Isnin, 1 Oktober 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BONGKAR] Kredibiliti Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin Berkecai

Posted: 01 Oct 2012 01:01 AM PDT

Kredibiliti Hamidzun Khairuddin sebagai Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dipertikai apabila beliau sendiri pernah didakwa terlibat dengan satu kejadian pecah amanah di Selangor.

Pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co.

Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu.

Demikian menurut satu sumber yang dihantar kepada TV Selangor hari ini.

Menurut sumber itu lagi, kejadian tersebut menyebabkan wang pemegang amanah berjumlah RM152, 610 yang diserah pembiaya kepada peguam untuk dibayar kepada PKNS bagi pihak pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Taman Permai Jaya, Cheras lesap.

Manakala wang duti setem berjumlah RM46, 626.15 yang sepatutnya dibayar kepada Lembaga Hasil sebagai pendaftaran pindah milik pangsapuri Danau Mas di seksyen 7 Shah Alam turut dilesapkan.

"Rentetan itu, para pembeli rumah terlibat membuat aduan kepada PKNS pada 28 Mac 2011 berhubung kelewatan urusan tersebut," menurut sumber itu.

Berdasarkan aduan yang dterima PKNS, PKNS dikatakan membuat siasatan di Majlis Peguam dan di pejabat Zamri Ibrahim & Co.

Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, pejabat firma guaman itu ditutup dan Hamidzun selepas itu didapati menubuhkan sebuah firma lain iaitu Hamidzun and Co yang beroperasi secara bersendirian dari rumah.

Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011.

Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi.

Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011.

"Walaupun Hamidzun membuat bayaran terhadap tuntutan di atas, namun yang nyata berlaku kejadian pecah amanah kerana beliau gagal menyempurnakan bayaran dan juga urusan pindah milik dalam tempoh yang sepatutnya.

"Kegagalan dan keengkaran beliau ini menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak khususnya pembeli-pembeli rumah PKNS," menurut sumber itu lagi.

Pemimpin NGO didakwa pecah amanah

PETALING JAYA: Seorang pemimpin sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang lantang dan sering membongkarkan penyelewengan di Selangor, kini didakwa pula telah melakukan pecah amanah bernilai RM200 ribu pada tahun 2010.

Dakwaan itu membabitkan bayaran wang stakeholder kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta kegagalan beliau menyempurnakan urusan pindah milik pembeli rumah yang sepatutnya diselesaikan pada tahun 2009.

Menerusi surat yang diterima FMT, menyatakan bahawa pemimpin terbabit yang merupakan rakan kongsi sebuah syarikat guaman dilantik sebagai panel peguam PKNS sebelum 2004.

Namun syarikat guaman itu disenarai hitam daripada panel PKNS pada Oktober 2010 atas dakwaan pecah amanah.

Tuntutan pecah amanah pertama bernilai RM152 ribu, membabitkan wang stakeholder yang dibayar pihak pembiaya kepada peguam untuk PKNS oleh pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Cheras.

Tuntutan kedua membabitkan dakwaan wang duti setem bernilai RM46,000 yang dibayar pembeli rumah kepada peguam untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tujuan pendaftaran pindah milik bagi projek Pangsapuri di Shah Alam.

Ekoran kegagalan tersebut, surat tuntutan dikemukakan pada November 2010 namun tiada maklum balas sehingga PKNS terpaksa melantik firma guaman lain.

Bagi kes kedua juga PKNS bertindak mengemukakan surat tunjuk sebab dan amaran kepada pemimpin tersebut berhubung aduan yang diterima.

Aduan diterima PKNS oleh pembeli-pembeli rumah dan hasil siasatan mendapati syarikat guaman tersebut tidak beroperasi. Malah pemimpin tersebut didakwa telah menubuhkan syarikat guaman lain.

Menerusi surat tersebut juga menyatakan bahawa pemimpin terlibat telah membuat pembayaran namun dakwaan pecah amanah berlaku ekoran kegagalan beliau menyempurnakan bayaran dan urusan pindah milik untuk tempoh yang sepatutnya.
-FMT



[LIVE] TERBUKTI Najib Pengecut & Bacul, Tidak Hadir Sessi Perbahasan Bajet 2013

Posted: 01 Oct 2012 12:01 AM PDT

Anwar bahas Bajet 2013 tanpa kehadiran Najib

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membahaskan ucapan Bajet 2013 tanpa kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ketika memberi reaksi ke atas ucapan Bajet 2013 Jumaat lalu, Anwar berkata, beliau mencabar Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar hadir ketika beliau membahaskannya, hari ini.

Anwar, anggota Dewan Rakyat pertama membahas Bajet 2013 selaku Ketua Pembangkang. -SH


Najib pengecut, gagal sahut cabaran Anwar debat Bajet 2013



KUALA LUMPUR 1 Oktober: Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi.

Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu.

Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini.

Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat berada di luar Dewan ketika Anwar berucap.

Ketiadaan Najib menyebabkan beberapa MP BN terpaksa mempertahankan kelemahan Kerajaan Pusat, walaupun menggunakan maklumat yang salah.

Antaranya, berhubung isu ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang dan pencapaian ekonomi Kerajaan Selangor.

Anwar berkata, sudah menjadi tradisi Menteri Kewangan untuk hadir ke Parlimen ketika sesi bahas belanjawan negara.

"(Sudahlah) debat tak berani, bahas dalam Parlimen pun tak sanggup. (Akhirnya Menteri Kewangan) Suruh 'backbenchers' (Ahli Parlimen biasa) pertahan, sedangkan mereka tiada dalam kabinet kerajaan dan tidak tahu dasar (yang tepat)," tempelak Ketua Umum KEADILAN itu.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013.

Separuh ucapan Najib pada penggulungan Bajet 2013 Jumaat lalu mengkritik Pakatan Rakyat.

"Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan," cabar Anwar.

Beliau turut bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran itu.

Dalam sesi itu, Anwar juga menyentuh mengenai dasar-dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan.

Mengulas Bajet 2013, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai bajet politik semata-mata.

Katanya, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk 'one off' kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Najib ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada ucapan pilihan raya membayangkan ketakutan Perdana Menteri.

"Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di Parlimen.




Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Live video for mobile from Ustream


Sengaja Berbogel Depan Rumah

Posted: 30 Sep 2012 10:01 PM PDT

Seremban – Beberapa penduduk di Kampung Limbok, Temiang, di sini, rimas dengan gelagat warga asing yang selalu membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam. Gambar fail

Bukan sahaja membuat bising dan mabuk, malah ada warga asing yang menyewa rumah di sekitar Jalan Seng Meng Lee, di sini, sengaja berbogel di hadapan rumah.

Penduduk, Tang Kam Sing, 60, berkata, sejak setahun lalu kehidupan keluarganya tidak tenteram dengan kehadiran sekumpulan warga asing yang menyewa di hadapan rumahnya.

Menurutnya, paling merimaskan keluarganya ialah tindakan lelaki berusia 20-an itu yang dipercayai warga Bangladesh sengaja berbogel di hadapan pintu rumah.

"Setiap pagi isteri saya akan bersenam di hadapan rumah dan dia pula sengaja membuka pintu dan tingkap supaya isteri saya dapat melihatnya.

"Meskipun dia tidak mengganggu kami namun tindakannya yang berbogel amat merimaskan," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Kam Sing berkata, dia pernah menasihatkan rakan serumah lelaki terbabit supaya menasihati rakannya itu agar menjaga tingkah laku.

"Atas semangat kejiranan, saya sekadar mahu menegurnya dan tidak tergamak mahu menghalau mereka tetapi sehingga kini masih tiada perubahan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Low Chin Han, 45, berkata, hampir 100 warga asing di sekitar kampung berkenaan sering berkeliaran setiap malam.

"Mereka buat bising setiap malam dan sentiasa dalam keadaan mabuk.

"Kami bimbang dengan keselamatan anak perempuan kerana mereka juga selalu ganggu wanita yang sering berjalan kaki pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, ketiadaan polis peronda bagi mengawal keselamatan penduduk juga amat mendukacitakan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang, Ng Chin Tsai berkata, aduan mengenai masalah itu telah diajukan kepada pihak berkenaan.

"Saya harap polis melakukan rondaan secara berkala di kawasan ini bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Saya juga berharap, Jabatan Imigresen dapat melakukan siasatan terhadap warga asing di sini, sama ada mereka mempunyai dokumen sah atau tidak," katanya. -SH

[HANGAT] Mahathir Pernah Kata BR1M Najib Menghampiri Beli Undi

Posted: 30 Sep 2012 07:42 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia melalui beberapa polisi pro-rakyat kepada pembelian undi.

Akan tetapi, bekas perdana menteri (PM) mengatakan bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai cukup masa oleh sebab pilihan raya semakin hampir dan Barisan Nasional (BN) perlu menang dengan mandat besar untuk mengukuhkan kuasa terhadap Putrajaya.

"Saya tidak percaya dengan memberi wang kepada rakyat. Saya percaya dengan memberikan kemudahan.

"Tetapi saya rasa apabila kerajaan sudah tidak mempunyai masa dan pilihan raya semakin hampir, mereka akan menggunakan cara ini," kata Dr Mahathir dalam ucapan pembukaan dalam Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.

"Jika anda memberi orang sedikit wang dan mereka harus menyokong (anda). Mungkin ia bukanlah membeli undi ... tetapi ia adalah sangat dekat degan itu," katanya, untuk ketawa daripada penonton.

Kerajaan dijangka mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada isi rumah berpendapatan rendah semasa Bajet 2013 dibentangkan minggu depan, satu langkah yang dipercayai bertujuan meningkatkan Najib dan penilaian terhadap pakatan BN menjelang pemilihan dijangka tidak lama lagi.

Pusingan pertama pemberian tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang melibatkan kira-kira lima juta keluarga dan wang pembayar cukai berkos RM2.6 bilion telah dilihat penilaian kelulusan Najib meningkat sehingga 69 peratus, sebahagian besarnya disebabkan oleh lonjakan sokongan dari miskinisi rumah.

Sepanjang ucapannya, Dr Mahathir berulang kali menyebut pemberian wang tunai pentadbiran Najib, pada satu titik walaupun mengatakan bahawa "beliau (Najib) mempunyai wang yang banyak".

"Sekarang kita mempunyai seorang lelaki baru sebagai ketua (kerajaan)," katanya apabila mengingatkan penggantian perdana menteri selepas dia meletak jawatan pada tahun 2003.

"Saya tidak akan mengatakan apa-apa yang buruk mengenai beliau kerana saya menyokong BN.

"Satu-satunya perkara yang saya akan katakan adalah bahawa dia mempunyai banyak wang dan dia menghadiahkan wang kepada semua orang.

"Pada masa saya, saya tidak memberikan wang saya dapat telah pun diberikan wang untuk diri sendiri tetapi saya tidak. Saya rasa saya membuat kesilapan di sana," katanya secara berseloroh.

Najib akan membentangkan Bajet pada 28 September dan selain pemberian BR1M kedua, beliau dijangka mengumumkan langkah-langkah lain untuk meningkatkan perbelanjaan domestik dan ekonomi dalam usaha untuk menuju prospek ekonomi semakin teruk kerana dia bersedia untuk memanggil pilihan raya pertama beliau.

Ekonomi berkembang pada kadar yang mengejutkan sebanyak 5.4 peratus pada suku kedua, bertiup dari jangkaan ekonomi 'dan berpotensi menimbulkan faktor rasa-baik menjelang pilihan raya umum.

Tetapi berita baik dijangka adalah tidak untuk bertahan sebagai prospek global berkemungkinan akan menjejaskan eksport Malaysia.

Menghairankan pertumbuhan pada suku kedua ekonomi walaupun eksport lemah adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh penampan projek pembinaan yang berterusan dan peningkatan perbelanjaan disebabkan oleh kenaikan gaji penjawat awam dan pemberian tunai kerajaan, berkata ekonomi, yang boleh menunjukkan kepada pertumbuhan tidak sekata pada bulan-bulan akan datang. -TMI (19/9/2012)

BR1M is merely designed for political mileage.

KOTA KINABALU: The Barisan Nasional (BN) government shoddy distribution system of the Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) to the people is proof that the programme is merely designed to gain political mileage.

Sabah Progressive Party (SAPP) Information Chief, Chong Pit Fah said if the BN government is sincere in the distribution of the BR1M, a better and effective approach should have been taken instead of the present system where the vouchers were hand over by politicians.

"Due to the chaotic system, successful applicants are finding it difficult to get the vouchers when some from Kota Kinabalu are told to go to Kota Marudu to receive their vouchers.

"Some of them even came to my SAPP Kepayan CLC office asking for their vouchers," he said, adding that there were also those who went to the office of SAPP Luyang Assemblywoman, Melanie Chia .

"They even vented their frustration and scolded us just because of the inefficiency of the BN government," he said in a statement here Friday.

Chong said this goes to show that the BN government was not serious in providing the people with the assistance but merely "canvassing for votes".

"More so when the people receive their vouchers they were told to support the BN government … so it is only apt that the BR1M is called 'Bantuan Rasuah 1 Malaysia'," he said.

Chong said there are other ways for the assistance to reach the people effectively such as through subsidy or using the existing the government agency facilities like the post office, where the people can go and easily get the vouchers or redeem their money.

"After all the money being dispensed is none other from the rakyat pocket," he said.


Ulasan GB

Semalam Najib tidak mahu mengakui bahawa tindakan beliau memberikan BR1M sebagai satu tindakan populis untuk meraih undi dari rakyat. Malah beliau menyatakan pemberian tunai sedemikian pernah dilakukan di Singpura dan Indonesia.

Kita ingin menyatakan benar bahawa kerajaan Singapura dan Indonesia pernah memberikan tunai kepada rakyatnya TETAPI ia tidak dilakukan di pejabat-pejabat parti pemerintah sebaliknya diagihkan kepada rakyat melalui kementerian mereka.

Itu perbezaan yang ketara.

Itu sebab sebelum ini di SINI GB menyatakan

Maka sebab itu timbul bajet "populis" untuk menarik hati rakyat melalui pemberian RM250 dan RM500 tunai yang merupakan satu kaedah paling buruk dan bangang untuk sesebuah kerajaan lakukan di dalam usaha untuk mempertahankan kuasanya.

Pemberian "one-off" sedemikian melambangkan keterdesakan kerajaan yang ada untuk memenangi hati rakyat yang disangkanya mudah digula-gulakan dan diperbodohkan sedemikian rupa. Lebih bodoh lagi apabila pemberian BR1M itu dilakukan dipejabat-pejabat UMNO untuk menunjukkan kepada rakyat UMNOlah yang memberikan wang berkenaan.


Dari sudut etika dan undang-undang, hal tersebut ternyata merupakan satu "rasuah" untuk membeli undi seperti yang diungkapkan oleh TDM sebelum ini.

GB menyarankan jika pada kali kedua ini pemberian BR1M diagihkan melalui pejabat UMNO, laporan polis perlu dilakukan dan Pakatan Rakyat perlu mengheret Najib serta kerajaan BN ke muka pengadilan. Mudah-mudahan masih ada hakim yang berpegang kepada prinsip kebenaran dan keadilan menghukum Najib dan kerajaannya lantaran rasuah politik itu.




Besarnya Bendera PAS Orang Cina Ini Kibarkan!

Posted: 30 Sep 2012 05:31 PM PDT



BENDERA PAS dikibarkan Teo Ah Seng di tengah-tengah tapak pasar lambak telah menarik perhatian ramai.

Ada suara-suara kedengaran rasa taajub dengan kesediaan Cina bersama PAS tanpa rasa segan dan kekok.

-mtd pas benut

Ada Lagi Pemimpin Kanan BN Sabah Bakal Sertai PR

Posted: 30 Sep 2012 06:16 AM PDT

Beberapa pemimpin kanan BN Sabah dijangka akan mengikuti jejak dua Ahli Parlimen BN Sabah yang meninggalkan parti sebelum ini.

Bayangan tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

"Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang akan jadi agen kita," kata Azmin.

Azmin ketika memberikan penjelasan lanjut kepada TV Selangor mendakwa, pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah.

"Memang ada perbincangan dijalankan dengan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak tentang bagaimana mereka boleh mainkan peranan untuk membawa perubahan untuk rakyat Sabah dan Sarawak.

"Ini soal startegi, jadi tak semestinya kita umumkan semuanya serentak, kita tunggu masa yang sesuai, tetapi seperti saya nyatakan tadi, akan ada lagi pimpinan kanan, penting tempatan yang akan sertai kita," kata Azmin sebaik selesai rapat tersebut.

Menurut Azmin, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah.

Selain itu, Azmin berkata perkembangan terkini di Sabah dan Sarawak menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada di dalam keadaan tertekan dan marah.

"Isu ini menjadi kemarahan PM Datuk Seri Najib, sebab itulah dalam belanjawan baru-baru ini tiada peruntukan yang benar-benar menggembirakan rakyat Sabah kecuali menyentuhnya secara pinggiran sahaja," ujar Azmin lagi.

Sebelum ini, baru-baru ini bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk menyertai PR.

Tindakan kedua-dua Ahli Parlimen tersebut menyebabkan BN mulai kehilangan pengaruhnya terhadap masyarakat tempatan di beberapa kawasan kubu kuat mereka sendiri. -selangorku

[PANAS] Samseng Rosakkan Kereta, Simbah Asid Di Himpunan Pengerang

Posted: 30 Sep 2012 04:06 AM PDT



Johor: Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini.

Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.

Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.

Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.

Kejadian yang disedari sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit.

Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik itu sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan kelihatan mengelupas.

Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi. -KD

kereta dinaiki Salahudin dipecah

KUALA LUMPUR: Cermin kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dipecahkan manakala dua tayar ditoreh di Sungai Rengit, Pengerang tengah hari tadi.

Perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit pagi tadi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut menaiki kereta tersebut bersama Abdul Rahman berkata, perkara itu disedari ketika mereka selesai menunaikan solat Zuhur di masjid berdekatan.

"Kita percaya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan penduduk mengadakan perhimpunan hari ini sebab itu melakukan perbuatan khianat ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun laporan polis belum lagi dibuat berhubung kejadian itu.

Salahuddin yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) sementara itu berkata, himpunan yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk pagi tadi berlangsung dalam keadaan aman dan dikawal polis walaupun pelbagai ugutan diterima.

"Banyak ugutan yang kita terima termasuk sms, panggilan telefon berbentuk amaran agar kita tidak meneruskan himpunan," katanya.

Selain itu, kereta yang dinaiki aktivis Hishamuddin Rais pula disimbah asid.

Himpunan pagi tadi bagi membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang.
-HD

Tiada ulasan: