Nuffnang

Pengikut

DUNIACACAMARBA

sumber :-

DUNIACACAMARBA


Gambar Didakwa Slip Gaji CEO Tabung Haji, Bersedia untuk Terbeliak Biji Mata...

Posted: 17 Oct 2012 05:00 AM PDT

P/s: Jika benar, gaji sebulan CEO ini bersamaan dengan gaji lima atau enam tahun pekerja swasta yang memiliki ijazah. Itu yang pasti. Selebihnya baca ulasan blog yang menjadi sumber gambar di atas. Klik di sini.

Dengar juga ulasan YB Dato' Mahfuz Omar di bawah ini:








Rahsia Pelacur Thai Pikat Pelanggan

Posted: 17 Oct 2012 03:00 AM PDT

 
[Kosmo] BETONG (Selatan Thailand) – Keghairahan lelaki Malaysia terhadap layanan hebat pelacur Betong sehingga mereka sanggup berhabis duit untuk mendapatkan khidmat wanita terbabit rupa-rupanya tersirat rahsia di sebaliknya.

Sebelum diulit para pelacur atau dikenali juga sebagai 'Darling Betong' itu, lelaki terbabit terlebih dulu dikatakan terkena ilmu guna-guna atau sende (dalam bahasa Siam) yang dipakai pelacur terbabit untuk menarik perhatian para pelanggan.

Sama ada menerusi minuman yang diberi, hembusan atau sebutan nama, lelaki yang menjadi mangsa akan terus mendekati wanita tersebut tanpa membuat sebarang rundingan harga.

Difahamkan, kegiatan itu sering dilakukan pelacur bukan beragama Islam yang berasal dari Chiangmai dan Chengrai manakala mangsa pula terdiri daripada lelaki beragama Islam atau berketurunan India.

Dakwa seorang penduduk di situ yang hanya dikenali sebagai Nas, 23, perbuatan seumpama itu telah digunakan sejak dahulu lagi oleh sebilangan wanita yang bekerja sebagai pelacur di pusat hiburan dan hotel-hotel murah di pekan berkenaan.

Menurutnya, ilmu guna-guna yang dipakai mereka adalah bagi memikat lelaki Malaysia yang datang berseorangan ataupun berkumpulan tanpa mengira usia dan warna kulit.
 
 

Blog Porno: Pelajar Malaysia Bakal Dikenakan Tindakan Disiplin

Posted: 17 Oct 2012 12:21 AM PDT

 
Blog Porno Timbulkan Kekecohan

[Mstar] PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia di Singapura telah menimbulkan kekecohan di alam siber selepas dia memuat naik gambar bogel dia bersama teman wanitanya di blognya yang dikenali dengan nama 'Sumptuous Erotica'.

Alvin Tan Jye Yee, 24, pelajar jurusan undang-undang National University of Singapore (NUS), dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23 yang juga seorang rakyat Malaysia memuat naik gambar tidak senonoh dan video lucah mereka.

Blog tersebut telah dinyahaktifkan selepas kedua-duanya, Tan dan Lee dikecam hebat oleh orang ramai ekoran penyebaran gambar dan video lucah mereka.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak menyesal atas perbuatan mereka.

Difahamkan pasangan itu kini pulang ke Malaysia dan Tan akan kembali ke NUS pada Januari bagi menghabiskan pengajian undang-undangnya di sana.

Tan merupakan penerima biasiswa Asean 2004 dan pernah menuntut di Sekolah Menengah Xinmin dan Raffles Junior College sebelum memasuki NUS.

Tan dan Lee telah berkenalan di laman sosial Facebook serta mula memuat naik gambar lucah mereka di blog tersebut.

"Satu hari, ketika kami sedang bermain-main saya mendapat idea untuk mengambil gambar bogel saya dan teman wanita saya.

"Selepas kami mengambil banyak gambar, saya terfikir untuk kami mendapat pengiktirafan atas kerja kami jadi kami memuat naik gambar ini di Facebook tetapi kami mengaburi bahagian-bahagian sulit," katanya ketika ditemubual oleh Yahoo! Singapore.

Dia menambah telah mula memuatnaik gambar sejak September lalu namun gambar-gambar di Facebook telah dipadamkan oleh pihak pentadbiran laman sosial tersebut.

Dia turut memberitahu Yahoo! Singapore bahawa dia dan Lee telah didatangi oleh syarikat pakaian dalam dan pengeluar permainan seks di Singapura.

Sementara itu, Singapore Staraits Times melaporkan bahawa Tan mungkin menghadapi masalah apabila ingin memasuki Singapura kelak.

Memetik peguam Bryan Tan daripada Keystone Law Corp, yang dilaporkan oleh akhbar harian itu berkata anak guamnya itu mungkin akan dikenakan tindakan atas kesalahan melanggar Akta Perfileman kerana menghasilkan dan memuat naik video lucah.

Peguam itu dilaporkan berkata Tan juga telah melanggar peraturan dan kod etika pelajar NUS.

Jurucakap NUS berkata dia tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai mana-mana pelajar mereka kerana ia adalah sulit.

Dalam pada itu, The Straits Times pula melaporkan Tan dipetik sebagai berkata: " Apa yang (NUS) boleh buat? Menghentikan biasiswa atau membuang saya? Saya tidak boleh cakap saya setuju dengannya, tapi jika ia berlaku, saya boleh menerimanya."

Sementara itu, Guan Ming Daily melaporkan Lee tidak kisah dengan kontroversi yang dia dan Tan telah berlaku ke atas berlaku.

Dia berkata dia tidak risau walaupun isu tersebut akan membuat keluarganya kecewa atau apa yang difikirkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Lee berkata dia dan Tan tidak kisah dengan pendapat orang lain mengenai mereka dan akan meneruskan 'aktiviti' tersebut kerana ia memberikan keseronokkan kepada mereka.


Blog Porno: Pelajar Undang-Undang NUS Berdepan Tindakan Disiplin

[Mstar] PETALING JAYA: Pelajar Malaysia yang memuat naik gambar bogelnya bersama teman wanitanya di blognya bakal berhadapan dengan inkuiri disiplin.

Menurut National University of Singapore (NUS), pemegang biasiswa Asean, Alvin Tan Jye Lee telah diberikan surat tunjuk sebab sebelum sebuah jawatankuasa mengambil tindakan lanjut diambil terhadapnya.

Jurucakap NUS berkata The Straits Times of Singapore memberitahu, Tan yang juga pelajar jurusan undang-undang tidak menerima biasiswa berkenaan kerana dia sedang bercuti.

Tan telah dinasihatkan agar membuang semua gambar dan video yang dimuatnaik sebelum ini.

Jurucakap itu berkata pihak universiti mempunyai proses pemilihan ketat terhadap penerima-penerima biasiswa berdasarkan pencapaian akademik mereka dan pencapaian peribadi.

"Ini bukan memberi bayangan bahawa semua sarjana-sarjana kami seperti dia (Tan).

"Kebanyakannya pelajar-pelajar kami memberi sumbangan yang bermakna terhadap komuniti NUS, " katanya.


P/s: Malaysia Boleh!!!!


Shanon Ahmad Terima Kerjasama PAS-PKR-DAP, Tolak UMNO

Posted: 16 Oct 2012 09:51 PM PDT


[SH] SHAH ALAM - Susulan siri kenyataan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad dalam beberapa media sejak minggu lalu, antara lain dilaporkan mengecam kerjasama politik Pas-DAP, portal milik Pas pula mengetengahkan pendirian Sasterawan Negara itu semalam, memetik berkata beliau akan "istiqamah bersama dengan" parti itu.

Shahnon, bekas Ahli Parliman Sik dan ahli seumur hidup Pas berkata, beliau yakin menerusi kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, dapat melangkah ke Putrajaya.

"Saya istiqamah bersama dengan Pas menerusi kepimpinan ulama," kata beliau dipetik portal rasmi Pas, Harakahdaily.

Portal itu berkata, Shahnon berkata demikian ketika ziarah mahabbah Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr. Khairuddin A. Razali ke rumah beliau di Minden, Gelugor, pagi semalam.

"Saya istiqamah bersama dengan Pas menerusi kepimpinan ulama. Saya sangat yakin, insya-ALLAH menerusi tahaaluf siyaasi yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; Pas, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat."

Portal itu menyebut, beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada artikelnya yang menjelaskan kenapa bersama Pas dalam buku tulisan bertajuk "Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi" yang dikeluarkan pada 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Sik.

Artikel beliau bertajuk "Penglibatan Ku dalam Jema'ah Pas" dalam buku tersebut, menjelaskan secara terperinci sebab beliau bersama dengan Pas iaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran.

Kata portal itu, Shahnon turut melahirkan kebimbangan terhadap akhbar dan media perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan Pas.

Katanya, selain Dr. Khairuddin, ziarah mahabbah tersebut juga diiringi oleh Timbalan Pesuruhjaya III Pas Pulau Pinang, Fauzi Yusof merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama Pulau Pinang.

Minggu lalu, Bernama memetik Shahnon berkata, perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP.

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana ia sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon juga dipetik berkata, sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas," katanya.

Beliau berkata, dasar Pas sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.


Berita Berkaitan:
Laporan HD boleh di baca di sini.


Kenyataan Media Presiden PAS Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat

PARA ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير – (ج 1 / ص 258 ).

(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud'aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).

Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila bapa-bapa saudara baginda membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.
Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah bernama Al 'Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.

Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud'aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.
Rasulullah S.A.W. bersabda tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).
Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:

الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).

(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia 
mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).

Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman tersebut , walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya :

المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره).
(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).

PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.

Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias.

Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.

Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.

Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal.

Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara hantu yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.

Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak diatas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.

PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah.

PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan Muktamar Khas supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama UMNO.

Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.

Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.

PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.

Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.

PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya, kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.

Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain.

Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO.

Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.

Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.

Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.

Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.

Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.

Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud laksana ayam jantan kukuk berderai pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat.

Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.

Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan dan ekonomi.

Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.

Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah di bawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya.

Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.

Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah S.A.W. "sesiapa yang memencilkan diri daripada jamaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya." Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia, PAS



Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT