Isnin, 8 Oktober 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sendiri yang tak pandai, salahkan Soros pula

Posted: 08 Oct 2012 04:06 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


Dr Mahathir semalam bercakap lagi dan menambahkan keyakinan ramai yang beliau tidak lagi berasa senang melihat kejatuhan Umno dan BN. Jika BN jatuh beliaulah orang yang paling merasakan panasnya dan ini merupakan satu igauan bagi beliau.

Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti beliau akan tertekan dengan keadaan politik ciptaan beliau sendiri. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti rakyat akan membuka mata dan politik selepas itu akan menjadi mimpi ngeri bagi beliau.

Selama ini beliau merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja terhadap politik dan rakyat negara ini. Beliau tidak pernah menyangka yang pada suatu hari selepas beliau meletakkan jawatan dan bersara dari kerajaan pimpinannya akan datang isu-isu yang menjadikan parti dan kerajaan pimpinannya akan dibelakangkan oleh rakyat semua kaum.

Berbagai cara beliau untuk mempertahankan kejatuhan Umno yang beliau tubuhkan itu. Menuduh semua orang bertanggungjawab di sana sini terutamanya pihak pembangkang. Dr Mahathir bukan sahaja mengutuk pembangkang untuk memalingkan rakyat mengarahkan kesalahan kepada beliau malahan beliau menumpukan masa dan waktunya untuk menuduh Abdullah Ahmad Badawi pemimpin yang beliau pilih sendiri untuk menggantikannya.

Semua orang salah kecuali beliau dan keluarga beliau. Dr Mahathirlah pemimpin yang bergaduh dengan semua pihak semasa beliau memegang kuasa beliau seorang sahajalah yang betul. Orang lainnya semuanya tidak betul. Orang lain semuanya anti Melayu. Hanya beliau sahajalah pejuang Melayu. Orang yang benar-benar Melayu tidak memperjuangkan Melayu tetapi mereka yang menjadi Melayu "by choice" memperjuangkan hak Melayu. Itu kepercayaan Dr Mahathir.

Kali ini Dr Mahathir mempersalahkan George Soros pula. Beliau cuba hendak menakutkan pengundi Pakatan Rakyat yang pembangkang didukung oleh Soros yang di labelkan oleh Dr Mahathir sebagai penyangak matawang antarabangsa. Soros menjadi sasaran Dr Mahathir dan semua pengikut membuta tuli beliau kerana kejatuhan nilai matawang ringgit di dalam krisis kewangan pada tahun 1997 dahulu yang menyebabkan Malaysia menjadi mangsa terbesar dari kejatuhan dan krisis matawang itu.

Seperti yang saya sebut selalu, Dr Mahathir menyalahkan semua orang diatas kesilapan dan kesalahan beliau kepada negara. Pada penghujung tahun lapan puluhan sehingga penghujung tahun sembilan puluhan Dr Mahathir telah melakukan banyak kesalahan kerana beliau merasakan beliau seorang yang begitu handal dalam semua bidang termasuk dalam bidang perniagaan matawang asing. Bidang ini bukannya bidang yang beliau faham tetapi beliau merasakan yang beliau pandai dan ingin mencuba-cuba bidang yang beliau mengetahui terlalu sedikit.

Dr Mahathir telah terlebih dahulu menjadi "penyangak" matawang asing ini dengan cuba hendak bermain-main dengan pasaran wang antarabangsa pada tahun 1992 dahulu. Beliau telah meminta Bank Negara untuk menyertai perdagangan wang antarabangsa dan akhirnya negara telah rugi melebihi RM30 billion dalam operasi perdagangan wang antarabangsa itu. Bank Negara terpaksa menjual banyak esetnya untuk mengurangkan jumlah kerugian di dalam akaun Bank Negara dan akhirnya telah memberitahu rakyat yang kerugian itu hanyalah RM9 billion sahaja. Jika Dr Mahathir berjaya dalam operasi perdagangan wang antarabangsa itu saya yakin Dr Mahathir akan lebih dahsyat lagi dari Soros. Tetapi nasib beliau tidak berapa baik, kita kerugian sebanyak RM30 billion.

Sebagai spekulator wang antarabangsa Soros dan ramai yang lain akan melakukan spekulasi terhadap mana matawang yang lemah. Kebetulan ringgit kita adalah salah satu matawang yang sudah terlalu lemah semasa itu maka semua spekulator matawang antarabangsa secara "natural" akan memilih ringgit untuk diperdagangkan.

Spekulator matawang asing mengetahui yang ringgit kita sudah lemah kerana semasa itu negara mengimport "capital goods" yang begitu besar untuk melaksanakan projek-projek raksaksa secara ekspress seperti komplek pentadbiran Putrajaya dan KLIA. Kita mesti ingat projek raksaksa seperti KLIA itu tidak pernah timbul di dalam rancangan Malaysia ke-6. Kita hanya tahu projek KLIA itu wujud ketika pembentangan separuh penggal rancangan Malaysia ke-6 itu.

Dr Mahathir mahu segala-galanya berlaku di zaman beliau tanpa berfikir yang semua projek raksaksa yang tidak dirancang itu akan membawa padah kepada kewangan negara. Beliau tidak ambil peduli yang pengimpotan "capital goods" yang terlalu besar untuk melaksanakan projek ekspress raksaksa itu akan melemahkan matawang ringgit dipasaran wang antarabangsa.

Akhirnya apabila ringgit kita lemah maka ianya menjadi mangsa kepada spekulasi matawang antarabangsa. Mereka bukan sahaja dilakukan oleh Soros tetapi ramai lagi spekulator wang anatarabangsa yang lain. Dr Mahathir sendiri mencuba-cuba untuk menjadi spekulator wang antarabangsa pada tahun 1992 dengan menggunakan BNM dan Nor Mohammad Yakcop tetapi gagal dengan kerugian sejumlah yang saya sebut tadi.

Bezanya Soros menjadi spekulator wang antarabangsa yang berjaya, Dr Mahathir pula menjadi spekulator wang antarabangsa yang gagal. Tidak ada bezanya Dr Mahathir dengan Soros itu jika dilihat dari sudut yang lain.

Sekarang Dr Mahathir hendak menyalahkan Soros pula kerana kelemahan yang dihadapi oleh Umno dan BN. Beliau cuba untuk membina pemikiran rakyat, jika memilih PR ia bermakna memilih pilihan Soros. Tetapi mesti ada yang percaya dengan kata-kata Dr Mahathir ini, tetapi kepada siapa yang menggunakan pemikiran yang sebaik-baiknya ia tidak kena mengena dengan Soros dalam membuat pilihanraya yang akan datang ini.

Membuat tuduhan yang Soros adalah dibelakang kekuatan PR itu merupakan tuduhan yang keluar dari seorang pemimpin yang "desperate". Bagi mereka yang menyokong PR, mereka tidak perlu memberikan apa-apa reaksi. Hanya ringankan lidah dan beristighfar banyak-banyak kerana untuk menolak yang bathil memerlukan fokus dan kesabaran yang tinggi. Anggap sahaja pandangan Dr Mahathir itu sebagai pandangan seorang yang sakit. Tidak perlu di ambil hati dan tidak perlu mendengar kata-kata orang yang sedang dalam kegeringan moral kepimpinan itu.

Tetapi sakit jiwa politik ini bukan sahaja dialami oleh Dr Mahathir tetapi ia sedang dialami oleh pemimpin-pemimpin yang lain seperti Najib, Muhyiddin dan keseluruhan barisan kepimpinan BN khususnya Umno.

Jika berjaya rakyat menolak kepimpinan Umno dan BN dalam pilihanraya nanti kita boleh melakukan penyatuan semula tanpa mereka-mereka yang memimpin pada hari ini yang tidak habis berusaha untuk memecah belahkan kita di bawah ini.

Kita bersatu di luar Umno dan BN. Kita bermaaf-maafan di antara satu dengan lain dan terus bersatu. Selepas itu kita bangunkan negara dengan telus untuk mencapai matlamat negara yang satu, iaitu perpaduan nasional yang sejati dan berkekalan.

Selagi ada pemimpin seperti pemimpin yang sedang kita perkatakan ini serta yang lain-lain dalam Umno itu, selagi itulah kita tidak akan berjaya mencapai matlamat perpaduan nasional yang kita idam-idamkan itu.

Kita sudah jemu dipecah dan diperintah oleh pimpinan dari acuan Dr Mahathir ini. Kita wajib keluar dari budaya pecah perintah ini dan kita berharap kehidupan rakyat tidak lagi "stressful" seperti yang rakyat sedang hidapi sekarang.— aspanaliasnet.blogspot.com

Kes saman RM3.2 juta Ras Adiba digugurkan

Posted: 08 Oct 2012 03:53 AM PDT


PETALING JAYA— Personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd Radzi terlepas daripada berhadapan saman RM3.2 juta selepas kes tersebut digugurkan oleh pihak plaintif dalam sesi pendengaran pada hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut peguam Datuk Mohd Haziq Pillay yang mewakili Ras Adiba, pengguguran tersebut dilakukan atas persetujuan bersama antara pihak plaintif Nik Fauzi Nik Fauzi yang memfailkan writ saman tersebut pada 3 Mei lepas.

"Ia satu keputusan yang mengejutkan tapi ia adalah satu berita baik untuk Ras Adiba.
"Keputusan ini dicapai secara persetujuan bersama dan diumumkan dihadapan Hakim Nallini Pathmanathan pada sesi pagi tadi," kata Mohd Haziq.

Dalam perkembangan lain, Mohd Haziq juga menyatakan Ras Adiba bersama Nik Fauzi akan menjadi plaintif untuk mendakwa satu lagi pihak yang menjadi punca kepada kerugian yang dialami oleh syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd.

Maklumat mengenai pihak ketiga tersebut tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih dijalankan dan sehinggalah jumlah kerugian sebenar sudah ditentukan barulah ia akan didedahkan, kata peguam Ras Adiba itu lagi.

Paderi kata Utusan 'menipu' dalam laporan kritik Guan Eng

Posted: 08 Oct 2012 03:44 AM PDT

 
Lee Long Hui


 
Dua pemimpin Kristian hari ini berkata laporan memetik kenyataan mereka dalam Mingguan Malaysia semalam, yang didakwa mengkritik ketua menteri Pulau Pinang, adalah "penipuan semata-mata".
Biskop Gereja Lutheran Evangelical, Solomon Rajah dan bekas presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philips hari ini berkata, kenyataan mereka dilaporkan di luar konteks dalam berita bertajuk 'Gereja bukan tempat politik'.

Mereka menuntut supaya akbar edisi Ahad Utusan Malaysia itu menarik balik laporan berkenaan dan mengeluarkan permohonan maaf dalam edisi mereka selepas ini.

Dalam satu sidang media hari ini, kedua-dua paderi itu menjelaskan bahawa pemberita berkenaan hanya menghubungi mereka untuk mendapatkan pandangan umum mengenai "gereja dan politik".

Rajah berkata, kenyataannya itu bukan reaksi atau ulasan kepada dialog antara ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan pemimpin gereja di negeri tersebut.

"Saya tidak pernah sedar bahawa saya akan dipetik secara salah (atau apa yang saya katakan) disalah anggap.

"Saya tidak pernah mengetahui bahawa pandangan saya akan digunakan untuk memenuhi tujuan dan agenda Utusan. Ini sangat menyedihkan," katanya.

Rajah yang menganggap dirinya sebagai penyokong kuat Lim menekankan bahaw beliau tidak akan memberi kebenaran untuk ditemubual sekiranya tahu bahawa Utusan akan memetiknya dengan salah.

Antara lainnya, akhbar berkenaan memetik Rajah sebagai berkata, "tapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu diseru untuk menegakkan keadilan kepentingan politik".

Sementara itu, Philips pula berkata laporan itu turut menjejaskan reputasinya, dan menegaskan bahawa pandangannya yang sebenar tidak dilaporkan.

"Ini adalah satu perbuatan fitnah. Saya terkejut dan marah dengan ketidakcekapan wartawan itu," katanya.

Dr M beritahu polis dia tak ditipu berkaitan kos PKFZ

Posted: 08 Oct 2012 03:40 AM PDT

 
Hafiz Yatim


 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu mahkamah hari ini bahawa beliau telah memberitahu seorang pegawai polis bahawa beliau tidak ditipu berkaitan kos projek kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

NONESeingat beliau, kata Dr Mahathir, tidak seorang pun anggota kabinet yang membantah (kos) projek tersebut.

Beliau berkata, salah seorang daripada pegawai polis yang merakam kenyataannya, telah mengatakan bahawa sekiranya mereka tahu mengenainya, tentu mereka tidak akan mendakwa Dr Ling.

Dr Mahathir adalah saksi keempat pihak pembela dalam kes perbicaraan Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dr Ling, 69, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahunadalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
   
NONEBeliau juga menghadapi pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu M1,088,456,000.
   
Ling, didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002. 
Dr Mahathir memberitahu demikian ketika menjawab soalan peguambela Wong Kian Kheong.

Beliau berkata pegawai polis merekodkan kenyataannya sebanyak dua kali dan beliau mengenalpasti seorang pegawai daripadanya sebagai Supt R Rajagopal.

Wong bertanya, selepas meneliti dokumen yang diberikan oleh pegawai penyiasat (IO), adakah beliau (Dr Mahathir) memaklumkan kepada IO yang beliau ditipu berkaitan pembelian tanah dalam kes tersebut.

Mantan perdana menteri itu menjawab tidak.

Wong bertanya lagi sama ada Dr Mahathir membuat laporan polis yang defendan menipunya berkaitan pembelian tanah tersebut.

Sekali lagi Dr Mahathir menjawab: "Tidak"

Wong: Apakah IO memberitahu anda?

Dr Mahathir berkata, seorang daripada pegawai tersebut berkata sekiranya mereka telah mendengar kenyataannya itu, mereka tidak akan mendakwa Dr Ling.

Pukul wartawan: Saksi polis janji kawad cam kedua

Posted: 08 Oct 2012 03:36 AM PDT



 
Seorang saksi polis memberi jaminan kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk melakukan kawad cam sekali lagi bagi mengenalpasti anggota pasukan itu yang bertanggungjawab memukul seorang wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 April lalu.

ASP Kamarul Rizal Jenal ketika ditanya dalam inkuiri itu yakin "boleh" mengumpulkan anggota polis untuk mengecam anggota polis yang memukul Radzi Razak ketika perhimpunan itu.

Pegawai penyiasat kanan yang mengendalikan kes melibatkan wartawan daripada akhbar theSun itu berjanji akan menjalankan kawad cam itu selewat-lewatnya minggu depan.

Beliau diminta berbuat demikian oleh pengerusi panel Datuk Dr Khaw Lake Tee yang memberi alasan, polis mampu menahan suspek dari kalangan peserta perhimpunan hanya dengan berdasarkan siaran gambar

Khaw: Kalau boleh kumpulkan 30 orang (kawat cam sebelum ini), boleh kumpulkan 30 orang lagi?

Kamarul:
Boleh.

Khaw: Kita akan menantikan kawat cam dalam minggu ini atau minggu depan. Boleh lakukan? Ini bukan diluar kebolehan polis kan?

Kamarul: Ya.

Khaw:
Kalau dengan gambar (peserta BERSIH) pun polis boleh tangkap. Kalau boleh lagi 30 untuk kenal pasti lagi.

Kamarul: Ya boleh.

Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok

Posted: 08 Oct 2012 03:34 AM PDT

 
Hafiz Yatim


 
Pengerusi Institut Akhbar Malaysia,  Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.

um book launching 021205 chamil wariyaPeguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah
diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia. 


Chamil, dalam menyuarakan kesalnya kerana menurutnya cerpen yang dikarangnya itu telah disiar dan dieksploitasi oleh Mingguan Malaysia, memohon maaf kepada Teresa dan semua yang terlibat.

teresa kok sues chamil waraya utusan malaysia court 121208 01Katanya, (suntingan) cerpen tersebut bertujuan untuk melaga-lagakan beliau dengan Teresa.

"Saya juga merasa kesal bahawa Mingguan Malaysia telah menyunting cerpen asal saya dengan cara yang tidak profesional dan tidak beretika di luar pengetahuan saya dan tanpa persetujuan saya.

"Saya tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran cerpen itu," kata Chamil dalam kenyataan empat muka surat itu.

"Dalam cerita rekaan yang saya hantar kepada Pengarang Mingguan Malaysia itu saya dengan terang dan jelas telah membuat perbezaan yang nyata antara watak YB J (rekaan) dengan watak Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Dalam karya asal saya itu, YB J hanya mirip kepada watak YB Teresa Kok tetapi YB J bukan YB Teresa Kok."

teresa kok sues chamil waraya utusan malaysia court 121208 02Katanya, perubahan ini bukan kecil tetapi adalah fundamental yang merubah keseluruhan penceritaan, yang jauh berbeza dengan apa yang terkandung dalam karyanya.

Beliau percaya bahawa penggantian nama YB Teresa Kok dan jawatan beliau adalah disengajakan oleh editor Mingguan Malaysia dengan tujuan untuk menjana kontroversi dan skandal.

"Akibatnya saya dan YB Teresa Kok menjadi mangsa kepada kejadian ini," kata Chamil.

Beliau akui bahawa pihak pengarang atau penerbit berhak untuk menukar atau mengubah sebarang skrip yang dihantar kepada mereka, tetapi berkata  perubahan-perubahan itu, setelah dibuat, hendaklah dirujuk semula kepada penulis karya asli untuk mendapatkan persetujuan.

Tengku Paduka Ibrahim sertai Pas

Posted: 07 Oct 2012 11:44 PM PDT

SINAR HARIAN

Tengku Ibrahim
Tengku Ibrahim menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz di Jabi semalam.
 
JABI - Kerabat Diraja Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan menyertai Pas semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka menyerahkan borang sebagai ahli Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tengku Ibrahim merupakan anak ketiga Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al Marhim Sultan Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan menang dalam Pilihanraya Umum kelapan pada 1990 serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol selama sepenggal.

Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli Pas semalam.

Menurut Tengku Ibrahim, beliau telah lama berhasrat untuk menyertai Pas tetapi hanya menunggu masa sesuai.

"Saya dulu Pas masa Semangat 46. Saya dengan Pas lama dah baik," katanya yang enggan menjelaskan faktor mendorong beliau menyertai Pas.

Pusat tidak konsisten isu royalti minyak

Dua lagi individu yang menyerahkan borang keahlian sempena perasmian perhimpunan Pas Ganti UMNO (PGU) 5.0 yang disempurnakan Nik Abdul Aziz semalam adalah bekas Ketua Penerangan Umno Kemaman ketika zaman Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, iaitu Datuk Omar Abu Bakar.

Bekas Wartawan Utusan Malaysia ini juga pernah menjadi Pegawai Perhubungan Khas kepada tiga bekas Menteri Pertahanan.

Seorang lagi yang mengikut jejak dua individu terbabit ialah bekas Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia, Ahmad Amzad Mohamed@Hashim dari Kuala Terengganu.

Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Norstar Technologi di Pulau Pinang dan pernah berkhidmat dalam bidang industri rekabentuk dan perbuatan perkapalan.

Hadir sama dalam program itu Setiausaha Agong Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Sementara itu Wahid berkata, kemasukan beberapa tokoh itu menunjukkan semakin ramai menyokong Pas terutama dalam menghadapi PRU akan datang.

Dalam ucapannya beliau turut menyentuh isu royalti minyak apabila beliau mendakwa Kerajaan Negeri dan Pusat tidak konsisten serta berdolak dalik dalam menyelesaikan royalti yang dikatakan hak rakyat Terengganu.

Kabinat bayangan bukan dari PR

SEMENTARA itu Pas menafikan Pakatan Rakyat pernah mengeluarkan senarai Kabinet bayangan seperti yang disiarkan sebuah akhbar harian Khamis lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, PKR dan DAP tidak pernah membuat senarai Kabinet bayangan seperti yang didakwa tersebut.

"Senarai itu bukan dari Pakatan Rakyat dan bukan dari PKR. Kita tidak pernah buat macam itu. Kita ada perancangan tapi tidak boleh beritahulah," katanya yang menyifatkan senarai tersebut hanya direka oleh akhbar terbabit.
Mustafa berkata, Pakatan

Rakyat akan membuat pengumuman senarai anggota kabinet selepas Plihanraya Umum (PRU) ke 13 akan datang.

Pada Khamis lalu akhbar terbabit menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Senarai itu dikatakan dipetik dari sebuah blog dan bahan tersebut pula didakwa diperoleh melalui sumber dalaman PKR.

Sementara itu Nik Abdul Abdul Aziz menyifatkan demonstrasi adalah sama seperti jemaah dalam solat bagi melambangkan kekuatan.

Menurut beliau, demonstrasi sebenarnya sudah lama diamalkan iaitu duduk rapat-rapat tetapi telah dihalang oleh kerajaan BN.

Kadar subsidi rawatan dialisis kekal

Posted: 07 Oct 2012 11:39 PM PDT

SINAR HARIAN

Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat menambah pemberian bantuan subsidi rawatan dialisis buat masa ini memandangkan jumlah pesakit tanggungan kerajaan terus meningkat dari tahun ke tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata kementerian memberi bantuan subsidi rawatan hemodialisis sejak 2001 kepada pesakit-pesakit miskin dan kurang mampu bagi menjalani rawatan itu di pusat-pusat dialisis badan bukan kerajaan (NGO) pada kadar RM50.00 untuk setiap rawatan.

"Sehingga kini seramai 29,937 orang pesakit telah menerima subsidi berkenaan yang berjumlah RM208.70 juta," katanya ketika menjawab soalan Dr P. Ramasamy (DAP-Batu Kawan) di Dewan Rakyat hari ini.

Ramasamy bertanya sama ada Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kadar subsidi bagi rawatan hemodialisis daripada RM50 sekarang bagi meringankan beban pesakit-pesakit kegagalan buah pinggang yang terpaksa menanggung kos dialisis dan rawatan lain yang didakwa tinggi pada masa ini.

Rosnah berkata kementerian juga memberikan subsidi bantuan suntikan erythropoietin (e-poietin) mulai 1 April 2009 sebanyak RM30 bagi setiap suntikan, membabitkan peruntukan RM31.30 juta untuk tempoh 2009 sehingga Julai tahun ini. - Bernama

MB : Muhyiddin Tidak Pandai Baca Angka By Norhayati Umor – October 8, 2012Posted in: Barisan Nasional, Berita, Kenyataan Menteri Besar, Menteri Besar, Pakatan Rakyat, Politik & Berita Nasional, Tayangan, Terkini 504 views Email KUALA SELANGOR 08 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang sebelum ini mendakwa pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah ‘terbaik’ berbanding Pakatan Rakyat. Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN. Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat Talam yang dikutip dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat. “Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka. “Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita,” sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini semalam. Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta. “Pada 2005 hingga 2007, harta Selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang Talam dan projek perumahan terbengkalai. “Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik,” katanya. Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara. “Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus. “Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kini, negara lima peratus, Selangor tujuh peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah,” katanya.

Posted: 07 Oct 2012 11:34 PM PDT




KUALA SELANGOR  : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang sebelum ini mendakwa pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah 'terbaik' berbanding Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN.

Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat Talam yang dikutip dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat.

"Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka.

"Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita," sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini semalam.

Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta.

"Pada 2005 hingga 2007, harta Selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang Talam dan projek perumahan terbengkalai.

"Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik," katanya.

Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara.
"Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus.

"Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kini, negara lima peratus, Selangor tujuh peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah," katanya.

Undi-Soros: Pakatan bidas Tun Mahathir NURUL AINI MOHAMED ALI DAN JAMILAH HAMZAH 8 Oktober 2012 Mustafa Ali Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara membidas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang boleh diibaratkan memberi undi kepada George Soros, spekulator mata wang dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu sudah hilang nilai intelek dan "dihambat bayang-bayang sendiri." Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, kenyataan tidak masuk akal Dr Mahathir itu seakan-akan menjatuhkan standard beliau sendiri sebagai seorang bekas perdana menteri dan negarawan. “Saya tidak sangka sama sekali beliau sanggup mengeluarkan kenyataan itu. Hujah beliau sudah seperti Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung pula, tiada langsung nilai intelek,” katanya kepada Sinar Harian Online. Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno dan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) mendakwa demikian dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam. Dr Mahathir antara lain menyatakan bahawa Soros membiayai pertubuhan bukan kerajaan untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru. Tambah Mustafa, Dr Mahathir juga sudah terlalu terdesak untuk mendapat kembali sokongan rakyat negara ini apabila mula melihat sokongan kuat rakyat yang semakin menerima kepimpinan pembangkang. Dalam pada itu, seorang lagi pimpinan kanan Pas, Salahuddin Ayub berkata, PR tidak akan membenarkan pengkhianatan berlaku dalam negara yang boleh menjejaskan kedaulatan negara. Naib Presiden Pas itu berkata, hujah dikeluarkan Dr Mahathir adalah strategi terakhir bagi memancing undi rakyat untuk terus mengundi BN. "Saya rasa perkara itu hanya perasaan bimbang Tun Mahathir, dia dihambat bayangan sendiri. "Tak ada pemimpin PR yang akan benarkan pengkhianatan (digambarkan Dr Mahathir) akan berlaku, itu mungkin hujah terakhir buat dia bagi memancing undi rakyat dengan menakut-nakutkan mereka," katanya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut menyelar kenyataan Dr Mahathir dan mendakwa kenyataan yang dibuat oleh bekas pemimpin negara itu sebagai pemikiran usang yang tidak lagi relevan untuk diguna pakai dalam arena politik negara ini. “Semakin beliau lanjut usia, semakin menurun pula tahap pemikiran beliau. “Bagaimana pula beliau boleh gambarkan peranan pihak asing dalam politik domestik?” soal Saifuddin. Beliau menambah, Dr Mahathir tidak dapat menerima kenyataan yang polemik politik negara ini menunjukkan sokongan yang semakin kuat diberikan oleh rakyat kepada PR. “Kalau beliau boleh beri kenyataan begitu, saya juga mahu beri kenyataan yang jika undi BN sama juga juga seperti undi syaitan,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Machang. Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw pula menyindir dan mengambil sikap tidak mahu ambil pusing dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir itu kerana menganggap pemimpin itu sudah lama bersara dan tidak sepatutnya membuat sebarang kenyataan dalam arena politik negara. “Sepatutnya bila sudah bersara, tidak perlulah membuat kenyataan yang bukan-bukan pula,” kata Ahli Parlimen Kepong ini.

Posted: 07 Oct 2012 11:30 PM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI DAN JAMILAH HAMZAH

Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara membidas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang boleh diibaratkan memberi undi kepada George Soros, spekulator mata wang dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu sudah hilang nilai intelek dan "dihambat bayang-bayang sendiri."

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, kenyataan tidak masuk akal Dr Mahathir itu seakan-akan menjatuhkan standard beliau sendiri sebagai seorang bekas perdana menteri dan negarawan.

"Saya tidak sangka sama sekali beliau sanggup mengeluarkan kenyataan itu. Hujah beliau sudah seperti Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung pula, tiada langsung nilai intelek," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno dan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) mendakwa demikian dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam.

Dr Mahathir antara lain menyatakan bahawa Soros membiayai pertubuhan bukan kerajaan untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.

Tambah Mustafa, Dr Mahathir juga sudah terlalu terdesak untuk mendapat kembali sokongan rakyat negara ini apabila mula melihat sokongan kuat rakyat yang semakin menerima kepimpinan pembangkang.

Dalam pada itu, seorang lagi pimpinan kanan Pas, Salahuddin Ayub berkata, PR tidak akan membenarkan pengkhianatan berlaku dalam negara yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
Naib Presiden Pas itu berkata, hujah dikeluarkan Dr Mahathir adalah strategi terakhir bagi memancing undi rakyat untuk terus mengundi BN.

"Saya rasa perkara itu hanya perasaan bimbang Tun Mahathir, dia dihambat bayangan sendiri.
"Tak ada pemimpin PR yang akan benarkan pengkhianatan (digambarkan Dr Mahathir) akan berlaku, itu mungkin hujah terakhir buat dia bagi memancing undi rakyat dengan menakut-nakutkan mereka," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut menyelar kenyataan Dr Mahathir dan mendakwa kenyataan yang dibuat oleh bekas pemimpin negara itu sebagai pemikiran usang yang tidak lagi relevan untuk diguna pakai dalam arena politik negara ini.

"Semakin beliau lanjut usia, semakin menurun pula tahap pemikiran beliau.

"Bagaimana pula beliau boleh gambarkan peranan pihak asing dalam politik domestik?" soal Saifuddin.

Beliau menambah, Dr Mahathir tidak dapat menerima kenyataan yang polemik politik negara ini menunjukkan sokongan yang semakin kuat diberikan oleh rakyat kepada PR.

"Kalau beliau boleh beri kenyataan begitu, saya juga mahu beri kenyataan yang jika undi BN sama juga juga seperti undi syaitan," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw pula menyindir dan mengambil sikap tidak mahu ambil pusing dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir itu kerana menganggap pemimpin itu sudah lama bersara dan tidak sepatutnya membuat sebarang kenyataan dalam arena politik negara.

"Sepatutnya bila sudah bersara, tidak perlulah membuat kenyataan yang bukan-bukan pula," kata Ahli Parlimen Kepong ini.

Najib takut digulingkan Muhyiddin

Posted: 07 Oct 2012 11:21 PM PDT

Shahbudin Husin

 

Untuk kesekian kalinya Najib merayu lagi. Sebelum ini sudah beberapa kali beliau merayu, baik kepada pengundi Melayu, Cina, India dan rakyat biasa. Kali ini Najib merayu agar beliau diberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya akan datang dengan alasan untuk meneruskan pembangunan negara dan mencapai cita-cita menuju Wawasan 2020.Dalam wawancara program CNBC Conversation, Najib nampaknya secara terus-terang menyatakan hanya dengan mandat yang besar saja membolehkannya terus melaksanakan program-program yang sudah diramcang selama ini.

Kebimbangan Najib terhadap mandat besar ini pada hakikatnya menyerlahkan pelbagai perkara. Sementara beliau merasakan mandat besar amat perlu untuk survival politiknya, rakyat pula beranggapan sebaliknya. Rakyat amat bimbang dengan perilaku Najib serta barisan kepimpinan UMNO sekiranya mandat besar terus diberikan kerana ia mungkin menggalakkan lebih banyak berlaku skandal, perbuatan rasuah dan amalan membolot kekayaan peribadi.

Dengan mandat nyawa-nyawa ikan sekarang pun, pelbagai perkara buruk terus juga dilakukan tanpa segan silu, apatah lagi jika ada mandat lebih besar. Yang merompak kekayaan negara, terus juga merompak. Yang bergaya mewah dan membeli pelbagai hiasan mahal-mahal di luar negara, tanpa malu-malu memperaga kemewahan di sebalik derita yang ditanggung rakyat. Amalan campurtangan dalam pentadbiran kerajaan, mengutamakan kroni dalam pemberian projek, pembaziran dan sebagainya terus berlaku seolah-olah tidak ada titik noktaknya.

Bayangkan jika mandat lebih besar diperolehi Najib!

Hakikatnya rakyat tidak mahu lagi memberi mandat besar, bukan saja kepada UMNO tetapi juga kepada mana-mana kerajaan sekali pun. Dalam pilihanraya akan datang, baik BN atau PR, rakyat tidak mungkin memberi mandat yang begitu besar. Mandat besar ibarat mengundang mala petaka tujuh keturunan.

Kerana ketiadaan mandat besarlah, Najib sekurang-kurangnya tahu juga memberi rakyat pemberian tunai melalui BR1M, baucer buku, wang saku untuk pelajar sekolah dan sebagainya. Dengan mandat besar, jangan harap semua itu akan diberikan.

Dengan mandat besar, yang mungkin berlaku ialah amalan berganda di kalangan pimpinan UMNO terus memperkayakan diri dan keluarga masing-masing. Dengan mandat besar juga, semua isteri dan anak pemimpin akan terus bergaya mewah, mampamer gelang lebih besar dan beg tangan paling mahal.

Dengan mandat besar, lihat sahaja bagaimana Tun Mahathir mengatur perjalanan kekayaan anak-anaknya dan dengan mendapat besar juga, lihatlah bagaimana Taib Mahmud memobolot segala hasil dan projek perniagaan di Sarawak sehingga beliau dan kaum keluarganya menjadi antara keluarga paling kaya di negara.

Menolak mandat yang besar bererti mewujudkan "check and balance" dalam pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan mana-mana pemimpin.

Kebimbangan lain yang dirasakan Najib jika beliau gagal mendapat mandat besar ialah masa depan politiknya sendiri dalam UMNO. Beliau tahu tradisi UMNO dan BN selama ini ialah menang majoriti dua pertiga dan jika kurang daripada itu, ia akan diangggap gagal. Lihat saja Pak Lah pada pilihanraya 2008, hanya kekurangan 8 kerusi daripada majoriti dua pertiga, beliau akhirnya dipaksa melakukan peralihan kuasa.

Orang yang berani mendesak Pak Lah ketika itu ialah Muhyiddin Yassin. Hari ini Muhyiddin hanya setakuk berada di bawah Najib. Ini bermakna jika Najib gagal mendapat majoriti dua pertiga, Muhyiddin lebih mudah memaksa Najib untuk berundur. Suara Muhyiddin sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO kali ini tentunya lebih berpengaruh berbanding ketika beliau mendesak Pak Lah berundur dahulu.

Najib yang hanya menumpang kuasa atas saki-baki peninggalan Pak Lah, diakui bukan saja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia bahawa lebih kelemahannya berbanding wibawanya. Tidak ramai yang mengakui beliau mampu membawa kemenangan lebih besar daripada 2008. Yang merasa dan mengharapkan beliau dan UMNO akan kalah juga makin meningkat.

Majalah Economist juga baru-baru ini meramalkan Najib bakal menerima nasib seperti bekas PM England Gordon Brown, yang turut memerintah atas saki-baki Tony Blair tetapi kemudiannya apabila mengadakan pilihanraya, parti Buruh pimpinannya tewas kepada Konservatif pimpinan David Cameroon.

Dalam situasi Najib, dua suasana sedang menghimpitnya. Beliau dan BN mungkin tewas kepada Anwar dan PR dalam pilihanraya umum akan datang. Jika itu berlaku, nasibnya sama seperti Gordon Brown. Situasi kedua ialah BN mungkin menang tetapi dengan majoriti yang amat tipis dan lebih kecil daripada 2008. Jika itu berlaku, Muhyiddin sedang menunggu untuk menariknya turun.

Dengan terus merayu agar beliau terus diberi mandat lebih besar, Najib sebenarnya sedang berusaha mengelakkan kedua-dua situasi itu. Tetapi ketakutan beliau akan kehilangan kuasa sudah dapat dirasai sekarang ini.

Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com

Gaduh: Polis tahan 27 pelatih PLKN

Posted: 07 Oct 2012 11:18 PM PDT

KL TODAY

 

Polis menahan 27 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem PLKN Cenderawasih Cador di Pengkalan Berangan, Marang kerana terlibat dalam satu pergaduhan, petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang di kem itu dipercayai akibat salah faham antara dua kumpulan pelatih membabitkan dakwaan mencuri barang.

"Satu kumpulan pelatih menuduh ahli kumpulan lain memecah lokar dan mencuri barang sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan.

"Kumpulan berkenaan dianggotai seramai 27 orang kemudian bertindak menyerang kumpulan satu lagi, yang terdiri daripada sembilan orang, dan ada daripadanya bersenjatakan kayu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata akibat pergaduhan itu, sembilan pelatih cedera dan lebam di badan dan satu laporan dibuat sebelum polis bertindak menahan 27 pelatih terbabit untuk siasatan lanjut.

Katanya, mereka yang terlibat ditahan reman empat hari mulai semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Pas minta Umno tidak bimbang himpunan 3 Nov

Posted: 07 Oct 2012 11:13 PM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI

salahuddin
SALAHUDDIN AYUB
 
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan, himpunan yang hendak dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Nasional Bukit Jalil 3 November ini bertujuan meneruskan pendirian mereka berkenaan dengan lapan tuntutan Bersih 2.0.

Oleh itu katanya, dakwaan himpunan dibuat kerana mahu menutup kelebihan Bajet 2013, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 28 September lalu, adalah karut semata-mata.

Menurutnya, himpunan itu merupakan satu ruang demokrasi yang diamalkan dalam negara ini, bagi menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat dalam sistem pilihan raya negara ini.

"Tidak apa yang aneh mengenai himpunan 3 November ini, kalau benar Barisan Nasional (BN) rasa kuat, mengapa perlu bimbang dan keluarkan spekulasi yg mengarut?" katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa pambangkang sengaja mahu mengalih perhatian rakyat yang sedang gembira dengan Bajet 2013 dengan mengadakan himpunan 3 November ini.

Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, niat sebenar untuk mengadakan perhimpunan itu adalah bagi mengalih perhatian rakyat yang berasa senang dengan janji yang dikotakan kerajaan.

"Kalau mereka betul-betul yakin yang rakyat senang dan gembira dengan janji-janji BN, mengapa mesti takut dan tidak yakin hingga sanggup mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal ini?" bidas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau menambah, BN seolah-olah berhadapan dengan ancaman apabila PR mengadakan atau melakukan sesuatu.

"Apa saja yg kami cuba buat, akan diperbesar-besarkan.

"Saya yakin rakyat kini mempunyai dua pilihan sama ada terus yakin dengan BN atau beri peluang kepada kami (PR) bagi menerajui negara," ujarnya.

Ditanya mengenai persiapan perhimpunan yang akan diadakan di Bukit Jalil itu, katanya, pihak penganjur telah membuat permohonan bagi mengadakan himpunan dan berharap agar pihak stadium sudi memberi kerjasama dengan meluluskan permohonan.

"Setakat ini,jentera parti PR di setiap negeri juga telah digerakkan memberi penerangan mengenai himpunan ini,"katanya.

Beliau turut memberi jaminan tiada provokasi berlaku kerana jentera Pas sudah biasa dan berpengalaman dalam mengawal orang ramai dalam sesebuah himpunan besar.

PR bukan hendak ambil alih Petronas

Posted: 07 Oct 2012 11:11 PM PDT

RUZY ADILA IDRIS

Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali 
 
SHAH ALAM – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menjelaskan semua pihak tidak bimbang mengenai cadangan perikatan mahu menubuhkan syarikat minyak dan gas jika berjaya mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, walaupun kerajaan PR menubuhkan syarikat berkenaan, kedudukan dan hak syarikat pengeluar minyak nasional Petronas tidak akan terjejas.

Mustafa, pemimpin Pas dari Terengganu berkata, penubuhan syarikat itu tidak akan melibatkan kerja-kerja Industri Huluan Petroleum yang dijalankan oleh Petronas sebelum ini, sebaliknya hanya membabitkan kerja-kerja Industri Hiliran Petroleum.

"PR hanya hendak menubuhkan syarikat dan bukannya mengambil alih tugas ataupun hak Petronas.

"Keuntungan pada kadar 20 peratus itu yang bersamaan RM12.5 bilion akan digunakan untuk pembangunan negeri-negeri pengeluar minyak seperti Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Kelmarin, Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan PR mengkaji peruntukan akta sedia ada sebelum mewujudkan syarikat petroleum dan gas di negeri-negeri pengeluar minyak itu.

Pemimpin veteran yang mengasaskan Petronas itu berkata, syarikat tersebut tidak boleh mengambil hasil minyak negara kepunyaan Petronas, mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974, yang menyatakan dengan jelas kedudukan royalti minyak untuk Kelantan dan negara-negeri lain.

"Ia boleh dilakukan dan akan mendapat sambutan daripada orang ramai tetapi mungkin syarikat yang dicadang ini tidak boleh disamakan dengan Petronas.

"Di mana Petronas memiliki minyak yang diperoleh daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri kerana milikan itu sudah berpindah kepada Petronas di bawah Akta Kemajuan Petroleum sebelum ini," katanya yang mesra dengan panggilan Ku Li yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

Tambah Mustafa, manfaat daripada keuntungan dari syarikat itu nanti akan disalurkan kepada kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan neger-negeri berkenaan.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, Ku Li tidak meneliti dengan baik perkara yang dimaksudkan oleh PR mengenai penubuhan syarikat itu.

Ujar Tian Chua, penubuhan syarikat itu oleh PR bukanlah bertujuan untuk mengambil alih Petronas sebalik syarikat itu juga dapat menyertai dalam tander-tander yang membabitkan projek penggalian dan penapisan.

"Mungkin syarikat-syarikat itu juga boleh mendapat kontrak seperti di Timur Laste dan Brunei.

"Secara tidak langsung, keuntungan itu nanti akan dapat membantu pembangunan negeri-negeri berkenaan," katanya.

Ketika ditanya mengenai apa yang bakal berlaku kepada syarikat-syarikat kdownstream' yang sedia ada, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pula menyifatkan perkara ini akan memberikan saingan sihat kepada industri petroleum negara.

"Apa yang penting hak negeri-negeri pengeluar minyak itu terpelihara dan tidak dipinggirkan.

"Cara pelaksaannya akan difikirkan kelak jika PR menang PRU13 kelak," jelas beliau.

Fokus: 40 tahun menjadi pengemis, boleh dapat RM200 sehari

Posted: 07 Oct 2012 11:07 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

pengemis
Berbekalkan cawan plastik, Wan Arifin mencari rezeki dengan meminta sedekah.
 
KOTA BHARU – Berbekalkan cawan plastik, Wan Arifin Ahmad,60, duduk bersila di atas tanah tanpa sebarang alas dan mengalunkan alunan zikir sambil tangannya yang memegang cawan tersebut dihulurkan ke hadapan untuk meminta simpati orang ramai.

Dia yang sudah 40 tahun mengemis berkata, hanya kerja tersebut yang mampu dilakukan olehnya disebabkan cacat penglihatan semenjak berumur tujuh tahun lagi.

"Pakcik tidak mampu hendak buat kerja lain, jadi inilah yang terbaik daripada duduk di rumah  menunggu bantuan daripada orang lain,'' katanya ketika ditemui di pasar malam pusat bandar Pasir Puteh.

Dia yang berasal dari Pasir Puteh berkata, setiap hari akan mengupah seorang lelaki dengan bayaran RM5 untuk menghantarnya ke mana-mana pasar pagi atau malam di sini dengan menaiki motosikal.

Wan Arifin berkata, sekali mengemis di mana-mana pasar pagi atau malam yang dikunjunginya itu dia akan memperoleh sekitar RM60 hingga RM70 sehari.

"Itu baru sehari, jika paginya pakcik mengemis di pasar pagi dan sebelah malamnya pakcik ke pasar malam pula, pendapatan sehari dapatlah RM200.

"Duit itu pakcik simpan sendiri untuk bekalan bila sudah tidak sihat nanti," katanya yang kini menumpang di rumah rakannya sebaik sahaja kematian isteri tercinta beberapa tahun yang lalu.

Menurutnya, dia mempunyai dua orang anak lelaki tetapi kedua-duanya tidak menghiraukan dirinya sehingga terpaksa menumpang kasih dengan rakan seusianya.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada membantu tetapi RM60 sebulan yang diterimanya tidak cukup untuk menampung kehidupan sehariannya itu.

Antara kelebihan yang ada pada Wan Arifin ialah, walaupun cacat penglihatan dia tahu mengecam nilai duit yang dihulurkan oleh orang ramai, dan katanya kecekapan tersebut dipelajari sepanjang 40 tahun mengemis.

Tiada ulasan: