Ahad, 21 Oktober 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[DASYAT] 11 Isteri Kongsi Satu Suami

Posted: 20 Oct 2012 11:43 PM PDT

Pakatan madu di laman sosial

KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.

Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.


BERANI.... lelaki terbabit ketika bernikah dengan seorang daripada 11 isterinya.


Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.

Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.


Lelaki lebih empat isteri persenda agama

KUALA LUMPUR: Lelaki yang berkahwin serentak dengan lebih daripada empat isteri boleh dikategori sebagai mempersendakan agama kerana Islam mengharamkan perbuatan itu.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anuar Rahmat berkata, berkahwin lebih daripada empat isteri hanya berlaku pada zaman jahiliah dan selepas kedatangan Islam, seorang lelaki hanya dibolehkan mempunyai empat isteri dalam satu-satu masa.

Menurutnya, kes seorang lelaki yang kini dipercayai mempunyai tujuh isteri adalah kali pertama didengar dan ia boleh berlaku jika perkahwinan secara poligami ini tidak didaftarkan kepada pejabat agama.

"Memang perkara ini boleh berlaku dan jika ia berlaku, bermakna lelaki berkenaan sengaja mempersendakan agama dan tindakan boleh diambil terhadapnya.

"Enakmen Jenayah Syariah mempunyai peruntukan terhadap mereka yang mempersendakan agama, jadi individu terbabit boleh dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Khairul Anuar berkata, poligami sememangnya sesuatu yang halal dan diharuskan Islam dan melalui sistem perkahwinan ini seseorang lelaki boleh mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup.

"Dalam Islam, poligami hanya dibenarkan ke atas si suami untuk beristeri lebih daripada satu dengan had empat orang seperti firman Allah (surah an-Nisa: 3) yang bermaksud: "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.

"Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman," katanya.
-HM

Terima Kasih MCA kerana Hina & Tentang Hudud!

Posted: 20 Oct 2012 10:25 PM PDT



Tatkala MCA berjuang habis-habisan menghina dan menentang hudud, di sana terdapat beberapa orang non-muslim yang erpandangan positif terhadap undang-undang Islam tersebut.

Membuktikan bahawa langkah MCA - sekutu Barisan Nasional yang diterajui UMNO itu bukan hanya menyentuhi sensitiviti umat Islam malah turut tidak disenangi oleh non Muslim juga.

Kini, MCA dilihat sebagai sebuah parti cauvinis yang ANTI-ISLAM.

Ia juga petanda tamatnya era pemerintah BN menjelang PRU13 nanti.

Justeru itu, terima kasih MCA kerana sumbangan bermakna anda untuk tumbangkan BN!

PANAS! Chua Soi Lek Melampau Hina Hudud! Ini Balasannya!




Kenyataan biadap berunsur menghina agama yang diucapkan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mendakwa 1.

2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan nampaknya memakan diri! Lihat saja apa yang terjadi semasa perhimpunan Agung parti itu yang bermula sejak semalam hingga lewat petang ini.

Foto yang dirakam di atas diambil kira-kira jam 11 pagi semalam semasa perwakilan pemuda sedang membahaskan usul menyokong kepimpinan perdana menteri Najib Altantuya dan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.

Hampir satu pertiga kerusi yang diperuntukkan di dalam Dewan San Choon, tempat persidangan tersebut kosong tanpa dipenuhi seperti tahun-tahun lepas.

Ada di antara perwakilan pemuda yang ditemui enggan memberikan sebarang komen mengapa dewan yang boleh menempatkan lebih 1,500 perwakilan pada satu-satu masa terdiri daripada sayap pemuda, wanita dan senior parti itu kosong semasa persidangan berlangsung.

Ketua Pemudanya, Wee Ka Siong dalam ucapannya tanpa berlapik terus menghentam Pakatan Rakyat kununnya hutang negara dalam keadan terkawal walaupun sudah mencecah RM502 bilion sehingga hujung tahun ini.

Kelmarin, kenyataan Chua tersebut menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.

Ketua pemuda PAS, Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan "dangkal", "melucukan" dan "tidak berasas" itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.

Manakala PERKASA membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.

Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Jika beginilah suasana dan semangat yang ditunjukkan sayap pemuda sebagai tunjang serta pelapis MCA pada masa depan, diyakini parti tersebut akan terus tenggelam seperti mana prestasi yang ditunjukkan pada pilihanraya umum lalu.

MCA dan Chua Soi Lek jangan salahkan sesiapa, sebaliknya salahkan diri sendiri kerana kaum Cina sendiri sudah lama meninggalkan parti perkauman yang hanya mengikut telunjuk Umno hatta dalam pemilihan presidennya sekalipun!
--jalanpulang



[VIDEO] Kelantan vs ATM (3-2) Final Piala Malaysia, Saksikan 5 Gol-gol Menarik

Posted: 20 Oct 2012 08:02 PM PDT


Kelantan membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas.

Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan.

Tahun lalu, Kelantan kalah dengan Negeri Sembilan.

Dalam perlawanan malam ini, ATM hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun, sepakannya tersasar.

ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam.

Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol.

Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas.

Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13.

Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi.

Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun.

Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48.

Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua.

Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM.

Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit.

Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka.

Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali.

Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali. -SH

Berikut kedudukan jaringan:

ATM (2) mln Kelantan (3)

Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61

Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49
Indra Putra minit ke-95

[PANAS] Robengah Tak Nafi Dirogol, Sekadar Berkata ‘Saya Orang Kecil, Biar Tuhan Balas’

Posted: 20 Oct 2012 05:07 PM PDT

Jingga 13 akan mendedahkan rakaman video pertemuan dengan keluarga dan bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, kata Koordinatornya, Fariz Musa.

"Kita akan dedahkan selepas buat laporan di Kedutaan Indonesia (berhubung kes ini)," katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk pejabat Kementerian itu petang tadi.

Katanya lagi, video itu dirakam ketika wakil Jingga 13 melawat kampung halaman Robengah di Banjanegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan mewawancara beliau.

"Ketika wawancara, Robengah turut ditanya sama ada beliau pernah diperkosa Rais…beliau jawab, 'saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya'," katanya lagi.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya itu ketika bekerja di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan dakwaan itu dalam satu surat pada 2007 .

Dalam lawatan itu, rumah baru Robengah yang didakwa bernilai kira-kira RM100,000, turut dirakam wakil Jingga 13.

Terdahulu, Jingga 13 dalam kenyataannya mempersoalkan sumber kewangan Robengah untuk membina rumah berkenaan, sedangkan dia hanya dibayar gaji paling tinggi RM500 sebulan ketika menjadi pembantu rumah Rais.

Fariz bersama-sama lapan lagi ahli Jingga 13 tiba di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada jam 3.30 petang tadi bagi menghantar memorandum berhubung dakwaan itu.

Memorandum itu, antara lain menuntut Rais menjawab sumber kewangan Robengah dan sama ada wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuannya sebelum ini.

Memorandum berjaya diserahkan kepada Ketua bahagian Pentadbiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, M Janagarajan kira-kira jam empat petang. -KD

Ulasan GB

GB sudah katakan dahulu, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempat sekalian ia cuba ditutup dengan apa cara pun.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Isterinya Dilarikan Lelaki Setelah Bekenalan Melalui Facebook

Posted: 20 Oct 2012 07:31 AM PDT

Jempol - Seorang suami terpaksa membuat empat laporan polis membabitkan kehilangan anak dan isterinya dipercayai mengikut seorang lelaki pada 15 Oktober lalu.

Bapa tiga cahaya mata, Mohd Salleh Hussin, 54, berkata, tidak menyangka isterinya hilang bersama seorang anaknya, Nuralia Nadira,3, ketika keluar membeli barang di pekan Bahau pada 15 Oktober lalu.

Menurutnya, sebelum ini isterinya, Nik Rosmalina Nik Mat, 28 akan memaklumkan kepadanya sekiranya pulang lewat.

"Namun, sehingga jam 7 petang dia masih tidak pulang. Dalam keadaan kelam-kabut dompet saya pula hilang pada hari yang sama tetapi tidak saya endahkan sebab sibuk mencari isteri dan anak.

"Kemudian, saya cuba hubungi isteri namun tidak berjawab.Esok harinya (16 Oktober) saya pergi ke bank untuk keluarkan duit menggunakan buku sebab kad pengeluaran wang automatik (ATM) hilang bersama dompet.

"Alangkah terkejutnya saya apabila pegawai bank memaklumkan saya telah mengeluarkan duit kira-kira RM5,004 bermula jam 7.14 pagi pada 15 Oktober lepas, secara berulang di tempat yang sama iaitu dekat Petronas, Serdang Raya, Selangor," katanya.

Menurutnya, dia juga dimaklumkan melalui kamera litar tertutup dekat kawasan itu, bahawa terdapat seorang lelaki mengeluarkan wang pada 7.14 pagi dengan menaiki kereta jenis Proton Wira Aerobik.

"Saya terpaksa menyekat semua kad ATM bagi mengelakkan duit saya terus dikeluarkan dan saya mengesyaki isteri yang mengambil dompet itu.

"Saya difahamkan daripada keluarga terdekat bahawa isteri saya ada mengenali seorang lelaki melalui telefon kemudian berhubung melalui laman sosial Facebook... jadi, saya percaya perkara ini ada kaitan dengan kehilangan mereka.

"Namun, saya harap sangat lelaki terbabit serah diri dekat balai polis terdekat dan berharap supaya isteri dan anak pulang semula ke rumah," katanya.

Mohd Salleh berkata, orang ramai yang mengenali atau melihat isterinya dan anaknya diminta segera menghubunginya di talian 019-2041301 atau 06-4692800.

Tambahnya, dia bersedia berbincang dengan isterinya secara baik berhubung perkara terbabit selain tidak mahu hal itu berlarutan terlalu lama.

Untuk rekod, laporan pertama, Mohd Salleh membuat repot mengenai kehilangan dompet berisi pelbagai kad bank; repot kedua mengenai kehilangan isterinya; repot ketiga mengenai duit dalam akaunnya hilang dan keempat mengenai menjejak panggilan keluar masuk nombor telefon isterinya.

[BONGKAR] Siapa Dermawan Rahsia Untuk Musa Aman Didedahkan

Posted: 20 Oct 2012 05:31 AM PDT

Para Dermawan Rahsia Untuk Musa – Kami Dedahkan Wang Sogokan UMNO Sabah!

Pada hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan adalah "betul" bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan.

Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia.

Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia, dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah terhadapnya.

Beralasankan bahawa semua bayaran itu dibuat kepada UMNO telah termusnah kerana bukti-bukti bahawa Michael Chia telah juga membuat pembayaran menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun mereka menuntut di luar negara.

Adakah pengajian anak-anak Musa di Australia itu ada kepentingan dan kaitan dengan wang UMNO? Nampaknya Pengerusi UMNO Sabah itu bukan sahaja menggunakan wang itu untuk kepentingan politiknya (sebagaimana dia berikan sebagai alasan) lebih dari kegunaan peribadinya. Wang itu juga turut digunakannya untuk membiayai perbelanjaan ahli-ahli keluarganya.

Nampaknya BN cuba mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh negara-negara bertamadun yang lain untuk mempastikan keboleh-percayaan tidak dipedulikan oleh BN, kerana kita boleh percaya pada mereka bahawa mereka tidak menerima sebarang wang rasuah!

Lim bersaudara mempunyai banyak lesen dan konsesi yang diterima mereka dari Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Musa Aman (yang juga Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi UMNO Sabah). Hasil-hasil kajian kami mendapati bahawa syarikat-syarikat Maxland Sdn. Bhd., Cergas Kenari Sdn. Bhd dikendalikan oleh Priceworth Industries Sdn. Bhd. dimana Andrew Lim merupakan ketua mereka. Lim juga merupakan pengawal dan pengendali bagi banyak syarikat pembalakan di Sabah.

Andrew Lim dan saudaranya Freddy Lim juga berada di sebalik agen-agen pembalakan Wayco Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong dan syarikat Hillywell Inc adalah pembayar berjuta-juta dollar ke dalam akaun-akaun UBS Michael Chia. Pembayaran-pembayaran ini telah ditimbulkan oleh pihak ICAC Hong Kong dalam siasatan-siasatan mereka.


Jika ianya bukan suatu kesalahan dengan berjuta-juta dollar yang didermakan kepada UMNO Sabah (yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman) diterima daripada kroni-kroni pembalakan yang telah dianugerahkan lesen-lesen pembalakan dari Lembaga Pengarah yayasan Sabah (yang juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman), kenapa pula Perdana Menteri membiarkan Sarawak Report menerbitkan semua ini?

Musa seharusnya mengumumkan mengenai para penyumbang dananya dan dia seharusnya merasa bangga bahawa UMNO Sabah mendapat faedah dari berjuta-juta wang sogokan untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan memusnahkan saki-baki hutan dara dan bahawa mereka gembira mengharapkan ketibaan wang yang cuba diseludup masuk ke Sabah oleh Michael Chia (yang mendapat banyak lesen pembalakan dan mempunyai banyak kereta mewah, telah banyak kali mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf dalam mahkamah).

Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroni pembalakan dari Sarawak, Ting Pek Kiing juga pernah menerima banyak lesen pembalakan dari Yayasan Sabah. Dalam pada itu, syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan kroni ini juga turut bermurah hati menyumbangkan dana ke dalam akaun-akaun Michael Chia yang menjadi punca kewangan RM40 juta untuk dibawanya kepada Musa dalam tahun 2008.

Simon Ling Ding Dieng adalah sepupu Ting Pek Kiing yang juga rakan niaganya yang turut menerima lesen-lesen pembalakan, dan begitu juga seorang lagi kroni pembalakan yang bernama Ngui Ing Chuan.

Maka, tidak hairanlah bagi Ngui Ing Chuan dan anak Ting Pek Kiing, Peter Ting Sie Huong merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Borion yang telah menyumbang dana yang besar ke dalam akaun-akaun Michael Chia, yang kemudiannya dikeluarkan untuk dijadikan dana kepada Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman!

Edmond atau Admond Looh Boon Chai adalah Ketua pengarah Eksekutif dalam Java Industries sehingga 2010 dan merupakan penerima banyak lesen dari Yayasan Sabah menerusi banyak syarikatnya.

Looh juga merupakan pengawal atau pengendali banyak syarikat yang telah menyumbangkan banyak dana ke dalam jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Michael Chia bagi pihak Musa Aman (sebagaimana yang telah diakui). Pihak SPRM kini mempunyai bukti-bukti banyak pembayaran yang dibuat oleh syarikat-syarikat kendalian Looh, lagi pun Looh juga merupakan penerima banyak lesen pembalakan dari Musa Aman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah.

Sebenarnya banyak wang telah dialirkan dari syarikat-syarikat milik Looh ke dalam akaun-akaun Micahel Chia selama beberapa tahun dan semua mahlumat ini ada pada pihak SPRM!

Ini merupakan jawapan pelik Perdana Menteri pada hujung minggu ini:

"Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik," katanya, sebagai menambah bahawa sumbangan politik dilakukan dengan cara yang betul.

Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana politik. "Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak mengisytiharkannya," [New Straits Times]. Pengakuan-pengakuan sedemikian seharusnya diuji di mahkamah. -sarawakreport.org

Tiada ulasan: