Blog-list Malaysia |
- Ucapan Belanjawan Najib Menggambarkan 'Ketakutan'
- RM4 Juta Untuk Majlis Perkahwinan Anak Ali Rustam?
- Hasan Ali Gila Talak?
- Perdana Menteri Meroyan Lagi..
Ucapan Belanjawan Najib Menggambarkan 'Ketakutan' Posted: 30 Sep 2012 10:04 PM PDT Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada ucapan pilihan raya membayangkan ketakutan perdana menteri. "Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di Parlimen. "Najib menumpukan lebih daripada 10 peratus daripada ucapan belanjawan beliau yang secara terang-terangan seperti rayuan untuk pilihan raya bagi meraih sokongan berterusan kepada Umno dan BN dan menyerang Pakatan Rakyat," katranya. Lim juga mempersoalkan sama ada Najib menunjukkan "kelas" dan "standard" sebagai perdana menteri dengan mendedikasikan 14 perenggan terakhir dalam ucapan pembentangan belanjawannya untuk mengagungkan BN dan mengutuk Pakatan Rakyat. Katanya, ucapan Najib yang memetik kata-kata Plato - "ukuran manusia itu adalah apa yang dia lakukan dengan kuasa" – itu jelas bertujuan memujuk rakyat untuk menyokong BN. "Najib dengan bangga diri dan kesombongan yang tinggi yakin bahawa Malaysia akan menyaksikan enam lagi belanjawan yang akan dibentangkan oleh kerajaan Umno dan BN," katanya. |
RM4 Juta Untuk Majlis Perkahwinan Anak Ali Rustam? Posted: 30 Sep 2012 06:04 PM PDT MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu. Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26. Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan. Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari wakilnya, Zulhairi Md Zin. Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta. "Itu duit siapa?" soal beliau. Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma. Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah. http://duniacacamarba.blogspot.com/2012/10/bilangan-tetamu-majlis-perkahwinan-anak.html |
Posted: 30 Sep 2012 05:57 AM PDT Hasan Tidak Perlu Mengenang Pas Lagi Hasan Ali alias Hasan Akidah Akidah yang telah dipecat oleh Pas dan enggan merayu sepatutnya tidak lagi berfikir mengenai Pas. Nur bulan purnama seharusnya tidak lagi menyimbah ke par atmajiwanya. Soal Pas seharusnya tidak menjadi tanggungjawabnya lagi. Pemimpin Pas yang ada bertanggungjawab sepenuhnya ke atas parti itu tanpa perlu koreksi Hasan. Apabila kita sudah tidak setuju dengan sesebuah parti atau pertubuhan atau apa saja, kita tidak wajar mempertikaikan apa-apa yang dibuat oleh parti yang kita tinggalkan. Baik atau buruk bukan lagi tanggungjawab kita. Tuhan kita tidak marah kalau kita tidak mempedulikan lagi. Apabila kita keluar meninggalkan kemunkaran, kejahatannya kita sudah bebas dari menanggung dosa. Laksana kita sudah meninggalkan isteri kerana kita yakin dia telah melakukan kesalahan, tidak perlu mempersoalkannya lagi. Biarpun dia melacurkan diri untuk mencari nafkah hidup ia bukan ada kaitan dengan kita lagi. Pintu syurga kita tidak akan dilaluinya lagi. Mungkin Tuhan menyediakan pintu syurga yang lain. Pintu syurga sesungguhnya bukan satu tetapi lapan atau 16. Tetapi tidak dengan Hasan Akidah. Dia masih bercakap mengenai Pas. Mengkritik Pas dan kedua biji matanya terjolor melihat Pas buruk dan cemar. Apakah Hasan masih teringat akan kedudukan dan nikmat yang diperolehinya semasa sepanjang berada dalam parti itu. Masih ingat jawatan Exco terpaksa dilucutkan. Jawatan yang memberi ruang dan peluang untuknya berkhidmat membela Islam? Jawatan yang melambangkan prestajnya. Atau pun mengingati kepada Pas yang berjasa kepadanya melengsaikan hutang pituang yang dipunyai sebelum ini? Terbaru Hasan terus mengungkitkan dan mengkritik Pas kononnya Pas mengubah slogan negara Islam kepada negara berkebajikan. Perubahan itu katanya kerana Pas takut kepada DAP dan ianya dibawa oleh parasit. Lebih baik Hasan tidak bercakap mengenai perkara ini (politik strategi) kerana selagi dia bercakap kebodohannya akan kelihatan sampai ke atas belikat. Benar seperti diakui ramai bahawa Hasan tidak faham mengenai politik, malahan buta langsung mengenai politik. Hasan mengira politik seperti dia cara berfikir dengan ilmu yang dia ada. Sebenarnya kegagalan Hasan meletakkan dirinya utuh dalam Pas kerana kejahilan dia berpolitik. Dia sudah silap semasa membuat pilihan menyertai politik bukan kekal bersyarah dalam summer camp. Selamanya Hasan Akidah akan ditimpa malang walaupun di mana dia berada dalam politik. Kalaupun dia menyertai Umno dia juga akan menghadapi kucah dan godaman ombak yang sama. Politik tidak boleh diurus semudah menaburkan air liur menerusi motivasi atau melakarkan pelan pelaksana di white board. Politik tidak boleh berfikir secara harfiah. Politik itu bengkang bengkok tidak sesuai orang yang merasakan didirinya lurus. Motivasi hanya cakap tetapi politik dengan cakap, tindakan dan penuh imiginasi. Motivasi adalah sesuatu praktikal, manakala dalam politik tidak semua praktikal adalah kalanya terkeluar dari normal akademik hatta mitos dan tahyulmacam 'didolar' Umno. Lantaran itu Hasan Akidah tidak perlu kesal terhadap apa terjadi apa lagi mengenang Pas. Kini dia sudah ada wadah sendiri yang mendapat bantuan dan segala macam kemudahan untuk bergerak. Nah bergeraklah dengan wadah itu. Gumba dan tubalah rakyat agar meninggalkan Pas. Hasan boleh tonjol dinamisme pemikkirannya untuk menguatkan Melayu dan Islam melalui Ngo itu. Lakukan tidak siapa membantah. Hasan tidak perlu bimbang. Sekiranya perjuangannya betul dan benar dia akan disokong. Hatta ahli Pas dan Umno akan meninggalkan parti masing-masing dan akan menyertai Ngo berkenaan. Selepas berjuta orang menyokongnya tidak mustahil Hasan dapat menjadi khalifah dalam Ngo berkenaan dan mengambil alih penguasaan negara ini memerintah secara Islam dengan akidah yang murni. Seluruh jemaah kabinetnya boleh dipilih dari mereka yang suci dan murni akidahnya. Orang yang suci akidah tidak khianat dan mencerca orang lain. Hasan bangunlah jemaah anda sendiri. Buktikan yang anda benar. Untuk membuktikan itu bukan dengan terus menjadi alat kepada mana-mana kuasa dan individu. Selagi anda bercakap kotor selama itu orang akan pertikaikan kesucian akidah anda. Mengenai strategi Pas menukar slogan dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, seharusnya Hasan kena akur kepada Dr Haron Din yang tidak mempertikaikan perubahan itu. Apakah Hasan merasakan dia lebih Islamik dan akidahnya lebih suci dari Haron Din? Hakikatnya bahawa Haron lebih awal dan istiqamah dengan Pas berbanding Hasan yang masuk Pas kerana tersalah lorong. Yang nyata siasah Haron Din lebih tinggai dan mampan dari siasah Hasan Akidah. Jadi siapa yang kena ikut siapa dalam soal ini, Hasan ikut Haron atau Haron ikut Hasan? Sebaiknya Hasan selepas ini jangan sebut Pas lagi kerana Hasan tidak ada kena mengena dengan Pas. Saya juga tidak mahu menyebut Hasan lagi selepas ini, kerana setiap kali saya menulis nama Hasan skrin laptop saya akan berkelip macam ada kilat seolah-olah mesin yang tak ada perasaan ini juga benci dengan Hasan. Betul tak Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan. Mat Said masih sakit telinga. - mso |
Perdana Menteri Meroyan Lagi.. Posted: 30 Sep 2012 03:06 AM PDT Najib: Pakatan tidak sehaluan, tiada 'kredibiliti' jadi kerajaan pusat KUALA LUMPUR, 30 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai kredibiliti untuk menjadi kerajaan kerana tidak mempunyai pasukan yang sehaluan. Beliau yang merupakan pengerusi Barisan Nasional berkata, ketiga-tiga parti dalam PR dilihat sering bercanggah antara satu sama lain jika berbanding dengan Barisan Nasional (BN). "Kalau kita lihat dari segi isu hudud pun, PAS kata dia mahu buat, tapi DAP kata tidak, bahkan Karpal Singh pernah berkata, 'over my dead body' (langkah mayat saya dulu)." "Kita bimbang jika mereka menubuhkan kerajaan, mereka tidak sehaluan dan akhirnya negara ini goyang," kata Najib dalam ucapannya merasmikan Mesyuarat Agung Parti Gerakan di ibu pejabat parti, hari ini. Najib (gambar) berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan satu kerajaan yang bergerak secara berpasukan, dan jika ada konflik dalaman, BN akan cuba menyelesaikan dengan perbincangan dan secara berkompromi. Beliau juga mencabar PR untuk menubuhkan Kabinet bayangan sebelum bercita-cita menubuhkan kerajaan. "Saya mencabar Pakatan Rakyat, tunjukkan kabinet bayangan dahulu sebelum bercerita mahu menubuhkan kerajaan. "Kami ada pasukan kami,dan tunjukkan pasukan anda. "Tapi, mereka tidak ada kabinet bayangan kerana mereka takut untuk memberi jawatan, tak tahu bagaimana nak membahagi kerja," kata Najib lagi. Najib juga memuji komitmen dari Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon atas kerja keras beliau bagi memastikan gerak kerja akar umbi BN di Pulau Pinang berjalan lancar. "Oleh itu saya yakin bahawa kita akan beri tentangan sengit di Pulau Pinang, bahkan kita akan menawan Pulau Pinang kerana Umno,MCA,MIC dan khususnya Gerakan di Pulau Pinang sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya," katanya lagi. Najib juga menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang disifatkan sebagai "angkuh". "Apabila Lim berkata tentang CAT atau 'credibility,accountability and transparency' (kredibiliti, akauntabiliti dan ketelusan), timbalannya pula berkata tentang CAT tetapi 'cocky, arrogant and tokong' (berlagak, angkuh dan tokong)," merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mansor Othman terhadap Lim. "Tokong" ialah merujuk kepada orang yang berbangsa Cina, yang kebanyakannya beragama Buddha. "Macam ni nak jadi kerajaan? Mereka mentadbir Pulau Pinang yang maju kerana sebelum ini kerajaan Barisan Nasional dari Tun Dr Lim Chong Eu, hingga Tan Sri Koh (Tsu Koon), telah mentadbir Pulau Pinang dengan baik," kata Najib lagi. Koh, yang merupakan presiden Gerakan, juga ketua menteri Pulau Pinang selama 18 tahun, dari 1990 hingga Mac 2008 apabila beliau tewas dalam pilihanraya ke-12. Najib juga berkata, kerajaan BN telah membentangkan bajet yang bertanggungjawab, bukan seperti PR yang hanya mahu berjanji bulan, bintang dan cakerawala hanya untuk memenangi pilihan raya. "Kerana kita sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, maka kita lebih baik dari Pakatan Rakyat," katanya lagi. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-pakatan-tidak-sehaluan-tiada-kredibiliti-jadi-kerajaan-pusat1/ |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan