HIDUP DAN HARAPAN |
BUKAN TALIFON PINTAR YANG ANAK MUDA MAHU..... Posted: 02 Oct 2012 10:13 AM PDT Anak muda hari ini di lihat seperti lubuk emas oleh UMNO,dahulu anak muda langsung tidak di pandang oleh umno sehinggakan satu ketika anak muda di lihat ekstrem dan juga memberontak.Kini keadaan sudah berubah,apabila umno hampir habis nyawa barulah umno perasan bahawa anak muda perlu untuk memenangkan mereka.Tapi sayang,semuanya sudah terlambat bagi umno sebab orang muda rata2 sudah condong kepada PR yang di lihat sebagai KERAJAAN BARU bakal mengagantikan KERAJAAN BARISAN NASIONAL UMNO berusaha untuk memenangkan hati orang muda, sehinggakan BAJET 2013 yang di bentangkn oleh NAJIB RAZAK memberi keutaman kepada orang muda.Pada mulanya rasa seperti tidak percaya tetapi realitinya UMNO baru sedar dari mimpi.Anak muda di gula2kan dengan rebet rm200 untuk pembelian talifon pintar dan juga BRIM RM 250 kepada ank muda yang belum berkahwin tetapi semuanya akan di mulakan tahun depan. Dari luar memanglah di lihat baik kepada orang muda tetapi apa yang di berikan hanyalah retorik politik pancing undi yg sama sekali tidak membawa apa-apa kebaikan kepada ank muda.Untuk talifon pintar berapakah harganya?semestinya rm1000 ke atas,jika rebet rm200 anak muda masih perlu mengeluarkan paling sedikit rm 800..berapa ramai anak muda yang mampu beli talifon pintar?selepas itu pula bukan semua kedai yang di benarkn untuk menguruskan rebet tersebut dan bukan semua talifon pintar boleh di beli di kedai-kedai biasa malah kerajaan akan menetapkan kedai yang tertentu untuk berurusan pembelian.Maksudnya talifon pintar perlu di beli daripada kedai tertentu dan bukan semua kedai talifon di malaysia,pakej paksaaan adalah anak muda perlu melanggan talian tetap,prabayar tidak di terima. Siapa yang untung dalam keadaan ini?pihak yang untung semestinya kedai talifon dan syarikat telekomunikasi,ia boleh meningkatkan hasil jualan,namun siapa yang bersusah payah mengeluarkan duit?berapa ramai anak muda yang mampu mengeluarkan rm800 untuk beli talifon pintar? UMNO gagal mengetahui apakan yang ANK MUDA mahukan.... Apa yang ank muda mahukan?anak muda mahukan peluang pekerjaan yang banyak bukannya di kuasai warga asing,lihat berapa ramai graduan yang masih gagal mendapat pekerjaan yang sesuai dan tidak kurang juga yang menganggur.Anak muda perlu rumah apabila sudah berumah tangga,lihat sekarang harga rumah semakin hari semakin meningkat.Semestinya anak muda akan rasa terbeban apabila gagal membeli rumah.Anak muda mahukan harga kereta di turunkn supaya mereka mampu untuk membeli kereta yang berkualiti. NAJIB terlalu lemah zahir dan batin untuk menyelesaikan masalah anak muda.Mungkin umno sengaja buat-buat tidak faham masalah orang muda.Anak muda adalah cermin masa depan sesebuah negara.Negara itu akan berjaya jika anak mudanya berjaya namun sebaliknya negara itu akan musnah juga kerana anak muda HIDUP ANAK MUDA HIDUP HARAPAN |
Posted: 01 Oct 2012 07:54 PM PDT Bermula 24 Ogos 2012, pasukan "Turunkan Harga Kereta" dari KEADILAN akan mula menjelajah tempat-tempat terpilih di Lembah Klang dan seluruh negara sebagai sebahagian dari Jelajah Turunkan Harga Kereta. Selain mengedarkan risalah dan pelekat kereta kempen di tempat-tempat ini, pimpinan KEADILAN akan turut sama menaiki kereta rasmi ini dan menyampaikan penerangan kaedah menurunkan harga kereta yang dicadangkan KEADILAN. KEADILAN juga akan mengadakan forum "Turunkan Harga Kereta" yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuching bermula 2 September 2012 untuk menerangkan dengan lebih terperinci mekanisme menurunkan harga kereta. Maklumat lanjut bagi setiap forum akan diumumkan dari semasa ke semasa di laman Facebook kempen. KEADILAN yakin desakan menurunkan harga kereta adalah satu tuntutan yang disokong sebahagian besar rakyat Malaysia. Logo kempen yang dipilih dipastikan tidak melambangkan unsur politik supaya semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan politik boleh bersatu dan bersetuju bahawa masanya telah tiba untuk memastikan harga kereta di Malaysia tidak membebankan rakyat. Kami menyeru semua rakyat Malaysia membantu promosi kempen ini dengan menghiasi laman Facebook dan Twitter mereka dengan logo "Turunkan Harga Kereta" bermula hari ini. YB NIK NAZMI NIK AHMAD PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN |
Posted: 01 Oct 2012 07:50 PM PDT Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu. "Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi. Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu. Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara. Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan. "Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya. Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi. "Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar. -mk |
You are subscribed to email updates from HIDUP DAN HARAPAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan