Generasi Pewaris Khilafah |
Posted: 15 Oct 2012 05:13 PM PDT |
Posted: 15 Oct 2012 05:10 PM PDT Assalamualaikum .. salam mesra Malam nie nak kongsikan satu info yang saya dapat dari salah seorang kawan di FB saya iaitu 5 tangan yang kalau kita cium kita dapat pahala. Comform korang pelik kan. Ada 5 tangan yang kalau kita salam dan kita cium kita akan dapat pahala iaitu 1. Tangan Ulama / Orang Soleh - Ulama nie pewaris tugas para nabi dan Rasul. Ulama pula terbahagi kepada dua jenis, ulama yang baik dan ulamak yang jahat. So korang pandai-pandailah nilai yang mana ulamak yang baik dan yang mana ulamak yang jahat. Weh .. ade tau ulamak yang jahat.. ulamak yang dorong kita sokong kemungkaran itulah ulamak yang jahat. 2. Tangan Pemimpin yang adil - pemimpin yang adil nie pemimpin yang tak mementingkan diri dan yang tidak mengejar harta dan pangkat serta kedudukan tetapi mereka menjadi pemimpin ummat yang membawa ummah kepada kebaikan dan berbeza dengan pemimpin yang zalim yang melalaikan ummat dengan segala bentuk kemungkaran, pembaziran dan perilaku yang buruk. 3.Tangan Ibu bapa - tangan yang paling baik dicium oleh anak ialah tangan ibu dan ayahnya kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan. Malahan jasa yang diberikan oleh kedua ibu dan ayah sememangnya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau emas dan perak tetapi ini yang selalu dilupai oleh seorang anak. Kalau kita tengok realiti pada masa kini berapa anak yang sanggup menjaga ibu dan ayahnya yang telah lanjut usia. Ramai yang mengambil langkah menghantar ke rumah penjagaan dan rumah-rumah kebajikan. 4. Tangan Suami -syurga seorang isteri adalah dibawah tapak kaki suami. Tapi kalau isteri nusyuz dan derhaka pada suami bukan kata masuk syurga pun tak dapat bau syurga pun langsung tak dapat. Suami pun kena tanggungjawab juga sebab anda sebagai pemegang amanah daripada bapa mertua. Janganlah jadi dayus dengan membiarkan isteri dan anak-anak terlibat dengan perkara-perkara maksiat dan mungkar. 5. Tangan Guru - Guru sebagai penyambung tugas para ulama, para nabi dan rasul bertanggungjawab menyebarkan ilmu dan hikmah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada murid dan pelajar di sekolah. Sebagai pelajar, adab menuntut ilmu dan bersama guru juga perlulah dijaga bagi mendapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu. |
You are subscribed to email updates from Minda Assirkami To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan