ALHUSSEYN |
- Sujud Syukur dikatakan makan rumput?
- Malek Nor pun tidak seberani ini ...
- Kenapa Azmin Marahkan Faekah?
Sujud Syukur dikatakan makan rumput? Posted: 08 Oct 2012 09:30 AM PDT Karim Ait-Fana, seorang pemain bolasepak beragama Islam telah bersujud syukur setelah berjaya menjaringkan gol dari luar kawasan petak penalti. Tetapi perbuatannya itu telah disalah tafsir oleh pengulas sukan BBC, Gary Lineker ,bekas bintang bolasepak England, yang berkata: "Satu usaha hebat dari Karim Ait-Fana, yang menjaringkan gol dari luar kawasan dan kemudian makan rumput .... seperti yang anda lakukan." Akibatnya, komen tersebut telah mencetus kemarahan segera di Twitter. Seorang penonton menulis di Twitter: "komen Lineker mengenai Islam kata-kata yang sangat bodoh dan [salah] kejahilan semata-mata." Menyedari kesilapan tersebut, Lineker berkata: "Saya minta maaf tetapi saya tidak sedar agama setiap pemain '." |
Malek Nor pun tidak seberani ini ... Posted: 08 Oct 2012 05:35 AM PDT Malek Nor memang kuat. Tapi aku yakin dia tidak seberani dan segagah seperti orang ini. Orang kuat ini memecut larian 100kaki dengan menjinjing 'benda' yang beratnya melebihi 44 kg.Beratus-ratus orang menonton pesta Cabaran Hercules yang diadakan di Hunan, wilayah China. |
Posted: 08 Oct 2012 02:54 AM PDT Mula-mula, akhbar Sinar Harian laporkan Azmin berkata Khalid mungkin dipindahkan ke pusat sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13. Kemudian, Faekah telah mempersoalkan niat Azmin memberi kenyataan tersebut.Salahkah? Salah kata puak Azmin - Faekah dianggap "menimbulkan salah faham" apabila mengulas mengenai kenyataan timbalan presiden Azmin Ali berhubung kedudukan Khalid. "Kita minta agar menteri besar ambil tindakan pada Faekah. Semua tahu kita minta dia dilucutkan daripada jawatan yang ada. Ada beberapa perkara yang dia buat dah jadi salah faham," kata Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Borhan Aman Shah. Baca di sini Azmin pula menafikan membuat kenyataan seumpama itu. "Saya faham Sinar Harian mungkin ada kepentingan tertentu. Tetapi jangan laga-lagakan saya dengan Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya di sini Tetapi akhbar tersebut menempelak dakwaan Azmin Ali itu sebagai salah lapor. "Apa yang kami siarkan adalah temu ramah berekod oleh wartawan dan jurugambar, tidak ada sebarang putar belit atau salah lapor. Wartawan kami boleh menunjukkan bukti apa yang dikatakan oleh YB berkenaan," kata Penasihat Eksekutif Editorial, Datuk Abd Jalil Ali di sini Kalau benar, Azmin tak buat kenyataan itu, kenapa dia tidak mengambil apa-apa tindakan keatas akhbar tersebut? Kenapa marahkan Faekah? Samanlah akhbar tersebut.Ada beranikah? Mengapa Faekah dijadikan mangsa? Tapi kita patut tabek sama Khalid, dengan penuh diplomasi, dia tidak marahkan sesiapapun. "Bagi saya, Azmin tidak perlu minta maaf. Kita tidak boleh salahkan Azmin kerana ada baiknya kenyataan beliau itu, maknanya orang boleh terima saya kerja di peringkat negeri dan Pusat" Katanya di sini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan