Selasa, 2 Oktober 2012

Addin

Addin


Najib Di Belasah Teruk Oleh Pengikutnya..

Posted: 02 Oct 2012 09:15 AM PDT

Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib Altantuya nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet. Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib Altantuya benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.

Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib Altantuya juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.

Anwar tidak langsung menggunakan hashtag ( # ) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib Altantuya mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.

Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib Altantuya.

Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib Altantuya dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:

@farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah

Seorang lagi pengguna menempelak Najib Altantuya kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.

@iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib

Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib Altanuya dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar!

@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe

Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!

@mikichoo @tankengliang#TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak

Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya!

@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib

Kah kah kah...
Kah kah kah...

Baca di sini dan di sini.


Iklan



Mahkamah Putuskan Penahan ISA 2001 Tidak Sah, Kerajaan Di Arah Bayar Pampasan RM4 Juta

Posted: 02 Oct 2012 06:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa penahanan Chua Tian Chang (Tian Chua), Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001 adalah tidak sah, secara haram, bersifat politik dan berniat jahat pampasan perlu dibayar oleh kerajaan Malaysia sebanyak RM4,060,000.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam pengadilannya, menganugerahkan kelima-lima bekas tahanan ISA itu masing-masing sebanyak RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka dibawah seksyen 73, ISA dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk menjadikannya jumlah keseluruhannya RM4.06 juta.

Mahkamah juga mendapati, kenyataan media bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai untuk mempertahankan penahanan ISA tersebut berunsur fitnah kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, hakim menganugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 sebagai gantirugi teruk bagi setiap seorang.

Bagi penahanan dibawah seksyen 8 ISA, walaubagaimanapun, mahkamah berpihak kepada kerajaan.

Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.

Tian Chua (gambar) ketika ditemui diluar mahkamah mengatakan bahawa kemenangan mereka dalam kes ini merupakan kemenangan untuk perjuangan ribuan orang yang pernah ditahan dibawah ISA.

"Kami belum tahu lagi sama ada kerajaan akan merayu atau tidak.

"Tetapi apabila kerajaan memasuhkan akta ini, ia merupakan bukti bahawa mereka mengaku salah," katanya.

Sementara itu Hishamuddin Rais pula mengatakan beliau akan menggunakan wang kemenangan itu untuk memperbaiki kenderaan sahabatnya yang dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali di Pengerang, Johor minggu lalu.

"Wang daripada saman yang telah berjaya ini akan saya gunakan untuk membaiki kereta kawan saya yang disimbah asid di Pengerang.

"Nak cat kereta tersebut," katanya.

Pada April 2001 Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dibawah kepimpinan Norian Mai telah menahan Tian Chua, Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin di bawah ISA selama 60 hari dan kemudian dihantar ke Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun.

Pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri dalam negeri manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula adalah perdana menteri Malaysia. ~tmi



Iklan




Banduan Pemilik IC Palsu Boleh Mengundi Secara Sah

Posted: 02 Oct 2012 06:28 AM PDT


KUALA LUMPUR - Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendedahkan dua nama individu dimasukkan dalam data senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), walaupun mereka didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu.

"Nama pertama adalah Hassanuddin bin Manna, warga Filipina yang didaftarkan mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dalam Parlimen Sepanggar.

"Nama kedua pula adalah Salleh Samsul, yang memiliki kad pengenalan dari Sabah dan mengundi di DUN Permas dalam Parlimen Pasir Gudang," jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.

"Ini bukan tuduhan, tetapi mereka didapati bersalah di mahkamah," tegas Fuziah sambil menunjukkan salinan semakan daftar pemilih SPR dan laporan akhbar tentang keputusan mahkamah itu.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Akhbar Daily Express di Sabah pada 26 September lalu melaporkan, Hassanuddin, 37 memberitahu mahkamah beliau membeli MYkad palsu itu pada harga RM1,000 melalui rakannya, dengan nombor siri 741029-12-5463.

Beliau dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM3,000 atau penjara sebulan kerana memiliki dokumen palsu oleh Majistret, Norhamizah Shaifuddin.

Manakala laporan mengenai Salleh juga dilaporkan di akhbar sama edisi 21 September.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pagi tadi ketika menjawab soalah Wilfred berkata, kemasukan warga asing di Sabah tidak mengancam keselamatan negara.

"Ini kerana pemantauan dan penguatkuasaan berterusan badan kerajaan seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Ikatan Relawan Malaysia (Rela)," katanya lagi.

Menempelak jawapan tersebut, Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu ternyata mengancam keselamatan negara.

"Mereka mencuri hak dan harapan rakyat Malaysia (kerana) dibenarkan memilih pemimpin negara," kecam Fuziah.

Dalam pada itu, Tian Chua mendesak kerajaan Umno BN supaya menjalankan siasatan dan segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) serta membersih daftar pemilih sebelum pilihan raya akan datang. ~kd


Iklan




Nah!! Ini Bukti BN Putar Alam..

Posted: 02 Oct 2012 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Oktober: Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.

Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.

"Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.

"Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi.

Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan.

"Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan," katanya.

"Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak)," kata beliau sinis.

Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50.

Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES).

Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000. ~kd



Iklan





Rakyat Pengerang Tolak Azalina Othman.. Ini Buktinya

Posted: 02 Oct 2012 03:48 AM PDT

PENGERANG - Sebahagian rakyat Pengerang mahu calon lain menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said mempertahan kerusi Parlimen itu dalam pilihan raya umum ke 13. Perkara ini diberitahu oleh bekas Setiausaha Umno bahagian, Sairy Raasiban yang dihubungi hari ini. "Rakyat tidak puas hati dengan Azalina termasuk menangani isu petroleum di Pengerang.

Nelayan-nelayan yang terpaksa berpindah tidak puas hati soal pampasan.

"Orang politik (Azalina) kena selesaikan isu supaya mereka mendapat pampasan setimpal," katanya.

Azalina bekas ketua Puteri Umno dan bekas menteri kabinet sudah dua penggal menjadi ahli Parlimen Pengerang iaitu pada 2004 dan 2008.

Beliau menang tanpa bertanding dalam kedua-dua pilihan raya itu.

"Orang Pengerang ada calon lain…mereka mahu orang tempatan.

"Azalina bukan orang sini (tempatan)," tambah Sairy.

Himpunan Hijau

Sementara itu, Setiausaha Umno Pengerang, Ghazali Abas menjelaskan Azalina telah melakukan apa sahaja untuk membantu penduduk Pengerang dalam isu projek petroleum tersebut.

Tetapi tambahnya, sejak setahun lalu juga pembangkang menyasarkan Azalina seolah-olah tidak memperjuangkan hak penduduk setempat.

"Kita dalam pimpinan Umno bahagian ini telah memberikan penerangan kepada rakyat mengenai manfaat projek ini," katanya.

Ghazali berkata, orang Umno yang bercakap kononnya penduduk tempatan tidak puas hati dengan projek tersebut sebenarnya tidak bersama lagi dengan kepimpinan.

"Saya kecewa dalam keadaan sepatutnya bersatu, mereka membuat kenyataan seperti ini," tambahnya.

April lalu, 578 nelayan dari sepuluh kampung nelayan di sepanjang pesisir pantai, Pengerang memfailkan tuntutan dan saman bagi membantah projek pembangunan industri minyak dan gas berhampiran kawasan pantai berkenaan.

Ahad lalu, perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang bermula sekitar jam 10 pagi.

Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka. ~fmt



Iklan





Bekas Menantu Dakwa Taib Mahmud Mungkin Individu Terkaya Asia Tenggara

Posted: 02 Oct 2012 12:33 AM PDT

Bekas menantu Abdul Taib Mahmud ini menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin terkaya di Asia Tenggara.Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.

Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.


Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah USD25 juta (RM75 juta).

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah USD31 juta (RM93 juta).Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi jazz terkenal tanah air, Sheila Majid. ~jalanpulang



Iklan







PKR Mahu Saman Pembaling Kasut

Posted: 01 Oct 2012 10:41 PM PDT

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyelar kelewatan polis menyiasat kes serangan ahli Perkasa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Seberang Pumpong, Alor Setar, awal September lalu.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal kegagalan polis menyiasat kes sekecil itu walaupun mengetahui suspek yang terlibat.

"Kita sudah melalui siasatan, tetapi malangnya tiada maklum balas mengenai hasil siasatan. Kes ini bukan kes besar hingga memerlukan masa terlalu lama untuk diselesaikan," katanya ketika dihubungi.

Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas menyerang Ketua Umum KEADILAN itu ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Hussain.

Samseng tersebut bertindak memadam lampu masjid dan alat pembesar suara selain kata-kata kesat serta membaling kasut ke arah Anwar ketika beliau menyampaikan kuliah maghrib.

Shamsul berkata, sikap dwi standard polis semakin terserlah apabila samseng yang menyerang pemimpin Umno BN diburu polis, tetapi serangan ke atas pemimpin Pakatan dibiar bebas.

Katanya, polis perlu lebih profesional, bukan seperti lembu dicucuk hidung dan menjadi alat kepada rejim pemerintah.

Justeru, beliau mendesak polis segerakan siasatan dan mengumumkan hasilnya kepada rakyat.

Jika polis gagal menyelesaikan siasatan itu, Shamsul berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

"Kita sedang merangka draf untuk menyaman atau membuat semakan kehakiman. Kita sudah mengumpul peguam untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan Persekutuan berikutan gangguan terhadap program Merdeka Rakyat.

"Kita beri polis sedikit masa sahaja lagi…kalau mereka gagal, kita terpaksa teruskan untuk membawa kes ini ke mahkamah," katanya. ~keadilandaily


Iklan




Kabinet Bayangan Rekaan Semata-Mata - Naib Pengerusi Kebangsaan DAP

Posted: 01 Oct 2012 08:46 PM PDT

KUALA LUMPUR - 'Kabinet Bayangan' tak pernah wujud kerana ia tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat, kata Ahli Parlimen DAP-Kepong Dr Tan Seng Giaw.

Naib Pengerusi DAP itu menegaskan, Pakatan Rakyat sama sekali tidak pernah membuat senarai calon bagi mengisi jawatan dalam Kabinet sekaligus menyifatkan senarai itu hanya rekaan semata-mata.

"Siapa yg buat senarai? Senarai tu bukan ditetapkan dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan. Saya tak tahu. Hampir setiap mesyuarat Pakatan saya hadir tapi tak pernah dibincangkan pun," katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini.

Walaupun mengakui Pakatan mempunyai calon pemimpin yang layak dan berwibawa, namun katanya itu tidak menjamin kedudukan mereka dalam Kabinet sekiranya mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU13).

"Kita ada pemimpin yang layak cuma di mana-mana pun saya pernah lihat malah di United Kingdom Kabinet bayangan tidak boleh diwujudkan sebab jika lepas PRU dia kalah, mana bolah jadi ahli menteri lagi, itulah masalah kita.

"Kita tak mahu satu pertikaian yang berlaku dalam hari ini," tegasnya.

Tambahnya, kuasa mutlak terletak ditangan bakal Perdana Menteri untuk menentukan pemimpin yang layak.

"Kita belum tahu lagi. Bila kita menang PRU13 baru kita buat keputusan siapa yang layak, siapa yang tak. Perdana Menteri berhak pilih orang yang paling berkaliber.

Beliau turut menepis dakwaan 20 pemimpin PKR yang didakwa Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei akan menerajui jemaah menteri sekiranya menerajui Putrajaya.

"Itu direka-reka…kenapa kita perlu keluarkan (senarai) sekarang kerana kita tak tahu siapa yang akan menang dan siapa yang tidak.

"Dalam erti kata lain, senarai Kabinet itu akan terpulang kepada rakyat untuk tentukannya," katanya.

Beliau bagaimanapun menjamin jawatan menteri akan diagihkan secara adil dan saksama dalam ketiga-tiga parti PKR, PAS, dan DAP selaras dengan konsep Pakatan Rakyat. ~freemalaysiatoday



Iklan




Rupanya Sebab Nih Rafizi Cakap Rebat Smartphone Adalah Teori Ekonomi Bodoh Najib

Posted: 01 Oct 2012 08:01 PM PDT


Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah.

"Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas.

Walau bagaimanapun, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik.

"Ia adalah satu pengumuman yang bodoh. Berapakah harga sebuah telefon pintar? Harga purata adalah sekitar RM1,000".

"Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Jadi, peniaga mendapat RM800".

"Jika anda tidak mengeluarkan RM800 anda tidak akan mendapatkan telefon pintar. Mereka yang akan mendapat manfaat adalah peniaga yang dilantik, bukannya Rakyat, " kata Rafizi.

Rafizi juga mengkritik peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mendapatkan telefon pintar tersebut, pembeli juga mesti melanggan pakej internet.

"Itu bermakna anda tidak boleh lagi menjadi pengguna prabayar yang anda perlukan untuk melanggan pakej internet jika anda mengambil kesempatan daripada rebat, yang pasti kos akan menjadi lebih tinggi.

"Ini akan terus meningkatkan perbelanjaan orang-orang yang membeli telefon pintar. Ia adalah ekonomi bodoh Najib. Dia tidak faham? Dia tidak berfikir? " Kata Rafizi.

"RM200 tidak mencukupi untuk membeli telefon pintar. Pengumuman adalah hanya untuk menarik pengundi muda. Jika Najib fikirkan dia boleh memenangi pilihan raya umum yang akan datang dengan skim itu, dia akan silap."

Beliau menambah bahawa Najib telah menyediakan gula-gula untuk kumpulan sasaran tetapi telah melakukan sedikit untuk wanita dan warga emas dalam Bajet 2013. ~free malaysia today

Iklan





Awas!! Candu Untuk Umur 40 Tahun Ke Atas

Posted: 01 Oct 2012 06:25 PM PDT

Najib telah membentangkan Bajet 2013 dengan lebih RM250 bilion bersama sejumlah ganjaran dan insentif, namun rakyat harus berfikir secara serius keperluan menumbangkan Umno BN dan jangan sesekali terpikat dengan candu racun pilihan rayanya.

Pemberian  'one off' yang disebutkan ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat menunjukkan Umno BN ketandusan idea bagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan jalan menerajui masa depan ekonomi negara supaya berdaya saing.

Umno BN hanya memberi gula-gula dan candu pilihanraya bagi mengaburi mata rakyat. Yang pentingnya kita ambil segala insentif yang dibari tetapi jangan sesekali mengundinya. Ibarat ikan memakan umpan tetapi jangan tersangkut pada kail..


Rebat RM200 : Rais Mahu Had Umur Di Naik Hingga 40

KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengemukakan syor kepada Kementerian Kewangan untuk menaikkan had umur golongan belia yang layak menerima rebat RM200 untuk membeli telefon mudah alih pintar 3G kepada 40 tahun.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata cadangan dalam Belanjawan 2013 Jumaat lepas bahawa golongan belia berusia antara 21 hingga 30 tahun layak menerima rebat itu mungkin boleh diperhalusi.

"Kita mungkin terpaksa melihat semula beberapa kategori usia yang harus kita ambil kira...takrif belia sebenarnya ialah 40 tahun ke bawah, jadi kalau kita berhentikan setakat 30 tahun sahaja misalnya mungkin ada sedikit luar biasa.

"Sekiranya perlu, kita juga akan kaji peruntukan atau keperluan tertentu bagi satu-satu kategori umur bagi memenuhi aspirasi generasi muda," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Dana Karya Penulis Tempatan 2012 di sini, hari ini.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian rebat itu kepada kira-kira 1.5 juta belia berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah melalui Pakej Komunikasi Belia, bermula 1 Januari tahun depan.

Rais berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan menentukan kaedah terbaik untuk memberikan rebat tersebut kepada belia yang layak bagi mengelakkan sebarang penipuan dan ketidakadilan.

"Kita juga akan hanya melantik wakil pengedar yang bertauliah serta diuji dan sekiranya mereka itu melepasi semua syarat yang ditetapkan kita akan mempertahankan prinsip tersebut.

"Perlu diingat pemberian rebat ini dibuat tanpa mengira perbezaan kaum, agama, latar belakang politik, budaya dan ianya mencerminkan kasih sayang," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kementerian mewujudkan sebuah jawatankuasa penentu yang bertanggungjawab dalam memastikan pemberian rebat dilaksana secara cermat.

"Butiran mengenai apa juga cadangan yang telah dipersetujui pula akan diumumkan sama ada pada 16 atau 17 Oktober selepas mesyuarat teknikal dengan pihak bersangkutan termasuk perbendaharaan, SKMM dan pegawai yang menyelenggarakan program ini," katanya. ~bernama


Iklan





Video Anwar Bahas Bajet Si Bacul..

Posted: 01 Oct 2012 04:53 PM PDT


Sesi membahaskan Belanjawan 2013 ini sepatutnya berlangsung dengan kehadiran pihak yang telah membentangkan belanjawan itu sendiri iaitu Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO iaitu Najib.

Malangnya Najib ianya berlangsung tanpa kehadiran Najib.. selain dari takut berhadapan dengan Anwar, Najib dipercayai tidak punya pengetahuan dalam hal mentadbir kewangan negara dan pembentangan yang dilakukan olehnya jumaat lepas hanyalah sekadar membaca sahaja apa yang dibekalkan kepadanya..

Kebolehan Najib dalam mentadbir kewangan negara terbukti cemerlang bilamana sumber dari Bank Negara mendedahkan hutang negara di bawah pentadbiran Najib terus meningkat..

~ Pada tahun 2007 hutang negara : RM247 bilion

~ Pada tahun 2011 hutang negara : RM421 bilion

~ Pada tahun 2012 hutang negara: RM456.1 Bilion.

~ Pada Jun 2012 : RM470.76 Bilion

~ Dan terkini September 2012 : RM476.68 bilion.

Semakin cemerlang hutang Negara sejak Najib ni jadi Menteri Kewangan nampaknya..

Jika beliau benar-benar faham apa yang dibentangkannya Jumaat lalu, Anwar pasti akan kecundang ditangan Najib... tapi apakan daya.. disebabkan tidak faham apa yang dibentangnya minggu lalu Najib takut untuk menghadapi Anwar Ibrahim...

SAKSIKAN!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan belanjawan Najib.. Part 1.

Lihat video di SINI.


~asd

Iklan





Tiada ulasan: