duo butir..wira xdey wat lari..myvi bunyi dey wt lari tp bunyi berambak dgn polis sapa ko lundang..dok badi nembok dgn polis tgh jale bunyi kaba... [via Celcom SMS]

Admin: Tolong berhati-hati warga kota bharu!

Tuan Guru Nik Aziz Masih Diperlukan Dalam Memimpin Perjuangan - Tuann Guru Hj Salleh Musa

Posted: 15 Oct 2012 06:05 AM PDT

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijDmKUNsAwUSPh9uQ0ckvPl9aDXHQFg0ow5tOxvS70eqBF5bc6An7jma7IqnJtgD0MuXPCFvIfj5lvHF4VbGGAQcGW_ufDyVoUaNiOvyNwZ9UmitI3enOiXMvrU1H5A0ijdp2hVj35CDA/s640/SAM_7145.JPG


Mengulas tentang kenyataan Hassan Ali yang meminta Tn Guru Nik Aziz turun dari jawatan Mursidul Am didalam Mingguan Malaysia 14.10.2012 semalam dan Utusan hari ini 15.10.2012 adalah tidak wajar .

Pagi ini setelah selesai sesi kuliah di pondok Tn Guru Hj Salleh Musa turut merasa kecewa dengan Hassan Ali dan Nasaruddin Mad Isa kerana kenyataan mereka berdua bercanggah dengan keputusan syura Ulama .

Tn Guru Hj Salleh menyeru kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS agar kita kuatkan kerja memenagkan perjuangan ISLAM . Beliau berkata lagi pilihan raya makain hampir jangan dilayan sebarang komen yang tidak menguntungkan . Kita munajat lebih banyak biarkan mereka komen kita tetap utuh . Tn Guru Hj Salleh Musa yakin ahli dan pimpinan PAS terus Istiqamah dengan perjuangan Islam .

Tuan Guru Nik Aziz merupakan pemimpin yang sukar dicari ganti dengan ketokohan beliau , amanah beliau memimpin kerajaan , ini membuatkan musuh gerun dan musuh sentiasa mencari jalan menyerang belau . Insyallah ALLAH sentiasa pelihara beliau .

Walaupun ada beberapa perkara Tn Guru Hj Salleh tidak bersependapat dengan beliau tetapi lihatlah akhlak ulama , Tn Guru Hj Salleh tetap menyokong teguh kepimpinan Tn Guru Nik Aziz .

Tn Guru Hj Salleh akan menghubungi Tn Guru Nik Aziz dan beberapa kepimpinan tertinggi bagi menyatakan hasrat beliau dalam isu ini.

Pada 25.10.2012 Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa akan mengadakan Munajat Semperna Wukuf Arafah , munajat ini akan dikhuskan bagi kemenangan Islam di Malaysia khasnya . Orang ramai dijemput hadir dan digalakkan berpuasa sunat Arafah . Majlis bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam . Digalakkan berpakaian putih .

SAMM : Kenyataan Keng Liang Tweet Biadap Dan Hina Islam

Posted: 15 Oct 2012 05:29 AM PDT

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/03/Chegubard.png

Nazli Ibrahim


SHAH ALAM, 15 OKT: Kenyataan Ketua Pemuda Parti Gerakan, Tan Keng Liang yang menyatakan arahan Kerajaan Negeri Kedah tidak membenarkan foto lelaki berseluar pendek untuk mengelakkan golongan lelaki PAS teransang merupakan satu kenyataan biadap dan menghina agama Islam.

Dua kenyataan dalam tweet Keng Liang yang dianggap melampau dan mempersenda hukum agama Islam itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) untuk melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model berpakaian sopan.

Demikian menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Badrul Hisham yang juga merupakan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan juga menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas Keng Liang.

"SAMM akan membuat laporan polis ke di seluruh negara berkenaan perkara melampau ini dan Tan Keng Liang perlu di tahan, telefonnya perlu dirampas dan dia perlu dihukum.

"Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain.

"Saya pernah ditahan dan telefon saya dirampas, komputer Ketua AMK Rembau dirampas hanya kerana laporan polis yang telah kami buktikan akaun twitter palsu," ujar beliau.

Terdahulu, satu kenyataan menerusi akaun laman sosial Twitter milik Keng Liang menyebut "Now, PAS govt male model appearing in billboard to wear decently & not to wear short. Why? afraid 'jambus' in PAS get arroused?"

Keng Liang turut menyambung dalam tweet berikutnya "imagine what will happen if PAS seize Putra Jaya… All Malaysian atheletes, including non Muslim musat wear long pants & shirt with sleeves."

Sultan TEGUR Anakanda

Posted: 14 Oct 2012 10:41 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwaXAUzzMaE2Fhsih-GT7StZQ4FT3SerS07kr05rVG3eqX1fgu6CDL8X8wPunKJhzFI4BcOOxqMAeY3ScdLxE8lXvPoknXRLgO1RWDQ5_txlhUbse7M9BPRLWFp12sBQHco20dc8gcSqg/s640/New+Picture+(6).bmp

Mari kita sama-sama menilai setiap ungkapan teguran Sultan Selangor dalam titahnya dan mungkin ditujukan khas buat anakanda baginda . Setiap yang dikatakan tepat kena ke muka Raja Muda Selangor tetapi sayang segalanya disembur ke muka anak-anak yang tidak berdosa tetapi terus ditegur kerana angin perubahan desakan rakyat dalam memastikan pemimpin mendahulukan Agama Islam & Rakyat.

TITAH DIRAJA

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya tidak terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara yang diperjuangkan segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi politik.

Baca artikel selanjutnya....

Hot! MB N.Sembilan Rasmi Program "Say No To Hudud"?

Posted: 14 Oct 2012 08:25 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3fnsttxxivRcf50En0vY_aSo8DEth3Tn103DWLG8m7Zkp-VDH6dYCAkkv5M2yc_bUo9Yrcd1hPT_7DL5-JB4E7pWA1x2W45_4qWTjmYfGpbHs4s1ZA5Hsj39eeyI38ZftuN6Qmnm1o65l/s400/mca1.jpg

ini semua kerana politik

siapa jual agama demi islam?

siapa yang dok canang mereka pejuang islam?

siapa yang dok kata pas balaci dap?

siapa?

puak umno nak cakap apa?

Tiada ulasan: