Blog-list Malaysia |
- Bajet 2013 Khas: Tanya Najib - Tengok Cepat Sebelum Dipadamkan
- Bajet Najib Yang Cacat..
- Utusan Dedahkan Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat
- TERKINI - Video Hangout Najib Di Privatekan Di Internet.
- Video live #TanyaNajib terima lebih banyak dislikes, berbanding likes
- Himpunan Mega 3 Nov Untuk Tuntut P’raya Bersih & Adil
- Mat Sabu Cabar Isteri Hishamuddin Jalan Seorang Diri..
- Panas - Gaji CEO Tabung Haji RM85 Ribu Sebulan
Bajet 2013 Khas: Tanya Najib - Tengok Cepat Sebelum Dipadamkan Posted: 03 Oct 2012 08:38 PM PDT |
Posted: 03 Oct 2012 07:03 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketiadaan beberapa item penting yang wajib ada dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 menimbulkan tanda tanya samada wujud keadaan kerajaan Umno-BN mahu menyembunyikan sesuatu. Antara item penting yang hilang ialah kedudukan Penyata Kewangan Pada 31 Disember 2012, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan Bagi Anggaran Kumpulan Wang Seperti 31 Disember 2012 dan Penyata Hutang Awam dan Jaminan Seperti 31 Disember 2012. Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail penyata-penyata tahunan itu sebelum ini tidak pernah gagal dimasukkan dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan. "Ini adalah penyata yang sangat penting dan saya tak fikir ia berlaku tanpa disengajakan. "Bila penyata ini hilang, tentulah menimbulkan tanda tanya adakah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu," kata Azan dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini. Dalam sidang media tersebut, Azan turut menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tahun sebelumnya yang mengandungi laporan-laporan hilang itu. Beliau turut menuntut kerajaan Umno-BN agar bertanggungjawab dan harus memberikan jawapan atas ketiadaan penyata penting itu. Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 diedarkan kepada Ahli Parlimen bagi memudahkan mereka membuat rujukan dan semakan terhadap Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu. Turut berada dalam sidang akhbar sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne-Loh. ~addin77.blogspot.com |
Utusan Dedahkan Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Posted: 03 Oct 2012 04:49 PM PDT KUALA LUMPUR 3 Okt. - Sebuah blog hari ini menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang, jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Sambil menyatakan bahan itu diperoleh melalui sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), pengendali blog papagomo.com mendakwa, senarai Kabinet bayangan itu dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Shuhaimi Shafiei. Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun nama tiga pemimpin iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak disenaraikan. -utusek |
TERKINI - Video Hangout Najib Di Privatekan Di Internet. Posted: 03 Oct 2012 08:33 AM PDT Tak sampai sejam sesi hangout najib razak tamat, video tersebut yang sepatutnya masih boleh ditonton telah diprivatekan. ( klik sini ) Video sesi hangout Anwar Ibrahim yang dirakamkan pada 17 ogos lepas peliknya masih boleh ditonton hingga sekarang, ( sila klik sini ) Mungkinkah faktor terlalu banyak yang dislike dan komen-komen yang agak pedas telah membuatkan najib razak bersetuju untuk memprivatekan video tersebut?. Baiklah, kita bezakan ketelusan, besar kemungkinan video najib akan diedit (dipotong-potong) dan dimuat semula bagi menutup peristiwa memalukan yang telah "tukanglawan" siarkan tadi. ( klik sini ). Ini bermakna, najib tidak dapat terima sesi google hangout ini telah jelas memalukannya. Sedangkan video Google hangot Anwar ibrahim terus boleh ditonton tanpa ada pengubahsuaian. Disini ketelusan 2 orang pemimpin dapat kita bezakan... najib cepatx2 padam video kerana terlalu ramai yang dislike, manakala Anwar tiada apa mahu disembunyikan kerana itu hangout Anwar masih boleh ditonton hingga sekarang. http://tukanglawan.blogspot.com/ |
Video live #TanyaNajib terima lebih banyak dislikes, berbanding likes Posted: 03 Oct 2012 08:23 AM PDT SEBENTAR tadi baru sahaja selesai program #TanyaNajib yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube. Najib Razak dilihat berbelanja besar untuk mempromosikan program tersebut. Tidak cukup dengan promosi di media arus perdana, beliau turut menggunakan pengiklanan di Google Adsense dengan harapan program tersebut mendapat sambutan hangat di dalam misinya meraih sokongan golongan muda rujuk sini [Promosi #TanyaNajib]. Malangnya apa yang diharapkan oleh beliau nampaknya tidak menjadi kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga maya. Buktinya, semasa artikel ini ditulis, kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton sila lihat sendiri klik [YouTube] Malah program soal jawab tentang Bajet 2013 bersama Najib Razak ini nampaknya sekadar menjadi bahan lawak di Twitter. Ini jelas membuktikan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Najib Razak kurang disenangi oleh golongan anak muda (majoriti pengguna internet). milosuam.blogspot.com/ |
Himpunan Mega 3 Nov Untuk Tuntut P’raya Bersih & Adil Posted: 03 Oct 2012 08:15 AM PDT KUALA LUMPUR 3 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menganjurkan himpunan mega di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November depan. Dengan tema 'Himpunan Kebangkitan Rakyat', Pakatan mensasarkan kehadiran sejuta rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau berkata, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah. Mat Sabu berkata, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menunjukkan bagaimana anggota keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan himpunan pada 28 April lalu. "Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan, maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 November nanti iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya dipetik Harakah Daily. Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Menurutnya, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya bebas dan telus. "Apa terus meragukan misalnya ditemui 60,000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR. "Bagaimana hendak adakan pilihan raya, sedangkan daftar pemilih dan juga penglibatan pengeluaran Mykad palsu yang ditemui begitu ketara sekali," kata Mat Sabu lagi. Justeru, Pakatan bimbang SPR boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk pilihan raya umum kali ini. Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Fuziah Salleh (Kuantan), Anthony Loke (Rasah), Tian Chua (Batu) dan Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37290 |
Mat Sabu Cabar Isteri Hishamuddin Jalan Seorang Diri.. Posted: 03 Oct 2012 04:54 AM PDT KUALA LUMPUR- Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah. "Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya. Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah. Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan. Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan. Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai. "Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi. Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak. Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi. "Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah. "Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan. Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu". "Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat. "Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan. Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini. harakahdaily. |
Panas - Gaji CEO Tabung Haji RM85 Ribu Sebulan Posted: 03 Oct 2012 02:31 AM PDT Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam sidang dewan rakyat sebentar tadi membahaskan bajet 2013 Barisan Nasional (BN) mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti penyata gaji bulan Disember 2011 milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji yang hanya bekerja secara kontrak memperolehi gaji sebanyak RM85 ribu sebulan dan bonus pada tahun yang sama sebanyak RM700 ribu! Beliau mempersoalkan bagaimana status CEO yang hanya diambil secara kontrak boleh memperolehi gaji sebesar itu sedangkan dalam masa yang sama gaji dan bonus CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bekerja tetap tidak sampai sebanyak itu, malah melebihi gaji dan bonus perdana menteri sendiri. Beliau mengesyaki bahawa adanya penyelewengan yang berlaku dalam institusi terbabit sehingga berlaku ketidak puasan hati sesetengah pegawai kanan yang mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan perkara sedemikian berlaku. Pendedahan Mahfuz membuatkan ahli parlimen BN terdiam seketika tanpa mampu membalas hujah Mahfuz. Ini termasuklah pendedahan pada 9 April lalu yang mana Mahfuz mempertikaikan dakwaan pemindahan wang Tabung Haji sebanyak RM300,000 ke dalam akaun peribadi ketua pegawai eksekutif badan tersebut, Ismee Ismail. Mahfuz berkata, kerajaan dan Tabung Haji perlu menjelaskan dakwaan tersebut ekoran jawapan yang diberikan timbalan menteri kewangan, Donald Lim Siang Chai di Dewan Rakyat masih tidak memuaskan. Mahfuz berkata, Donald sekadar menjawab bahawa langkah itu dibuat mengikut prosedur tetapi tidak menjelaskan sebab pemindahan wang itu dilakukan. "Duit itu untuk apa"," soalnya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen. Duit berkenaan mungkin untuk bayaran gaji Ismee "berjumlah RM85,000 sebulan", kata Mahfuz lagi yang turut mengedarkan dokumen berhubung dakwaan tersebut. Dokumen yang diedarkannya itu antara lainnya menunjukkan arahan terperinci ketua pegawai kewangan Tabung Haji kepada pengurus banknya supaya memindahkan wang ke akaun peribadi Ismee. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan