Rabu, 17 Oktober 2012

Biaqpila

Biaqpila


NASI LEMAK WARDINA ?

Posted: 17 Oct 2012 11:07 AM PDT

MALAYSIA ADA TERUSAN TERTINGGI DI DUNIA

Posted: 17 Oct 2012 02:16 AM PDT

DEY MACHA!!!
GAMBAQ ATAS NI KAT JERMAN
TERUSAN DIBINA UNTUK LALUAN BOT
GAMBAQ BAWAH NI PULA KAT MALAYSIA
KALAU TAK NAMPAK SILA KLIK KAT GAMBAQ TU
INILAH DIA TERUSAN WAN MAT SAMAN 2
KOLEKSI TERBARU MALAYSIA YANG CANGGIH
TERUSAN TERTINGGI DI DUNIA
UMNGOK APA PUN TAK BOLEH
KAH! KAH!KAH!

ATAU MUNGKINKAH INI REKAAN TERBARU LLM
UNTUK MENGELAK PEMANDU BAWA LAJU DI WAKTU HUJAN
KAH! KAH! KAH!



LAWAK SPECIAL PAGI RABU

Posted: 16 Oct 2012 07:25 PM PDT

INTERNET MENYUKARKAN PEMERINTAH DAN PEMIMPIN MENIPU DAN MEMBOHONGI RAKYAT

Posted: 16 Oct 2012 06:00 PM PDT


MAKLUMAT MUDAH DIPEROLEHI

Kita semua pasti bersetuju bahawa ruang maya dengan politik di ruang nyata sangat hubungan rapat, saling bergantung, serta berkesalingan. Masing-masing pemimpin menerangkan tindakan mengawal atau mengganggu dan mengguna ruang tersebut demi mempertahankan kelangsungan sesebuah parti sebagai pemerintah. Melihat kepada pemerintah Iran yang memberikan alasan biasa iaitu 'keselamatan negara' demi mengabsahkan tindakan pemerintah yang mengawal ketat ruang maya. Tindakan kawalan dilakukan sejurus kemunculan Revolusi Hijau yang dilakukan tanpa keganasan. Kemunculannya akibat daripada rakyat Iran yang yakin telah berlaku penipuan semasa Pilihan Raya Presiden pada Jun 2009. Sebagaimana kebanyakan negara-negara pengamal autokrasi, pemerintah Iran mengawal ketat bahkan mencegah media konvensional seperti akhbar bercetak, radio dan televisyen daripada membuat liputan ke atas peristiwa itu.

Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya, bagi saya hubungan berkesalingan ruang maya dengan politik Malaysia di ruang nyata bermula selepas pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada semua jawatan parti dan politik. Rakyat Malaysia juga tidak pernah menikmati kebebasan bersuara seperti rakyat di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Kebebasan bersuara sebagai suatu konsep politik di Malaysia diperkenalkan oleh bekas penjajah British dan mereka juga bertanggungjawab memperkenalkan peruntukan undang-undang yang membataskan kebebasan tersebut. Selepas merdeka, atas alasan dan justifikasi mencegah ketegangan kaum pemerintah Malaysia telah meningkatkan cengkaman menerusi undang-undang apabila memperkenalkan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Hasutan (1948), Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (1984) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971).

Disebabkan terhadnya peluang politik di ruang nyata, ia menyebabkan para reformis memilih untuk memanipulasi ruang nyata yang tidak dikongkong. Kebelakangan ini lanskap politik di Timur Tengah disamakan oleh parti pembangkang dengan keadaan politik negara dan ini tidak disenangi oleh BN sehingga menyebabkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim mengugut untuk menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi mendakwa pihak pembangkang.

Menurut Dato' Seri Utama Dr Rais lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Polis DiRaja Malaysia dan agensi yang berkaitan akan memantau laman sosial Facebook, sistem pesanan ringkas dan media alternatif yang lain (Berita Harian, 6 Mac 2011). Menteri Dalam Negeri pula, Dato' Seri Hishammuddin Hussein pula menjelaskan pemerintah boleh bertindak menurut peruntukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) (Berita Harian, 6 Mac 2011). Sebelum itu, dalam persidangan Dewan Negara 3 Ogos 2010, Dato' Seri Utama Dr Rais menegaskan kesemua jenis kandungan di ruang maya adalah tertakluk kepada empat akta iaitu Akta Hasutan (1948), Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Utusan Melayu, 8 Mac 2011).

Baru-baru ini kita mula di perkenalkan pula dengan Seksyen 114 A, "Andaian Fakta dalam Penerbitan", merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Seksyen 114 A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.

Pelaksanaan Seksyen 114 A mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna internet yang meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial. Pindaan ini awal-awal lagi telah meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar. Di bawah Seksyen 114 A, individu atau organisasi yang mengendali, menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web adalah bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit. Mereka juga bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar menggunakan identiti mereka di internet. Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh parti pemerintah untuk memastikan mereka terus berkuasa. Setelah lebih 15 tahun pertapakan ruang maya di Malaysia, dan rakyat sudah mula menjadikan ruang maya sebagai sumber maklumat dan melontarkan pandangan untuk kebaikan negara tetapi hari ini ruang itu mula di sekat. Seksyen 114 A mengundang kemarahan majoriti rakyat kepada pemerintah di sebabkan hanya ruang maya sahaja dapat di gunakan untuk rakyat bersuara selain demontrasi yang sering di sembur gas pemedih mata dan dihujani bom asap. Namun, "ganggu" didapati bukan lagi trend terkini dalam pengurusan ruang maya. Justeru, memfokus kepada "guna" menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, fokus dijangkakan bakal membawa faedah besar kepada parti pemerintah. Oleh itu, ruang maya boleh dikenalpasti sebagai peluang dan bukan ancaman. Rakyat mahukan pemerintah di kalangan orang yang berani.

Mohd Yusof Hadhari
Mantan Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)

utusankini

Tiada ulasan: