Ahad, 21 Oktober 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Umno Hantar Rombongan Jumpa Tok Guru Nik Aziz..

Posted: 20 Oct 2012 08:25 PM PDT

Nik Aziz: Amal mawaddah, bubar Umno naung dalam satu parti


KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, "kita tiru tindakan" bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.



"Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.

"Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar; isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Pakar Motivasi, Dr Robiah K.Hamzah.

Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.

Menurutnya, dalam politik, manusia perlu menghubungkan politik dengan Nabi Muhammad iaitu apabila menyebut nama Nabi Muhammad SAW, ia mengingatkan umat terhadap politik Islam.

"Dalam sembahyang, kita menyebut salam ke atas Nabi Muhammad biarpun Nabi tiada waktu kita solat, namun kita diajar ada hubungan rapat manusia dengan Nabi," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, bagi melaksanakan mawaddah dalam kedua-dua parti (Pas-Umno) berkenaan, beliau ada membuat cadangan kepada rombongan yang sampai dari Kuala Lumpur semalam.

"Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

"Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam," katanya.

Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga.



Pemuda MCA Tegur Video Seks Chua Soi Lek.. Hehe..

Posted: 20 Oct 2012 06:27 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt ― Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong hari ini berkata sayap tersebut menolak sikap sebuah pasangan muda Malaysia dibelakang blog seks yang gempar baru-baru ini.

Wee (gambar) berkata, Alvin Tan dan Vivian Lee tidak seharusnya menunjukkan hubungan peribadi mereka di Internet semata-mata mahu mendapat perhatian kerana budaya Malaysia ini yang konservatif.

"Mereka tidak seharusnya menggunakan platform ini untuk jadi popular, atau menjadi pelakon video lucah.



"Ini bukan caranya untuk mendidik masyarakat muda," katanya apabila ditemuramah pada perhimpunan agung Pemuda MCA hari ini.

Wee berkata, hak kebebasan individu ada hadnya, terutamanya dalam negara ini yang menolak keterbukaan dalam hal ehwal seksual. Beliau berkata Lee dan Tan seharusnya berfikir kesan tindakan mereka memuatnaik gambar dan video lucah mereka.

Di dalam blog lucah mereka, Lee, 23, dan kekasihnya Alvin Tan Jye Yee, 24 telah meletakkan video dan gambar lucah mereka ketika melakukan hubungan seksual.

Blog tersebut telah ditutup oleh pasangan terbabit, cuma meninggalkan beberapa tulisan dari 20 September hingga 15 Oktober, tetapi gambar dan video tersebut telah disiarkan di Gutter Uncensored.



Video Menarik Rais Yatim Bantai TV3 Dan RTM

Posted: 20 Oct 2012 04:33 AM PDT



Tiada ulasan: