MiLo SuaM |
- Website JPN dedah warga asing dengan MyKad palsu boleh mengundi!
- Terbongkar! Warga asing boleh dapat MyKad dalam 3 bulan
- Blogger Umno dedahkan gambar skandal VVIP Pulau Pinang
Website JPN dedah warga asing dengan MyKad palsu boleh mengundi! Posted: 30 Sep 2012 06:00 PM PDT LIHAT keratan akhbar di bawah ini baik-baik. Ia merupakan keratan akhbar Harian Ekspress (Daily Express) bertarikh hari Selasa, 21 September 2011. Hasil carian melalui Google di internet, keratan akhbar ini berjaya dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, JPN melalui link berikut. Difahamkan keratan akhbar ini untuk rujukan pihak JPN berhubung isu kad pengenalan. http://www.jpn.gov.my/sites/default/files/pdf/keratanakhbar/sabah21092010.pdf Ini bermakna keratan akhbar ini adalah keratan yang sah. Ia melaporkan satu perbicaraan mahkamah di Kota Kinabalu di mana seorang lelaki rakyat Filipina dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana menggunakan MyKad palsu. "Salleh Samsul dari Kampung Likas di sini, mengaku bersalah di hadapan majistret Cindy McJuce Balitus kerana menggunakan dokumen yang memegang nombor bersiri 670110-12-5035 di bawah namanya sendiri" lapor keratan akhbar itu. Ini bermakna mahkamah telah mengesahkan bahawa kad pengenalan ataupun MyKad yang dipegang oleh Salleh Samsul itu adalah palsu. Apa yang menghairankan, semakan di laman rasmi rasmi Suruhanjaya Pilihanraya mendapati nombor MyKad palsu ini sah sebagai salah seorang pengundi atau dengan kata lainnya pemegang MyKad palsu ini boleh mengundi dalam pilihanraya. Bagi memastikan kesahihan pendedahan ini silalah semak sendiri di laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya sebelum mereka memadamnya untuk menghapuskan bukti penipuan ini klik sini [SPR]. ReJaM© "Lihat sendiri bagaimana negara kita digadai di depan batang hidung!" |
Terbongkar! Warga asing boleh dapat MyKad dalam 3 bulan Posted: 30 Sep 2012 05:06 PM PDT KERATAN printscreen di bawah merupakan laporan versi online sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia Timur, Daily Express yang dipetik daripada laman sesawang rasmi akhbar itu [Daily Express]. Portal itu melaporkan kekecewaan seorang warga emas, Justin Emran apabila beliau menerima kad pengenalan (MyKad) berwarna merah sedangkan beliau adalah warganegara Malaysia yang sah. Namun apa yang ingin dipersoalkan di sini bukanlah tentang kekecewaan beliau itu, sebaliknya berkaitan dakwaannya bahawa "warga asing di Keningau boleh memperolehi MyKad hanya dalam masa tiga bulan". Dakwaan beliau bukanlah sekadar dakwaan kosong kerana wajah dan namanya sudah terpampang di dalam sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia Timur. Perkara ini wajib disiasat, dan jika ia merupakan dakwaan palsu tindakan perlu diambil. Buat pengetahuan anda semua, artikel ini hanyalah sekadar "pemanas badan" sebelum tembelang lebih besar dengan bukti kukuh tentang penipuan pilihanraya akan didedahkan sebentar lagi. MiLo SuaM akan mendedahkan bagaimana warga asing dibenarkan mengundi hanya dengan menggunakan kad pengenalan yang sudah disahkan palsu oleh mahkamah. Barangkali anda sudah terbaca berita ini sebelum ini, namun apa yang didedahkan itu kes lain. Sebaliknya apa yang bakal ReJaM© dedahkan pukul 9.00 pagi ini kes terbaru beserta bukti kukuh yang tidak dapat disangkal. ReJaM© "Sila kembali ke blog ini pada pukul 9.00 pagi ini... " |
Blogger Umno dedahkan gambar skandal VVIP Pulau Pinang Posted: 30 Sep 2012 02:54 AM PDT BLOGGER United Malays No Otak, Umno kembali dengan cerita lucah terbaru untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat sekaligus menarik sokongan rakyat kepada Umno. Kali ini blogger United Malays No Otak, Umno mendedahkan gambar skandal kononnya VVIP dari Pulau Pinang. Setakat ini blogger tersebut menutup wajah VVIP yang dimaksudkan. Blogger itu mendakwa VVIP yang tersebut adalah pemimpin yang beperwatakan alim dan juga berimej islamik dan warak dari Pulau Pinang. Sebenarnya "modus operandi" blogger ini membuat fitnah lebih kurang sama dengan fitnah salah seorang kawan mereka sebelum ini yang mendedahkan gambar aksi seks kononnya pemimpin pas rujuk sini [aksi seks pemimpin pas]. Sebelum fitnah blogger gila ini diteruskan, ada baiknya ReJaM© dedahkan lebih awal siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh mereka itu. Sebenarnya mereka cuba memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Gambar yang ditutup itu sebenarnya gambar Lim Guan Eng. Jika mereka meneruskan fitnah ini, lebih banyak bukti untuk membongkar fitnah akan didedahkan. ReJaM© "Umno dan lucah bagaikan taik dan kentut... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan