Sabtu, 20 Oktober 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Komen Bangang Fathul Bari Tentang MCA Hina Hudud

Posted: 20 Oct 2012 12:57 AM PDT

"Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam."

"Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

"Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?," katanya.

** Pelik sungguh kerana MCA yang hina hudud.., Pi mai pi mai akhirnya Pas dan Dap juga yang kena..? Memang cari makan sungguh ular*** Umno ni.. hehehe..






MCA Secara Terang Terus Memusuhi Islam

Posted: 19 Oct 2012 10:06 PM PDT

Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

"(DAP ) dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222 kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur.



"Ekoran pertimbangan agama, anggota parlimen Umno dan PKR tiada pilihan selain menyokong rang undang-undang (hudud), sekali gus membuka jalan kepada keperluan dua pertiga untuk pindaan perlembagaan."

Walaupun mengakui anggota parlimen beragama Islam masih kurang 15 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3, Yu menegaskan hudud akan dilaksana sekiranya pindaan perlembagaan dibentangkan.

Sehubungan itu, tambahnya, Malaysia akan bertukar menjadi negara teokratik sekiranya mengundi Pakatan.



Jangan Sibuk Urusan Saya Dengan Anwar - Musa Hassan

Posted: 19 Oct 2012 06:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi susulan keputusan beliau menggugurkan kes saman ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

Dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider malam tadi, Musa berkata perbincangan dengan Anwar adalah berbentuk peribadi dan berharap pihak tertentu berhenti daripada terus membuat pertikaian dalam isu tersebut.

"Kenapa mahu sibuk-sibuk hal saya? Ia adalah perkara peribadi antara saya dengan Anwar.



"Ini cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi dan saya berharap tidak perlu pihak lain untuk terus mencampuri urusan saya dengan Anwar," kata Musa.

Kes tuntutan saman ke atas ketua pembangkang tersebut telah ditarik balik oleh Musa atas persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak dalam perbicaraan yang berlangsung baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Musa yang ditemui diluar mahkamah menerangkan keputusan untuk menyelesaikan perkara tersebut diambil selepas beliau diberitahu berlaku "salah faham" dalam peranannya di dalam kes saman tersebut.

"Saya diberitahu terdapat salah faham tentang peranan saya di dalam kes yang difailkan ke mahkamah ini melibatkan insiden mata lebam disebelah pihak defendan.

"Jadi saya menerima cadangan untuk menyelesaikan perkara ini diluar mahkamah," kata Musa.

Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis kontinjen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan dakwaan Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Berikutan itu, Musa menfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Musa menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.

Musa juga berkata beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.

Ekoran keputusan tersebut, pelbagai khabar angin tercetus antaranya dakwaan bekas KPN tersebut akan menyertai PAS yang kemudiaannya dinafikan beliau.

Baru-baru ini beberapa pegawai tinggi kerajaan beragama Islam, termasuk bekas ketua setiausaha, bekas pegawai-pegawai khas serta pesara polis dan tentera menyertai PAS setelah menamatkan perkhidmatan mereka.

Antaranya bekas Ketua Siasatan Jenayah Datuk Fauzi Shaari, bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan bekas naib presiden Felcra Berhad Datuk Ramli Buyong.

Dalam sebuah temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider sebelum ini, Musa telah memuji tindakan Fauzi menyertai PAS tetapi berkata beliau tidak akan mengikut jejak yang sama.

"Selepas ini, dia boleh mengajar PAS tentang undang-undang negara", ujar Musa mengenai Fauzi ketika itu, sambil menambah bahawa beliau telah menolak lamaran dari sebuah parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Selain PAS, parti komponen PR adalah PKR dan DAP.

"Adalah lebih baik untuk orang seperti saya (bekas Ketua Polis Negara) untuk menjauhkan diri dari politik", kata beliau kepada The Malaysian Insider pada bulan Julai lalu.

-malaysianiInsider-



Laporan Audit Skandal RM2.5 Juta Kedah - Umno Dan SUK Terlibat

Posted: 19 Oct 2012 05:06 PM PDT



Saya beranggapan bahawa pembaca telah meneliti laporan Ketua Audit Negara 2011 berhubung penyelewengan RM2.55 juta yang berlaku di Bahagian Perumahan, pejabat SUK Kerajaan Negeri Kedah. Saya juga beranggapan bahawa pembaca telah mengikuti pendedahan oleh rakan sekerja SS iaitu Enggang Qadha bahawa orang penting di Bahagian Perumahan sendiri adalah individu yang terbabit, pernah ditahan reman oleh SPRM terhadap kes tersebut serta menunggu masa untuk didakwa di mahkamah. Tiga fakta penting yang dikaitkan dengan individu berkenaan ialah:

1) Dia adalah orang kuat UMNO peringkat Bahagian dan Negeri

2) Dia adalah sekutu rapat rapat SUK Kedah Dato' Rasli Basir

3) Dia adalah orang kepercayaan dan kroni kepada bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Dia ialah Abd Rahman bin Mohd Saad, Ketua PSU di Bahagian Perumahan.



Dengan pendedahan ini maka ternafilah segala fitnah jahat dan dakyah media maya UMNO Be End bahawa penyelewengan dilakukan oleh 'Kerajaan PAS Kedah', sama ada anggota Exco, jauh sekali dilakukan oleh Menteri Besar.

Kesalahan MB tetap ada, iaitu terlalu mempercayai SUK bernama Rasli Basir dengan alasan tidak mahu mengganggu pentadbiran negeri oleh pegawai. Rupanya harapkan pagar, pagar khekah kepala tuan!

Abd Rahman Mohd Saad memegang dua watak penting, sebagai KCS dan ahli politik UMNO. Semasa BN, Mahdzir Khalid selaku MB telah memberi kepercayaan kepada Rahman dengan melantiknya sebagai Pengarah Urusan Permodalan Kedah Berhad.

Permodalan Kedah Berhad (PKB) diperbadankan pada 20 Januari 1994 di bawah Akta Syarikat 1965. PKB adalah subsidiari milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah. Kegiatan utama PKB ialah di bidang pegangan pelaburan dan pembangunan hartanah. Ia mempunyai lima syarikat subsidiari dan enam syarikat bersekutu. Antara operasinya ialah pembinaan, pembangunan, hartanah, pegangan pelaburan dan pengurusan dana tabung amanah.

Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB yang lain ialah Dato' Mahdzir Khalid, Dato' Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato' Ghazali Ibrahim, Dato' Ahmad Sudin, Dato' Bakri Hj Ali Mahamad, Dato' Mohd Akhir Shafie dan Dato' Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin UMNO.

Sewaktu PRU12 PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk dana pilihanraya UMNO. Abdul Rahmanlah yang menguruskannya bagi pihak MB dan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.




Mahdzir dan Rahman yang menandatangani cek tunai & tandatangan untuk membukanya. RM200 ribu buat open cek, gilo ko apo? Gila kena kat hangpa..




Bayaran untuk kerja-kerja amal seluruh negeri Kedah, siasatan awal mendapati bahawa kerja amal tersebut kononnya peruntukan diagihkan kepada setiap daerah di Kedah. Apabila siasatan dibuat di semua pejabat daerah, tiada pejabat daerah yang menerima peruntukan tersebut.

Setelah siasatan dijalankan dengan lebih teliti (pakai lada picit ibu jari) maka termaklumlah bahawa duit tersebut diagihkan kepada bahagian-bahagian UMNO khusus untuk kerja pilihanraya BN!!! Angkut dengan kereta pi hantag tunai dekat bilik gerakan BN. takkan sampai semua kot, mesti ada tiris kot jalan... he he


Tarikh wang dikeluarkan ialah 4 Mac 2008 iaitu empat hari sebelum hari mengundi PRU12. Hai, takkan masa tu baru kalut nak buat sumbangan kerja amal. Kalau ada kerja amal pun patut ada baucer sokongan pihak yang menerimanya, malangnya baucer sokongan itu tidak dijumpai.




Badrudi adalah Penolong Pengurus Kewangan, manakala Abd Rahman adalah pengarah Urusan. Bagi membolehkan pengeluaran cek tunai sebanyak RM100 ribu, cek dipecahkan kepada RM10 ribu setiap satu. Ini bukan masa PRU, namun duit tersebut dilaporkan diagihkan untuk tujuan politik BN.

Tujuan laporan ini ialah untuk mengenali watak orang yang dikaitkan dengan skandal RM2.55 juta (yang tak pasai2 dikaitkan dengan PAS itu), bukan nak divert isu dengan mengungkit cerita lama. Bagaimanapun harap pembaca jangan buat apa-apa penilaian lagi setakat ini sebab laporan belum berakhir. Ada lagi laporan mengenai PKB.

Apa pulak kaitan dengan Rasli? Itu cerita lain pulak... tunggu selepas ini.

Oleh SAIBURI SUDIN



PANAS - Bekas Komando Belasah Bekas Ketua Polis

Posted: 19 Oct 2012 06:18 AM PDT

Ahad yg lalu (14 Okt) bekas tentera, polis dan orang awam dijemput menghadiri majlis anjuran Gagasan Melayu Perak di Dewan Carsem, Taman Maju Rapat kononnya atas nama penyatuan Melayu dan Islam. Penceramah utamanya Dato' Seri Hilmi, Datuk Shamsuri Arshad (bekas Ketua Polis Negara) dan seorang pensyarah KISDAR. Datuk Zaman Khan turut hadir tetapi tidak berucap.

Ucapan mereka penuh dengan provokasi dan memburukkan PAS, PKR dan DAP. Pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Awang menjadi cemuhan mereka. Tetapi disambut dingin oleh orang ramai. Tidak ada yg memberi tepukan gemuruh kepada mereka.



Sebaliknya dalam sesi soal jawab, seorang tetamu yang hadir, EN Wahab Osman tampil dengan berani dikhalayak ramai membidas semua hujjah mereka, setiap ucapan yg disertai dengan fakta dan data diberi tepukan bersemangat dan gemuruh oleh para hadirin.

Penganjur dan penceramah tergamam dan terkejut besar dengan suasana ini. Salah seorang yang lain (tidak dipastikan urusetia @ peserta) cuba mengganggu, memberi amaran dan menyuruh En Wahab memberhentikan ucapan dan duduk, sebaliknya En Wahab yang memberi amaran kepadanya dan meminta dia yg duduk, akhirnya dia yg terduduk.

Sebaik En Wahab berhenti berucap, sekali lagi tepukan yg begitu gemuruh diberikan dan menenggelamkan suara pengerusi. Selepas itu, majlis terus ditutup tanpa sebarang ulasan dan jawapan oleh para penceramah.

En Wahab dikerumuni orang ramai dan memberi ucapan tahniah kerana berani menjawab fitnah jahat penceramah. Sebelum itu, ada seorang peserta yang turut berucap dan menyokong hujjah para penceramah dan meminta orang ramai menyokong UMNO BN, tetapi disambut hambar oleh hadirin.

Selesai majlis, Datuk Shamsuri terus balek tanpa menjamah hidangan yg disediakan, En Wahab tetap menunjukkan sikap menghormati tetamu, disapa Datuk Sahmsuri dan bersalaman serta meminta maaf, Datuk Shamsuri menjawab ringkas, ok tak apa.

Siapa En Wahab Osman ?

Beliau bekas komando tentera darat, sekarang berkahidmat sebagai pemandu dan pengiring YB Ahli Parlimen Gopeng. Pengalamannya mengikuti ceramah digunakan untuk membalas balek hujjah dangkal UMNO BN.

Hebat En Wahab, kita tabik dan hormat pada beliau. Berani tampil menegakkan kebenaran di majlis anjuran mereka. Diharap program2 yg seumpama ini, kena ada orang seperti EN Wahab Osman.

Takbir ! Takbir ! Takbir

misabah



Perkasa - Haram Undi MCA

Posted: 19 Oct 2012 04:55 AM PDT









Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, "Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan).

''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.

Menyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan.

"Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.



Najib enggan ulas isu hilang kerja kerana hudud

Posted: 19 Oct 2012 04:38 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.

"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.



Ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan "dangkal", "melucukan" dan "tidak berasas" itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.

Manakala PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook semalam, dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.

Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.



Kedah akan turut tangguh pasang kamera AES

Posted: 19 Oct 2012 02:26 AM PDT

Kerajaan negeri Kedah berhasrat untuk membuat penangguhan bagi pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik di negeri itu bagi membuat kajian sebelum pemasangan dibuat.

Exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat PAS yang diadakan semalam.

Beliau berkata lagi, keputusan itu akan dibawa ke mesyuarat exco yang akan diadakan Rabu depan.



"Kita dah buat keputusan dalam mesyuarat parti untuk tangguh pelaksanaan AES di Kedah.

"PBT (pihak berkuasa tempatan) yang ada kuasa untuk pasang. Jadi kita akan arahkan PBT supaya tangguh dulu.

"Keputusan ini akan dibawa ke mesyuarat Exco Rabu depan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini negeri Pakatan Pulau Pinang telah mengumumkan penangguhkan AES manakala Kelantan pula dilapor sedang mempertimbangkan tindakan sama.

Selain itu, Phahrolrazi juga berkata, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan syarikat yang berkenaan akan dipanggil bagi memberi taklimat kepada semua exco.

Jelasnya, ia bertujuan bagi memberi pemahaman kepada Exco tentang prosedur dan kaedah pemasangan kamera tersebut.

"Kita juga berhasrat nak panggil JPJ dan syarikat yang pasang kamera itu supaya bagi taklimat dan penjelasan tentang kaedah, perundangan dan sebagainya tentang kamera itu," katanya lagi.

Awal bulan ini JPJ menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.



Tiada ulasan: