Sabtu, 13 Oktober 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Biadap Dan Kurang Ajar! Sambutan Raya Haji Dan Halloween Di Kuantan

Posted: 13 Oct 2012 04:00 PM PDT

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/560679_481668381866441_1004394598_n.jpg

BIADAB! Kaabah dihina di Megamall Kuantan. Mohon pihak bertanggungjawab batalkan event kurang ajar dan menghina agama islam serta merta! 

Kenapa permit untuk event ini diluluskan kerajaan Pahang?

Kurang jar dan biadap! pihak kerajaan pahang senyap!

rakyat pahang akan senyap dalam hal ini?

mana sensitiviti?

celaka di bumi umat islam sendiri

Untuk Hari Belia Akan Datang, Ada Pihak Nak Bayar RM 2.3 Juta Untuk Bawa PSY Gangnam Style?

Posted: 13 Oct 2012 07:38 AM PDT

http://photo.murai.com.my/8302012_psygangnam-a.jpg

PSY Di Malaysia? Penganjur Harus Keluar RM2.3 Juta Untuk Sebuah Lagu

Melihat PSY melakukan tarian Gangnam Style di'hadapan mata sendiri mungkin salah satu impian ramai ketika ini, maklumlah demam & fenomena belum reda lagi.

Portal hiburan Murai hari ini melaporkan yang khabarnya pihak pengurusan PSY di Korea memberikan sebut harga yang boleh tahan memeningkan kepala untuk membawa beliau ke sini.

Hanya untuk membawakan sebuah lagu berserta PSY menari — Gangnam Style semestinya, mereka telah meminta bayaran sebanyak USD750,000 (~RM2.3 juta). Itu dia tahap PSY.

Lebih menarik, sumber maklumat ini datang daripada mereka yang ingin membawa masuk PSY untuk projek Hari Belia yang seterusnya. Kalau ingin selamat, simpan sahaja niat itu.

Lain'lah kalau ada penaja korporat yang tidak kisah menabur wang sebanyak itu untuk publisiti kerana membawa masuk PSY ketika, jika tidak, simpan sahajalah duit cukai rakyat itu.

Berbaloikah Bayar RM2.3 Juta Untuk Gangnam Style?

http://www.rotikaya.com/psy-di-malaysia-penganjur-harus-keluar-rm2-3-juta-untuk-sebuah-lagu/


Nak Tengok PSY-Oppa Gangnam Style, Bayar USD750,000!

KL, 12 OKT 2012: Macam nak tersembul bijik mata Murai Batu bila dapat tentang harga yang diletakkan oleh pihak pengurusan rapper Korea, PSY jika mahu dia mempersembahkan lagu Oppa Gangnam Style di negara ini.

Bayangkanlah untuk sebuah lagu itu saja dia minta harga USD750,000. Kalau ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, nilainya adalah RM2,295,000. Ya, ampun...

Tak sangka ya, nak suruh si PSY menyanyi sambil mempersembahkan tarian Oppa Gangnam Style pun nak kena bayar sampai lebih RM2 juta.

Mentang-mentanglah, Oppa Gangnam Style itu tengah jadik fenomena, harga yang dikenakan pun bukan main lagi cekik darah. Bayar Justin Bieber pun tak banyak tu...

Yang syoknya tu, bayaran sebanyak RM2,295,000 dikenakan hanya untuk sebuah lagu saja iaitu Oppa Gangnam Style. Kalau nak murah sikit, boleh. Tapi, PSY hanya muncul lambai-lambai dengan peminat sambil menyanyi lagu Oppa Gangnam Style tapi tak menari dan harga yang dikenakan lebih kurang RM1,989,000.

Haaaa...Kelas tak Psy.

Sebenarnya Murai Batu dapat tahu cerita ni daripada seorang rakan sebab dia dengan seorang lagi rakannya itu berhasrat untuk bawa masuk Psy ke Malaysia sempena projek Hari Belia.

Kononnya untuk projek Hari Belia itu nant, dia dengan rakannya mahu sangatlah si Psy ni perform Oppa Gangnam Style versi Malaysia.

Tapi, bila dapat tahu saja betapa mahalnya bayaran yang dikenakan pihak pengurusan Psy hanya untuk mendapatkan dia menyanyi serta menarikan lagu Oppa Gangnam Style itu, dia dengan rakannya terus senyap dan terkedu.

Sebab tahu, susah nak bawa masuk PSY dengan harga itu, kecuali kalau dapat cari penaja yang sanggup taja Psy ke sini. Tapi ada ker? Nampak gayanya, rakan Murai Batu itu tak mahu putus asa. Dia tetap nak cuba. Semoga berjaya...

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=13044&c=2&s=3

Video Penumpang Panik Akibat Kerosakan Monorail Di Kuala Lumpur

Posted: 13 Oct 2012 07:26 AM PDT

http://ohartis.com/fhoto/ohartis-monorail-breaks-down-3.jpg


12 Oktober 2012, sekali lagi monorail mengalami kerosakan dan terhenti dengan posisi senget di hadapan Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Ingin ditakdirkan, wartawan Oh! Media sendiri berada di dalam monorail tersebut secara terus menjadi wartawan tempat kejadian (dalam masa yang sama sebagai salah seorang mangsa) dan kami sempat merakamkan suasana kucar-kacir semua mangsa yang terlibat apabila monorail dari arah Bukit Bintang menghala ke Bukit Nenas pada lebih kurang jam 8 malam, 12 Oktober 2012.

Sumber dari OH ARTIS

Agama Islam Dihina Oleh Umat Sendiri Di Pahang?

Posted: 13 Oct 2012 04:59 AM PDT

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/308025_480100798689332_739148545_n.jpg

Umat islam dihina lg,berjaya megamall kuantan akan anjur modern dance,kebaya fashion show dan mcm2 lg,stage da siap,Kaabah suci kita jd background stage.ayuh bangkit.sebarkan

Mana geng pejuang agama? kerjaan dan jabatan agama islam nak senyap?

Hassan Ali "Gila Talak"

Posted: 13 Oct 2012 04:31 AM PDT

Nik Abduh: Semua pemimpin ulama layak ganti Mursyidul Am
WAN NASRAH ABDUL RAHIM
13 Oktober 2012
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz
 
KUALA LUMPUR - "Semua pemimpin Pas layak menggantikan Tok guru, terutama dari kalangan ulama. Namun, isu pengganti Tok Guru tidak timbul kerana masih belum tiba masanya dan ia tidak dibincangkan lagi," kata Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali agar Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan dengan menyerahkan tugasnya itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Nik Abduh berkata, isu Hasan telah dijawab Ketuanya, Nasrudin Hassan bahawa kedudukan atau jawatan dalam parti adalah hak mereka yang masih menjadi ahli Pas dan bukannya orang luar seperti Hasan.

Menurutnya, Hasan tidak berhak membuat kenyataan tersebut kerana kepimpinan dalam parti adalah urusan parti.

"Parti sudah buat keputusan berkaitan isu Hasan dan ia sebagai sambungan isu yang telah kita jawab sebelum ini," katanya di sidang media hari ini.

Apabila ditanya mengenai komen dari Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad baru-baru ini yang mendakwa Pas lari dari perjuangan asal, beliau menjawab bahawa Pemuda Pas menghormati komen dari bekas ahli Parlimen Sik itu.

"Kita yakin hubungan kita dengan DAP selagi ia dapat menguntungkan Islam dan semua pihak, ini adalah keputusan yang benar dan syura menegaskan perkara itu. Kita yakin hubungan dengan DAP adalah hubungan yang masih baik walaupun mendapat tentangan hudud," katanya.

Sementara itu, Naib ketua II, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, hubungan antara DAP tiada masalah memandangkan percanggahan pendapat hanya melalui pandangan sahaja.

"Kenyataan yang dikeluarkan DAP hanya tidak menyokong tetapi mereka tidak pernah menggunakan kuasa untuk menghalang pelaksanaan hudud seperti yang dilakukan oleh Umno sejak dari dulu," katanya.
 
Katanya lagi, belum ada fakta yang membuktikan DAP menghalang pelaksanaan hudud dari segi kekuasaan.


Harun Taib: 'Tak payah layan Hasan Ali'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
13 Oktober 2012
Harun Taib
Harun Taib
 
SHAH ALAM – "Saya tak layan Hasan Ali. Saya tak mahu komen pasal dia." Demikian menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan terbaru, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, yang meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan tanggungjawabnya sebagai Mursyidul Am parti tersebut.

Menurut Harun, Hasan bukan lagi ahli Pas dan "dia tidak berhak" untuk bercakap mengenai apa jua hal kepimpinan dalam Pas, apatah lagi untuk meminta Nik Aziz digantikan oleh timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

"Tak payah layan lah Hasan Ali. Dia bukan ahli Pas," katanya lagi sambil merujuk kepada desakan Presiden Jalur Tiga (Jati) itu yang mendakwa kenyataan Nik Aziz mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP sebagai "menghiris hati" ahli dan penyokong Pas.

Ekoran kenyataannya mempertahankan DAP yang disifatkannya sebagai tidak pernah mengganggu perjuangan Pas dan menegaskan kerjasama dengan parti itu amat perlu bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz dikecam beberapa pihak.

Hasan juga berkata, Nik Aziz "agak keterlaluan" dalam mempertahankan DAP dengan menggambarkan parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengganggu Pas.


PM: Dana RM40 juta Sabah hanya derma politik. BN Sabah Bergelora!

Posted: 12 Oct 2012 10:27 PM PDT

 http://img267.imageshack.us/img267/1646/najibsabah300x202.jpg

Beliau berkata bahawa pembangkang didakwa turut menerima derma politik sedemikian.

Fazy, Sahir, FMT

Pemberian dana berjumlah RM40juta kepada Umno Sabah hanya derma politik kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, setiap parti politik mempunyai hak menerima derma politik selagi ia dilakukan melalui saluran yang betul.

Ditanya mengenai di mana beliau memperolehi dana tersebut, Najib bagaimanapun enggan membuat pendedahan.

Beliau berkata bahawa pembangkang didakwa turut menerima derma politik sedemikian.

"Kita tidak sewenang-wenang mendedahkan kerana pembangkang juga menerima derma politik dan mereka tidak mendedahkan daripada mana mereka memperolehinya.

"Cuba tanya pembangkang, berapa banyak yang mereka dapat untuk derma politik. Pemberian dana ini dilakukan dengan cara yang betul untuk kebaikan parti," katanya.

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu.

admin kerabu bersuara: Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sebaik-baik Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang bukan kepentingannya." (Hadis Riwayat Tarmizi)




http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/431738_10151076364706510_348856751_n.jpg

Political tsunami in Sabah is real, refer to picture

Anwar Ibrahim speaks to thousands in Lahad Datu, Sabah

Posted: 12 Oct 2012 09:37 PM PDT

 http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/8162_10151076324791510_1158370695_n.jpg

Anwar Ibrahim speaks to thousands in Lahad Datu, Sabah

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/198757_10151076263466510_2005926832_n.jpg

Buat Peminat Bola Sepak Pasukan Kelantan

Posted: 12 Oct 2012 06:05 PM PDT

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/545480_10151198472584883_472085368_n.jpg



Kelantan ke final


PENYERANG import dan pemain tengah Kelantan, Mohamad Ghaddar dan Mohd. Badri Mohd. Radzi memastikan The Red Warriors menempah slot ke perlawanan akhir kempen Piala Malaysia 2012 selepas masing-masing menjaringkan satu gol untuk menewaskan Selangor 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Kelantan melangkah bergaya ke final dengan kelebihan agregat 3-0 selepas meraih kemenangan 1-0 pada separuh akhir pertama di Kota Bharu minggu lalu.

Bagi Selangor, kekalahan tersebut terus membantutkan 'Misi 33' mereka musim ini.

Kelantan akan membuat perhitungan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober ini.

Pada perlawanan semalam, Kelantan memang berhak muncul pemenang kerana mereka dilihat lebih banyak menguasai permainan.

Begitupun, aksi pada babak pertama agak seimbang dan kedua-dua pasukan tampil dengan rentak yang agak berhati-hati.

Selangor pula harus menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana barisan penyerang mereka kurang bijak mencuri peluang biarpun memperoleh beberapa peluang keemasan untuk merobek gawang lawan.

Kelantan hampir membuka jaringan pada babak pertama menerusi Ghaddar pada minit ke-12 tetapi tandukannya berjaya ditepis penjaga gol Selangor, Norzalan Razali.

Ghaddar kembali mempamerkan persembahan cemerlang pada minit ke-38 dan hampir membuka jaringan menerusi percubaan dari jarak jauh tetapi sepakannya dinafikan kecekapan Norzalan.

Tersentak dengan asakan pasukan pelawat, Selangor kembali bangkit menyusun serangan namun masih gagal untuk menembusi benteng pertahanan The Red Warriors.

Peluang terbaik Selangor hadir menerusi rembatan padu penyerang import, Bosko Balaban pada minit ke-44 namun berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Bersambung babak kedua, Selangor terus menggandakan asakan menerusi gandingan Amri Yahyah, Balaban dan kapten, Safiq Rahim tetapi usaha mereka tetap buntu.

Selangor yang terdesak untuk memburu gol bagi memadam kelebihan jaringan Kelantan, hampir di depan menerusi Balaban namun percubaan itu berjaya di dakap kemas oleh Khairul Fahmi pada minit ke-49.

Ghaddar akhirnya berjaya memecah benteng pertahanan Selangor sebelum mengelecek empat pemain Gergasi Merah sebelum menewaskan Norazlan untuk gol pertama Kelantan.

Badri melengkapkan malam bergaya The Red Warriors menerusi sepakan percuma pada minit ke-85 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Selangor terus dihukum apabila menyaksikan Balaban dilayang kad merah apabila penyerang veteran Gergasi Merah itu menyiku pemain import Kelantan, Obinna Nwaneri pada minit ke- 87.

Tiada ulasan: