Sabtu, 13 Oktober 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BERSIH ROCKS STADIUM KELANA JAYA

Posted: 13 Oct 2012 11:59 AM PDT



 BERSIH ROCKS

UCPAN AMBINGA PENGERUSI BERSIH  DI BERSIH ROCKS

Kawan- kawan dan penyokong BERSIH 2.0,
  
Selamat Datang ke  Konsert Bersih 8T.  Anda sedang bergumbira!  ANDA sedang seronok
dengar musik!

Terima Kaseh kerana datang ke konsert  BERSIH. Hari ini kita bukan sahaja berpesta gumbira  TETAPI kita memberi ingatan kepada kerajaan untuk menunaikan kesemua LAPAN
TUNTUTAN BERSIH 2.0. Tunaikan sebelum Pilihan Raya Umum  ke 13. Tidak ada sebab kenapa 8 TUTUTAN ini  tidak dapat ditunaikan. Enam bulan telah berlalu sesudah PSC membuat laporan ke Parlimen. 

Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya – SPR -  terlalu  lambat untuk membawa perubahan.

Dalam masa yang sama BERSIH 2.0 telah menemui banyak kecurangan dan kesilapan dalam 
senarai pengundi. Kita temui  pengundi yang jantinanya yang tidak menentu, ada yang memiliki 
number kad pengenalan lama yang sama,  ramai pengundi telah ditukar  tempat mengundi 
tanpa mereka tahu, banyak pengundi telah meninggal dunia,  ada number kad pengenalan yang muncul  berbilang-bilang  kali. Malah kecurangan dan kesilapan ini terus berlaku hingga ke senarai yang paling terbaru. Kecurangan ini wajib di hentikan. Kesilapan ini jangan diteruskan.

 Justeru hari ini – kita mengingatkan kerajaan dengan senikata dan lagu. Dengan musik dan 
gendang. Mungkin ini irama  yang mereka faham.

Hari ini kita merayakan masyarakat madani. BERSIH 2.0 sedang merayakan anda semua –
anak-anak  muda dan semua  warga yang berada  dalam padang ini.  Kita sedang merayakan 
kekuatan moral  yang dijana oleh BERSIH.

Kita merayakan warga Malaysia   yang mahu   melahirkan  sebuah Malaysia yang lebih baik. 
Kita semua mahu mendirikan Malaysia yang berlandaskan demokrasi. 
Kita  mahu mendirikan Malaysia yang  menghormati agama dan bangsa-bangsa. 
Kita mahu Malaysia yang menobatkan  nilai intergriti,  nilai ketelusan dan  bertanggung-jawab.

Kita mahu pemimpin negara kita bertangung jawab kepada kita semua. 
Kita mahu pemimpin kita beradab, bersopan dan bertamadun.

Saya pernah berkata bahawa warga Malaysia – anak semua bangsa – adalah insan yang baik. 
Diharapkan pemimpin kita akan sedar pekara ini. Lagi cepat mereka sedar lagi baik. Jangan 
layan kita  macam kanak-kanak. Apa yang kita lakukan hari  ini adalah untuk masa depan 
anak-anak kita. Untuk jenerasi masa depan.  Jenerasi akan datang wajib mendapat yang terbaik.

 Kita semua mahukan Malaysia yang BERSIH. SATU MALAYSIA  adalah slogan yang baik dan 
dengan BERSIH ianya akan menjadi satu realiti.   Hakikatnya bumi ini   adalah MALAYSIA 
KITA. Bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung adalah Malaysia -  milik kita semua!

Kita mahu Malaysia yang Bersih. Kita mahu Pilihan  Raya ke 13 yang Bersih. 
BERSIH BERSIH BERSIH!

BERSIH ROCKS

HAL SOROS HEBOH ! BILA AMERIKA HANTAR KAPAL - SEMUA SENYAP MENIKUS -

Posted: 13 Oct 2012 01:30 AM PDT






SEKARANG
LAYARI RADIO BANGSAR UTAMA 
laporan lansung dari stadium kelana jaya
himpunan  8 tuntutan
BERSIH ROCKS



Kenyataan Umum
12 Oktober 2012


BENAR KAPAL PERANG US BERLABUH BUKTI HIPOKRASI

Ketika regim Bn cuba mengalihkan isu polisi, kepayahan hidup rakyat, rasuah dan penyelewengan dengan isu tuduhan agen asing dan alat Amerika Syarikat secara senyap regim Bn telah membenarkan tiga Kapal Perang bertenaga nuklear milik Amerika Syarikat berlabuh di dua perlabuhan negara iaitu Perlabuhan Kelang, Selangor dan Perlabuhan Teluk Sepanggar, Sabah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan bantahan terhadap kebenaran kapal perang ini antaranya ialah Kapal induk utama armada perang US iaitu USS Goerge Washington. SAMM mengecam sikap hiprokrasi regim Bn dalam perkara ini.

Kebenaran berlabuh secara sulit ini akhirnya terbongkar juga. Apabila terbongkar ahli parlimen PR iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar - PAS Tumpat telah membawa usul tergempar dalam parlimen bagi membincangkan perkara ini. Namun sekali lagi Bn yang kononya bersikap anti US dan menuduh lawan politik agen US telah menolak usul tersebut melalui speaker yang jelas membuat keputusan berat sebelah. Mereka sudah tentu gusar jika dibenarkan usul tersebut dibahaskan sudah tentu bukan sahaja terbongkar perihal kapal US berlabuh tetapi banyak lagi data perselingkuhan negara ini bersama US akan terdedah. Jika dibenarkan berbahas usul tersebut juga maka akan terbongkar sikap hipokrasi regim Bn, sudah tentu tidak akan seorang pun yang akan berani mengutuk persinggahan kapal tersebut kerana US pasti akan menghentikan talian hayat kepada Bn dan lebih penting terbongkarlah sikap yang hanya berani berkokok di kampung sahaja mengenai anti Amerika sedangkan di pentas antarabangsa dan pentas rasmi regim ini kecut dengan Amerika Syarikat.

SAMM tidak menolak sebarang hubungan antara negara dengan Amerika Syarikat, namun membenarkan perlabuhan negara untuk aktiviti ketenteraan US adalah sesuatu yang melampau. Dengan membenarkan kapal berkuasa nuklear ini juga jelas regim telah melanggar dasar negara (rantau ini) zon bebas senjata nuklear.

Setelah diteliti maka disedari sememangnya Malaysia bukan sahaja membenarkan perlabuhan Malaysia untuk US mengadakan aktiviti ketenteraan malah sememang ada latihan ketenteraan di mana kumpulan tentera US dibenarkan menggunakan negara ini sebagai latihan termasuk latihan berskala besar.

Ketika pemerintahan Dr. Mahathir, Malaysia secara sulit telah menandatangani perjanjian yang membenarkan US untuk punya akses untuk menggunakan fasiliti pertahanan negara. Sememangnya negara ini berada dibawah telunjuk US kerana kelemahan Bn. Maka tidak hairan kerana hingga kini Malaysia tidak mengiktiraf kemenangan HAMAS di Palestin, Malaysia berdagang membantu ekonomi Israel (klik sini untuk baca lanjut isu kaitan ekonomi Malaysia - Israel)

SAMM sekali lagi meminta rakyat membuka mata sikap hipokrasi regim Bn, yang berkokok menuduh orang itu dan ini rakan US sedangkan mereka lupa ekor bergelumang tahi kerana merekalah sebenarnya lemah sehingga membenarkan US menjalankan aktiviti ketenteraan dalam negara.

Sekian

Mohd Faizal Abd Rahman
Penyelaras Hubungan Antarabangsa
SAMM Kebangsaan











KENAPA NAJIB PERGI KE PARIS

Posted: 12 Oct 2012 09:00 PM PDT







JANGAN LUPA PETANG INI 
ikut bendera kuning
ikut banting 
untuk sampai ke stadium
sila bawa payung dan baju hujan
 

PENCERAHAN DARI PEMBACA:
pelukis gambar karikatur tu mesti pelukis iklan.

 1)sebab pengiklan tak hirau samada gambar yg dipapar tu realistik ke tak, cthnya gambar makanan mesti nampak segarbugar nampak amat menyelerakan nampak sedap2, tapi bila datang makanan sebenarnya, indah gambar iklan makanan dari rupa mamak pelayan yg hidang makanan sebenar. gambar karikatur tu pun serupa gak, tak hirau pun gambar eiffel tower kat latar tu tak berapa nak betul bentuk dari yg sebenar.

 2)sebab pengiklan tak hirau tonjol gambar perempuan2 menggoda amoi2 berpakaian separuh, tapi tak dibenar dek majlis aloq staq. siapa yg pertama melenting kat majlis tu? siapa lagi kalau bukan mr. porn actor dan geng, maklumlah porn actor orang dewasa mesti nak adult contents, frust menonggeng sendiri la takdapat amoi atau takdapat tengok amoi yg menonggeng!

 kuikuikuikui siannnnn porn actor... agak2 kalau dia kalah lingkup terus pru13 ni, mau ke dia lari pegi siam ke mana2 ke yg boleh dia menyambung career dia sebagai porn actor sepenuhmasa on KENAPA NAJIB JUMPA SOROS DI NEW YORK




RADIO BANGSAR UTAMA
untuk pendengar diluar
sila ikuti radio bangsar
untuk siaran langsung 
berhimpunan petang ini

KALAU NAK LRT TURUN STESEN KELANA JAYA

Posted: 12 Oct 2012 07:21 PM PDT






RADIO BANGSAR UTAMA
untuk pendengar diluar 
untuk yangtak sempat datang
sila ikuti radio bangsar
untuk siaran langsung 
wartawan radio bangsar utama
telah bersedia 
berhimpunan petang ini
BERSIH ROCKS

SILA IKUTI BENDERA KUNING
sila ikuti banting konsert
kalau naik lrt
 turun di stesen kelan jaya
sila bawa payung
sila bawa baju hujan
bersedia untuk
BERSIH ROCKS






PENCERAHAN DARI PEMBACA

Posted: 12 Oct 2012 12:00 PM PDT



 BILA AGAKNYA MINAH  MINAH INI BERSENAM

PENCERAHAN PEMBACA
hello! korang bertiga yg terawal komen kat atas! korang boleh selamba tuduh/fitnah timb menteri tu tau cakap suruh oranglain je bersenam sedangkan dia sendiri tak buat??? hello, korang tengok la balik betul2 gambar dia! tengokkk... kan gambar tu tunjuk badan dia agak bulat walau tak sebulat kakros laki najib, namun badan dia dah tentu amat berat walaupun mungkin tak seberat sekor badak air.

 setuju? haaa... kalau setuju, maknanya korang kena telan la balik tuduhan/fitnah korang tu! sebab tuuu... badan dia yg berat gedempol tu, korang ingat siapa yg angkat badan tu tiaphari 24/7??? badan dia, dia sendiri la angkat ke sana ke mari, naik atas katil pun dia sendiri la yg angkat keseluruhan berat badan dia yg bulat tu!

 punya la berat dia angkat beban tetiaphari, kalah berganda2 berat dumb bell yg ramai org pegi gym siap bayar yuran ahli lagi tu, nak angkat dumb bell yg tak seberapa keberatan dia banding berat badan yg timb menteri tu dok senyap2 angkat hari2...! :( siannn dia, org on SEBUAH BADAN NGO DITUBUHKAN



Tiada ulasan: