Khamis, 25 Oktober 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Remaja Turki Lahirkan Bayi Ketika Berjalan? Siasatan Mendapati Kejadian Itu Tidak Benar

Posted: 25 Oct 2012 05:00 AM PDT


Kejadian yang hangat diperkatakan ini seolah-olah mustahil untuk dipercayai, tetapi beberapa akhbar melaporkan rakaman CCTV menunjukkan seseorang remaja melahirkan anak ketika dia berjalan di sebatang jalan.

Namun hasil siasatan mendapati bayi itu mungkin dilahirkan lebih awal kerana tali pusat bayi itu telah dipotong dan hasil pemeriksaan yang dilakukan di hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan di rumah bukannya ketika remaja tersebut berjalan.

Misteri kelahiran bayi itu terjawab apabila hasil siasatan awal yang dilaporkan oleh Hurriyetdailynews mendapati bapa bayi tersebut ialah teman lelaki remaja tersebut yang berusia 17 tahun.

Kes itu bertambah rumit apabila remaja perempuan itu kemudiannya mendakwa dirogol oleh abang teman lelaki dan rakannya selepas mengetahui dia dan teman lelakinya melakukan seks. Menurut siasatan, abang teman lelaki remaja tersebut mengugut untuk membocorkan rahsia asmaranya jika dia enggan berbuat demikian.-DCM



A teenage girl walks along the street with her parents shortly before appearing to give birth on the pavement
The girl's parents stare briefly at the baby on the floor before walking away
Pejalan kaki melihat keadaan bayi tersebut sebelum bertindak menghubungi pihak polis.
Keeping her warm: Police wrap the infant in a blanket before being taken to hospital, where she was reportedly named Ecem Ahu

Anggota polis membalut tubuh bayi itu sebelum membawanya ke hospital. Pihak hospital menamakan bayi itu Ecem Ahu


Ecem Ahu

P/s: Buang bayi? Tetapi tidak sehebat Malaysia!



[Video] Doktor Itali Kantoi Cabul Pesakit

Posted: 24 Oct 2012 07:55 PM PDT



Kamera tersembunyi sebuah stesen televisyen berjaya merakamkan aksi seorang doktor yang dikatakan sering mengambil kesempatan terhadap pesakitnya di Rome Itali.

Dalam insiden tersebut, doktor itu jelas kelihatan meraba seorang wanita yang datang untuk mendapatkan rawatan di klinik lelaki berkenaan.

Kamera tersembunyi itu memang sengaja dipasang oleh krew televisyen untuk sebuah program berjudul 'Striscia La Notizia'.

Peristiwa tersebut dilaporkan secara meluas oleh media Itali bulan lalu.

Menurut laporan, ketika doktor tersebut sedang asyik 'mendiagnosis' pesakitnya, Jimmy Ghione, wartawan stesen televisyen itu terus meluru masuk ke bilik rawatan.

Doktor tersebut yang marah dan malu terus menyerang Ghione.

Stesen televisyen tersebut merancang untuk 'mengenakan' doktor berkenaan yang didakwa telah banyak kali mencabul para pesakitnya.

Malah, 'pesakit' yang diraba doktor tersebut  ketika rakaman itu dilakukan juga merupakan krew yang menyamar.

Menurut laporan akhbar, doktor tersebut sempat memberitahu 'pesakitnya' itu supaya jangan risau kerana dia tidak akan membuatkan wanita itu hamil.



P/s: Lahanat!


Tiada ulasan: