Khamis, 25 Oktober 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ahli sains terkenal Albert Einstein berada di Zoo Taiping

Posted: 25 Oct 2012 04:44 AM PDT

Albert Einstein berada di Zoo Taiping? Tersentak sungguh Profesor Mihail Nazarov, 66 yang sedang berkunjung ke situ.

Beliau tanpa diduga telah terserempak dengan seekor anak monyet yang mirip Albert Einstein yang dianggap sebagai bapa fizik moden .

Beliau berkata: "Sebaik sahaja saya melihat anak monyet tersebut, fikiran saya yang pertama adalah bahawa ia kelihatan seperti Einstein dan bahawa saya perlu mendapatkan beberapa rakaman gambar untuk membuktikannya.
 

Sungguh luar biasa dan menakjubkan.Mujurlah dia tidak terserempak dengan Badak Air....kalau tidak, tentu bercelaru pemikirannya kerana terbayangkan pula Big Mama of Putrajaya!

Kes rayuan pembunuhan Altantuya ditangguh kerana PRU terlalu hampir?

Posted: 24 Oct 2012 09:26 PM PDT


Mahkamah Rayuan telah sekali lagi menangguhkan pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar telah dijatuhi hukuman mati tetapi merayu untuk dibicarakan semula.

Sebelum ini, kes rayuan tersebut yang asalnya dijadual didengar pada 27 Ogos telah ditangguhkan oleh sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tiada sebab diberikan kenapa pendengaran kes rayuan tersebut yang dijangka berlangsung pada 31 Oktober dan 1 November tiba-tiba ditangguhkan.

Mahkamah telah memberi amaran kepada peguambela ketika itu bahawa tiada lagi penangguhan akan dibenarkan.

Kuasa mana pula yang mengarahkan penangguhan kali ini? Adakah kerana pilihanraya terlalu hampir? Sumber


Tiada ulasan: