Isnin, 8 Oktober 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pakatan Rakyat "Kami tidak Kenal George Soros", Siapa yang Kenal George Soros? Lihat Gambar!

Posted: 07 Oct 2012 11:05 PM PDT


MP Pakatan Rakyat hari ini seperti yang dilaporkan oleh MK menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa undi untuk pembangkang adalah umpama undi untuk jutawan George Soros.

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, Pakatan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Soros.

"Kami tidak ada hubungan apa-apa dengan George Soros. Kami tidak kenal George Soros," katanya.

Tambahnya, Pakatan tidak mempunyai agenda Yahudi dan turut menyokong perjuangan masyarakat Palestin ke atas penindasan rejim Israel di negara tersebut, katanya.

Jika Pakatan Rakyat tidak kenal George Soros, siapa yang kenal Soros?

Lihat gambar:



Yang sukar diterima akal, Che Det mendakwa  "Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak mata wang,"

 Siapa yang kenal dengan Soros?

Lanjut di sini.



Kerabat Raja Terengganu Sertai PAS

Posted: 07 Oct 2012 05:40 PM PDT


[SH] JABI - Kerabat Diraja Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan menyertai Pas semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka menyerahkan borang sebagai ahli Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tengku Ibrahim merupakan anak ketiga Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al Marhim Sultan Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan menang dalam Pilihanraya Umum kelapan pada 1990 serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol selama sepenggal.

Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli Pas semalam.

Menurut Tengku Ibrahim, beliau telah lama berhasrat untuk menyertai Pas tetapi hanya menunggu masa sesuai.

"Saya dulu Pas masa Semangat 46. Saya dengan Pas lama dah baik," katanya yang enggan menjelaskan faktor mendorong beliau menyertai Pas.

Pusat tidak konsisten isu royalti minyak

Dua lagi individu yang menyerahkan borang keahlian sempena perasmian perhimpunan Pas Ganti UMNO (PGU) 5.0 yang disempurnakan Nik Abdul Aziz semalam adalah bekas Ketua Penerangan Umno Kemaman ketika zaman Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, iaitu Datuk Omar Abu Bakar.

Bekas Wartawan Utusan Malaysia ini juga pernah menjadi Pegawai Perhubungan Khas kepada tiga bekas Menteri Pertahanan.

Seorang lagi yang mengikut jejak dua individu terbabit ialah bekas Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia, Ahmad Amzad Mohamed@Hashim dari Kuala Terengganu.

Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Norstar Technologi di Pulau Pinang dan pernah berkhidmat dalam bidang industri rekabentuk dan perbuatan perkapalan.

Hadir sama dalam program itu Setiausaha Agong Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Sementara itu Wahid berkata, kemasukan beberapa tokoh itu menunjukkan semakin ramai menyokong Pas terutama dalam menghadapi PRU akan datang.

Dalam ucapannya beliau turut menyentuh isu royalti minyak apabila beliau mendakwa Kerajaan Negeri dan Pusat tidak konsisten serta berdolak dalik dalam menyelesaikan royalti yang dikatakan hak rakyat Terengganu.


Tiada ulasan: