Selasa, 2 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Comelnya gambar Najib yang neh...

Posted: 02 Oct 2012 09:30 AM PDT

Pro-M sapu bersih kerusi UIA

Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa.

Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.

Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.

Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa.UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.

Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.- Malaysiakini


Tolong pastikan Menteri ni tak mabuk masa buat stetmen...

Posted: 02 Oct 2012 08:56 AM PDT

APA hang kata?
Tak gugat keselamatan?
Tak gugat kepala hotak hang.

Hampa bagi IC, suruh pulak undi Umno / BN?
Jual negara pada orang luar semata-mata untuk kekal berkuasa.
Tak gugat keselamatan hang kata?

Hanya si BANGANG saja yang akan percaya dengan kata-kata menteri yang dilihat semakin BANGANG neh...

Kahkahkah...

Nazri: Pendatang asing di Sabah tak gugat keselamatan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kehadiran warga asing di Sabah "tidak menggugat keselamatan" dalam negara.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan usaha pemantauan dan penguatkuasaaan agensi kerajaan terhadap kemasukan warga asing yang berjumlah 889,779 orang.
"(Warga asing) yang berada di Sabah tidak menggugat keselamatan dan keamanan di negara ini dan keadaaannya terkawal seperti mana di negeri-negeri lain," katanya.
Seramai lebih 70,000 pendatang tanpa izin telah diusir daripada negara ini sehingga 19 September 2012 dan ia dilaksanakan secara berterusan, ketika lagi ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri berkata, antara agensi yang terlibat antaranya Jabatan Imegresen Sabah, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Petahanan Awam dan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, agensi tersebut telah menunjukkan "prestasi yang memuaskan" untuk memantau dan melaksanakan undang-undang terhadap pendatang yang sah dan tanpa izin.

Datuk Seri Wilfred Bimburing (Bebas–Tuaran) meminta beliau menjelaskan sekiranya kehadiran warga asing di negeri itu menggugat keselamatan dan keamanan negara.- Malaysiakini


PANAS: Timbalan Naib Canselor ditahan SPRM

Posted: 02 Oct 2012 05:47 AM PDT

SPRM

SENAI – Seorang Timbalan Naib Canselor universiti tempatan awam ditahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini, hari ini.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan lelaki berusia 50-an itu kira-kira jam 11.40 pagi semalam.

"Beliau telah dipanggil untuk hadir ke pejabat SPRM hari ini dan kita menyiasat perkara ini dibawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. 
"Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dan pendakwaan akan dilakukan esok (hari ini)," katanya kepada Sinar Harian.
Bagi Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu menerima barangan berharga dengan tiada balasan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mustafar berkata nilai yang terlibat berjumlah RM15,000.- SH


HODOH la tengok Najib hisap CERUT... haha...

Posted: 02 Oct 2012 04:50 AM PDT

NEGARA TERCINTA KITA MALAYSIA, WAJIB MEMPUNYAI PM DAN MENTERI KEWANGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB....

Beliau semestinya mendengar dan membahaskan belanjawan yang telah dibentangnya sendiri. Tidak ada alasan untuk ponteng sidang parlimen.... ini kerana ia melibatkan pengurusan wang negara dalam skala besar mencecah ratusan bilion...

Najib woiii, awak tu PM merangkap Menteri Kewangan. Dah tetap ada elaun untuk datang bersidang... tolaklah fahaman politik dan bahas belanjawan dengan beretika untuk kesejahteraan negara... ini tidak... kau boleh pulak ponteng plak pi hisap CERUT... hang main ape ni...?


SEYES betoi soklan neh...

Posted: 02 Oct 2012 02:02 AM PDT

Pertarungan antara BN dan PR dalam Bajet 2013

29 SEPT – Kini kedua-dua bajet dari Bajet 2013 dari kerajaan dan bajet bayangan dari pembangkang telah dibentangkan, kita akan bandingkan kedua bajet ini antara satu sama lain.

Ini adalah bajet yang terakhir sebelum pilihan raya, dan Barisan Nasional (BN) mempunyai lebih banyak pengalaman dalam membuat bajet dan tidak memeranjatkan ia penuh dengan pemberian wang dan 'gula-gula', terutamanya kepada generasi muda yang mempunyai angka yang signifikan dalam daftar pengundi.

Pakatan Rakyat (PR) ternyata masih belum mempunyai pengalaman apabila membentangkan bajet dengan lebih banyak untuk mengubah ekonomi, daripada pentadbiran Najib yang dilihat 'lebih kurang sama' dengan tidak mengubah struktur fundemental.

Anda tidak boleh menyalahkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tidak mengubah bajet begitu banyak, dan melakukan perkara yang hampir sama memandangkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat dengan lebih baik walaupun terdapat kelembapan ekonomi di seluruh dunia.

Tetapi bajet PR, sebaliknya lebih banyak menunjukkan cara untuk mengenepikan monopoli, kartel dan mengecilkan penglibatan kerajaan dalam perniagaan.

Tidak semua dalam bajet dapat dibandingkan secara langsung, tetapi kita boleh melihat dari sudut angka fiskal.

Kategori Bajet Berimbang

Defisit bajet

BN: 4 peratus

PR: 3.5 peratus

Pemenang: PR

BN berjaya mengurangkan defisit dari 4.5 peratus tahun ini kepada 4 peratus pada tahun 2013 tetapi tidak cukup untuk menewaskan PR. BN bagaimanapun boleh berkata PR boleh menjanjikan segalanya kerana mereka tidak di dalam kuasa.

PR bagaimanapun lebih berminat untuk menghapuskan rasuah, ketirisan dan pembaziran tetapi angkanya sedikit lebih baik dari BN. Tetapi, peningkatan sedikit ini memberi kelebihan kepada BN dari sudut pandangan agensi penarafan dan pakar ekonomi.

Pembangunan Ekonomi

Cara BN ialah dengan cara menabur insentif dari pelbagai industri sementara PR lebih banyak untuk menangani masalah fundemental untuk meningkatkan kemampuan untuk bersaing negara ini.

BN lebih banyak menawarkan insentif seperti pemotongan cukai untuk penyelidikan dan pembangunan, sejumlah RM1 billion untuk meningkatkan pelaburan domestik, insentif untuk mengambil alih syarikat asing, insentif untuk industri teknologi seperti pemotongan cukai pendapatan untuk pelabur Angel serta mengiktiraf harta intelek, dan juga RM10 billion untuk skim pembangunan untuk industri kecil dan sederhana (IKS).

PR memilih untuk perubahan dalam pembangunan, dengan memulihkan ekonomi dari budaya melobi dan kronisme, rasuah dan memansuhkan monopoli serta kartel, dengan harapan ekonomi dapat bergerak tanpa sebarang halangan. Dengan mengurangkan penglibatan kerajaan dalam perniagaan dengan mengubah peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ia juga menjanjikan keusahawanan untuk menjadi asas kepada ekonomi.

Pemenang: Kedua-dua mempunyai cara yang terbaik. Cara BN agak selamat tetapi seperti terdahulu, manakala perubahan yang dijanjikan PR lebih menarik untuk mengembangkan ekonomi ke arah negara maju. Cara hibrid serta IKS tidak perlu memilih antara skim pembangunan IKS dan perniagaan yang bebas dari para pelobi dan kartel. Tetapi berdasarkan dalam jangka masa panjang, PR lebih berjaya dalam perkara ini.

Pendidikan

Masa depan negara terletak pada pendidikan. BN baru-baru ini melancarkan pelan pendidikan yang dirancang oleh pakar tetapi memotong bajet pendidikan dari RM50 billion pada tahun lalu kepada RM38.7 billion pada 2013. Perdana menteri berkata mereka mahu "memberi nilai kepada setiap pelajar dalam setiap ringgit yang dibelanjakan" semasa pelan itu dilancarkan, maka mereka mungkin menemui cara untuk mengelakkan pembaziran dan meningkatkan keefisyenan.

Sementara PR tidak banyak menyentuh tentang pendidikan dalam bajet kali ini, cuma mereka mahu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sementara niatnya baik dan PTPTN mungkin satu cara untuk melupuskan hutang pelajar, dan mencadangkan subsidi yuran untuk pendidikan, memansuhkan PTPTN mungkin akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai sifat untuk berdikari dan hanya mahu bergantung dengan kerajaan. Ramai bekas pelajar yang membayar PTPTN sudah mengadu bahawa ini yang mereka tunggu-tunggu.

Pemenang: BN mengakui pencapaian lemah Malaysia dalam pendidikan dan mahu mengubahnya dengan pelan terbarunya. Pemotongan bajet dalam pendidikan mungkin agak mengecewakan, tetapi tindakan PR untuk menghapuskan PTPTN hanyalah bersifat populis dan mahu mendapatkan undi. Apa yang cuba disampaikan oleh PR kepada pelajar? Adakah mereka tidak perlu membayar hutang? Berdasarkan ini dan pelbagai pandangan, dalam isu pendidikan, BN menang.

Pendapatan Individu

BN sekali lagi memberikan wang secara langsung kepada rakyat berpendapatan rendah untuk menangani kos kehidupan. PR pula mahu melaksanakan pemberian secara tidak langsung dengan mahu menurunkan harga kereta dengan memotong duti eksais, pemansuhan tol, pemansuhan PTPTN dan menurunkan harga petrol dan tambang pengangkutan.

BN juga memotong cukai pendapatan sebanyak satu peratus untuk semua tangga sehingga RM50,000, tetapi pakar cukai menjangkakan ini adalah persediaan untuk pengenalan kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pemenang: Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan. Pemberian wang tunai secara langsung dalam kelembapan ekonomi dapat meningkatkan perbelanjaan, walau bagaimanapun ia dilihat sebagai cara membeli undi kerana pemberian secara 'one-off' tidak bertahan lama. Penurunan satu peratus pada setiap tangga cukai dilihat tidak banyak bila kita melihat negara lain memberi cukai serendah 11 peratus untuk mereka yang berpendapatan RM300,000 atau mempunyai cukai pendapatan yang lebih tinggi tetapi memberikan perkhidmatan awam yang lebih baik dari Malaysia. Cara PR dengan meningkatkan pendapatan dengan membuang halangan dalam ekonomi dilihat boleh bertahan lebih lama walaupun ia termasuk dengan pemansuhan PTPTN yang tidak boleh diterima.

Perumahan

Perumahan adalah satu isu yang besar apabila banyak aduan tentang kos pembelian rumah yang semakin mahal.

Cara BN ialah meningkatkan cukai keuntungan hartanah (RPGT) sebanyak lima peratus untuk menangani masalah spekulator dan juga akan membelanjakan RM1.9 billion untuk membina 123,000 rumah mampu milik.

Ia juga lebih mudah untuk golongan muda yang memperoleh pendapatan kurang dari RM5,000 untuk mendapat pinjaman untuk perumahan.

PR mencadangkan pembinaan 100,000 rumah mampu milik dari harga RM130,000 hingga RM300,000 dibawah Perbadanan Perumahan Nasional dengan suntikan modal bernilai RM5 billion pada tahun 2013.

Pemenang: Kedua-dua bajet banyak membina perumahan rakyat tetapi BN menangani isu spekulasi hartanah melalui RPGT sedangkan PR tidak. BN dapat melihat masalah kewangan dan dengan memberi kemudahan untuk mereka yang berpendapatan kurang dari RM5,000 untuk memiliki rumah tanpa memerlukan tiga bulan pembayaran ansuran dari simpanan mereka sendiri. Saya mengatakan keduanya sama baik dan tiada pemenang.

Pengangkutan Awam

Keduanya mahu meningkatkan pengangkutan awam.

BN tidak banyak memberi perkara baru selain dengan memberi diskaun untuk KTM untuk mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000.

PR, dalam masa sama mahu menjadikan pengangkutan tidak terikat kepada satu entiti dan lebih banyak membangkitkan isu tempatan, dan berkata mahu mengkaji semula MRT dan mahu melaksanakan BRT (Transit Aliran Bas).

Pemenang: Keduanya mahu melakukan perubahan untuk pengangkutan awam, tetapi kemahuan PR untuk melaksanakan BRT adalah membimbangkan jika kita lihat bandaraya seperti Bogota dan Johannesburg, berbanding Zurich dan Tokyo dalam menjadikan kereta api sebagai pengangkutan awam utama berbanding bas. Bas adalah lebih baik untuk jarak pendek tetapi tidak ada siapa yang sanggup untuk bergerak dalam jarak yang lebih panjang. PR mahu melaksanakan bas tempatan yang lebih baik, tetapi BN menang dalam isu ini kerana BRT sudah dilakukan di sesetengah tempat di negara ini.

Keputusan

PR menang dalam kategori bajet berimbang, pembangunan ekonomi dan pendapatan individu.

BN menang dalam pendidikan dan pengangkutan awam disamping seri dari segi perumahan.

BN lebih banyak berhati-hati dan banyak menggunakan cara Santa Klaus dengan banyak memberi insentif, wang tunai dan cara konservatif, menggambarkan statusnya sebagai kerajaan hari ini.

PR pula lebih progresif dan mahu mengubah lebih banyak struktur dan menggambarkan ia sebagai pencabar utama.

Siapa yang anda akan pilih? - TMI


BORING betoi jadi BANGSA Umno neh...

Posted: 02 Oct 2012 12:39 AM PDT

Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.
"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.
Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.

Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.

Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.
"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.
Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.
"Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar.- Malaysiakini


PANAS: Menteri Wanita terlantar serius diserang senggugut

Posted: 01 Oct 2012 09:38 PM PDT

Patut pun Menteri Wanita Umno tak boleh nak hadir dalam perbahasan bajet 2013 kelmarin... Ca tengok, kosong ja bangku diaorang...

Rupanya Menteri Wanita tersebut tetiba ja diserang senggugut yang amat serius. Kesian kan kat puak-puak Umno yang teruk difitnah pembangkang. Menteri Wanita diorang neh bukannya penakut seperti yang dihebohkan kononnya takut berhadapan dengan Anwar tapi dia tuh sakit, memang sakit betoi...

Kesian kan?

Hahaha...

Entah pasai apa tak tau la tetiba senggugut menyerang Menteri Wanita Umno neh terutama apabila terpaksa bertentangan mata dengan Anwar Ibrahim dalam Parlimen. Untuk lebih jelas, nah... neh gambar istimewa buat pencacai Be End sekalian... Kedudukan ini agaknya yang membuatkan senggugut Menteri Wanita Umno tu makin serius....

Hahaha...

Kalau tak kerana senggugut, tentu parti terbesar Melayu neh akan berdiri gagah mempertahankan Agama Bangsa dan Negara kita...

Hahaha...


Suara hati sorang ahli Umno... [BACA]

Posted: 01 Oct 2012 08:52 PM PDT

Bila akhbar dan televisyen sibuk mencanangkan pesanan Perdana Menteri saya, Datuk Seri Najib bahawa bajet pembangkang hanyalah janji kosong, hanya akan membawa kepada malapetaka negara dan sebagainya. Maka sudah tentulah saya yakin Perdana Menteri yang saya kasihi, Datuk Seri Najib serta rakan-rakan kabinetnya kelak akan hadir apabila giliran pihak yang mereka sindir, yang mereka hina dan mereka tohmah itu akan berdiri pulak membuat perbahasan tentang bajet 2013 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan...

Tetapi malangnya, Perdana Menteri yang saya kasihi itu tetiba hilang. Seorang yang saya harapkan akan mempertahankan apa yang dibentangkan sendiri olehnya tetiba tiada... yang ada hanyalah macai-macai yang masih berhingus, terkial kial memberi alasan bodoh...

Jadi, saya rasa sangat terkilan dengan betapa sibuknya akhbar, televisyen dan saluran media massa yang sibuk mentohmah keburukan janji dan cadangan pihak pembangkang ini...

Kerana, sebusuk busuk pembangkang pun mereka hadir juga dikala Perdana Menteri saya yang merangkap Menteri Kewangan negara saya itu membentangkan belanjawan. Maka pada saya adalah relevan mereka mengkritik, kerana mereka hadir, bahkan disindir pula oleh Perdana Menteri saya itu.

Tetapi di mana relevannya kata-kata Datuk Seri Najib, apabila dia dan rakan-rakannya pula langsung tidak hadir mendengar pembentangan dan perbahasan yang dibuat oleh pihak pembangkang?

Sangka baik saya, Perdana Menteri dan rakan-rakan mungkin tonton melalui internet... kalau tidak pun senggugut menyerang lagi... hadoiihh...


Tiada ulasan: