Sabtu, 20 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Umno mesti keluar BN

Posted: 20 Oct 2012 11:02 PM PDT



Nasrudin Hassan,21 Okt 2012
1.     Semakin jelas "MCA anti Islam". MCA terlalu prejudis terhadap Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.

2.     Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

3.     Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan "sebantal" dalam menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini.

4.     UMNO terpaksa "menutup mata" dan "menyumbat mulut" terhadap apa jua kenyataan dan tindakan MCA demi mencari sepangkah dua undi dari non muslim yang rata – rata pada hari ini telah menolak Barisan Nasional yang penuh dengan kurap dan kudis rasuah.

5.     Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie pula secara terbuka memfitnah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS sekaligus mempersendakan hukum Allah apabila beliau menyebut :

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?"

6.     Saya mendesak supaya Heng meminta maaf di atas keceluparan dan kebiadabannya terhadap Islam dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tuduhan yang tidak masuk aqal dan berniat jahat.

7.     UMNO dan MCA sangat terdesak berdepan scenario iklim politik mutaakhir yang menyaksikan peralihan undi ketara kalangan non muslim dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa mengamalkan "politik biawak" apabila bercabang lidah dalam kempen mereka.


8.     Berdepan pengundi melayu, mereka berkempen supaya jangan sokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan kuasa politik dan ekonomi akan jatuh ke tangan non muslim. DAP akan jadi Perdana Menteri dan sebagainya.

9.     Lidah yang sama terus bercabang apabila mereka berkempen pula di kawasan pengundi non muslim supaya jangan menyokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan hukum hudud terlaksana di Malaysia. Sokong PR ertinya sokong DAP. Sokong DAP ertinya sokong hudud. Begitulah nada dan bahasa kempen mereka.

10.  Kini MCA melahirkan pula keraguan mereka kepada UMNO. Selayaknya mereka berpisah apabila "bersekedudukan" tanpa mempercayai antara satu sama lain. Selayaknya UMNO keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat kepercayaan daripada MCA. Orang melayu sewajarnya membuka mata melihat apa yang berlaku hari ini untuk mreka membuat pilihan yang tepat.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Kumpulan K Pop Wonder Girls berbaju kurung ketika konsert di KL

Posted: 20 Oct 2012 09:29 PM PDT


WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Oktober 2012
Wonder Girls sopan berbaju kurung
Wonder Girls
COMEL sungguh lima gadis dari kumpulan K-Pop terkenal, Wonder Girls yang memakai baju kurung ketika membuat persembahan di konsert mereka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dengan imej sopan sebegitu, mereka langsung tidak kekok menari menghiburkan peminat.

Ramai peminat memuji kumpulan dari Korea Selatan ini kerana pandai membawa diri dan menghormati budaya masyarakat di sini.

Jika artis antarabangsa boleh mengikut garis panduan berpakaian ketika membuat persembahan di Malaysia, mengapa tidak artis kita?

Malah, kebelakangan ini artis tempatan seolah-olah berlumba-lumba untuk tampil seksi di majlis anugerah.

Mungkin selepas ini, penganjuran mana-mana majlis anugerah boleh mengangkat baju kurung sebagai tema pakaian. Pasti ramai artis kita yang tampil sopan dan sejuk mata memandang.

Para Dermawan Rahsia Untuk Musa Aman

Posted: 20 Oct 2012 08:52 PM PDT

 – Kami Dedahkan Wang Sogokan UMNO Sabah!

Pada hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan adalah "betul" bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan.

Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia.

Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia, dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah terhadapnya.



Beralasankan bahawa semua bayaran itu dibuat kepada UMNO telah termusnah kerana bukti-bukti bahawa Michael Chia telah juga membuat pembayaran menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun mereka menuntut di luar negara.

Adakah pengajian anak-anak Musa di Australia itu ada kepentingan dan kaitan dengan wang UMNO? Nampaknya Pengerusi UMNO Sabah itu bukan sahaja menggunakan wang itu untuk kepentingan politiknya (sebagaimana dia berikan sebagai alasan) lebih dari kegunaan peribadinya. Wang itu juga turut digunakannya untuk membiayai perbelanjaan ahli-ahli keluarganya.

Nampaknya BN cuba mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh negara-negara bertamadun yang lain untuk mempastikan keboleh-percayaan tidak dipedulikan oleh BN, kerana kita boleh percaya pada mereka bahawa mereka tidak menerima sebarang wang rasuah!

Lim bersaudara mempunyai banyak lesen dan konsesi yang diterima mereka dari Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Musa Aman (yang juga Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi UMNO Sabah). Hasil-hasil kajian kami mendapati bahawa syarikat-syarikat Maxland Sdn. Bhd., Cergas Kenari Sdn. Bhd dikendalikan oleh Priceworth Industries Sdn. Bhd. dimana Andrew Lim merupakan ketua mereka. Lim juga merupakan pengawal dan pengendali bagi banyak syarikat pembalakan di Sabah.

Andrew Lim dan saudaranya Freddy Lim juga berada di sebalik agen-agen pembalakan Wayco Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong dan syarikat Hillywell Inc adalah pembayar berjuta-juta dollar ke dalam akaun-akaun UBS Michael Chia. Pembayaran-pembayaran ini telah ditimbulkan oleh pihak ICAC Hong Kong dalam siasatan-siasatan mereka.


Jika ianya bukan suatu kesalahan dengan berjuta-juta dollar yang didermakan kepada UMNO Sabah (yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman) diterima daripada kroni-kroni pembalakan yang telah dianugerahkan lesen-lesen pembalakan dari Lembaga Pengarah yayasan Sabah (yang juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman), kenapa pula Perdana Menteri membiarkan Sarawak Report menerbitkan semua ini?

Musa seharusnya mengumumkan mengenai para penyumbang dananya dan dia seharusnya merasa bangga bahawa UMNO Sabah mendapat faedah dari berjuta-juta wang sogokan untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan memusnahkan saki-baki hutan dara dan bahawa mereka gembira mengharapkan ketibaan wang yang cuba diseludup masuk ke Sabah oleh Michael Chia (yang mendapat banyak lesen pembalakan dan mempunyai banyak kereta mewah, telah banyak kali mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf dalam mahkamah).

Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroni pembalakan dari Sarawak, Ting Pek Kiing juga pernah menerima banyak lesen pembalakan dari Yayasan Sabah. Dalam pada itu, syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan kroni ini juga turut bermurah hati menyumbangkan dana ke dalam akaun-akaun Michael Chia yang menjadi punca kewangan RM40 juta untuk dibawanya kepada Musa dalam tahun 2008.

Simon Ling Ding Dieng adalah sepupu Ting Pek Kiing yang juga rakan niaganya yang turut menerima lesen-lesen pembalakan, dan begitu juga seorang lagi kroni pembalakan yang bernama Ngui Ing Chuan.

Maka, tidak hairanlah bagi Ngui Ing Chuan dan anak Ting Pek Kiing, Peter Ting Sie Huong merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Borion yang telah menyumbang dana yang besar ke dalam akaun-akaun Michael Chia, yang kemudiannya dikeluarkan untuk dijadikan dana kepada Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman!

Edmond atau Admond Looh Boon Chai adalah Ketua pengarah Eksekutif dalam Java Industries sehingga 2010 dan merupakan penerima banyak lesen dari Yayasan Sabah menerusi banyak syarikatnya.

Looh juga merupakan pengawal atau pengendali banyak syarikat yang telah menyumbangkan banyak dana ke dalam jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Michael Chia bagi pihak Musa Aman (sebagaimana yang telah diakui). Pihak SPRM kini mempunyai bukti-bukti banyak pembayaran yang dibuat oleh syarikat-syarikat kendalian Looh, lagi pun Looh juga merupakan penerima banyak lesen pembalakan dari Musa Aman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah.

Sebenarnya banyak wang telah dialirkan dari syarikat-syarikat milik Looh ke dalam akaun-akaun Micahel Chia selama beberapa tahun dan semua mahlumat ini ada pada pihak SPRM!

Ini merupakan jawapan pelik Perdana Menteri pada hujung minggu ini:

"Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik," katanya, sebagai menambah bahawa sumbangan politik dilakukan dengan cara yang betul.

Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana politik. "Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak mengisytiharkannya," [New Straits Times]. Pengakuan-pengakuan sedemikian seharusnya diuji di mahkamah. -sarawakreport.org

VIDEO (18SX): "TUALA WANITA BERDARAH BUKTI SAYA BUKAN PONDAN"- VIVIAN LEE

Posted: 20 Oct 2012 07:27 AM PDT



Pelajar Malaysia, Alvin Tan dan pasangannya, Vivian Lee, 23 tahun,  memaparkan gambar bogel mereka di Facebook dan blog. Vivian juga menyiarkan gambar tuala wanita berdarah miliknya sekaligus menyangkal  dakwaan mengatakan dia pondan.

Pada usia muda barangkali mereka hanya ingin memancing perhatian masyarakat dan media. Alvin dikatakan pelajar pintar tetapi skop pemikirannya masih skop pemikiran lelaki berusia 23 tahun.
Melalui pengamatan saya, majoriti masyarakat Cina di Malaysia tidak gemar mendedahkan kisah keluarga mereka. 

Semalam saya bersembang bersama rakan setugas berbangsa Cina.

"Ingat lagi segmen Jejak Kasih pernah disiarkan oleh program bual bicara, Malaysia Hari Ini?," soal saya.

Dia menganggukkan kepala.

"Majoriti daripada mereka muncul di kaca televisyen, mencari saudara terdekat hilang, berbangsa Melayu. Tidak pernah saya menonton individu berbangsa Cina merayu dan menangis di televisyen sewaktu menceritakan kisah sedih kehilangan ayah, ibu, adik-beradik," kata saya.

Saya percaya, terdapat kes masyarakat Cina terpisah dengan ahli keluarga tetapi enggan mendedahkan hal itu kepada umum.

Alvin dan Vivian mengambil keputusan berbeza dan tanpa segan silu menampilkan gambar dan video berhubung kegiatan seks mereka di alam maya sebelum ini. Vivian mengaku menerima tekanan daripada keluarganya manakala Alvin pula mungkin ditolak menyambung pelajarannya di National University Of Singapore berikutan tindakan mereka.

Barangkali mereka berdua tidak berfikir secara matang sebelum membuat keputusan.

Setelah tertekan berikutan cercaan masyarakat, mereka menutup blog Sumptuos Erotica dan membuka blog baru tetapi bukan untuk tontonan umum.

Baca blog What's On Dalian, klik di sini untuk mendapatkan gambaran pandangan masyarakat. Nilai juga komen mereka berdua, klik di sini.
-http://www.mazidulakmal.com

hahahahaha ... mai kita pakat-pakat baca apa SPR dok klentong kita

Posted: 20 Oct 2012 05:41 AM PDT


SPR jelaskan ratusan pengundi di satu alamat
8:06PM Okt 20 2012
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, ratusan pengundi didaftarkan di alamat yang sama disebabkan masalah penempatan setinggan sebelum ini.

"Dalam kes di mana sekelompok pengundi menggunakan satu alamat, apa yang kita lihat di Kuala Lumpur hari ini tidak sama dengan 10 tahun lalu... demografinya sudah berubah," katanya dalam forum di Petaling Jaya hari ini.


Sebagai contoh, katanya, pada suatu masa terdapat ratusan pengundi didaftarkan menggunakan alamat sama di Sulaiman Court ketika terdapat komuniti setinggan pada 20 tahun lalu.

Tempat itu sekarang dibina kompleks membeli-belah Sogo.

"Sebelum ini, apabila penduduk setinggan mendaftar, mereka mungkin pilih satu alamat, mungkin kediaman ketua kampung, dan semua surat menyuratnya masuk ke situ," katanya. - Malaysiakini


PECAH BERITA : KAMERA AES : 97.5% Rakyat Malaysia MENOLAK

Posted: 20 Oct 2012 01:34 AM PDT



KAMERA AES DARI JPJ DAN KERAJAAN BN
UNTUK MENJAMIN KEWANGAN RAKYAT
MASUK POKET KAUM BANGSAWAN.
TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL!
KERANA MEMAHAMI ASPIRASI RAKYAT.


Kuala Lumpur - by @tiewnama..
kerajaan persekutuan dibawah kendalian Barisan Nasional
berkata bahawa kerajaan TIDAK AKAN memansuhkan akta AES
kerana iainya bertujuan mendidik PENGGUNA JALANRAYA
dan bukannya bertujuan MENGAUT KEUNTUNGAN MAXIMA
RM beribu juta untuk kroni seperti yang di gembar gemburkan oleh Pakatan Rakyat


JPJ yang ''mewakili'' dan menjadi juru cakap kerajaan BN berkata sebanyak
63,000 gambar telah di tangkap di 21 lokasi AES hanya selama 8 hari.

rakyat pula mengkritik bahawa JPJ di bawah Barisan Nasional tidak memasang
kamera AES ini di kawasan maut tetapi di kawasan lapang dan jalan yang luas
yang lurus yang hanya boleh di bawa 35kmj hingga 70kmj saja!

berikut adalah Bancian dan Undian dari Rakyat Malaysia sendiri berkaitan dengan
kamera AES yang di letakkan di 813 kawasan seluruh malaysia.

2,345 orang tidak bersetuju dengan sistem Kamera AES
66 orang bersetuju dengan sistem AES..

buat perbandingan di sini adalah seperti berikut..
2,345 + 66 = 2411 orang yang mengundi secara rawak.

2,411 / 100 = 1% mewakili 24 orang,

tidak bersetuju mewakili 97.5% 
berbanding yang bersetuju hanya 2.5% saja!

adakah ini yang di katakan oleh menteri pengangkutan dan timbalannya 
serta pengarah JPJ bahawa sistem ini di terima oleh MAJORITI Rakyat Malaysia?

seperti sedia maklum, rakyat malaysia kini mahukan sebuah kerajaan yang jujur
dan amanah dalam menjaga KEBAJIKAN rakyat, bukan mengaiaya mereka dengan
tindakan tindakan yang di lihat semakin hari semakin MELAMPAU!.

CARTA BANCIAN & UNDIAN SEPERTI GAMBAR DI BAWAH.

















SUMBER

Tiada ulasan: